السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Rabu
08-10-2014
Aidil Adha baru saja berlalu. Semoga ibadah korban yang kita lakukan, diterimaNYA.
Semoga ibadah korban memberikan rasa keinsafan dan kesedaran. Mengubah hati. Melembutkan hati. Membuka mata dan minda.
Di taman perumahan kami, ibadah korban menyembelih lembu sudah menjadi tradisi dan suatu program yang meriah. Bermula sejak awal pagi, di mana surau dikunjungi, dipenuhi dan dibanjiri muslimin dan muslimat. Melimpah hingga ke luar, ke tepi pagar. (Saya tak bawa hp ke surau, no pic).
Dan bersambung dengan acara sembelihan. Tahun ini sebanyak 9 ekor lembu dikorbankan. Bermula selepas solat sunat Aidil Adha, dan para petugas mula memegang tali.
Saya tak tunggu, sebab nak masak-masak di rumah. Walaupun sebenarnya saya teringin nak tengok sembelihan tu, tapi MyToklaki macam dah warning awal-awal. “Berani tengok darah ker?” Amboiiii eksyen dia.
Beberapa pic yang anak bujang saya snapkan dari luar kawasan surau. Hanya para petugas sahaja dibenarkan berada dalam kawasan berpagar surau ketika sembelihan. Orang awam, saksikan dari luar saja.
Alhamdulillah. Kami dapat sebungkus daging, dan sedikit tulang lembu. Cukup untuk buat Sup Tulang, sekali makan sekeluarga. Saya makan seketul kecik tetiba kepala boleh tingtong! Wahhh takutnya.
Dan malamnya, sahabat Abah dan Kak Ros pula datang dari Sg Besi menghantar sebungkus lagi daging korban. Terimakasih.
MyToklaki masak rendang daging semalam. Amboiiii... dapat Kepujian Kelas Pertama dari rakyat dalam rumah!
Tayang-tayang:
Kuih Chang dan Ketupat ori. Hasil karya rakan sekerja di tempat kija. Saya ni makan jer pandai. Buat, ntah bila nak belajar. Huhh!
~...HISYAM semakin ceria sejak mendapat berita bahawa namanya meniti di mulut makcik-makcik warga Kampung Separuh Desa, bagaikan dia seorang lelaki yang ada dan SERI BULAN merasakan hendak mencari teruna lain sebagai saingan...~






