السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Thalatha
03-03-2015
Seawal pagi, mata saya sempat menangkap seseorang masuk ke bilik MyManager then keluar bersama beberapa kepingan kertas yang kalu tak silap adalah flyers or katalog.
Soksek berbunyi kemudian menyebut MyManager berminat dengan beberapa produk kesihatan dan kecantikan yang digunapakai oleh seseorang itu. Dah namapun pompuan. Tidak kira berpangkat atau sekadar Kerani Karat macam saya.
Itu situasi biasa. Tiada yang pelik pun. Tak orang, kita sendiri pun sering mudah berminat dengan apa jua yang diguna orang. Tak kira lah baju ker tudung ker, lipstik ker... krim malam ker... sehingga ke bra dan panties pun. Jangan sampai tahap nak laki orang, sudah. Ahaks!
Naluri ikut-ikut ni sejak kecik. Bercampur dengan nafsu keinginan dan kemampuan. Semua jadi mahu bila semua benda kita ambil tahu. Sebab tu kadang-kadang lebih baik tidak berinfo langsung. Asyik tergoda nak beli. Terbaru, kengkawan sekerja tengah seronok order macam-macam barang rumah dari Lazada. Adehhh murah giler. Saya sangkut juga satu barang. Apa barang? Esok esok saya tayang.
Suka saya nak ingatkan, ikut-ikut ni kena sesuai. Setakat iku-ikut order dan beli secara berjemaah masih ok. Tapi ikut-ikut apa orang pakai belum tentu boleh digunapakai. Orang kurus langsing jari runcing. Kita?
Tayang-tayang:
Kelopak warna warni. Sebenarnya highlighter pen. Cenderahati TNB kerana saya jadi pelanggan survey di kompleks besar kat Maluri Sabtu lepas. Secara kebetulan.
Sungguh berwarna warni gambar tayang-tayang saya kali ini. Sushi. Kesukaan saya. Lama tak makan. Segan nak makan di ofis sebenarnya sebab nampak pelik kerana masih ramai antara depa yang tak reti makan sushi. Ya.. saya cekap guna chopstick sejak bertahun lamanya.
Itu pun suatu perkara ikut-ikut juga tu. Ikut budaya. Bukan ikut agamanya. Namun masih banyak perkara yang kita ikut-ikut tanpa sedar terdapat perkara tidak berfaedah dan tidak bermakna pun. Kita lupa, orang lain buat mungkin depa happy tapi bila kita ikut buat, tiada terasa apa-apa pula....
Fikir-fikirkan...
~...terjalin hubungan sekian lama sejak zaman surat di bawah tempurung di hujung ampaian sehingga tv empat belas inci hitam putih dibawa masuk ke Teratak Nyatuh, memang patutpun SERI BULAN susah melupakan HISYAM tetapi dia tahu lelaki itu harus dilupakan...~
Kakcik juga belum pandai makan sushi dan masih tak reti guna chopstick... :)
ReplyDeleteIkut ikut
ReplyDeletetapi jangan sampai ikat perut
ikut ikut
orang ke gunung kita ke laut
silap silap mati mengejut
sbb along,bank,cc dok dtg menuntut...hehe
Ikut yang baik takde salahnya. Jangan ikut yang pelik2 sampai memakan diri. saya juga peminat sushi.
ReplyDeletetak salah ikut, asal sesuai dengan kemampuan diri.nampak sedap je sushi, tapi saya kurang gemar..
ReplyDeleteDulu saya pon terikot jugak...terikut budak2 senior main rugby sampai sekarang saya gila main rugby! Hahahahahaha
ReplyDeleteAda benda yang saya nak oder dengan Lazada kak memang murah dan berkenan sangat tapi belum sempat klik2 lagi... Kalau nak ikut2 gaya orang yang banyak duit tak mampu le kak...ahahhaaa...
ReplyDeleteIkut mana yg mampu dgn poket..
ReplyDeleteYg serasi dgn diri..
Sejak dah tua ni saya dah pandai kontrol dr ikut2 org. Dan saya bangga dengan pencapaian terbaru ni..hahaha
ReplyDelete