Saturday, July 11, 2015

Ramadhan 24: berbuka dengan keluarga adalah satu elemen bahagia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu
11-07-2015


Ahad minggu lalu, kami memutuskan untuk berbuka di luar. Acara sebulan sekali bersekali meraikan ulangtahun saya yang jatuh pada 01-07 yang lalu.

Dak Amoi memilih Restoren Muhibbah di Kg Sg Penchala, yang katanya sedap dan popular.


Tempahan perlu dibuat awal kerana bimbang tak boleh dapat meja. Menu pilihan juga harus dimaklumkan awal kerana order semasa duduk di meja menjelang berbuka tidak lagi diambil kecuali untuk menambah nasi atau air.

Sayang sekali, air jus buah seperti dalam menu tidak disediakan sepanjang bulan puasa kecuali air sirap dan laici sahaja. Saya rasa depa tak menang tangan nak mesin buah untuk ratusan permintaan pelanggan yang sudah tentu datang serentak masa berbuka... kan?


Memang patutlah restoren ni penuh selalu. Saya segan nak snap suasana dalam restoren yang luas ini. Orang penuh.

Menu yang kami pilih pun sangat-sangat menepati selera. Ternyata pilihan yang tepat. Saya paling suka Kailan Ikan Masin. Marbeles!


Ini snap sewaktu masih siang dan orang belum penuh. Menjelang waktu berbuka, semua meja penuh. Restoren Muhibbah ni memang cantik dan selesa. Luas dan nyaman. Terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan surau. Masjid besar (lupa nama) Kg Sg Penchala pun tak jauh. Walaupun tempat letak kereta tak mencukupi dan ramai terpaksa parking jauh sepanjang jalan masuk, restoren sediakan buggy mengambil-hantar pelanggan dari restoren ke kereta.

Sebelum balik, bebudak ajak makan aiskrim Sangkaya di Uptown Damansara pula.


Aiskrim kelapa yang boleh dipilih beserta perisa lain, dihidang bersama isi kelapa muda. Toping boleh dipilih (terhad kepada 3 jenis toping saja) boleh dibuat sendiri. Enak nyaman dan terasa lemak kelapa mudanya. 1 cup (1 bekas tempurung) = RM10.60 (ada GST juga).


Mengisi masa dengan anak-anak, sambil makan sambil borak-gelak terasa sangat bermakna.

Walau tidak semewah orang lain, tapi tiap orang pasti ada cara tersendiri, kan?





 ~...hampir setiap malam HISYAM berkunjung datang untuk makan berhidang, tidak pernah jemu dia bersila hadap bersama SERI BULAN sambil diawasi Mak Utih dan Pak Utih yang sentiasa ceria hingga makannya lebih banyak dari biasa sehinggalah pernah suatu malam lauk cuma ikan masin dan pulut tanak kerana kayu api basah terendam...~




2 comments:

  1. Pernah dibawa anak2 makan disini...sedap.

    ReplyDelete
  2. setuju akak....kebahgian tidak di ukur dengan kemewahan kan? apa yang paling penting sentiasa bersama keluarga dalam apa jua situasi

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails