السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
03-04-2015
Sudah jadi trend sekarang Whatsapp Grup menjadi medan chat paling popular sekarang. Mudah, cepat dan berkesan. Bergantung cara kita guna dengan cara tersendiri. Apatah lagi sejak 2,3 hari ini Whatsapp sudah boleh buat call pulak. Wahhh lagi la jimat.
Saya sendiri ada beberapa grup di Whatsapp yang saya ditarik masuk. Cuma ada 1,2 sahaja yang saya aktif. Paling seronok adalah grup bekas kawan-kawan sekolah menengah dulu.
Bertemu semula selepas lebih 30 tahun adalah suatu perkara yang menyeronokkan dan mengharukan. Banyak perkara dan pengalaman yang masing-masing lalui menjadi perkongsian dan topik yang menyeronokkan. Apatah lagi bila mengenang kembali saat sekelas dan sepadang. Aduhaii banyaknya kenangan manis zaman sekolah.
Jumpa tidak rasmi. Di kenduri rumah MyKakYang. Sebenarnya saya tak pernah geng pun dengan depa ni masa di sekolah dulu. Pendekata jarang sangat bercakap or sembang. Lagipun tak sekelas. Tapi bila kita bertemu di laman chat segala rasa tak nak kawan dulu dah takda. Masing-masing saling hormat.
Ini budak pengawas dulu. Antara murid terpandai. Sebab tu hari ini dia dah jadi jurutera.
Rakan lelaki yang seorang ini antara yang paling nakal dalam kelas saya dulu. Musuh ketat saya ketika saya menjadi ketua kelas. Kuat melawan. Suka usik orang. Dan dia memberikan saya satu panggilan nama yang lucu tapi catchy. Ohh Tuhan... nama itu lekat bertahun-tahun dan dibawa sehingga hari ini. Bertahun juga saya lupa akan panggilan nama itu sehinggalah kami bertemu di Grup... arghhh nama itu tidak lagi menjadi kemarahan kepada saya. Nama itu terus menjadi kemesraan depa dan saya. Terimakasih Jali...!
Jumpa kawan yang ini di Tesco Ampang, Ahad lalu. Lepak borak-borak mengingati zaman sekelas dan cerita terkini kehidupan masing-masing.
Sudah lama saya tidak join reunion sekolah. Pernah 2 kali saja. Tak berkesempatan lagipun reunion sering dianjurkan di lokasi kampung lalu saya jarang berpeluang.
Ini kisah Isnin 30 Mac lalu. Bila ada yang turun KL dari utara atas beberapa urusan rasmi, gathering kecil-kecilan diatur. Walaupun tidak ramai yang dapat hadir, depa yang ada sudah cukup menggembirakan hati saya.
Lalu makan malam kami berlangsung penuh mesra-ceria di Ampang Putra Foodcourt. Paling dekat dengan saya, maklum malam hari bekerja. Harus ada limit. Kalu malam minggu mungkin boleh lajak lagi.
Bercerita tentang masa sekolah adalah topik paling best. Menyebut nama-nama kawan sekolah dulu, yang sudah berjaya, yang hilang tidak dapat dikesan dan juga yang sudah meninggal, memberikan pelbagai perasaan. Gembira, sedih dan terharu. Mereka pernah menjadi kawan sepermainan di padang, kawan gaduh masa belajar, kawan yang saling menceriakan hari-hari persekolahan saya.... tidak terkecuali yang menjadi teman rapat ibarat bercinta bak monyet. Hahahaha!
Dalam kehidupan, kita tidak dapat mengelak dari meletakkan kawan-kawan dan sahabat sebagai sebahagian diri kita. Walau ada banyak perkara yang harus kita jaga, tutur kata dan soal-tanya yang tidak mengguris hati tetapi mereka tetap penting menceriakan hari-hari saya. Mungkin tidak sama dengan cara orang lain, sepertimana saya tidak suka orang terlalu pot hal peribadi saya, begitu juga saya cuba untuk tidak terlalu busybody or pot hal peribadi kawan-kawan. InsyaAllah alam persahabatan itu indah dan ceria.
Saya harap akan akan ada lagi pertemuan semula dengan kawan-kawan sekolah yang lain pula kelak.
Hmmm.. depa ni rata-rata masa sekolah dulu tak hensem langsung, tapi dah tua-tua ni cantik dan hensem pulak!

Aku jugak yang hitam, comot dah selekeh!
~...HISYAM mengaku sudah pandai mengukur kelapa tetapi santan yang diperah Mak Utih masih cair dan kurang enak lemaknya, lalu dia cuba pula mencabar SERI BULAN menunjuk handal menanak pulut tanpa sedar dia lupa SERI BULAN langsung tidak kenal mana pokok pulut mana pokok kelulut....~
Kakcik langsung tidak berpeluang berjumpa semula dengan teman2 zaman persekolahan dulu. Ada seorang dua yang dapat dikesan secara tak sengaja, tapi mereka bagai mengelak untuk dijejak... hmmmm...
ReplyDeleteHahahahaha.
ReplyDeleteDapat jugak tgk rupa akak masa sekolah menengah..
Tu tgh posing sebelah kereta ayah ke, kereta cikgu?
Betul tu kak..
Bila dah habis sekolah, bila bertemu semula di alam maya, yg tak pernah jadi kawan/ berbual di sekolah, boleh jadi kamcing..macam tu la saya & Dr Hani tu...hahahaha...
meriah nampak nya tu
ReplyDeleteSalam sayang salam rindu k azie, minta maaf jarang dah dpt singgah sini, apapun k azie sentiasa di hati..
ReplyDeleteKak..comey la zaman budak sekolah tu, kurus akak masatu
memang seronok yang sukar digambarkan bila sesekali reunion dengan kawan2.... memang sehingga kini, kami juga masih berhubung antara satu sama lain
ReplyDeleteBila jumpa kawan-kawan lama mesti banyak cerita yang keluar
ReplyDeletesweet ada gambo masa skolah ek
ReplyDelete