السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
30-07-2015
30-07-2015
Hmmm lamanya tak update. Sibuk dengan kerja sibuk dengan Raya. Yeaaa alasan biasa.
Lalu mood untuk memulakan entri hasil tulisan... terasa benor lah payahnya.
Cerita Raya? Hampir sama dengan orang lain. Balik kampung berkumpul sanak saudara.
Walaupun ibubapa mertua saya sudah tiada, tetapi rumah warisan di Jemapoh, Kuala Pilah tetap dikunjungi. Kami balik selepas solat sunat Aidilfitri. Tahun ini hampir semua adikberadik MyToklaki balik berhariraya di sini.
Berkunjung ziarah ke rumah saudara sebelah MyToklaki di kampung memang seronok. Sambutan raya lebih meriah bila kami saling berkunjung dan menerima tetamu.
Merasai sendiri acara membuat dodol di rumah emak saudara di Bahau, yang enak lazat kerana menggunakan gula enau, suatu pengalaman yang jarang saya lalui.
Pada hari Raya ke-2, barulah kami pulang ke kampung saya di Tanjong Piandang, Perak.
Singgah di Taman Damai, Parit Buntar rumah MyKakYang yang mengadakan majlis tahlil (tengahari, kami tak sempat) dan bersambung dengan openhouse. Makan lagiii..
Yang best sebab ada paberet saya, satay. Wahhh makan sungguh-sungguh...!
Bagi saya, berkumpul adik beradik sanak saudara, sepupu ipar-duai-lamai adalah lebih bermakna bila kita membersihkan hati setelah lama tidak berjumpa. Lebih meriah bila kita mampu bermesra dengan ikhlas dan gumbira, tanpa ada rasa prasangka....
Atau disulami cerita-cerita negatif tentang si polan dan si polan... juga gossip yang tidak memberikan faedah pun. Atau menumpukan kepada perkara material dengan niat bersaing.
Ingat, bila kita rasa baju kita sangat lawa, baju orang lain lebih cantik lagi. Bila kita rasa gelang kita sampai penuh lengan, ada orang lebih mampu bergelang sampai siku. Jadi, bersederhanalah.
Saya selalu jemu bila diajak sembang tentang isu berlawan lawan baju, gelang dan sofa langsir nih..!
Selamat Hari Raya.

~...lama tidak jumpa bukan makna sudah jemu HISYAM, tidak juga kerana sudah mahu dimua, tetapi bagai ada pagar tinggi yang menghalangi, dan seorang SERI BULAN hanya menanti dirinya diajak datang dan dijemput hadir...~
Tengok dodol tu, teringat dulu-dulu kakcik dan adik-adik suka sangat makan dodol yang masih cair dan panas...sapu pada roti. :)
ReplyDeleteHari raya masa untuk berkumpul dilain masa sibuk dengan tugas masing2.
ReplyDeleteAzie kacau dodol mengimbas kembali kenangan kak zai.
Hari raya masa untuk berkumpul dilain masa sibuk dengan tugas masing2.
ReplyDeleteAzie kacau dodol mengimbas kembali kenangan kak zai.
Lama sungguh kakak tak melihat secara live org kacau dodol
ReplyDeleteDulu masa bapak kakak tak tua sangat boleh katakan tiap tahun buat
Sekarang dah tinggal nostalgia aje..
Dodol tu mengingatkan ketika arwah wan masih ada.. paling ditunggu dodol yang masih lembik dalam kawah tu.. sedapnya.. ;)
ReplyDeletesaya mood update lepas raya terus hilang....cuma jenjalan tgk kemeriahan blog kekawan jer lah beraya
ReplyDeleteKak Azie, masih ada lagi ka yg dok banding kita pakai apa, emas betui ka emas celop ? owh wanita
ReplyDelete