السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Isnin
06-07-2015
Rakyat tahu. Rakyat baca. Rakyat menilai. Mengkritik. Berhak bersuara. Berhak juga mempertikai.
Ada yang melihatnya sebagai sangat serius. Sangat kritikal. Malah tidak kurang melihatnya sebagai sangat lucu. Lalu dilawakkan lagi serta diviralkan menjadi kes paling popular bulan ini selepas isu GST, isu minyak naik harga lagi dan juga selepas isu dera budak.
Kita tidak tahu apa yang dia fikir dan dia ramalkan. Malah kita mungkin tidak mampu berfikir sepertimana dia berfikir. Yeaaa siapa tahu, ye dak?
Namun bagi saya bila memberikan idea dan cadangan yang saya sifatkan sebagai menyentuh hati, saya tahu ianya sangat-sangat menyedihkan. Untuk berjimat minyak dan tol, rakyat disaran tidak balik masa Hari Raya. Tidakkah itu seperti keterlaluan?
Kok la nak bagi idea, serulah jangan pegi bercuti terlalu kerap ker... pegi keja kongsi keta ker... tetapi menyeru rakyat untuk tidak balik berkumpul adik-beradik, ohhh sedih..!
Sudah la hari biasa kita jarang dapat balik, tak mungkin bulan Syawal kita mahu melepaskan peluang jumpa mak ayah...sedara mara, sepupu sepapat, rakan sekampung dan sesiapa saja.
Mau meraung kalu tak balik. Sekeras hati mana pun, cuba bagi dengar lagu Raya, boleh cair hati macam lilin dibakar. Lainlah kalu terpaksa bertugas, memang takleh ngelak.
Bagi anak kampung yang berjiwa kampung sangat ni, seboleh mungkin nak balik seawal yang mungkin. Nak mengulang saat-saat beramai bersiap untuk sambut lebaran. Himpun sabut, tempurung kelapa, jemur tepung gula, kejar ayam, sama-sama isi beras dalam sarung ketupat....aduhai.
MyToklaki pula sangat-sangat suka kampung. Dah jemu dengan bandar. Beraya di kampung adalah saat yang sangat dinantikan.
Buaian kampung yang sangat memberi kenangan.
Main bungai api di laman pada malam Raya. Ini kenangan tahun lepas.
Apapun jua seruan atau kempen, saya secara peribadi takmau pedulik. Balik tetap balik. Nak saman ker, nak tangkap kerr, tunggu aku sampai kampung dulu...!
Tayang-tayang:
Cucur Jagung. Saya boh udang nak sama banyak dengan jagung. Buat sendirik jugak yang puas.
Murtabak Daging beli dari pasar malam haritu. Mujur sedap.
~...ayam sudah direban, pucuk kelapa juga sudah diikat kemas di atang dapur lalu apabila Mak Utih bagai panik bagai ada sahaja benda yang belum siap dirancang, Pak Utih dengan sengaja berlagak selamba walaupun kelapa parut belum dibuang sabut, kemudian bagai berpakat pula dengan HISYAM yang memang menunggu masa untuk menakal dengan membuat SERI BULAN panik gelabah tentang baju kurung kedah yang ditempah sebenarnya sudah menjadi baju kebaya berpinggang ramping...~
mungkin dia tak ada kampung atau adik beradik
ReplyDeletealamak topik kita sama la kak... hihihi kgku tetap dihatiku... selamat beramal dibulan ramadhan
ReplyDeleteMungkin dia cemburu dengan orang yang balik kampung sebab dia tak ada kampung!
ReplyDeletedia tak mementingkan nilai kekeluargaan seperti mana kita!
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletejom balik kampung ...kita mintak tolong dia berkawal jaga rumah musim perayaan ni
Bila cakap ikut sedap mulut akhirnya sendiri tanggung isu dah diviralkan. Memalukan duduk tinggi-tinggi tapi pemikiran tak tinggi..
ReplyDeleteMula2 baca..geram sgt..mcm sgt tak masuk akal...lama2 fikir..hmm..jeles kot sbb dia takde kg...takpun org kg tak suka dia..hehe
ReplyDeleteSemlm beli mertabak juga, tapi tk sedap
ReplyDeleteSaya tak balik kot, mak dah takde, hu hu...
dia dok di kg baru, kl jd x yah pk pasal tol bagai!
ReplyDeletemungkin mamat nie di gunakan untuk menutup isu-isu lain yang tak kurang hangatnya....
ReplyDeleteDia kena cari isu2 lagi hangat kalau dia nak tutup isu2 lain yang tak kurang hangatnya la ni.. tapi bersedialah dengan segala macam bentuk komen nanti..
Deletex bg balik kampung mmg punca gaduh :)
ReplyDeleteraya tahun ni dirumah mertua je. mungkin ada betul poin nya tapi susun ayat tu bagi ok sikit. tiada empati langsung bila cakap mcm tu.
ReplyDelete