السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
05-07-2015
05-07-2015
Saya bukan follower dia. Juga bukan follower sekian-sekian artis. Tapi harus mengaku ada sorang dua selebriti yang saya follow di IG tetapi jarang saya buka tengok. Selebriti yang ada unsur 'fun' dan tidak meloyakan.
Umum tahu, ada isu panas tentang artis lelaki yang seorang itu (lagi...lagi?). Saya tidak baca secara details punca kata-mengata tu. Yang saya sempat baca, mengata restoren steak, kutuk dan hina. Ayat kasar.
Ramai sedia maklum. Dia yang seorang ini pamtang kena cuit. Melompat melatah macam betis kena sebat dek rotan seurat. Menjerit mencarut maki hamun complete pakej! MasyaAllah.
Sejak dulu pun macam tu lah. Ada la sekejap sekejap dia macam berubah. Tapi tidak kekal. Ulang balik ulang balik.
Saya sendiri pernah jumpa dia (masa tu sama-sama tunggu nombor giliran kat kaunter pasport). Saya buat tak nampak tak pandang. Sebab lagi orang pandang dia lagi nak gedik kat situ. Dengan beg tangan pompuan, gelang besar, cekak rambut pompuan...hmmm mengata dah nih...
Bila tengok satu promo kat TV yang dok ulang selalu sedutan reality show masak tuh, dia dok sebut, "Bulan puasa ni kita kena control emosi.." Hmmm ironinya...!
Bagi saya, dia terdesakkan perhatian. Lagi banyak kita bagi perhatian lagi suka dia terkinja melompat nak menunjuk kehebatan dia. Jadi cara terbaik, jangan bagi perhatian. Buat tak tahu saja. Jangan layan. Dia dah cukup tua untuk fikir baik buruk. Lagipun dia berpelajaran tinggi. Ada ijazah.
Dalam masa yang sama, kita doakan yang baik-baik saja. Semoga hatinya akan lebih lembut, lebih matang selaras usia, lebih rasional dan lebih rendah hati... Keras jangan dilawan keras.
Tayang-tayang:
Biasanya orang yang pernah lalui penderitaan, hatinya akan keras, jiwanya akan kental jika tidak memberontak sekalipun dan bersikap mementingkan diri. *Han Tae Hee - Birth of A Beauty.
Bersyukurlah dengan penghidupan kita, sejak dulu kini dan akan datang.
Biasanya orang yang pernah lalui penderitaan, hatinya akan keras, jiwanya akan kental jika tidak memberontak sekalipun dan bersikap mementingkan diri. *Han Tae Hee - Birth of A Beauty.
Bersyukurlah dengan penghidupan kita, sejak dulu kini dan akan datang.
~...hanya HISYAM seorang lebih tahu tentang betapa kerasnya hati SERI BULAN itu dan tiada siapa yang lebih faham kenapa dia tiba-tiba lembut hati untuk ikut bermastautin di Kampung Separuh Desa ini walaupun alasannya sebagai pengikut setia HISYAM itu terlalu tipis untuk dipercaya, namun hingga hari ini hatinya belum pernah berubah...~
hanya org tertentu sahaja yg boleh tegur dia (kata dia lah) sebab tu mufti pun dia bantai.... hihihi
ReplyDeleteSelagi dia rasa dia betul semua. Orang laib sentiasa salah saja di mata dia.
Deleteno comment kalau pasal orang tu...meloyakan je baca pasal "dia"
ReplyDeleteTak dapat mengelak terdedah juga di mata kita kisah dia. Baca la juga. Walaupun kemudian memang rasa meluat.
Deletesenantiasa positif walau apa jua halangan yang mendatang....
ReplyDeleteItu lah juga sebaik baiknya. Apatah lagi di bulan yang.mulia ni...
DeleteKakcik setuju - jangan beri dia perhatian. Pedulikan sahaja dan mudah2an kita juga tidak mendapat dosa kerana dia...
ReplyDeleteOrang camtu memang itu jer cara melayan. Buat tak tahu buat tak faham. Kalu benda baik takpa la jiga, takkan maki hamun carut pun kita nak pandang juga. Abaikan saja.
Deletebiasa org byk pglmn ni lebih lepak. tapi ini tidak.huhuhuh..
ReplyDeletelama xmai sini..kdg2 blog akk xboleh bkk xtau psl ap..hoho
Ohh ya? Tak pasti lak napa tak leh bukak. So far ok jer. Terimakasih atas kesetiaan.
DeleteMasalahnya dalam kita meluat, tv nampak sbg satu "comercial value" ......rating tinggi gamaknya bila dia ada.....kita dosa dok mengata sambil tengok dia happy ja dok tgk bank dia makin ketat ...kan...
ReplyDeleteBetul kak Azie.. kalau dia lalu sebelah pun.. cuba buat2 tak nampak.. ntah.. sejak dia jadi macam ni, nak tengok pun tak sanggup..
ReplyDeletemasalahnya ramai jugak yg propa.. mengada ngada pegi layan pasai pa tak tau.. haihh..
ReplyDeleteMeloyakan tekak kalau dgr cerita dia. Kesian mak dan keluarga dia kan...
ReplyDeleteMeloyakan tekak kalau dgr cerita dia. Kesian mak dan keluarga dia kan...
ReplyDelete