السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
25-03-2015
Agak lucu dan huru-hara sampai pening bila lokasi untuk akad nikah berubah-ubah. Mula-mula nak buat di rumah kemudian di surau dan berubah-ubah beberapa kali antara dua lokasi itu sehinggalah beberapa jam sebelum majlis akad. Lucu sampai pening kepala semua orang.
Apapun alhamdulillah majlis berlangsung dengan baik dan lancar. Saya tidak ikut ke surau jadi cuma cilok gambar dari hasil tangkapan kakak pengantin.
Walaupun berjodohan dengan orang dekat malah berasal sekampung saya dan setaman mereka, majlis nikah meriah dan majlis langsung tetap akan dibuat berasingan.
Bagi kami, kenduri adalah hari keluarga. Kenduri adalah bila semua adik beradik cuba balik dan habiskan masa bersama selama yang boleh. Bersinsing lengan buat kerja dari dapur hingga anjung, dari belakang hingga lamam. (*walaupun banyak dah contoh sakit hati yang saya tengok ada sedara mara kerabat ipar duai juga darah daging yang jenis datang time makan, duduk saja tidak membantu).
Gambar lain adalah seperti lumrahnya majlis nikah. Ada hantaran (pihak lelaki bertema ungu, yang berbelas dulang, jumlah di luar jangkaan) tetapi saya tak snap banyak pun.
Bila sebuah ikatan terjalin, keluarga berkembang lagi. Lalu banyak hati perlu dijaga, banyak airmuka yang harus dihormati dan banyak perkara yang perlu ditangani dengan bijaksana dan matang,
...bukannya bersikap angkuh kerana semakin kita mengenali orang semakin kita patut menerima kelemahan dan kekurangan orang lain seadanya.

~...mempelai dirai sentiasa dengan renjis air mawar juga beras kunyit bercampur nasihat, lalu HISYAM jadi kagum betapa sindiran itu perlu, kritikan itu penting dan nasihat itu sihat, dan SERI BULAN yang sering menjadi tumpuan itu diseru agar jangan terlalu rajin menunjuk rajin...~
Semoga berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berbahagia bersama hingga ke syurga. InsyaAllah...
ReplyDeletesaya punya kisah masa jawab akad nikah dulu, saudara mara yang duk luar masjid cakap boleh dengar suara saya walaupun x de guna mic.... hahahahaha
ReplyDeleteSaya selalu x mampu menahan rasa hati dgn.org yg pandai duduk konon nak lawa jer tu.
ReplyDeleteKak, pengantin tu nampak sweet la
Moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..
ReplyDeleteSemoga kekal selamanya.
ReplyDeleteawat yg bertukar2 venue tu.. hehee
ReplyDelete