Showing posts with label kecewa. Show all posts
Showing posts with label kecewa. Show all posts

Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 28: tailor baju Raya, tolong jangan tamak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-07-2015


Musim Raya, persiapan biasanya dari hujung rambut hingga tapak kaki. Paling besar punya perkara, tentulah baju Raya.

Masa ni seawal 4,5 bulan sebelum Ramadhan lagi, tempahan mula masuk. Biasanya tailor yang mahir, yang sehari boleh siap 4,5 pasang sehari pun akan tutup tempahan sebaik saja Ramadhan bermula. Tak menang tangan.

Minggu lepas, kawan sekerja saya bercerita. Dia hantar 3 pasang baju Raya seawal bulan Mac. Janji dah deal bulan posa boleh siap dan amik. Tailor janji manis. Sampai masa (minggu lepas bermakna minggu terakhir sebelum Syawal) dia call. Singgah nak amik. Apa jadi? Tailor kata baju ada kat dobi. Malam baru siap. Malam pi ulang nak amik, tailor kata baju tengah "hemming" kat tangan orang lain. (Biasanya tailor sub pada orang lain utk selesaikan bahagian kemas jelujur, jahit butang dan sebagainya... betoi kan?). Bayang baju tak nampak. Cakap dalih-dalih. Kawan saya naik angin dan syak baju dia belum buat. Dia kata esok pagi-pagi dia nak amik. Agaknya malam tu tailor tak tido langsung dok pulun jahit.

Kalu mengaku jer kan senang? Lain kali jangan janji.

Saya ada beberapa pengalaman bengang gak pasal baju raya. Dulu sorang tailor saya (saya regular dengan dia bertahun juga) tapi bab baju Raya pernah dia tak sempat siap. Janji soh saya amik sehari sebelum Raya. Bila saya pi rumah, rupanya dia dah balik kampung. Baju saya tak siap.

Dek bengang saya amik kain yang belum berpotong pun. Sakit hati Tuhan saja tahu. Stop tak hantaq dah. Sorang customer gone!

Tahun lepas, pun baju Raya saya tak siap semua. Dapat sepasang saja lagi 2 pasang  tak siap. Ok la juga tapi yang buat saya geram, bagitau la awal bukan dah time kita nak pi amik baru habaq tak siap. Alasan, "baju saya dan baju mak mertua saya pun tak jahit lagi". Saya tak suka peniaga gunakan alasan peribadi camtu. Kita tak minat nak tahu pun.

Sebagai tailor, kalu dah tahu musim Raya akan banyak tempahan dan baju famili-kerabat sendiri pun tak sempat, hadkan tempahan. Jangan gelojoh jangan tamak. Bagi saya berbisnes time Raya kena faham, customer dulu baru diri sendiri. Kalu takleh nak berkorban jangan amik tempahan macam ada tangan sepuluh.. ! Stop hantar. Satu customer gone!

Kadang-kadang saya tak faham orang yang menjahit ni. Kalu tak larat dengan kederat, janganlah amik tempahan lebih dari keupayaan. Sendiri kena bijak nak ejas masan dan kemampuan. Setahun hilang sorang memang la depa tak heran sebab tahun depan akan ada  10 lagi customer. Memang benar. Tapi kan tak baik menganiaya customer? Entahlah jika depa tak rasa bersalah atau tak heran sikit pun?

Bukanlah juga saya nak kata semua tailor camtu. Saya respect depa yang tekun dan komited menjaga hati customer. Yang mengambil tempahan dengan ikhlas tidak berkira. Ramai, saya tahu ada ramai. Yang kena hampeh tu, nasib tak baik lah tu. Cari jer lah tailor baru. Tailor tu pulak cari lagi 10 gantikan kita yang seorang.

Terus teringat iklan raya sketsa pendek tentang seorang ibu tunggal yang gigih menjahit baju Raya sehingga ke pagi menyara anak perempuannya. Rezeki untuknya yang ikhlas. 2 pasang baju yang silap dijahitnya pun tetap diambil customer walaupun sudah dijahit yang betul. Rezeki berganda jadinya.

Tayang-tayang:


Projek kuih yang tiap tahun mesti buat. Paling senang. Cuma, sebab rakyat ramai saya buat 1 paket tepung pulut. Chak pun dah pandai buat.



Buah Melaka. Bila dah selalu buat, terasa sangat mudah dan hasilnya memang mendapat Kepujian Kelas Pertama.




 ~...bila ada yang membandingkan antara HISYAM sekacak Hisyam Hamid, SERI BULAN harus mengaku akan benarnya perbandingan itu lalu dia kemudian jadi bimbang andai dirinya pula dibandingkan dengan bulan yang berseri tiap malam di celahan julai jambu...~




Sunday, February 1, 2015

Jangan bergaduh mengamuk di tempat kija. Malu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtuday
31-01-2015


Semalam. Pada hari Jumaat yang mulia. Kira-kira 15 minit sebelum maghrib. Lantai Atas. Department saya. Meletus dan meletup dek balah mulut, jerit pekik, hempas paper dan diakhiri dengan dentuman pintu.

2 orang rakan sekerja yang mulanya bincang pasal kerja yang sedikit bermasalah, rumit dan berserabut... kemudian jadi balah-tekak dan bila salah sorang jerit, yang sorang lagi ikut balas-jerit. Yang lain ikut terkujat terkedu lalu terdiam. Saya rasa saya sorang saja yang tetiba spontan bersuara..."Sabar...sabar".

Mujur ianya berlangsung kira-kira 2,3 minit saja. Tiada lanjutan lagi kerana kemudian masing-masing beransur ke surau. (Kami OT sehingga 8:00 malam masa tu).

Kesal. Memalukan. Menjadi pandangan rakan. Dan tidak terlepas diperkatakan orang pula selepas itu. Yang saya kesalkan ialah kedua-duanya bergelar 'kakak' dan lebih tua dari saya sendiri. Alahai... saya kira makin tua makin tinggi tahap kesabaran rupanya tewas dek perasaan amarah.

Sorang rakan sekerja kemudian tanya saya, "Kalu you... bla bla.."

Saya terdiam memikir. "Saya tak ingat bila kali akhir saya bergaduh dengan rakan sekerja. Berpuluh tahun tak pernah gaduh dengan sesapa pun."

Ya baru saya ingat. Saya tak pernah bergaduh balah-tekak hempas barang jerit-jerit dengan rakan sama tempat kija. Hampir tidak pernah. Cuba fikir... habiskan masa 8 jam (dalam kes kami, 12 jam sehari) di tempat kerja bersama kawan-kawan sepejabat. Sampai hati ker nak sakitkan hati orang? Tergamak ker nak jeritkan orang, tinggikan suara pada rakan yang kita dok hadap tiap hari?

Saya tak tergamak (walaupun suara saya semulajadi kuat) kerana sepertimana kita tidak suka orang jerit tinggi suara dan melukakan hati kita... begitu juga perasaan orang lain. Saya sangat pasti tentang itu. Bersabar tidak pernah merugikan.

But... bila bincang pasal kerja ada ketika saya sangat tegas-keras bilamana saya yakin saya betul dan yakin saya tahu.

Tayang-tayang:


Lama tak makan KFC. Saya beli untuk sefamili. Kombo Bucket B. Dapat Fortune Jar warna emas ini. Takda sapa di rumah berminat. Lalu saya letak di work station saya buat "Tabung Gajah".


Hahahaha... sampai bila la nak penuh niii...






 ~...sudah beberapa hari cuaca begitu baik dan awan nampak bertelak berketak-ketak lalu ramai sekali warga Kampung Separuh Desa keluar bersiar sambil menunggu penjual aiskrim lalu setiap petang dan panas membahang memberi rezeki mata juga bila SERI BULAN turut melanggan sambil senyum lebih manis dari aiskrim vanila...!~




Friday, December 5, 2014

Jadi ibubapa: Memahami tak akan pernah sama dengan mengalami...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
05-12-2014


Melihat tajuk di atas, adalah subjektif bila kita mengaitkan antara ‘faham’ dan ‘alami’.

Saya ingin menarik perhatian tentang berapa ramai pasangan yang sudah berkahwin (terutama yang sudah lama, more than 3 years...) tetapi belum dikurnikan zuriat. Ini isu biasa. Isu yang dah selalu orang sebut.

Cumanya, saya nak sebut, sekalipun tidak dikurniakan anak itu bukan bermakna kita tidak boleh menjadi ibubapa yang baik. Ada sebab dan alasan serta hikmah yang tersembunyi, kan?

Ok. Saya ada ketika takut nak bidas orang-orang yang belum ada anak (dan secara lojik akal kita, memang tak akan beranak la sebab umur dah lewat), sebab ini isu sensitif. Sentap pulak nanti.

Namun, ada segelintir depa ni, cakap bukan main pandai. Ajar orang itu ini. Smash puak-puak kita yang ada anak ni. Seolah-olah kita ni bukan ibubapa yang baik, tak pandai didik anak dan sebagainya. Jadi ibu dulu baru berani cakap.

Contoh, ada spesis orang ni, sedap bercakap, “Eleh... anak demam sikit pun nak cuti!” Heyyy... kita tak tahu anak orang tu kalu demam sikit pun, meragamnya macam-macam. Ada jenis anak yang hyperactive kala sihat tapi bila demam menolak makan sampai badan lembik. So, ibu kena cuti juga.

Ada yang berani sindir, “Eleh... kalu setakat anak kerja itu pun nak demand... bla bla...” Heii... anak orang tak akan sama dengan anak orang yang lain pula.

Ada yang berani pulak cakap, “Kalu saya, saya tak bagi anak saya pegi belajar sana...” Heiii... ada anak dulu baru faham cemana nak handle emosi anak. Cemana nak bertolak ansur dengan karenah anak remaja... dan sebagainya.

Depa yang takda anak ni selalu bagi alasan, depa faham. But... faham dengan mengalami sendiri tak sama. Tetap tak sama. Saya kadang-kadang rimas dengan puak yang begini. Seolah-olah depa terlalu yakin, kalu depa itu boleh jadi ibubapa yang baik dan sempurna. Rasa dulu baru tahu sukar-senangnya.

Moral of story: saya tak gemar kongsi kisah anak-anak dan family dengan segelintir orang sebegini. Depa tak faham. Malahan ada yang tak tahu, saya ada anak 6 orang yang cantik-cantik kacak dan hebat. Hebat di mata saya!


Tayang-tayang:


Subway Breakfast set. Jarang beli tapi tetap puas.


Yang penting kita kena berusaha untuk jadi terbaik dari masa ke masa dan tidak pernah putus berdoa.



 ~...begitu juga ramai warga Kampung Separuh Desa masih tidak tahu dari mana usulnya HISYAM itu, tetapi tidak kurang juga yang terpegun bila tahu bahawa lelaki itu pernah menetap di negara empat musim dan bertemu SERI BULAN buat pertama kalinya semasa percutian indah di kaki bukit sebuah daerah asing yang tiada siapa mengenali...~




Friday, August 15, 2014

Cerita baju raya belum selesai tapi dah tamat...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
15-08-2014


Saya kesal.

Kisah bermula dari baju Raya saya yang 3 pasang tapi last minit sebelum Raya dikhabarkan oleh tailor cuma mampu siapkan sepasang (sebab nak jahit baju Mak Mertua dan anak-anak dia). Kemudian selepas beberapa soal-jawab dan sedikit tegas dari saya (atas nama pelanggan), pada hari terakhir sebelum kami balik kampung tempohari, saya menerima DUA pasang baju Raya saya yang siap. Ada lagi sepasang. Tak kisah lah.

Dari soal-jawab awal sehingga saya merasa bersalah (seperti saya sebut dalam entri sebelum ini tentang ‘Baju Raya tak siap’), saya dah mula rasa tak ‘seronok’. Tetapi kemudiannya, dalam kemeriahan beraya saya dah lupa pun pasal baki baju Raya tu. Dah tak kisah pun.

Kemudian IKA komplen baju Raya dia salah jahit. Baju Kurung yang diminta, Kurung Pahang yang dia dapat. IKA malas nak pakai, sebab dia kata macam orang tua. Orang muda macam dia mana nak pakai Kurung Pahang. Dah la minah tu agak cerewet. Saya whatsapp tailor, maklumkan kesilapan tu. Saya kira, selaku pelanggan tetap, saya senaraikan itu sebagai kesilapan KEDUA. Rasa tak ‘seronok’ tu kembali semula.

Kesilapan KETIGA kemudiannya, saya sedar baju Raya saya sepasang lagi juga saya kira salah jahit. Kain warna lain, baju warna lain walaupun masih dikira tonenya agak sama. (Biru dan kelabu). Saya whatsapp tailor maklumkan yang baju dan kain tak sedondon. Dia jawab ‘Sengaja I jahit begitu. I banyak jahit kain dari Vietnam yang macam tu. Itu fesyen.” (bercampur ada gelak-gelak hehehehe huhuhuhu di hujung ayat — yang kemudian jadikan saya rasa sangat annoying!)

Saya (again, sebagai pelanggan), ‘I ingat, U akan refer saya dulu bila U tak sure sebelum buat keputusan.’ (Sebab arahan awal saya ialah “Baju Biru dijahit Kurung Pahang”. Ya... jelas kaler biru. Bukan campur biru-kelabu.

Apa yang berlaku ialah, “I rasa I dah tak sesuai jadi tailor U.”

Bukan saya yang cakap. Bukan saya buat keputusan.

Saya cuma kata, “Saya minta maaf sebab banyak komplen. Saya cuba untuk tidak jadi cerewet, tapi banyak sangat silap. Saya harap saya sorang sajalah customer U yang banyak songeh. Mungkin customer U yang lain tak kisah.”

Then ada la beberapa whatsapp dia yang berjela-jela... pasal rezeki Allah beri, pasal customer tak putus lepas Raya... moga Azie terus sejahtera dan kuat kerja (macam perli jer?) ... bla bla bla... (ayat orang merajuk campur perli-perli)

...yang satu pun saya tak respons tak reply. Tak kuasa..!

Dan, dia kemudian nak pulangkan kain saya yang masih ada sepasang lagi (dah pulang pun Selasa lalu, belum berpotong). Saya memang tak kisah dah.

Saya mulanya menjangka, selain dari minta maaf (memang dia berkali-kali mohon maaf dan saya menerimanya dengan ikhlas), saya kira dia akan menebusnya dengan menjahit baki kain saya penuh teliti atau setidak-tidaknya, discount sedikit harga upah untuk baju tu. Tetapi apabila dia buat keputusan untuk pulangkan balik, saya rasa itu adil untuk kami berdua.

Saya pun tak suka menyusahkan orang, walaupun saya pelanggan yang bayar. Saya kira, bagi orang yang cari makan dengan ambil upah begitu, ada beberapa pengorbanan yang dia harus terima. Macam orang berniaga kuih raya, tapi rumah sendiri takda kuih Raya. Lebih kurang gitulah ibaratnya.

Tapi jika kerana baju Raya saya anak-beranak menyebabkan dia tak sempat jahit baju Mak Mertua dia, baju anak-anak dia, kenapa saya yang perlu diberikan rasa bersalah itu?

Dan saya yakin tanpa tempahan dari saya anak-beranak, dia masih mempunyai banyak pelanggan lain yang tidak terjejas. Alhamdulillah, baguslah begitu. Saya tahu dia tak heran pun setakat tak jahit baju Raya kami (yang dah lah kain murah jer)...

Moral of the story: Fikir sendiri.

Saya tetap berprinsip, selaku pelanggan saya berhak untuk bersuara bukan diam tapi cakap belakang.







 ~...HISYAM sudah sedia faham bila SERI BULAN diam bermakna bukan sahaja bulan akan gerhana tetapi ada hati yang beberapa hari merasa merana, cuma jangan sampai ada yang rasa terhina bila terkena...~




Friday, July 25, 2014

Baju Raya tak siap: ko rasa?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
25-07-2014


Ini mungkin menjadi entri terakhir di bulan Ramadan tahun ini. Juga menjadi hari terakhir saya bekerja sebelum bercuti Hari Raya.

Sedikit tension semalam.

Minggu lepas, tailor (yang saya dah jadi customer setia dia dah lebih 2 tahun) hantar baju Raya anak-anak dara saya. Happy la saya dan bebudak tu sebab kain tu saya hantar agak lewat, dah menjelang Ramadan hari tu, tapi boleh siap cepat.

Apapun, kemudian Kakak Tailor whatsapp minta sori sebab baju Raya saya tak siap lagi. Minta tempoh sampai Jumaat ini (which is, hari ini). Ok lah kan?

Semalam saya buat follow-up. Dan... dia boleh kata, ‘jangan la marah Zie. Baju U tak sempat siap lah.’

Ko rasa? Ko rasa?

Nak meroyan tak? Tension sekejap. Sebab saya hantar lebih awal, dengan jangkaan dan harapan boleh la siap. Masa saya baru balik dari Vietnam ritu. Kain dari sana.




Bukanlah saya kata tanpa baju Raya tu saya tak boleh Raya. Tanpa baju baru saya tak balik kampung pulak. Atau bukanlah tanpa baju Raya saya akan nangis sembam muka kat tilam dan mengongoi macam orang mati laki. Tidak.

Tapi peringkat awal dulu, saya dijanjikan. Malah pernah di‘minta tolong’ hebahkan lah tentang Kakak Tailor ni boleh terima tempahan. (Dia baru habis belajar menjahit secara mahir, dulu buat sambilan sekarang tailor sepenuh masa). Kerana saya anak-beranak memang pelanggan setia sejak 2,3 tahun, saya tidak jangka langsung yang saya ‘sampai hati dijadikan sebegini’.

Frust? Tentulah. Saya ada perasaan, kan?

Bengang? Tentu. Sebab kemudian, bila saya menyatakan kekecewaan saya, Kakak Tailor terus nak potong kain saya serta-merta dan ketepikan kain mak mertua dia dan anak-anak dia. Ko rasa? Rasa bersalah laaaahhh!

Sesungguhnya bukan sifat saya nak membebankan dan menyusahkan orang. Tidak sama sekali. Jika 3 pasang baju kurung saya itu (baju kurung jer pun, bukan soh bubuh labuci renda segala) itu menjadi susah, menjadi beban sehingga terpaksa mengenepikan baju raya anak-anak si tukang jahit, saya rela tak hantar. Takpa la saya cari tailor lain. Ramai ada. Even kat tempat kerja saya ni pun ada 5,6 orang tukang jahit yang mahir. Tapi... ya lah. Kita ni kunun nak tolong bisnes orang. Kesetiaan sebagai pelanggan setia. Dah biasa dan sedap pakai.

Dah nasib ko la Zie...

Tayangan sempena nak sambut Raya:

Duit Raya (not baru) yang Dak AMOI saya tukarkan.


Pengakhiran:

SAYA, mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri dan mohon ampun maaf Zahir dan Batin, sepanjang kita saling mengenali sebagai blogger dan teman maya.




 ~....Hari Raya bakal menjadi satu lagi hari yang indah buat SERI BULAN dan HISYAM kerana itu menandakan tempoh mereka menjadi sejati sejiwa sudah melepasi satu lagi tahun lebaran dan SERI BULAN akan mengulangi kisah gelak tawa tergolek-terguling bila HISYAM dipaksa-manja oleh Pak Utih menangkap ayam di pokok ciku..~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails