Sunday, March 16, 2014

Sahabat KLfm: rupanya dia sudah meninggal...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
16-03-2014


Petang tadi, saya terkejut terkedu bila terbaca status seorang sahabat lama. Sahabat KLFM dulu. Jarang dia update. 4,5 bulan sekali baru update. Dan biasanya, bila dia update pun, adalah ayat-ayat madah or puisi indah beberapa baris. Dan juga... selalunya saya la seorang yang akan komen di situ sebagai seorang sahabat yang menyokong.

Rupanya dia sudah meninggal. Disebutkan tarikhnya 9 November 2013, jam 6:30 pagi. Dah lama rupanya. Status di-update oleh adik arwah. Saya rasa terperanjat kerana saya rasa saya mengenali beliau begitu lama. Sejak 2002 lagi. Cuma persahabatan kami di alam maya ada on-off. Jarang sangat kami berhubung dalam sms. Sekali sekala, 5,6 bulan sekali dia sms tanya khabar. Kadang-kadang maklumkan kepada saya tentang beberapa siri rawatan yang beliau hadiri. Memang beliau berpenyakit.

Saya pernah menulis tentang saya dan MyToklaki melawat beliau di rumahnya. Entri di SINI:

Jenoh saya cari semula entri tu.


Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.



 ~...untuk menghadapi sebuah kesedihan bukanlah mudah tetapi selagi HISYAM ada sentiasa, SERI BULAN tahu kesedihan itu amatlah rendah lagi perlahan...~




19 comments:

  1. Alfatihah..mudah2an Arwah di tempatkan dikalangan insan2 yg beriman.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah ... siapa namanya Kak AA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaf, nama dia Zulhelmi. Dulu dia guna nick SemutHalus. Ingat dak?

      Delete
    2. kak azie...sy bru je tgk fb ni. tetiba terlihat pic ni. ini kwn sek sy masa sama2 sek rendah. dok cheras baru. al-fatihah bt dia..sahabat ku

      Delete
  3. Al Fatihah.. mudahan rohnya dihimpun bersama para solihin.. aminn....

    ReplyDelete
  4. Mudah2an arwah tenang bersama org2 yg beriman...sesungguhnya kematian itu adalah waktu rehat dan waktu melepaskan kepenatan didunia bg org2 yg beriman..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat....

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah... mmg terkejut jugakan...

    ReplyDelete
  7. sedih dan terkejut pastinya...hanya doa boleh dikirim sbg tanda kasih sahabat.

    ReplyDelete
  8. al - fatihah . semoga rohnya tenang di sana .

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails