Thursday, August 26, 2010

Ramadhan: Soriiiii.... > sengih sambil tayang gigi.

Semalam petang, aku terklik apa ntah kat “edit HTML”. Memandai jer.
Akhirnya, semua listing kat side sana semua ilang. Terpaksa buat semula.

So, sesiapa yang rasa blognya tidak tersenarai di sebelah sana, sila komen di bawah ya.
Tolong bagitau, sebab AA takut ada yang tertinggal.


Soriiiii.....

Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh! Ngeh!


Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan: Perkembangan terkini...

Okey, order untuk Tart Nenas Tersohor sudah kututup semalam. Sebab tak banyak berbaki, walaupun aku booking lebih kerana kilang sudah tutup order minggu lepas lagi. Yang ada beberapa pek sahaja untuk aku agihkan kepada family MIL dan anak-anak buah yang nak balik ke kampung next couple of weeks.


*Ini pic tahun lepas...

Terimakasih kepada pelanggan-pelanggan tetap aku dan juga beberapa orang customer baru. Sori pada yg nak lebih tapi aku terpaksa hadkan kerana mahu berlaku adil pada customer yang lain.

Jangan risau, masih boleh order selepas raya kerana Tart Nenas Tersohor ini memang sepanjang tahun.

Segala penghantaran akan mula dibuat minggu hadapan dan yang di Sabah tu, sabar yerrrr...



Ini pula Kek Lapis Sarawak yang diorder oleh kawan setempat kerja dari kawan FBnya di Sarawak. Siap hantar sample dulu. Dapat juga kami rasa hari tu. Sedap. Pada aku semua Kek Lapis Sarawak memang sedap..! Aku kenal sorang KAKAK yang berasal dari Sarawak (kini menetap di KL), yg tiap tahun tak menang tangan buat Kek Lapis, dan bahan rempah ratusnya memang dia order terus dari Sarawak. Sedap wehhh...!


*Kenangan bulan puasa: masa anak dara dulu, aku selalu join kakak-kakak aku buat kek lapis lapis yang bila siap jadi belang macam pelangi. Best gilos. Guna bahan asas jer, dan pewarna yg buat kek jadi berwarna warni. Yang tak leh lupa, betapa tidak mampu, tiada acuan/loyang kek, memang kami guna periuk untuk tuang adunan. Sedih pula bila terkenang...



~...memahami kehendak dan selera HISYAM bukan tiket dan jaminan SERI BULAN akan memasak dan menghidangnya, so jangan mengada-ngada. “Saya tak pernah pandai masak Solok Lada”...~


Ramadhan: Test Kad Raya Buatan Sendiri...

Tahun lepas aku banyak terima kad raya secara maya, thru email. Juga kad-kad raya yang dihantar secara pos. Sangat best. Sungguh terharu bilamana kad-kad ucapan raya yang datang di kala musim Raya, seperti dulu-dulu.

Rasanya aku lebih suka kad-kad raya yang dipos berbanding dengan kad raya MAYA. Tetapi apapun, yang penting adalah KEIKHLASAN dan tanda ingatan sesama kita.





Hari ini aku test buat kad raya sendiri. Aku bukan grafik designer, so kad raya aku memang level budak skulah rendah jer lah. Takper, yang penting ikhlas, kan? kan?


~...walaupun sungguh berjauhan bertahun dan jarang bersua, HISYAM tidak pernah menjadi sentimental mengirim lagu atau mengirim kad ucapan...~


Ramadhan: Selamat Hari Wanita...

Selamat Hari Wanita 2010 Malaysia hari ini kepada semua yang bergelar wanita... tidak kira bangsa dan agama. Semoga insan yang bergelar wanita akan terus bersemangat, terus tabah terus kuat menghadapi cabaran canggih hari ini.

Tema Hari Wanita pada kali ini ialah “Satu Azam Wanita 1Malaysia’



Tetapi kejayaan wanita seiring dengan doa dan sokongan orang-orang tersayang; anak-anak dan insan lelaki bernama suami. Tiada wanita boleh sekuat dan sekebal ini tanpa mereka, kan?


So, sebagai wanita, apa azam kita? atau tidak berazam sama sekali (macam aku...?). Yang pasti, semoga kita tidak pernah berhenti berdoa untuk meminta, mengadu atau mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kehidupan kita dan keluarga kita.

*Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac.


~...sebagai wanita, SERI BULAN sangat merasa dihargai, bilamana HISYAM tidak pernah berasa selesa bersama wanita lain, melainkan dirinya...~




Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan: Lagu raya...

Sepanjang Ramadhan ini belum lagi aku mendengar lagu raya di mana-mana. Mungkin kerana aku tidak keluar ke tengah town atau merayau-rayau di kompleks seperti sepatutnya sudah dilakukan.

Masih ingat, tahun lalu ada saja yang komplen kerana baru sehari berpuasa, sudah kedengaran lagu raya di kompleks-kompleks seolah ibadah puasa itu tidak penting lagi, dan raya itu yang dikejar-kejar.



Dan di radio-radio sudah tentu belum kedengaran lagi kerana setahu aku, lagu-lagu raya hanya boleh diperdengarkan seawal pun, 10 hari sebelum Syawal. Ini undeng undeng!

Lagu raya silih berganti, lagu baru muncul setiap tahun wpun tidak banyak, tidak rancak tapi tetap ada. Dan yang baru itu pasti akan diulang putar setiap tahun malah ada yang menjadi evergreen bertahun-tahun.

Ada banyak lagu raya yang sedap didengar, kan? Penyanyi-penyanyi bergabung dalam satu album pun ada, tak terkecuali pada penyampai radio merakamkan lagu raya khas. Itu biasa.


Rata-rata kita pasti terasa sayu dan lebih tersentuh bila mendengar lagu-lagu raya yang nostalgia dendangan penyanyi lama, e.g. P. Ramlee, Saloma, S. Jibeng, Sudriman, Aishah, Aman Shah, D.J. Dave, Ahmad Jais, Uji & Hail, Sharifah Aini, Fazidah Joned... dan ramai lagi.

Siapa yang boleh tahan hati bila dengar lagu Dendang Perantau, Selamat Hari Raya, Lambaian Aidilfitri, Suatu Hari di Hari Raya (M. Nasir)...etc. etc? Masa tu jugak, bagi yang tak dapat balik kampung, rasa nak terbang jam-jam tu jugak!

Penyanyi baru pun ada juga yang ada lagu raya yang best dan “catchy”. Lagu-lagu raya Siti Nurhaliza antara penyanyi era kini yang sentiasa popular dan diingati. Ada lagi satu lagu raya yang baru (2,3 tahun dulu) dendangan sorang penyanyi lelaki baru tapi aku lupa tajuk dan juga nama penyanyi tu. Nanti kalu mula kedengaran harus aku cari liriknya.


Kenapa aku sorang jer yang berbaju Sepasang KURUNG BIRU.
Hmmm lagu Khairil Johari Johar.

Semoga lagu raya memeriahkan hari lebaran kita nanti.


*Kenangan bulan puasa: Ada anak anak nakal bila bertandang di hari raya suka nyanyi lirik ini, “mintak mak, kuih sepotonggg...!”






~...melayan kerenah HISYAM yang sekejap dingin sekejap beku sekejap cair, buat SERI BULAN berasa gundah sehingga terasa nak minum ABC sensorang...!~


Ramadhan: Teh Tarik Kurang Manis...

Itu satu tajuk drama yang aku tonton Ahad lalu. Tarikan utama aku tonton drama ini, adalah kerana heronya adalah si Zul Huzaimy tapi yang buat semangat tu tak sepenuhnya kerana ada lak si Fasha Sandha (apa ejaan nama dia yang betul sebenarnya??)

Takper, tengok jugaklah, sementara tunggu TOKLAKI balik. Tajuk tak begitu komersial tapi menarik juga kerana Teh Tarik Kurang Manis ni merupakan air kegemaran si jejaka dan si gadis (lakunan Ary Malik) yang sekampung yang bertemu bila si jejaka (Zul) balik ke kampung setelah bertahun-tahun menetap di London (kerana buat master pastu terus bekerja).

Maka berkahwinlah si jejaka dan si gadis ini semata-mata menyangka begitu banyak persamaan terutama minat Teh Tarik Kurang Manis. (Aku pun kahwin juga, tapi tak pernah nyer sama minat dengan TOKLAKI. Aku tak minat Teh Tarik tapi aku memang Kurang Manis. Ahaks!)


Berbulan-bulan kahwin baru sedar, life rumahtangga depa tak berapa live. Dunia rumahtangga yang sungguh “dull”! Kesian. Si isteri asyik masak jerrrr... sehari 10x tepon si suami semata-mata nak tanya nak makan, hari ni dia masak itu.. Sampai suami naik rimas. Rimassss??

Jeng! Jeng! Jeng! Masa ni ler si Fasha ni jadi orang ketiga (watak MIMI) yang konon sangat meriangkan, sangat menghiburkan dan tidak “dull”. (Cuma aku perasan sejak tiga menjak ni, dia selalu berlakun pakai tudung. Lawa plak tuh! uishhhh....)

Ada lak watak Kak Teh si tukang bancuh kopi yang sangat ler admire giler kat Zul ni, terpikat kerana hidung dan muncung Zul. Cissss....!

Yang sangat memikat hati si suami ini pada Mimi adalah, selain depa ni rakan sepejabat yang selalu ada bahan untuk dibahas dan dibalahkan, dia terpikat kerana Mimi selalu ada masa untuk dia, selalu ikut dia makan kat luar.. bla bla bla... ahaaa sapa soh bukak ruang?

(Ada satu scene yang aku pun tergelak sama, bila si Mimi dan Zul ni [lupa plak watak dia nama apa... aduhh!] sedang attend client dari Vietnam yang bernama “Mr. Ngok”. Memandai jer depa berdua tambah “Bo-” kat depan nama client depa tu, pastu bantai gelak...! Si Vietnam tu haram tak faham, tapi dia kata, “I like U laugh.” Harharharhar!

Elehhh kalu kawan sepejabat, hari-hari tengok muka, hari-hari gurau senda, lama-lama mesti sangkut punya lahhhh! Biasa pun kita tengok orang bercinta satu pejabat. Ada yang seronok kita tengok tapi banyaknyer kita naik meluat...!

Kelakar kerana si suami ni paling suka adalah kerana si MIMI ni boleh bawak lori...! Mak aiii... Ada kaaaa?

Bila bini dia tanya, dia kata penting tu boleh bawak lori, sebab nanti kalu nak pindah, senang.. Tergolek aku gelak dengar dialog nih...!

Mujur lah rumahtangga tu dapat diselamatkan kerana MIMI ni bertindak sebagai pendamai. Dan barulah si suami ni terbukak mata tentang isterinyalah yang terbaik, paling rajin, pembersih dan sangat menjaga perutnya.

Orang lelaki ni, pakai kain pelikat tak berbaju pun takpa, janji nasi dengan lauk kegemaran siap atas meja. Pastu bila kita perli dia boroi, dia kata itu lambang kemakmuran! huhuhuhu... Makmur la sangat!

Kadang-kadang kita pun tak sedar, sebulan sekali pun jarang nak masak lauk paberet sendiri, asyik nak masak menu paberet laki jerrrr...

Hmmmm petang ni aku nak masak apa? Nak kena tepon TOKLAKI ker ek? hehehehe.



*Kenangan bulan puasa: tiap kali bersahur mesti on tv sama, tahun lalu siri Seputih Kasih Ramadhan, tahun ini nampaknya tema tak begitu Ramadhan tapi best – Nur Kasih. Memang tak jemu, terutama nak tengok mata cantik si Alia@Ayu Raudhah dan Lesung Pipit si Aidil@Fizz Fairuz tuh.. Sungguh manissss....!



~...tidak pernah berhenti SERI BULAN berharap agar siri drama sebarisnya bersama HISYAM di setiap entri akan berakhir dengan selingkar kisah gumbira...~



Monday, August 23, 2010

Ramadhan: Fasa Kedua...

Salam Ramadhan. Sudah nak masuk Fasa Kedua ni.

Mesti suasana di luar sana meriah kan? Walaupun aku kerja hampir jer dengan kompleks membeli belah (macam dulu) tapi belum sekali pun aku masuk ke situ. So, suasana orang shopping or agenda sale sana sini, kurang nampak di mata. Kami pun bukan jenis bershopping sakan-sakan dan kami mencari keperluan dekat-dekat dgn rumah jer. Dan seperti yang pernah aku sebut, dah lebih 5 tahun aku tak jejak kaki ke Jalan TAR, Masjid India or SOGO.

Kuih raya biasanya order dari kengkawan (tolong bisnes kawan) dan biasanya kalu beraya di KL, malam raya kami meronda mencari kuih raya yang dijual murah. Itupun kalu rajin menempuh jem luar biasa.

Sambil fikir sambil layan sampai mata naik kuyu - di tempat kerja. Kurang kerja sebab tiada orang nak minum teh/kopi di bulan puasa dan tandas pun tak perlu cuci banyak kali kerana kurang orang pegi buang air...! hahahahaha...!


Hari ini menu apa? Tengah fikir. Yang sebenarnya malas dah nak fikir. Ikut jer mata nanti. Apa yang nampak di supermarket, disuaipadan dgn apa yang ada dalam fridge, masak jer.


*Kenangan bulan puasa: sakit pinggang mengecat rumah dgn warna paberet, PURPLE. Tahun ini, tak perlu cat lah, sbb masih bersih. Cewahhhh..!


~...merindui tanah leluhur tidak terucap dengan kata-kata, tetapi bila HISYAM kerap berulang balik ke baruh, SERI BULAN merenung bulan sendiri di pinggir Kampung Separuh Desa... Cedihhhh...!~





Saturday, August 21, 2010

Ramadhan: Bila dapat Kepujian Kelas Pertama...

My TOKLAKI balik kampung pagi tadi dgn MIL & 2 BILs. Nak habihkan kerja-kerja touch-up rumah di kampung. Besar sungguh hasrat depa nak beraya di rumah tu tahun ni. Memang dah lama gak kami tak balik ke sana kerana rumah lama sangatlah uzur sejak WEI (WAN/nenek panggilan N9) meninggal. Anak-anak aku panggil ONYANG (moyang).

Aku pun teruja gak nak balik ke sana. Dulu rumah tu rumah kayu dan uzur. Sempat jugak bila balik kami berehat semalam dua. Keliling rumah pula ada sebatang dua pokok durian dan rambutan beberapa batang. Dan aku belajar dengar durian gugur, berlari kutip durian tu di sana juga. Sungguh besttttt...!

Malah bila musim raya, aku pernah belajar buat lemang dengan WEI. Memasak guna dapur kayu. Yang pasti WEI tu sayang aku. Dan aku yang memang tak pernah merasa bermanja dengan nenek sama sekali, samada sebelah BONDA atau sebelah arwah AYAH. Sebab tu jugalah kot, aku mudah jer mesra dengan orang-orang tua.

Nenek sebelah BONDA sempat aku kenal semasa kecil jer, lagipun tak duk sekali dgn kami. Dia duduk dengan anak dia yang lain dan aku tak ingat aku umur berapa masa dia meninggal. Nenek sebelah ayah, langsung tak pernah kenal.

Bila TOKLAKI takdak kat rumah, nak masak apa pun tak tau. Hmm... selama ni masak nak fikir perut dia.. uikk? So bila nak ikut tekak sendiri, jadi tak tau. Kalu ikut hati, goreng telur + kicap atau buat nasi goreng pun ok dah. Anak-anak tak cerewet.



Well, ulang balik menu yang mendapat Pujian Kelas Pertama dari TOKLAKI semalam. Buktinya dia makan bertambah masa berbuka semalam. Sambal ala Jawa: Sambal Bilis + Tempe.

Tukang masak ni, pantang kene puji, bantai ulang masak lagi hari ini. Kasi improve itu masakan. hehehehehe


*Kenangan bulan puasa: pernah kena ragut di depan rumah pada tahun 2007 di bulan puasa dengan RM380 tunai dlm handbag utk beli baju raya anak-anak, dalam perjalanan balik dari ambik tiket ketapi utk beraya. Semua lesap depan mata termasuk handfon kesayangan. Sudahnya, tiket kena beli baru, bajet baju raya kena dikurangkan. Sian budak-budak.


~...SERI BULAN tidak pernah merasa cantik untuk berbaju baru, tapi tetap teruja bila setiap tahun HISYAM sentiasa bermurah hati...~



Ramadhan: Tengah rancak...

Apa yang rancak sekarang? Tentulah persiapan raya, kan? Bagi perkara-perkara yang ambil masa, seperti baju raya sudah tentu tempahan sudah dibuat seawal sebelum Ramadhan lagi.

Kami tak tempah baju pun sebab Tailor paberet kami sekeluarga sedang bercuti sejak mengandung sehingga berpantang dan dilanjut pula sehingga baby besar sedikit. Dah setahun lebih dah, dan banyak kain-kain ela (termasuk yg dibeli di Nilai 3 tahun lalu utk Dak AMOI) tersadai begitu saja. Nanti kalu perlu, beli yang ready made saja lah.


Tart Nenas Tersohor Sepanjang Tahun
(bermaksud boleh order sepanjang tahun, tak perlu tunggu raya pun)

Perkembangan terkini, order utk Tart Nenas Tersohor akan memecahkan rekod tahun lalu lagi. Hanya tinggal beberapa (tak sampai 10 pek) jer lagi yang tinggal, itupun extra untuk anak buah aku ler kot. Seminggu sebelum raya, semua order akan sampai dan minggu terakhir adalah minggu utk delivery kpd regular customer aku. Terimakasih kepada KU BAD yang jauh di Parit Buntar masih menempah lagi untuk tahun ini.


*Kenangan bulan puasa: Masak Dodol di belakang rumah BONDA. Itulah sekali. Cuma sekali yang sempat aku sertai. Memang best giler... Sekarang ni kalu dengar orang masak Dodol di kampung halaman, aku jeles ok!


~...Aku sungguh emosi dan tersayat hati bila baca kisah seorang bayi yang sudah meninggal (ada kesan dera pula tu) ditinggalkan di bus stop di N9. Sungguh kejam woooiii! Kalu dapat tangkap, memang gantung jer...!~


Ramadhan: Pengumuman..! Tawaran yang sebentar cuma.

Atas permintaan seorang dua, aku MEMBUKA secara UMUM blog aku yang terawal sebelum ini kepada semua. Tetapi cuma untuk beberapa jam sahaja. 



Sesiapa yang berhajat untuk membaca entri-entri lama or sudi berkongsi lain-lain cerita, silalah berkunjung > azieazah.blogspot.com

**Tak perlulah komen di sana.




Friday, August 20, 2010

Ramadhan: Cerita kawan sahabat rakan buddy...

Panjang betul sembang dan berderet sms yang kuar masuk, berbalas servis. Seorang kawan lama yang aku kenali sejak 2003 lagi tapi sungguhlah jarang dapat kami bersua muka. Sudah bertahun juga tidak bertemu.

Persahabatan (kalu boleh aku sebut sebagai persahabatan) bermula dalam suasana yang tidak baik, tidak pernah mesra tetapi masa membuktikan yang sesuatu yang pahit boleh bertukar menjadi manis.

Cerita biasa, cerita cuti raya, cerita kecewa dan sedih kerana dibiar “gantung tidak bertali”. Sebaris smsnya, “nasib baik ada U.” Maksudnya? Aku tidak bertanya lanjut, kerana sejak dulu jika ada ayatnya yang cenderung memuji atau yang manis-manis tentang aku, pasti cuba kupesongkan. Muak.

Aku kurang senang dengan pujian dari dia, wpun kelihatan ikhlas. Cuma aku sering disebutnya sebagai “kawan yang masih ada” kerana tidak ramai yang kekal menjadi kawannya. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana dia terlalu pendiam dan terlalu perahsia, dan mungkin hanya aku seorang yang banyak menyimpan rahsianya seperti dia pernah berkata, aku orang yang paling dipercayainya.

Undangan dari ZU untuk berbuka bersama minggu hadapan tidak perlu kupertimbangkan. Dah lama kami tak jumpa. Dulu bila dia ada urusan di KL, sempat juga dia singgah untuk lunch atau sekadar menghantar buah tangan. Tetapi untuk semata-mata keluar berbuka, payah.

Undangan berbuka bersama geng biasa pun terbatal semalam. Walaupun aku tidak pasti alasan sebenar, tapi melepaslah hasrat nak berbuka dengan Sate dan ABC...! huhuhu...

Dah lama simpan gambar ni. Seorang kawan yang menjadi perantau. Jamtangan ini hadiah dari jutawan yang mendapat perkhidmatan terbaik darinya, sebagai tanda menghargai layanan dan budi bahasa. Aku lupa nama anak raja itu.


*Kenangan bulan puasa: anak-anak sangat suka melalui pengalaman pertama bersahur di Rumah Anak-Anak Yatim Nurhikmah tahun lalu. Kul 4 pagi kena kejut dan kami angkut semua isi rumah ke sana, tapi memang seronok.


~...antara rakan – sahabat – kawan – buddy: HISYAM sebenarnya menjadi lebih dari itu, mungkin lebih dari apa yang disebut “simbiosis”...~



Ramadhan: Ratu Kontroversi...

Macam tak cukup puas bertarung di court badminton, kini nak bertarung di court Syariah pula. Gerenti sepanjang minggu ni akbar tempatan mesti taruh muka depan adalah, kisah perceraian Roslin Hashim (ada orang tetiba ilang minat kat si hensem adiknya, Hafiz Hashim gara-gara isu ini) dengan isteri dari perkahwinan kedua dan kaitan dengan si Kakak Angkat yang sudah 12 tahun mempunyai hubungan keluarga dengannya (katanyaaa...!).



Dulu dia muncul selepas berenti menjadi pramugari, berkahwin dengan Jalani (wpun belum reda isu percintaannya dengan Razif [or Misbun?] ketika itu). Kemudian, terbitkan filem Black Widow yang menampilkan heroin veteran Hashimah Yon dan sorang pelakun wanita baru (tapi kaku sama kaku macam Misbun berlakun dlm filem tu). Filem tu pelik tapi no bad lah. Aku tengok juga. Selepas tu aku tak tengok dah. Malah dia pun bukanlah tersenarai dalam penggiat filem yang macam biasa kita tengok. Mungkin dia lebih gemar dengan caranya dan kelasnya yang tersendiri. Pastu terbitkan filem dengan tajuk yang, memang dahsyat lah. Agaknya supaya khabar menjadi sangat indah dari rupa sebenar.

Kontroversi lagi. Dan lagi. Akhirnya Si Ratu Kontroversi ini ditahan lokap Balai Polis Pandan Indah semalam. mStar ada beritanya. Bersahur cemana agaknya ya? Kesian.

Tidak tahu bagaimana pihak si suami mengawal keadaan bagi menjaga reputasi dan nama baik sebagai tokoh sukan negara selama ini?


~...agak kurang wajar kita menilai seseorang dari berita-berita panas, dari kisah mulut ke mulut atau dari tulisan semata, tapi kalu empunya diri tidak menari sumbang, takkan nak juga kata dia tu layak “U Think U Can Dance”?...~


Thursday, August 19, 2010

Ramadhan: Mak, uzur tu apa?

CHAK: Mak, uzur tu apa?
MAK : Uzur tu tak boleh puasa.
CHAK: Camana kita nak tahu bila uzur?
MAK: Kena tengok kalendar lah.

Lalu berlarilah budak umur 8 tahun itu ke dinding yang tergantung kalendar waktu Berbuka dan Imsak bagi Wilayah Persekutuan. Mencari-cari. Si Emak ni dah mula panik. Kang apa plak dia nak tanya.

CHAK: Mak..! Takda pun tulis bila nak uzur?!

Beramai-ramai kami tergolek guling-guling gelak...! Haaa sudah. Dah kena dah, bila budak yang belum tahu apa-apa tapi mulut banyak, suka tanya macam-macam. Dah sah-sah jawapan MAK dia soh tengok kalendar tu jawapan yang tak leh dipakai. Failed!

MAK: Takpa, nanti CHAK besar sikit nanti CHAK tahu ler. Kat sekolah pun nanti cikgu ajar juga.
CHAK: Ok.

Fuhhh mujur. Aku bukanlah terlalu mengongkong pemikiran anak-anak, malah aku tak kisah pun bercakap terbuka dengan anak-anak aku pada perkara-perkara yang perlu depa tahu. Tapi CHAK terlalu muda sangat, baru 8 tahun. Dalam hal ini, aku hanya mahu dia tahu kenapa seseorang itu tiba-tiba tidak berpuasa. (Ni gara-gara dia terdengar kami tercakap dalam rumah ada orang tak puasa)

Cuma, aku takut, tiba-tiba esok lusa dia tanya bila pulak giliran dia untuk uzur supaya dia boleh tidak berpuasa.! Parahhhh...! hahahaha.


*Kenangan bulan puasa: Aku pernah terlatah kecil semasa sedang solat terawih kerana tiba-tiba surau kami blackout ketika hujan lebat. Semoga DIA menerima solatku. hehehehehe.



~...terpisah beberapa bulan bukan alasan untuk HISYAM terlupa apa selera SERI BULAN juga bukan sebab untuk tidak ingat kenapa mereka sama-sama tidak suka petai!...~


Ramadhan: Susah nak mengaku diri sendiri “jual ikan”, kan?

Isu sadis lagi menyayat hati terus berlaku. Kes-kes yang buat kita geram terus terjadi samada sengaja atau tidak.

Buang anak. Bunuh ahli keluarga. Dera. Cerai belum sebulan nikah. Lari ikut jantan. Nafsu serakah. bla bla bla...

Baca pun naik marah. Baca pun jadi geram, lama-lama otak letih. Jaga keluarga dan anak-anak sendiri sebaik sedaya upaya kita pun belum jaminan tidak terkena dugaan zaman canggih. Menjadi ahli masyarakat yang prihatin belum cukup jika individu itu sendiri tidak terfikir untuk memperbaiki diri.

Adakah kerana kita ini terlalu pentingkan diri sendiri sehingga tidak sedar jiran kita ada masalah? Selfishkah kita? Serba tak kena. Jiran-jiranku sebahagian besar adalah suri rumah dan aku jarang dapat bertemu muka atau duduk bermesorat tingkap/grill dengan depa. Jadi tidak banyak yang aku tahu pasal depa sepertimana amat kurang depa tahu pasal keluarga aku. Sementelah aku pun tak rajin dan tak begitu baik hati nak kongsi cerita pasal famili.

Andai terjadi sesuatu pada jiran sebelah suatu hari? Adakah kita menyesali sikap kita sendiri?


~...semakin jauh jarak tanah leluhur kami, tidak sangka bertemu juga di sempadan Kampung Separuh Desa...~




Wednesday, August 18, 2010

Ramadhan: Pen Merah Pen Biru, U Marah I Love U...

Pen Merah Pen Biru,
U Marah I Love U...

Pernah dengar pantun 2 kerat macam tu? Masa sekolah dulu (malah budak sekolah sekarang ni pun) selalu guna pantun ni kalu nak mengusik atau nak mengejek kawan-kawan.

Antara pen merah dan pen biru, aku lebih suka guna pen merah. Aku ada banyak pen merah berbanding pen biru. Sungguh tidak rasmi. Macam marah jer, kan?



Di tempat kerja aku dulu, memang setiap orang disediakan stationaries, lengkap, tapi aku lebih suka beli sendiri dan lebih suka guna barang hak milik terpelihara aku.

Sejak dari sekolah menengah lagi aku lebih suka guna pen kaler merah walaupun merah bukanlah kaler paberet aku. Masa tu mana pandai nak cari pen kaler PURPLE lagi. Dan selain dari itu, aku lebih suka guna kertas buku latihan Matematik yang kotak-kotak untuk dibuat surat untuk dikirim pada kawan-kawan. Macam pelik malah ada kawan-kawan yang terima surat aku tu rasa bengang kerana tulis surat atas kertas Ilmu Hisab dan guna dakwat merah!

Aku gunakan pen merah tak kira tempat, malah dalam mesyuarat pun, nak amik minit pun guna pen merah (as draft jer...) pastu taip semula. Agaknya kalu boleh tandatangan guna pen merah, harus aku sign tiap surat guna pen merah jugak!

Kenapa aku suka guna pen merah? Sebab, I nak U jangan marah I, tapi U love I laaarrr...! harharharhar!


FAA, tak berapa nak "mamak" ler... hehehehe



*Kenangan bulan puasa: tidak ingat kecil seumur berapa, kami bermain tanglung bentuk Bintang dan Bulan yang dibuat mcm rangka layang-layang. Guna buluh dan kertas warna nipis (macam wrapper hamper, yang bising) warna senada, selalunya merah dan kuning. Nyalakan sebatang lilin di dalamnya, ada tangkai (macam pancing). Bermain bersama kawan-kawan sekampung keliling laman, sungguh indah berwarna warni di malam hari. Semua tu idea abang-abang aku... — Datin Norashikin, sila tanya MAMA awak, dia ingat lagi tak masa main tanglung ni dengan Arwah PakNjang.



~...berbulan madu tak semestinya pergi kilang madu, bermadu tak semestinya kena minum madu, dimadu tak semestinya bakar sarang lebah madu, tapi memadukan diri sendiri, ibarat KUMBANG yang tamak BUNGA, sedut madu sampai tak nampak sengat sendiri...~




Ramadhan: Yang menengok janganlah geram...

Ikan cencaru datang menderu,
Datang bersama asam dan garam,
Inilah hidangan inilah menu,
Yang menengok janganlah geram.

Lauk berbuka semalam. Pemalas punya tukang masak, sirip pun tak gunting. Alasan, biarlah "jaket" tidak dirosakkan... Hehehehe!


*Kenangan bulan puasa: Rice-cooker buat perangai tanpa amaran, api nyala tapi nasi tak masak. Lagi 5 minit nak azan, bukak periuk nasi mentah. Sudahnya semua berbuka dengan kuih dan air saja sementara tunggu nasi lain dimasak. Kenyang gitu saja, nasi pun dah tak laku...


~...Berbanding SERI BULAN, HISYAM lebih suka makan Maggi dari makan nasi. Ahaks!...~



Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan: Rindu Murtabak BONDA...

Lanjutan dari kisah mesyuarat tergempar Isnin semalam, ada beberapa isu berbangkit dan beberapa kes yang perlukan tindakan segera. Walaupun hampir semua itu tidak langsung mengenai aku, tidak berkaitan aku tapi tidak boleh tidak telinga ini menerima juga suara-suara yang melekat di kerusi dan meja...

Ada isu surat amaran dikeluarkan kepada salah sorang dari department aku kerana masalah disiplin (Carol, bukan nama sebenar). Aku tetap cuba berkecuali walaupun dia itu (Carol) seorang kawan sepejabat dan sudah tentu aku cuba bersimpati. Surat amaran dikeluarkan pada Isnin dan beliau tidak hadir, so surat diletak di atas mejanya.

Kebetulan pula aku diarah untuk mengambil alih beberapa tugasnya sepanjang hari itu. Tidaklah banyak tapi sekadar memenuhi permintaan client yang tak pernah tahu perkataan lain selain dari “urgent” dan “super urgent”.

Pagi ini, aku berpura selamba dalam debar kerana mata sudah menjeling surat di meja sebelah dan beliau datang selewat 9 lebih. Mata tidak mahu memandang bila dia agak emosi membuka dan membaca surat. Sambil bertanya, “what’s going on...?” Aku hanya mengaku tidak tahu kerana hadir mesyuarat cuma 10 minit.

Yang lebih buat aku rasa tidak seronok ialah, tugas semalam terus diarahkan aku mengendali, malah arahan baru dari client pun disampaikan terus kepada aku seolah-olah aku yang sekarang handle projek tu. Aduhhh.. bukan aku tidak boleh atau berkira, tapi lebih baik diserah kembali kepada Carol kerana dia yang handle dari mula. So terpaksa juga aku mengambil arahan (dah nampak macam aku lak pengurus), kemudian meminta Carol sendiri yang selesaikan dan serahkan kepada pengurus.

Sungguh tidak professional pula, bila aku yang dipanggil untuk berbincang. Kenapa tidak mahu berurusan terus dengan Carol? Kenapa mesti menghukum sehingga menjejaskan projek? Aku boleh handle, tetapi ada banyak fakta yang aku tidak tahu tentang projek itu.


Moral of the story (dari sudut pandangan mata rabunku): setiap orang ada ketika sangat beremosi, sangat tidak stabil mengendali kehidupan peribadi sehingga sedikit menjejaskan komitmen kerja, ada orang sangat bijak menjaga kerjaya... ada orang yang agak lambat untuk menyesuaikan diri, ada orang sengaja membuat masalah disiplin sebagai protes...

Tetapi tidak wajar menghukum tanpa penjelasan, meminggir tanpa amaran dan paling tidak wajar bila orang lain turut diheret sama dalam masalah itu, dan dalam kes aku, sungguh aku merasa bersalah kerana dilihat sebagai “rampas projek orang”.


*Kenangan bulan puasa: masa kami adik-beradik kecil dulu (ramai), BONDA buat sendiri roti canai dan murtabak. Uli malam-malam, simpan overnight, pagi baru canai. Guna talam besar, terbalikkan untuk dijadikan meja canai. Buat murtabak pisang, murtabak telur + bawang + cili... Perhhhh....! rindu weyhhhhh...!



~...HISYAM, I’m nothing if you’re gone — but we're not meant to be together. Namun kebersamaan itu terus berlangsung dalam keadaan yang berbeza tetapi selesa bagi SERI BULAN...~



Ramadhan: Nak cerita juga tentang Pasar Ramadhan...

Bulan puasa tidak boleh tidak mesti nak bercerita juga Pasar Ramadhan, kan? Kat mana-mana tempat pun ada, mana-mana taman pun mesti wujud lah bazar setahun sekali ni.

Kat taman aku, dulu PaRam ni betul-betul depan rumah kami jer, sepanjang jalan keluar dari rumah, sepelaung. Tapi cuma 2,3 kali jer, pastu berubah tempat agak jauh sebab tempat asal tu memang menghalang laluan kerana jalan sempit. Lokasi sekarang lebih luas tapi jauh dari rumah aku. Dan itu menambahkan lagi jarangnya kami pergi ke sana kecuali menyinggah jika balik dari kerja.

Biasanya ramai orang mencari makanan kerana tak sempat masak, atau nak tukar selera atau juga mencari menu-menu yang lain dari yang lain yang hanya muncul di bulan Ramadhan. Nak masak pun kadang kala leceh sebab nak mencari bahan pun adakala tak sempat dan tak tau nak cari kat mana. Takkan ler nak merasa Nasi Kerabu sepinggan nak kena masak seperiuk? Well, beli lah kan?

Hmmm..mana satu nak beli, kan? Last-last satu pun tak beli.

Walaupun kami jarang ke PaRam, tapi tetap pergi sekali sekala untuk mencari kuih yang susah nak buat dan yang pelik. CHAK suka cakoi so beli sekadar RM2 sudah memadai. Selebihnya lebih suka melayan air yang 1001 jenis terjual.

Kami beli air dari sorang penjual yang sama saja. Seorang anak dara yang berniaga bersama tunangnya. Kenapa? Sebab air dia memang sedap, cukup rasa (means, tak cair dan manis seadanya). Lagi satu sebab UTAMA adalah, dia bancuh air guna Air Masak! (kami tahu kerana dia ni jiran Mak Mertua aku). Setengah2 peniaga air, guna Air Paip. Walaupun memang kita yakin mungkin tak sakit perut, tapi mana tahu, perut anak-anak tak tahan?

*************

Kenapa ada blogger yang rajin update blog tapi tak rajin respons komen-komen? Ada banyak soalan-soalan dan kata mesra yang tidak dijawab dan tidak disambut. Sekali sekala terlepas kerana tak sempat dan sibuk, sedia kita maklumi, tapi kalu sehari ada 2,3 entri, tiap hari update, takkan tak sempat lihat komen? Sebab tu sudah ada 2,3 blog yang saya sudah berhenti mengomen, sebab banyak komen macam dia tak baca pun (andaian saya lah)... Jangan marah saya yaaaaaa.


*Kenangan bulan puasa: masa kecil dulu, kerana teringin nak minum air tebu, aku dan beberapa kawan sekampung (jiran) potong tebu (jenis yang hitam, kuning mana adaaa...) dan gelek dengan batu penggiling. Hehehehehe kelakar, sebab dapatnyer cuma setengah cawan!


~...menongkah arus, mengayuh di tohor cetek bukan mudah tapi berjaya juga tiba di jeti, kenapa memenangi kepercayaan SERI BULAN membuatkan HISYAM merasa dialah orang yang paling tewas sekali?...~




Monday, August 16, 2010

Ramadhan: Angin dari Tanah Besar kah itu?

Pagi Isnin yang tenang damai, agak terganggu pagi tadi dengan meeting tergempar yang disebut Pengerusi sebagai “sudah lama tidak bermesyuarat dengan staff” dan harus aku akui ianya sesuatu yang baru dan pertama kali buat seorang yang baru macam aku.

Agak berdebar melihat muka di kepala meja seawal 9 pagi sudah berkerut, menambah kerut yang sedia ada. Walaupun aku memang tak suka nak renung, dan memang tak berani nak pandang, ekor mata menjeling riak muka mencari keruh dari aliran mana yang datang di sungai yang tenang nih?

Hmmmm... agenda biasa, masalah staf yang rutin berkaitan displin, komitmen kerja bla... bla... bla.... Dan selepas 10 minit aku diarah naik dan mereka yang “vip” meneruskan agenda.

Walaupun cuma sekejap, cukup bagi aku menilai sesuatu dari apa yang dilihat dan yang didengar. Tiada yang berbeza dan secara amnya, mana-mana insan yang bergelar BOS lebih kurang begitu juga karakter, dalam menggunakan hak dan kuasa mereka sebagai pemilik, juga sebagai orang yang lebih berpengalaman mengendalikan organisasi.

So, tidak timbul soal nak kecil hati atau nak rasa kena marah. Kerana teguran biasa lebih sesuai disebut secara menyeluruh. Sapa yang sahur tadi termakan cili padi lebih, dialah yang terasa bahangnya... Pagi tadi aku makan sup. Hehehe...

Lagipun aku dah cukup tua untuk merasa “seperti kena marah” or nak rasa tersinggung atas apa pun jua teguran. Lagipun sorang kawan aku selalu sebut, aku tidak sesuai untuk merasa kecil hati kerana aku badan besar. Heeeeeee jahat mulut. Tapi memang betul pun.

Dan, aku memang tidak rasa apa pun kerana aku memang tidak melihat apa pun kesalahan yang aku lakukan. Setakat ini aku tidak pernah lewat punch in, job siap on time malah selalu lebih awal dari dateline, beberapa orang client jelas selesa dengan aku... cuma... cumanya aku ni kurang mesra dengan pihak management. Sebab itu memang aku dari dulu. Prinsip aku, menghormati insan-insan di Floor Management cukup sekadar — jumpa jika ada keperluan, tegur seadanya, senyum dan habis — no more nak buat kawan borak ker, nak buat geng ker, nak duk lepak sekali ker or nak go lunch sesama ker.. Memang tak aarrrr....!

Nanti tak pasal-pasal aku terlibat politik plak. Aku tak minat lah. Bukan berburuk sangka atau membuat persepsi sendiri, tapi aku sendiri yang menghadkan keadaan itu sebegitu. Ada kala kita tidak sedar, kemesraan kita disalahertikan sebagai ‘bodek’ plak. Siapa tahu? Bukan tak pernah terjadi...

Kalu ada yang tak suka cara aku pun, aku tak pot lah, sebab selagi aku buat kerja seperti yang diarahkan, tiada sebab untuk aku merasa bersalah. Kadang-kadang ada orang suka layan benda remeh, tapi ada orang langsung tak pot pun hal-hal macam tu.


*Kenangan bulan puasa: budaya bertukar-tukar kuih sesama jiran memang sangat best. Masa kecil, aku selalu disuruh BONDA menghantar juadah dan bila berbalas pula, kami adikberadiklah yang seronok sebab nanti ada banyak juadah walaupun cuma extranya, kuih sepiring dari jiran sebelah...

Hari ni berbuka, buat@bancuh cendol sendiri. Makan sampai puas.


~...membayangkan HISYAM harus melangkah pergi ke Jeram Panjang tanpa senjata, memberikan ngeri di jiwa SERI BULAN yang terpaksa menunggu di pinggir Kampung Separuh Desa...~



Sunday, August 15, 2010

Ramadhan: Karipap vs Tart Nenas...

Tercapai juga hasrat aku nak buat karipap petang tadi. Walaupun aku bermula agak lewat tapi kena teruskan juga. Jam 2 petang baru nak mula masak inti.

Seperti kebiasaannya, memang aku buat tak pernah nyer sikit, mesti banyak. Kali ini masak 1.5kg tepung. Buat lebih sebab boleh makan puas-puas dengan modal tak sampai pun RM14!

Sampai sakit-sakit pinggang buat sensorang. Nak harapkan anak dara yang ramai ada ni, hmmmm... lain tahun ler jawabnyer.

Penuh semangat membara, dapat 96 biji karipap hari ini. Goreng untuk berbuka, selebihnya goreng half cook, simpan freezer. Buat stok untuk hari esok lusa.


Lebihan tepung sebesar penumbuk jadi habuan mainan si CHAK. Buat play dough dan hasilnya, hmmmm katun apa ntah...

Kuar masuk dapur dari petang sampai ke waktu berbuka, sampai letih dibuatnya. Takper, yang penting semua orang happy. InsyaAllah, dapat pahala, ye tak?

Menu simple hari ini. Sup Bebola Daging.

Belum pun seminggu berpuasa, persiapan raya makin rancak di sana sini. Tahun ini aku tidak berhasrat untuk mengambil tempahan kuih seperti tahun-tahun lalu (jadi ejen jer), tapi kerana Tengku Manja yang menjadi pelanggan setia merayu-rayu ndakkan juga Tart Nenas Tersohor tu, terpaksa aku order juga. Katanya, "sejak saya makan Tart Nenas Kak Azie tu, saya dah berhenti makan tart nenas yang lain-lain." Aduhhh...

Tart Nenas Tersohor yang memang lain dari yang lain. Ada orang pernah order semata-mata nak buat hantaran kahwin.

So aku terpaksa juga order walaupun kali ini sangat lah jauh pengedar tu nak hantar sebab aku dah tak kerja area Bkt Bintang lagi. Dulu dia akan hantar order ke tempat kerja.

Ada sesiapa nak beli? (email me: azieazah_07@yahoo.com) Aku order lebih kali ini, standby sebab kalu order lewat susah nak dapat. Macam raya tahun lepas, hari terakhir aku kerja (half day) baru aku dapat order aku, itupun masih suam baru kuar dari oven (kilang tart tu tak menang tangan). Tu pun ramai customer aku yang dapat separuh jer. So, tahun ini aku harap yang mana dah biasa beli, akan order juga sebab aku booking extra kali ini.


*Kenangan bulan puasa: aku dan kakak-kakak aku buat kuih raya guna dapur Oven Cap Kupu-Kupu jer, tapi tetap sedap. BONDA buat Bahulu guna dapur sabut api atas bawah, yang terhangus kami songlap buat makan berbuka. Besttttt....!


~...bagai aur dengan tebing, ibarat sepatu dengan stoking, seperti Roti Canai dengan Teh Tarik, umpama Rebung Madu bersama Daging Tetel... Begitulah kata sepakat HISYAM dan SERI BULAN, untuk pulang bersama-sama lebaran nanti...~




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails