Wednesday, July 15, 2015

Ramadhan 28: tailor baju Raya, tolong jangan tamak...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
14-07-2015


Musim Raya, persiapan biasanya dari hujung rambut hingga tapak kaki. Paling besar punya perkara, tentulah baju Raya.

Masa ni seawal 4,5 bulan sebelum Ramadhan lagi, tempahan mula masuk. Biasanya tailor yang mahir, yang sehari boleh siap 4,5 pasang sehari pun akan tutup tempahan sebaik saja Ramadhan bermula. Tak menang tangan.

Minggu lepas, kawan sekerja saya bercerita. Dia hantar 3 pasang baju Raya seawal bulan Mac. Janji dah deal bulan posa boleh siap dan amik. Tailor janji manis. Sampai masa (minggu lepas bermakna minggu terakhir sebelum Syawal) dia call. Singgah nak amik. Apa jadi? Tailor kata baju ada kat dobi. Malam baru siap. Malam pi ulang nak amik, tailor kata baju tengah "hemming" kat tangan orang lain. (Biasanya tailor sub pada orang lain utk selesaikan bahagian kemas jelujur, jahit butang dan sebagainya... betoi kan?). Bayang baju tak nampak. Cakap dalih-dalih. Kawan saya naik angin dan syak baju dia belum buat. Dia kata esok pagi-pagi dia nak amik. Agaknya malam tu tailor tak tido langsung dok pulun jahit.

Kalu mengaku jer kan senang? Lain kali jangan janji.

Saya ada beberapa pengalaman bengang gak pasal baju raya. Dulu sorang tailor saya (saya regular dengan dia bertahun juga) tapi bab baju Raya pernah dia tak sempat siap. Janji soh saya amik sehari sebelum Raya. Bila saya pi rumah, rupanya dia dah balik kampung. Baju saya tak siap.

Dek bengang saya amik kain yang belum berpotong pun. Sakit hati Tuhan saja tahu. Stop tak hantaq dah. Sorang customer gone!

Tahun lepas, pun baju Raya saya tak siap semua. Dapat sepasang saja lagi 2 pasang  tak siap. Ok la juga tapi yang buat saya geram, bagitau la awal bukan dah time kita nak pi amik baru habaq tak siap. Alasan, "baju saya dan baju mak mertua saya pun tak jahit lagi". Saya tak suka peniaga gunakan alasan peribadi camtu. Kita tak minat nak tahu pun.

Sebagai tailor, kalu dah tahu musim Raya akan banyak tempahan dan baju famili-kerabat sendiri pun tak sempat, hadkan tempahan. Jangan gelojoh jangan tamak. Bagi saya berbisnes time Raya kena faham, customer dulu baru diri sendiri. Kalu takleh nak berkorban jangan amik tempahan macam ada tangan sepuluh.. ! Stop hantar. Satu customer gone!

Kadang-kadang saya tak faham orang yang menjahit ni. Kalu tak larat dengan kederat, janganlah amik tempahan lebih dari keupayaan. Sendiri kena bijak nak ejas masan dan kemampuan. Setahun hilang sorang memang la depa tak heran sebab tahun depan akan ada  10 lagi customer. Memang benar. Tapi kan tak baik menganiaya customer? Entahlah jika depa tak rasa bersalah atau tak heran sikit pun?

Bukanlah juga saya nak kata semua tailor camtu. Saya respect depa yang tekun dan komited menjaga hati customer. Yang mengambil tempahan dengan ikhlas tidak berkira. Ramai, saya tahu ada ramai. Yang kena hampeh tu, nasib tak baik lah tu. Cari jer lah tailor baru. Tailor tu pulak cari lagi 10 gantikan kita yang seorang.

Terus teringat iklan raya sketsa pendek tentang seorang ibu tunggal yang gigih menjahit baju Raya sehingga ke pagi menyara anak perempuannya. Rezeki untuknya yang ikhlas. 2 pasang baju yang silap dijahitnya pun tetap diambil customer walaupun sudah dijahit yang betul. Rezeki berganda jadinya.

Tayang-tayang:


Projek kuih yang tiap tahun mesti buat. Paling senang. Cuma, sebab rakyat ramai saya buat 1 paket tepung pulut. Chak pun dah pandai buat.



Buah Melaka. Bila dah selalu buat, terasa sangat mudah dan hasilnya memang mendapat Kepujian Kelas Pertama.




 ~...bila ada yang membandingkan antara HISYAM sekacak Hisyam Hamid, SERI BULAN harus mengaku akan benarnya perbandingan itu lalu dia kemudian jadi bimbang andai dirinya pula dibandingkan dengan bulan yang berseri tiap malam di celahan julai jambu...~




5 comments:

  1. saya pon hairan gak jenis tailor yg suka amik tempahan byk2 ni..ape motif ntah, lepas tu mengeluh cakap tempahan byk x siap, baju family xleh nak jahit..sepatutnya dh jadi tailor, mesti dh tahu keadaan mcm mn tiap kali raya..yg p amik risiko trm tempahan byk2 tu nape? mcm lah ad org paksa..haihhh..

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan...

    Dahjulu masa 2005 pernah bekerja di butik pakaian di kawasan Selayang....jenuh kami menjahitnya....ada benarnya....tempahan yang diterima memang ada yg tak dpt disiapkan... salah satu sebab pekerja tiba-tiba berhenti selepas tempahan diterima....

    ReplyDelete
  3. Kes baju tak siap ni yg buat saya beli baju readymade azie..
    walaupun ada yg tak berapa selesa tapi tak sakit hati kan..
    Salam lebaran aidil fitri buat azie sekeluarga ;)

    ReplyDelete
  4. Siapa pun mesti marah dan kesal kalau baju tak siap
    Kakak bernasib baik sebab biasa semua baju kakak jahit aje sendiri senang ikut ukuran sendiri kan..

    Selamat Hari Raya - maaf zahir batin dari kakak ye Azie.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah saya tak berhadapan dengan masalah tu cuma tahun lepas saya frust dengan tailor ni (kali pertama hantar tempahan baju melayu pada dia), tak sekemas dan secantik mana.. ok.. cukup itu sekali je saya hantar..
    Baju saya pulak.. eemm.. ok bolehlah.. dari takde kan..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails