Monday, April 20, 2015

Berikan saya ruang...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
20-04-2015


Selamat datang 1 Rejab. Semoga kita terus dirahmati dan diberkati.

Track saya sebagai seorang blogger semakin huru hara. Semakin merudum mood kerajinan. Bukan sahaja kerana masa kesibukan tetapi apabila ada masa lapang pun, hati dan perasaan saya sudah tidak sepenuhnya untuk berblog. Agaknya inilah kot perasaan mereka para blogger yang dah tinggalkan blog depa bersawang tu...

Saya berada dalam situasi sedikit tertekan. Ada beberapa peristiwa (jika boleh saya ingin menyebut sebagai kes) di tempat kerja yang membuatkan saya harus berhati-hati. Politik sangat dahsyat. Untuk membina keyakinan dan kedudukan yang selesa memanglah susah tetapi saya tidak menduga akan perit sebegini.

Saya perlukan ruang untuk mengubah beberapa keadaan termasuk rutin diri sendiri.

Tayang-tayang:


Lemon Teh Suam. Pengubat stress.

Saya rasa saya perlukan cuti.





 ~...berjauhan dari HISYAM juga sebenarnya sangat mendukacitakan SERI BULAN lalu dia cuba mendidik diri dan hati untuk lebih kebal dan kental...~




10 comments:

  1. kena ambil masa nak kembalikan mood berblog. saya pun ada masanya macam tu juga

    ReplyDelete
  2. Jom pergi jauh-jauh ke luar negeri untuk seketika... :)

    ReplyDelete
  3. mcm sy juga..politik d tmpt kerja..ssh kan...mcm ragam manusia..blog sy da lama bersawang..:)

    ReplyDelete
  4. saya nak komen lemon teh suam tu jer..... memang sedap sangat2. hehehe

    ReplyDelete
  5. blogging ni memamng perlukan mood.saya kalau takde mood memang macam tu. mungkin kak seri bulan penat agaknya..amiklah cuti, berehat..

    ReplyDelete
  6. tak pe kak.. take ur time. politik di tempat kerja, perkara biasa. sabar je la.

    ReplyDelete
  7. Betul kak zah! saya rasa semakin teruk rasanya dah lama tinggalkan blog sebegitu lama. bukan tidak sayang pada blog dan dunia blog, tapi ntah.

    Ceritanya, saya sudah tidak jujur. Saya tidak jujur dalam mengeluarkan idea, berkongsi cerita. Banyak hati harus dijaga. Banyak ragam perlu di layan.

    Bosan. Rasa nak duk jauh2 hujung dunia, semoga bertemu banyak benda baru yang dapat dijadikan cerita. Dok sini lama sangat, rasa semua benda SAMA SAJA SETIAP HARI SEJAK 5 TAHUN YANG LALU. hahaha..

    ReplyDelete
  8. Cabaran kerjaya di syarikat besar sangat menduga kita walaupun pangkat kita tidak setinggi mana namun masih ada yang akan mempergunakan, menyalahkan atau melebelkan kita dengan apa sahaja demi untk menaikkan diri sendiri. Politik tempat kerja akan membuatkan kita 'down' hilang semangat untuk terus bekerja. Moga terus tabah...

    ReplyDelete
  9. insyaallah semua akan baik2 sahaja.

    ReplyDelete
  10. chik na selalu tenggelam timbul... baru cuba nak aktifkan diri kembali

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails