Monday, March 9, 2015

Girls Day Out 02: untuk maju bisnes jangan perlekeh bisnes saingan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
09-03-2015


Jalan-jalan saya dan MyKakYang dan other girls bersambung di hari Ahad.

Bersarapan ramai-ramai di MZ Sungai Besi.


Mujur posisi saya paling hujung so saya kelihatan paling kecik. Hahahaha!



Temujanji dengan supplier berlangsung baik walaupun berjam berurusan. Dalam beberapa keadaan saya meletak diri sebagai pelanggan yang rasional yang cuba melihat beberapa keadaan perniagaan  dari kacamata saya.


Tempahan beberapa barang dari pembekal untuk melengkapkan lagi taska MyKakYang. Urusan sungguh memuaskan. Barangan berkualiti setanding harga malah beberapa cadangan dan nasihat dari pembekal sangat membantu. Saingan pembekal juga sedia dimaklumi dan selaku orang yang tidak pandai berniaga, saya tetap kata, untuk kita maju dan mahu orang yakin dengan perniagaan kita jangan pernah merendahkan bisness saingan kita.

Teringat seorang jiran masa zaman bujang dulu pernah smash seorang ejen produk MLM: "You boleh kata produk A bagus tapi produk you jauh lebih bagus. Bukan terus mengata produk A tidak bagus hanya mahu orang beli produk you."

Faham ayat tu?

Yeaa.. saya tidak boleh menerima keseluruhan kritikan orang bisness yang menghentam produk orang lain yang sealiran. "Bagus" itu pun subjektif. So hati-hati bila nak promo produk.





Penerangan jelas. Info banyak. Barang berkualiti. Import dari Taiwan. Walaupun ada beberapa item memang agak mahal tetapi kos penghantaran sangat murah. (Lori akan terus hantar barang ke depan pagar rumah)

Pembekal bergred tinggi. Taman Damai Trillium, Sungai Besi. Mission accomplished!





 ~...walau jauh di mata dan akan semakin berjauh hati SERI BULAN bukan orang yang tahu berasa dendam melainkan merasa geram itupun masih jauh terpendam dalam, tetapi HISYAM sendiri pun macam sengaja cari pasal agar suasana semakin keruh mujur belum menjadi geruh...~




6 comments:

  1. Replies
    1. Apa saja xtvt yang melibatkan keluarga, bila bila pun seronok.

      Delete
  2. saya nak komen pasal nasik kerabu jer..... huhuhu terus ngidam nak makan nasik kerabu ayam kampung percik malam nie kat sri rampai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nasi kerabu tu takla sedap sangat sebab mcm tak lengkap. Boleh lah tahan. Kene beli dari ori Kelantan jugak baru puas hati.

      Delete
  3. Baiklah, nasihat akak akan kupegang..hahaha

    Nasihat pasal cara posing ( duduk belakang) tu pun, akan ku pegang..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh duhai suami tokey macaroon. Kena banyak belajar dari kritikan pengalaman orang lain supaya bisnes boleh meningkat.

      Tapi sebagai tokey mana boleh belakang. Kena dok depan nanti orang tak nampak. hahaha

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails