Wednesday, August 25, 2010

Ramadhan: Selamat Hari Wanita...

Selamat Hari Wanita 2010 Malaysia hari ini kepada semua yang bergelar wanita... tidak kira bangsa dan agama. Semoga insan yang bergelar wanita akan terus bersemangat, terus tabah terus kuat menghadapi cabaran canggih hari ini.

Tema Hari Wanita pada kali ini ialah “Satu Azam Wanita 1Malaysia’



Tetapi kejayaan wanita seiring dengan doa dan sokongan orang-orang tersayang; anak-anak dan insan lelaki bernama suami. Tiada wanita boleh sekuat dan sekebal ini tanpa mereka, kan?


So, sebagai wanita, apa azam kita? atau tidak berazam sama sekali (macam aku...?). Yang pasti, semoga kita tidak pernah berhenti berdoa untuk meminta, mengadu atau mengharapkan yang terbaik untuk diri kita, kehidupan kita dan keluarga kita.

*Hari Wanita Sedunia jatuh pada 8 Mac.


~...sebagai wanita, SERI BULAN sangat merasa dihargai, bilamana HISYAM tidak pernah berasa selesa bersama wanita lain, melainkan dirinya...~




14 comments:

  1. Salam Kak,

    tak pernah berazam saya ni..

    tapi kalau berazam tahun ni bonus banyak dari tahun lepas boleh ?

    hehe..

    ReplyDelete
  2. I berazam nak jadi wanita solehah dan wanita yang anggun! auwwwww....

    ReplyDelete
  3. SalaM Azie..

    kakcik tak pernah berazam sempena hari2 tertentu. Cuma kakcik berdoa, semoga kakcik boleh menjadi manusia yang semakin baik dari hari ke hari sebelum mati. :)

    ReplyDelete
  4. AA
    I berazam nak jadi rajin serajin2nya tapi tetap lemau gak. Berazam nak kurus2 molek tapi tetap dot2 gak. Berazam nak terus solat bila masuk waktu tapi tergelincir jugak namun berdoa tetap berdoa agar dimantapkan semangat dan iman. Amin.

    P/S: Tu gambar you dgn bonda ke? Kalau ya, no wonder Amoi cam amoi, hehe.

    ReplyDelete
  5. salam,
    selamat hari wanita tuan rumah

    ReplyDelete
  6. RINA > Bonus lebih? Bolehhhh... bila Kak Azie jadi boss awak. Hehehehe


    ZUREEN > Memang besttt...!

    ReplyDelete
  7. FAA > samalah kiter...hehehe


    KAKCIK > Aminnnn...Moga dimakbul segala doa.

    ReplyDelete
  8. SOM > Aminnn.. samalah kita. Tu yang malas dah nak azam ke molek badan tuh.. hehehe
    *Yup, me and my BONDA. (dia ada darah China, and MIL pun ada sama gak, so cucu dia macam AMOI)

    ReplyDelete
  9. ANYSS > Terimakasih.. Sama-sama juga to ANYSS.

    ReplyDelete
  10. Salam kak azie,
    wanita memang tabah kak.. cer nengok ibu2 tunggal yang dok besarkan anak sorang2 tuh.. fizikal mungkin lemah, tapi hati/semangat wanita sungguh kuat...

    ReplyDelete
  11. AANAS > Betul tu. Kita ni kadang2, bila ada suami, jadi manja. Bila jadi ibu tunggal, wanita tu terus jadi gagah dan berani.

    ReplyDelete
  12. Selamat Harai Wanita dalam bulan Ramadan termasuk yang uzur syar'ie tak? Eheks...

    ReplyDelete
  13. KHAYAL > Yup BRO. Termasukkk.. termasukk.. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails