Tercapai juga hasrat aku nak buat karipap petang tadi. Walaupun aku bermula agak lewat tapi kena teruskan juga. Jam 2 petang baru nak mula masak inti.
Seperti kebiasaannya, memang aku buat tak pernah nyer sikit, mesti banyak. Kali ini masak 1.5kg tepung. Buat lebih sebab boleh makan puas-puas dengan modal tak sampai pun RM14!
Sampai sakit-sakit pinggang buat sensorang. Nak harapkan anak dara yang ramai ada ni, hmmmm... lain tahun ler jawabnyer.
Seperti kebiasaannya, memang aku buat tak pernah nyer sikit, mesti banyak. Kali ini masak 1.5kg tepung. Buat lebih sebab boleh makan puas-puas dengan modal tak sampai pun RM14!
Sampai sakit-sakit pinggang buat sensorang. Nak harapkan anak dara yang ramai ada ni, hmmmm... lain tahun ler jawabnyer.
Penuh semangat membara, dapat 96 biji karipap hari ini. Goreng untuk berbuka, selebihnya goreng half cook, simpan freezer. Buat stok untuk hari esok lusa.
Lebihan tepung sebesar penumbuk jadi habuan mainan si CHAK. Buat play dough dan hasilnya, hmmmm katun apa ntah...
Kuar masuk dapur dari petang sampai ke waktu berbuka, sampai letih dibuatnya. Takper, yang penting semua orang happy. InsyaAllah, dapat pahala, ye tak?
Belum pun seminggu berpuasa, persiapan raya makin rancak di sana sini. Tahun ini aku tidak berhasrat untuk mengambil tempahan kuih seperti tahun-tahun lalu (jadi ejen jer), tapi kerana Tengku Manja yang menjadi pelanggan setia merayu-rayu ndakkan juga Tart Nenas Tersohor tu, terpaksa aku order juga. Katanya, "sejak saya makan Tart Nenas Kak Azie tu, saya dah berhenti makan tart nenas yang lain-lain." Aduhhh...
Tart Nenas Tersohor yang memang lain dari yang lain. Ada orang pernah order semata-mata nak buat hantaran kahwin.
So aku terpaksa juga order walaupun kali ini sangat lah jauh pengedar tu nak hantar sebab aku dah tak kerja area Bkt Bintang lagi. Dulu dia akan hantar order ke tempat kerja.
Ada sesiapa nak beli? (email me: azieazah_07@yahoo.com) Aku order lebih kali ini, standby sebab kalu order lewat susah nak dapat. Macam raya tahun lepas, hari terakhir aku kerja (half day) baru aku dapat order aku, itupun masih suam baru kuar dari oven (kilang tart tu tak menang tangan). Tu pun ramai customer aku yang dapat separuh jer. So, tahun ini aku harap yang mana dah biasa beli, akan order juga sebab aku booking extra kali ini.
Ada sesiapa nak beli? (email me: azieazah_07@yahoo.com) Aku order lebih kali ini, standby sebab kalu order lewat susah nak dapat. Macam raya tahun lepas, hari terakhir aku kerja (half day) baru aku dapat order aku, itupun masih suam baru kuar dari oven (kilang tart tu tak menang tangan). Tu pun ramai customer aku yang dapat separuh jer. So, tahun ini aku harap yang mana dah biasa beli, akan order juga sebab aku booking extra kali ini.
*Kenangan bulan puasa: aku dan kakak-kakak aku buat kuih raya guna dapur Oven Cap Kupu-Kupu jer, tapi tetap sedap. BONDA buat Bahulu guna dapur sabut api atas bawah, yang terhangus kami songlap buat makan berbuka. Besttttt....!
~...bagai aur dengan tebing, ibarat sepatu dengan stoking, seperti Roti Canai dengan Teh Tarik, umpama Rebung Madu bersama Daging Tetel... Begitulah kata sepakat HISYAM dan SERI BULAN, untuk pulang bersama-sama lebaran nanti...~
sebut pasal karipap teringat pada mama sebab dulu2 mama buat karipap untuk jualan. eelobor yang pegi hantar setiap pagi ke kedai2, kantin sekolah termasuk jugak tempahan2 orang2 sekitar. kenangan masa kecil sehingga di gelar "karipap" oleh teman2 sekolah. Tapi bangga sebab dapat membantu mama mencari wang yang halal.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteHuh, dah kena tart tersohor tu...memang susah nak lupa. Macam biasa, saya tetap order untuk makan sendiri sahaja...macam biasa juga, tetap ambil selepas musim raya ;)
Azie..
ReplyDeleteselain dari perkataan 'nasi lemak'.. karipap adalah makanan kedua yang buat akak mencari jika terdengar disebut...
karipap.. hmmm nak buatlah bila ada masa nanti....
kueh tart pun antara faberet akak... kita ni sama saja makanan yang kita suka...
EELOBOR > Kak Azie yang baca ni pun tumpang bangga dgn kerja macam tu. Jual kuih untuk duit belanja anak-anak. Tabik la pada para ibu yang buat macam tu.
ReplyDeleteANYSS > yessss....! Kawan MokYang yang sorang tu, sampai naik berat badan, tapi dia tak pedulik, tetap dia hadap 1 bekas sensorang.
sedapnyerrr....ishhhh...kene lak dok mkn karipap yang baru grg...memang layan tu...
ReplyDeletesedapnyerrr....ishhhh...kene lak dok mkn karipap yang baru grg...memang layan tu...
ReplyDeleteAKAK > Saya ni dulu tak reti langsung buat karipap ni. Tapi 7,8 tahun dulu, saya tiba2 rasa malu sebab kakak saya sorang pandai buat dan anak2 dia pun suka makan.
ReplyDeleteAnak2 saya suka makan, jadi saya pun belajar buat dan belajar kelim sendiri wpun guna acuan.
NAA > karipap ni memang sedap makan masa panas-panas. Krup krap garing jerrrrr...
ReplyDeletedah bertahun aku tak buat karipap..ishhh ^.^
ReplyDeletePn Azie,
ReplyDeletemakcik pun rasa nak ikut buat karipap banyak itu dgn harga RM 14.Boleh jimat dan makan panas panas.problemnya sampai sekarang tak pernah buat sendiri.Asyik masak noodles saja.Asyik mee,bihun,kotiau.Itu saja yang tahu.
Boleh rekomen resepi?
salam,
ReplyDeleteteringat gak dulu mak buat kuih pakai oven kupu-kupu yang warna hitam tu kan saya tolong gak tapi tolong makan hehe..
AA
ReplyDeleteTabik spring kat you. 96 keping? No joke. I baru buat roti jala 20 helai dah sakit2 badan, kah3.
Naa dok thn ayaq liuq tgk meatball soup kak Azie...sedapnyerrrr...
ReplyDeleteNaa dok thn ayaq liuq tgk meatball soup kak Azie...sedapnyerrrr...
ReplyDeleteCOMBI > hang boleh tambah setahun lagi...:)
ReplyDeleteMOKJADEANDELL > Makcik nak resipi apa yang benornyer? Resipi karipap or resipi noodles? hehehe
karipap tu biasa jer, kentang + kari + udang kering.
PJ > kalu suruh buat mesti awak dah lari dulu... hehehe
ReplyDeleteSOM > I tak tau nak guna keping or biji, tapi memang dapat 96 butir. Mujur buat duduk kalu banding buat roti jala kena berdiri dekat api. Siap goyang tangan, silap silap badan sekali bergoyang. kahkahkahkah!
NAA > sebenarnya sup tu tak berapa menjadi pun, terlajak kuah. hehe
ReplyDeleteSalam Azie...
ReplyDeleteada sedikit confuse kakcik ni... tart tu Azie buat ke, Azie tolong order?
sekarang ni banyak tart pesen ulat bulu tu saja.. tart yang inti di atas ni dah jarang jumpa.. :)
ingatkan makan masa tak posa....hehehehe.......
ReplyDeletecam sedap ja tart tp xleh nk oder la...taen ni xdak bonus....semua expenses kena cut....baju raya sepasang ja....huhuhuhu....
waduhhhh karipappppp!!
ReplyDeletekalau di kampung ni mesti mak buat karipap..sedap seh..lansung tak sama dengan yang instant tu..hehe
hari ini..nak cari Tepung Pelita jugak..tapi di hotel pula!
(nasib baik Hotel yang dapat pengiktirafan Halal)
Salam Azieazah
ReplyDeleteRapinya kelim karipap tu! Bang Temuk kira 96x0.50 sen pun dah boleh dapat RM48. Modal RM14. Eh, bukan nak kira untung. Nak kira puas hati buatan sendiri, resepi sendiri. Dan terpenting, sesuai dgn citarasa famili! Karipap di luar tu banyak yg berminyak, tepung keras, inti perrgh .. Itu yg sebabkan kita berkata, 'Kalo kutahu, sekupang satu pun tak kubeli!'
dah menjadik tu tandanya raya dah dekat le tu
ReplyDeleteKAKCIK > Salam... kat text atas tu memang ada Azie taip "jadi ejen jer". Azie order dari kilang pastu distribute pada kengkawan. Bukan buat bisnes pun, tolong kawan yang tingin nak rasa Tart Spesel ni jer..
ReplyDeleteCHEYAH > Kak Azie tolong kengkawan jer, kami pun beli 1,2 pek jer buat lepas gian.
ReplyDeleteDan kami tak buat pun baju raya. Langsung tak buat. Bonus memang tak mimpi larr...
FAIZAL TN > Karipap ni laku di kampung atau di kota, sebab memang sedappp...!
Bang TEMUK > tahun lepas saya pernah meniaga kuih (3 tahun begitu, part time hari minggu), ada sorang makcik tegur saya, "Mak ai banyak nyer inti, boleh ke untung ni dikkk..." Yang pasti saya buat jual pun sama macam saya nak makan.
ReplyDeleteCEMOMOI > Raya tetap akan datangggg...!
ReplyDelete