السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
27-04-2015
Semalam Ahad saya mula bertugas di booth tempat kija saya untuk hari pertama tugasan. Sebenarnya setiap tahun sebahagian staf yang terpilih diwajibkan bertugas sekurang-kurangnya sehari.
Tidak banyak yang saya nak tulis lagi sebagai cerita dalam siri entri Pesta Buku saya. Gambar juga tidak banyak. Pertemuan-pertemuan juga tidak banyak. Malah I can say, semalam hampir tiada. Melihat beberapa wajah yang saya sedia kenali setiap tahun memang menggembirakan tetapi masing-masing sibuk dengan tugas. Saya juga begitu.
Booth kami seperti biasa, di lot yang sama dengan keluasan besar yang sama. Permanently. Agaknya.
Ain, dulu merupakan silent reader blog saya. Kemudian ditakdirkan syarikat kerjanya diserap di bawah company saya kerja. Dan semalam bertugas bersama menjadi asisstant di kaunter saya. Thanks Ain.
Tugasan saya mudah kerana tahun lepas juga saya bertugas bahagian yang sama. Jaga duit jer.
Saya sempat singgah di booth yang menjadi kenangan. CESB. Saya pernah buat part time Promoter dengan CESB sebanyak 6 kali/6 tahun berturut-turut. Menegur sapa mereka yang masih saya kenal baik sebenarnya antara perkara yang saya perlu lakukan. Mereka pernah melayan saya begitu baik sekali. Jika ada peluang saya memang ingin buat kerja promoter lagi di situ tetapi terikat dengan arahan tempat kerja...
Saya satu-satunya DTP yang terlibat secara langsung dengan siri Carlton: Dinasour ini. Ada banyak siri lain termasuk satu tajuk The Jurrasic World (sempena filem terbaru Jurrasic World yang akan release tak lama lagi). Tapi buku itu tak sempat siap print untuk Book Fair. Weyyy bangga weyyy.
Antara gambar selingan lain:
Booth Pavilion of Saudi Arabia. Di tingkat bawah dalam Dewan Tun Ismail (harap tidak silap). Ada Quran kulit keras bertekat emas, diberi percuma. Setiap hari dengan unit terhad. Dua orang kawan saya berjaya dapat tetapi saya pegi sebelah petang, unit untuk hari semalam sudah habis. Jika mahu, kena mari hari ini. "Come tomorrow", kata Pak Arab yang muda hensem berjambang macam Wak Doyok.
Boleh bergambar dalam khemah ini. Ada kurmah dihidang yang boleh dirasa bersama air zamzam.
Di tingkat bawah pentas utama seperti biasa ada banyak acara tanpa henti. Sempat snap gambar Ustaz Kazim ketika menuju surau. Teringin nak dengar ceramahnya dan lihat beliau dari dekat tapi tugasan menanti.
Dan sebelum pulang meninjau beberapa booth kegemaran tetapi tiada hasil buruan. Tahun ini saya berhasrat mencuba publisher yang baru. Penulis yang baru. Mungkin ada gaya bahasa dan tema baru yang boleh menambat hati saya.
Nanti saya sambung dengan siri tugasan ke-2 pada Ahad 3 Mei nanti.
Buat masa ini, saya berehat dulu sebab akan mula bercuti beberapa hari bermula Rabu.

~...HISYAM sudah mula berhajat hendak memulakan semula siri kirim surat bawah tempurung tepi tiang ampaian kerana mula sedar SERI BULAN semakin pandai merajuk susah dipujuk apalagi bila diajuk tetapi apabila tidurnya sudah tidak lagi lena,HISYAM tahu dia memang sebenarnya bersalah...~
SASBADI? Banyak buku-buku latihan anak-anak yang Uncle beli dari publisher ni...hahahahahaha...
ReplyDeleteNow Uncle tahu saya kerja di mana... hehehe
DeleteAs-salam kak azie..
ReplyDeleteAkak di sasbadi ke? Kalau tahu akak di situ smlm dah tentu saya terjah.. smlm ada lalu juga kat situ..
Datang la lagi Ahad nanti. Hehehe
DeleteSalam Kenalan,
ReplyDeleteDulu zaman sekolah buku rujukan semua brand SASBADI. Suke SASBADI sebab nota padat dan senang nak faham.
LatifahFazri
Salam kenal. Terimakasih. Sila masuk.
DeleteSama ler. Zaman sekolah dulu pun dok guna jenama ni juga. Tak sangka sekarang kerja di sini...
Wow.. seronoknya bertugas di Booth PBAKL.. saya baru nak pergi ari khamis nie..
ReplyDeleteBagi yang minat memanglah rasa seronok. Tapi yg tak berminat tu, dia akan kata pelbagai alasan.
DeleteSasbadi memang menjadi pilihan saya masa belajar dulu : )
ReplyDeleteRindunyer nak gi ke pameran buku nie, dah 3 tahun tak gi.
lawa la kak Azie pakai tudung pink tu, berseri...:)
ReplyDeletelast week cakap dengan en. suami nak jumpa kawan dekat PWTC, ada ke dia kata nak jumpa lelaki.. uwaaa.. kejamnya statement.. hehehe.. sudahnya sampai la ni tak dapat2 pergi lagi..
ReplyDeletesemalam pergi pwtc...nak juga bergambar ngan adik..tp maklumlah dah tua ..lupa pulak yg mana satu orgnya..pergi juga kat booth pak arab tu..diberinya korma satu pack besar 2 pack kecil..riang rasa hati...tapi hampa bila sampai rumah ketiga2 kurma tu dah expired 2014 lg..kalau adik tak sibuk pergi beritahu pak arab tu..kesian dia...kesian juga orang yang menerima
ReplyDeletebagus gak kasetnya???
ReplyDeleteJelly Gamat Gold G|Obat Asam Lambung Tinggi|