Wednesday, April 22, 2015

VIP: bukan semata untuk orang penting...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Raby
22-04-2015


Pernah tak korang jumpa or menhadapi orang yang spesis lanun macam biadap pentingkan diri sendiri, di tempat kerja? Then nak kena hadap tiap hari pulak tu.

Well, di Lantai tempat saya kerja ada seorang. Lelaki. Agak berumur (kalu dah lebih tua dari saya tu kira berumur la kan?).  Saya tidak mempersoalkan pasal kerja dia. Itu bukan part saya walaupun dia boleh masuk kerja suka hati dan balik suka hati. Hanya MyManager saja yang boleh "bercakap" dengan dia. Special kes la kot. Cakap orang lain dia takkan ikut. *saya tidak mahu melihatnya sebagai racist walaupun dah ada yang ungkit.

Tiada siapa berani dekat dengan dia. Dia bercakap hanya soal kerja dengan orang berkaitan sahaja. Ada ketikanya bila dia langgar peraturan kehadiran dan saya perlukan tandatangan dia sebagai pengesahan (agar tidak disebut sebagai kehadiran palsu) saya terpaksa gunakan orang ketiga. Sebab dia akan argue banyak benda dengan saya. Kita ikut arahan saja, boleh tak?

Itu belum soal betapa ganasnya dia bawa kereta sehingga beberapa kali nak langgar kawan satu opis. Bergaduh ajak tumbuk pun dah berapa kali. Macam samseng.

Dan yang tak tahan buat suka hati dalam ruang kerja tetapi orang lain tak boleh. Memanglah buat suka hati di tempat kerja bila-bila pun salah. Contoh, jerit jerit atau pasang radio kuat... but for me jika kita tidak suka orang buat, kita pun jangan buat.

Juga sudah berapa kali dia masuk pantri guna barang-barang kawan tanpa tanya tanpa izin. Sehingga ke tahap selongkar lokar. Yang buat saya rasa nak meletup semalam dia ambil bekas mangkuk saya untuk panaskan makanan dia. Sedangkan dia tahu non-halal area di tingkat bawah. Saya terus buang mangkuk. Rasa nak baling jer kat kepala dia, tapi saya risau si samseng tu tunggu saya kat lif atau parking pula nak tumbuk saya...!

Ya orang akan tanya, kenapa company ada staf perangai gitu. Orang akan kata, buang saja staf yang merbahaya.

Bagi saya, selagi ada yang "menjaga dan mengendalikan keadaan dia" saya rasa tiada siapa berani minta samseng tu berhenti. Mungkin jika suatu hari ada kes besar dan melibatkan polis barulah pihak pengurusan mahu bertindak. Itu pendapat saya.

Sekarang ini, saya hanya mahu berhati-hati tidak mahu cari pasal.

VIP = very irritating person




 ~...tolong jangan lagi rindu jika tidak lagi mahu bertemu..~




13 comments:

  1. Adala tu skru mana2 yg loose and lost.Jaga diri baik2 ya Azie,Semoga sentiasa dalam peliharaanNya.Semasa kerja jumpa juga org org gini tapi taklah seteruk sampai bahayakan diri org lain.

    ReplyDelete
  2. AllahhuAkbar!

    Sangat menjengkelkan terpaksa berhadapan spesis begitu...

    ReplyDelete
  3. Ya Allah takut nye kalau ada officemate macam tu

    ReplyDelete
  4. p/s ok noted kak! ;-) c u there!

    ReplyDelete
  5. Ada yang dok 'bela' dia dia sebab tu besaq kepala tetapi selagi mampu elakkan cari hal dengan dia elakkanlah orang macam ni memang boleh bertindak diluar jangkaan.

    ReplyDelete
  6. Sakit hatinyee
    Ada c4 letupkan jer

    ReplyDelete
  7. hehehe....mmg betul2 VIP kalo perangai mcm gini. kalo tempat saya istilah.... "nyo juppo lah tu robu-komis" (buku bertemu ruas)

    ReplyDelete
  8. x hormat orang macam tu, kan blh dilapor sebagai harassment. Atau dia memang akan mengambil tindakan kalau ada laporan dibuat ke atas dia?

    lapo harassment pada HR dan lapor pada polis akan ancaman keselamatan. Tapi memang leceh.

    ReplyDelete
  9. Bila Azie share cerita ni.. teringat pulak zaman Sham kerja dulu.
    Ada jugak 'sorang' yg ada immunity mcm ni.. thus far.. takda sorang yang boleh tegur dia..
    Bukan setakat kena tutup sebelah mata.. memang kena buat buta terus dgn Si Polan tu.

    ReplyDelete
  10. silap haribulan, manager akak pun takut dgn dia!

    ReplyDelete
  11. hhhmmm.. sy boleh agak bangsa apa.. dan sy pun pernah jumpa org gini.. mmg menyakitkan hati dan mata.. banyakkan sabar dan senyum.. insyaallah kita akan menang sebab kita insan teraniaya.. :)

    ReplyDelete
  12. Cabutkan satu skru tayar kereta dia @ brek biarkan dia cepat mampussss...leh gitu...sesekali kita jadi brutal...

    ReplyDelete
  13. kalau dah sampai tahap nak pukul atau merbahayakan nyawa, better buat laporan polis untuk keselamatan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails