السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
23-04-2015
Sudah lama saya tidak mengulangi rutin Jalan-Jalan Cari Makan dengan sorang kawan sekepala. Beberapa faktor (antaranya side projek sudah beralih ke area yang jauh) lalu sudah lama kami tak pekena ikan bakar kegemaran kami di Pinggiran Subang.
Banyak kali saya cuba mengajak. Banyak kali juga cuba memberi ruang. Dan sebanyak itu juga saya selalu merajuk bila ajakan ditolak lembut tapi mentah. Wuaaaa! Tak larat lah nak merajuk.
Entah kerana jampi atau saya memang pakai lawa semalam, selepas berbulan hingga fed-up nak tunggu, akhirnya kami berjaya pergi makan bersama. Bukan hebat sangat pun. Sekadar makan tengahari yang berlangsung tak sampai sejam.
But... masa itu jadi bernilai buat saya kerana ada banyak yang dapat kami bual-kongsi bersama. Lepas ni agaknya tahun depan baru dapat jumpa lagi.
No pic sebab dia tak suka selpiaq. Hahahaha!
Tayang-tayang:
Draft rekabentuk booth tempat kerja saya sepanjang 10 hari Pesta Buku Antarabangsa PWTC yang bakal bermula esok 24 April, sehingga Ahad 3 Mei.
Seperti tahun lalu juga, saya ditempatkan di bahagian kira duit. Dan dah ramai bebudak berebut nak jadi packing assistant saya! Hahahahaaha...!
And...ada tak orang yang rindu nak jumpa saya?
~...walau hanya sekali diajar cara mengajar kukur kelapa, HISYAM sudah yakin dapat melakukannya tanpa sedar SERI BULAN dan Mak Utih tersenyum simpul di belakang melihat lelaki itu kelihatan seperti menunggang kuda padi...~
kalau tak baca blog ni saya tak tau pun Pesta Buku Antarabangsa PWTC akan bermula esok . punya tak tau hal semasa dah sekarang. pergi kerja gelap.balik kerja gelap. sibuk kat rumah lagi
ReplyDeleteSama ler juga balik malam gak. Tapi sebab dah terlibat secara langsung, baiklah juga saya kongsikan info ini...
DeleteDah lama sangat tak pergi Pesta Buku situ.. en. suami maleh nak teman.. huhuhu..
ReplyDeleteHahahaha jangan ajak dia. Nanti Kak azie boleh temankan.
Deletejumpa kat sini pun kira ok la Azie... nak g jauh sangat la pulak...
ReplyDeleteYer.. nanti saya kongsi gambar nya yaa..
DeleteMemalu pulakkk tak amu selpiaqqqq...kikikiiii....
ReplyDeleteDia memang pemaluuu...
DeleteBestnya kalau dapat bertugas di pesta buku...kenapa ler saya tak bekerja dalam bidang penerbitan...
ReplyDeleteTak semestinya. Sebelum terlibat terus dgn company sekarang saya dah buat part time dgn company lain 6 tahun berturut without fail. Ramai jer part timer yg lain bidang tapi jadi promoter buku. Minat jerrr
Deletecantiknya....
ReplyDeleteYup. Saya pun rasa cantik.
Deleteikan bakar pinggiran subang? ermm cam tau je tempat tuh
ReplyDeleteSelera Pantai Timur. Jom la join.
Deletecantik design booth.
ReplyDelete