Wednesday, November 16, 2011

Al-Rawsha: Ikhlaskah Dia Belanja nih? > garu dagu...

Assalamualaikum
Rabu
16-11-2011


Semalam memang jadual dah penuh. Ada client nak buat urusan di Lantai Atas. Aku tidak terlibat.

Hari ini client dari satu company suatu yayasan besar (Kerajaan punya) datang. Bos dah sebut, lunch with her. Semua dari Lantai Atas kena join. Aku malas sebenarnya, sebab dalam kepala dah plan nak berkawad dalam kompleks tuh.

Tapi client terpaksa balik kerana ada appointment lain. So, lega la kami. Tapi Lantai Kedua interkom, plan lunch di luar diteruskan. Yeahhh Al-Rawsha.

Ramai tahu menu restoren Arab or Lebanon (Timur Tengah) memang dihidang big portion. Jenuh nak makan.


Chicken + Lamb Mandy — aku jer yang banyak belasah kambing tuh. Roti yang macam Pratha tu kena makan panas-panas.



Sepinggan, 6 orang makan. Tak habih pun. Tapau.



Salad. Tak tau apa nama menu.


Kebab Daging. Nama menu tak tau. Yang mana Halap Kebab yang mana Khashkhash Kebab. Bos yang order. Kebab Ayam pun order gak, tapi yang daging sedap lagi.


Dessert. Tak tau apa nama menu. Lady Bos yang order.
Rasa sikit-sikit macam Bubur Som-Som.



Makcik ini hari ini pakai baju kurung lak. Sebulan sekali jer pun.


Kawan aku tapau Baklava. Manis ya amat! Beberapa biji jer pun, rega sampai RM15...!


***

Cuma My Bos tak order Barbican.
*Ini pic lama masa Al-Rawsha di lokasi lama (dekat Jalan Aman).



Cuma yang tak berapa best, bila dalam ramai mengadap rezeki si tukang bayar punya muka langsung tak ceria. Ohhh adakah aku terlalu prasangka?

Tapi aku pun bukanlah budak kecik sampai tak reti beza riak muka orang ikhlas dengan ekspresi muka orang yang jujur happy dapat makan ramai dengan anak buah?

Walapun turut disentuh beberapa tugasan/assignment yang cemerlang (wajar diterima as a compliments atas usaha itu) bagi aku, tanpa ini pun gaji yang dibayar sudah disyukuri selama ini.

Belanja makan adalah bonus yang patut disyukuri gak, kan?


~...ketika majlis hujung tahun sekolah atap rembia, sungguh cuak hati SERI BULAN bila hampir semua tetamu sangat inginkan menu tradisi yang dia hampir terlupa, lalu bila HISYAM membisikkan, “Lempeng Garing Kelapa awak sentiasa enak, dear...” dia tersengih malu seperti rasa nak panjat pokok cermai..!~







Novel: My Love Playgirl di Carta Nomot Satu...!

Assalamualaikum
Rabu
16-11-2011
...tiada wordless


Sejak minggu lalu lagi, aku dah baca di FB kenalan blogger yang juga seorang novelis PUTERI IMANEISYA, melaporkan tentang carta novel-novel yang laris di pasaran keluaran Buku Prima.

Mula-mula carta ni yang aku nampak:



Dengan komen-komen yang berikut:





Kemudian minggu terbaru, carta tu dah berubah:

tajuk My Love Playgirl sudah naik nomot satu!

Nak beli....!

Senin semalam tak sempat masuk kedai buku.

Siang Selasa, merayau cari. Memang tak kelih langsung. Kat shelf “best seller” pun takda. Pergi Costumer Service Counter, tanya. Semak dalam sistem, ada 1 lagi copy. So staf dia pegi carikan untuk aku. Malangnya, tak jumpa-jumpa pun. Kecewa gak la.



Malam, write something about it di wall novelis tersebut, SITI NUR DHUHA. Dia rekmen ada pembaca nak jual novel tu dengan harga diskaun. So aku cepat-cepat booking. Harga asal RM25.90, tapi dia offer hanya RM25 termasuk harga pos. Ok lah tuh. Tak sabar tunggu buku tu sampai dari Terengganu.

Minggu ini, baca novel ini:


Hasil karya Kamsiah Abu lagi. Beli kerana nama penulis itu sendiri. Terpikat sejak baca novel beliau bertajuk Menggamit Syurga Firdaus. Ulasan dah buat di blog. ENTRI SINI. Boleh tahan juga ceritanya, cuma lebih memilih yang pertama tu.


Juga baca novel ini:

Pertama kali beli hasil karya dia. Selalu nampak nama novelis ni masa di booth CESB dulu. SORI BERLORI, aku baca tak habis pun.



~...bila renungan bertukar rasa ada mata macam pedih kena asap, ada lidah macam rasa termakan julap, ada tekak rasa perit bak tertelan peria tapi yang itu lebih baik dari melihat HISYAM mengenyit mata sebelah bila wayang pacak ada scene suap makan, lalu SERI BULAN rasa nak baling seliper terompah...~








Tuesday, November 15, 2011

Selamat Malam Sayang...

Mengantuk! Letih...

Nak tidor awal (konon!)

Selamat malam sayang...

Esok pagi kita sarapan ini ya?

Tose sama Telor Goyang Taruh Atas....!


~...bila kedai Man Buyong mula menjual Lempeng Kelapa Garing, SERI BULAN rasa lega kerana tiap kali HISYAM ketagihan Lempeng, dia sengaja tarik muka sambil tarik tangan ke dapur kedai, sedang HISYAM terasa seperti orang ditarik telinga...~






“Hari Ini Kau Datang Riang...!”

Assalamualaikum
Thalatha
15-11-2011


Tak sah jika tidak menayang makan.

Sarapan pagi. Hari ini.


Ada orang gemar juga tengok keyboard putih Mac aku. Yeahhh kita sama.


Tengahari yang ntah bila. Pasti ada kenangannya.


Sekolah tinggai 3,4 hari saja. MyBONDA akhirnya bertukar rancangan. Minggu lepas sudah kembali ke PB, dengan rancangan untuk tinggal di sana beberapa lama. Tetapi hari ini rupanya akan kembali semula ke KL menetap bersama CIKINTO sehingga ke masa yang belum pasti.

Yang paling happy, tentulah kami yang di KL!

Walaupun aku jarang sempat nak ke Puncak Jalil menemankan dia, tapi terasa sangat lah dekat!

And dia tinggal dengan seorang blogger yang aktif. Ada banyak perkembangan dia dalam blog nanti!



~...kerinduan seorang HISYAM terhadap keluarganya tidak pernah terserlah di wajah sehingga ramai menyangka dia tidak punya perasaan apa-apa, tetapi seorang SERI BULAN sangat memahami riak muka bila HISYAM membisikkan, “aku tetap rindukan keluarga, tetapi aku tidak mampu memenuhi hasrat mereka untuk berkeluarga saat ini,” dan SERI BULAN hanya mampu mengangguk lesu...~








Monday, November 14, 2011

Tergolak den!

Huhhh...!

Situasi: kemeriahan pasar pagi atau boleh jugak la kalu nak anggap Pasar Tani.

Lokasi menyeluruh: Ntah, nampak tulih Kajang jer merata-rata.

Lokasi tepat: Gerai seorang pemuda yang menjual ikan-ikan kering, termasuk sotong kering. Jangan tanya pasal ubi rebus dari dia.

Pembeli: Seorang wanita cantik. Anak dara lagi ler kot. Muda jer nampak.

Tertinjau mencari sesuatu di celahan kotak ikan kering.

Dialog:
Penjual; “Sila kak. Pilih Kak.”

Wanita: “Ini ikan apa?”

Penjual (sambil mengangkat seekor ikan kering): “Ni ikan jaket. Jaket jangan buang nanti dia kesejukan.”

Wanita selamba. Tak peham kot.

Penjual: “Boleh kak?” Wanita tenung, “Tak nak!”

Gerak ke depan skit.

Penjual: “Kak ni Kak. Sotong kering. Potong-potong buat sambal. Perhhh! sedapppp!” Promote sakan. Ntah-ntah kakak tu tak reti masak pun. Dia tenung, “Tak nak!”

Tiba-tiba dia ternampak idaman kalbu! Ikan yang dicari-cari!

“Yeahhh saya nak ni. Satu!”

Penjual: “1 kilo la kak.”

Wanita: “Nak satu jer.”

Penjual: “Satu susah saya nak kira Kak.”

Tapi kerana kesian kot, dia bagi free jer.

Cissss... kakak tu nak Ikan Bilis jer. Sekor jer.

Sambil berlalu, “Nak buat cungkil gigi!”

Macam ni punya orang pun ada.


Jumpa ini dari Google, pic kepunyaan teman blogger juga! Thanks.

*Adaptasi dari siri Caca Marba. Tergolak den!



~...kerana HISYAM memang diibarat kata lahir dalam dulang Emas 999, maka dia tidak pernah tahu susah payah mengopek Ikan Bilis, sedang SERI BULAN boleh asing kepala dan ekor dengan hanya pejam mata....~







Mesej inbox: Tetiba rasa bengong!

Senin,
malam


Alahai...!

aku tak pernah jumpa dia pun. Kenal pun dalam komuniti siber, yang ada gambar-gambar. Lama dulu, sebelum FACEBOOK wujud lagi.

Tengok gambar jer, tak pernah jumpa langsung.

Lama tak dengar khabar berita, tetiba dia muncul di inbox. Nama pun lain. Nick name memang hebat lah! Well, accept jer. Takda masalah.


Soalan aku rupanya dah lebih dahsyat dari wartawan MELODI!



Aku belum bodoh lagi nak buka mesej bagi orang lain baca. Lagipun “kita” bukan selebriti.


Lalu,


soalan ni ok tak, dik?


Tetiba aku rasa macam bengong!







Lunch date: Date mender?

Assalamualaikum
Senin,
14-11-2011


Makan dengan kengkawan. PizzaHutt sepelaung dari tempat kerja.

Cuma tension, sebab tunggu sampai 50 minit baru order sampai. Padahal orang tak ramai pun sangat. Sabor je lah. Bila tanya 2,3 kali kat waiter tu, bleh plak dia buat muka tension, sampai satu tahap dengar dia hempas dulang atas kaunter cashier. Apa kes?


Air belum berubah selera. Asam Boi Fizz.



Pilihan seorang AA masih tak ubah, tetap Chicken Cabonara.



Pizza Thai Seafood, tambah cheese tu untuk hasil lebih dramatik. hehehe. Yang ini kami share bertiga. Piring bakar pizza tu jadi bahan gelak kami, macam tudung periuk kena ketuk!


Apa yang kami raikan? Tiada yang penting sangat, tapi bagi aku, sesuatu yang melibatkan tender, jika kecil sekalipun tetap menjadi rezeki yang perlu disyukuri bersama.



~...Mak Utih memang handal dalam memasak dan menguli segala jenis tepung, sehingga SERI BULAN takut setiap kali dia merendam beras, pasti HISYAM dikerah mengangkat lesung sedang lelaki itu cuba menjadi lelaki terbaik berpura pandai sedang kemudian tertinjau-tinjau mencari alu...~






Lawan Cambodia, tapi Main Macam Ajak Masak-Masak...!

Assalamualaikum
Ahad, petang
13-11-2011


Menu belasah, ntah kena ntah tidak gandingannya.

Ayam Masak Merah




....berganding dengan Sayur Masak Lemak. Gunakan sayur yang berlebih lebih dalam fridge. Chicken Ball Vege pun belasah boh gak tuh.

Cuma, seorang Emak Tarzan malas nak buat Sambal Belacan.


********


Petang ini, layan SEA Games 26th, bola sepak Malaysia vs Cambodia. Tapi ntah apa-apa la team Malaysia ni main! Macam main masak-masak jer.

Kot ya pun Cambodia bukan pasukan yang kuat, takkan lah korang nak main pun macam budak sekolah menengah main. Persembahan menghampakan. Menang 4-1, dapat 3 mata. Tapi bila persembahan macam tuh, alahai nak bangga pun rasa tak kena!



~HISYAM tidak pernah minat daging lembu, lalu bila Pak Utih kendalikan korban sampai 5 ekor, dia rasa malu kerana menyorok di balik pokok pisang gementar darah sedang SERI BULAN begitu teruja sehingga membuang silu mencelah di kelompok ramai orang jantan...~






Sunday, November 13, 2011

HUDA FIONA nikah pada 11-11-11, jam 11-11am...

Assalamualaikum
Ahad
13-11-2011


Agak lewat aku menulis tentang majlis pernikahan My Anak Menakan ini (tunggu pic). Bernikah pada tarikh 11-11-11, jam 11.11 am, di rumah My Sister (KAK YANG) di Parit Buntar.


Nama dia Nurul Huda, tapi kami panggey dia HUDA FIONA.



Pengantin adik beradik (termasuk kakaknya, blogger CIKINTO), khatam Quran.



Hantaran: RMXXXX.77 sen


Warna PURPLE tu buat aku tak tahannnn....!



CIKINTO dan suami, bersama adik ipar baru, tapi katanya lebih tua dari dia.



My Sister, KAK YANG. I’m sorry, terpaksa kensel cuti.


MY BONDA dapat cucu menantu baru. Yang ke berapa nih? ke 5 kalu tak silap.


Aku rindu suasana kenduri yang makan berhidang camnih.


Kenduri langsung bakal diadakan pada Mac tahun depan. Mak Menakan yang sorang ini harus kena ada!




~...setiap kali ada majlis nikah kahwin di Kampung Separuh Desa, HISYAM sentiasa menjadi orang yang dinanti-nanti oleh ramai anak dara seantero kampung kerana tanpa pengetahuan SERI BULAN, bersusun ‘surat cinta layang’ yang diterimanya tetapi paling mujur lelaki itu tidak pernah kisah tidak pernah peduli...~







Gincu ~ Lipstik ~ Pewarna Bibiaq...

Assalamualaikum
Ahad
13-11-2011



Hari kemas-kemas sedunia.

Semak balik bebarang lama. Koleksi peribadi.

Banyak sampai sekepuk. Nak buang sayang sebab masih elok. Ada yang sample (dapat free), ada yang memang beli waktu murah, ada yang dapat free gak sebab rajin hantar kupon di majalah.

Sekarang dah nak dekat setahun dah berenti beli. Pertama, kerana mood nak bergincu kadang ada kadang takdak mood.

Kedua, latih diri untuk gunakan yang mana ada. Yang dah tak elok esp. dah kuarkan bau semacam, memang kena buang. Aku suka beli yang langsung takda bau. Bau buah pun aku tak suka. So kalu dah mula ada bau, sendiri jadi tak lalu.

Kalu boleh nak kurangkan koleksi yang ada ni. Nak bagi anak-anak dara pakai, sorang pun tak reti nak bergincu nih. OMAK depa jer yang rajin tenyeh. Tapi bila pekena Lontong masa sarapan, gincu ke mana lipliner ke mana. Rentikan lahhhhh.....


Banyak dah buang pun.



~...sungguh jakun si HISYAM bila ada orang kampung yang mengajak menangkap belut dengan tangan lalu dia teruja mencuba tanpa sedar dia sendiri tidak kenal mana sepat mana puyu lalu SERI BULAN terasa hendak menyimbah air sawah...~











Saturday, November 12, 2011

AIM ke18: Hargai Muzik dan Bakat (yang tak minat muzik sila tidor)

Assalamualaikum
Sabtuday,
12-11-2011
malam...


Tengok siaran langsung, terlepas beberapa episod terawal. Tak tengok beberapa anugerah di peringkat awal.

Laaa.. bila tune, baru nampak pengacaranya adalah ZIZAN dan AC MIZAL. Wahhh serasi. Macam Afdlin dengan Bob Lokman dulu.

Siaran langsung dari Bukit Jalil rupanya.

Ini saja anugerah yang sempat tengok tadi.

Album AIZAT menang Anugerah Video Muzik.

Sixth Sense menang Anugerah Celcom, lagu paling banyak didownload. 1.8 juta. (Royalti berapa? Ada ker tak der?)

YUNA menang Anugerah Kembara. Semua mereka berbakat. Tak perlu pakai seksi atau minimumkan kain di badan.

YUNA antara penyanyi yang diiktiraf sehingga ke peringkat antarabangsa. Tapi seorang aku, yang sudah agak lewat umur, tak ler follow pun perkembangan dia. Apapun, setidak-tidaknya dia bertudung dan diterima pula di negara luar.

Walaupun aku rasa industri muzik, lately, macam muram dan slow tetapi seni muzik terus berubah dan berkembang di dalam dunianya tersendiri.

Dan sekali lagi, seorang aku yang sudah agak lewat umur, tetap suka lagu-lagu retro, lagu-lagu lama...

masih terbuai dengan lagu-lagu arwah Ahmad Jais > Budi Setahun Segunung Intan, lagu-lagu arwah Sudir > Hujan, Nilai Cintamu.... juga lagu-lagu Search > Fantasia Bulan Madu, Isabella,

tidak ketinggalan lagu-lagu Alleycats, Wings, Jamal Abdillah...

lagu-lagu Rockwell, Michael Learns to Rock (That’s Why U Go Away paling best)... tak ketinggalan lagu-lagu seperti Funky Town, Careless Whisper...


Rockwell, lagu tu berganding dengan Michael Jackson rupanya.


Tahniah kepada penggiat seni muzik, dari penulis lirik, pengarah muzik, pemain muzik, penyanyi, pencipta lagu, pengarah video clip... dan apa saja yang berkaitan dengan muzik.

Muzik adalah hiburan dan menghiburkan bila kita merasa ianya menghiburkan.

Wahh ANUAR ZAIN/YUNA menang Vokal Terbaik!

and lagu YUNA, PENAKUT menang Lagu Terbaik!

Album SHIELA MAJID masa konsert di Philharmonic, menang Album Terbaik.


Yeahhh... she still the best among the best!


Bak kata penerima Anugerah Wirama, “I’m so honoured... and don’t kill the music.”

*Persembahan artis, aku paling suka pada persembahan Azlan and The Typewriter, nyanyi lagu P.Ramlee, “Jeritan Batinku” dengan gaya rock dan suara dia, unik. Lain dari yang lain. Showmanship kureng di mata aku, but suara dia.... wajar dipuji.



~...apa sahaja lagu yang disiul HISYAM sepanjang kelas mengajar gitar tetap menjadi irama indah di telinga SERI BULAN kerana setidak-tidak itu tidak seburuk katak mengong tunggu hujan yang dah berhenti untuk turun lagi...~






Pes Kari Raub vs Cornflakes...

Assalamualaikum
Sabtuday
12-11-2011


Mood kecundang!

Nak bercerita pun tak tau nak tulis apa. Skill Penglipur Lara sudah jadi duka lara.

Tekanan tempat kerja tidak seberapa, tapi letih terasa sampai sakit tulang belikat.

Turun naik turun naik, kurus nyer idak. Ehhh aku makan nasik la. Takda makna nyer aku nak seksa diri cenggituh. Tengok orang kurus lawa cun lampai bergaya pun ramai gak yang cerai berai tak lena tido malam. Asal aku happy dan boleh gelak-gelak tiap hari, okeh ler tuh.

Ada banyak lagi blog yang tak terkejar nak baca. Tertinggal sampai berpuluh entri. Adehhh... Ampun. Tak menang mata nak baca.

Ni kisah pagi Raya Aidil Adha lalu.

Sebelum berhimpun di Bukit Jalil, kami singgah di Setiawangsa menghantar tempahan Rendang Ayam untuk seorang pembaca blogger, KAK ZAINON yang order Rendang Ayam, Tart Nenas dan juga Pes Kari Raub dari aku.





Aku order khas dari Raub, sebab kengkawan tempat kerja pun order. Mudah dan enak. Jimat masa takyah nak tumbuk bawang segala bagai. Dah lengkap...!


Kak ZAINON bagi kuih Cornflakes nih.

Cantiknya biskut Cornflakes Madu nih. Tak pernah aku tengok orang buat bentuk bunga ros gini. Ntah betul idak nama menu ni. Tak tanya pun, sebab dia bagi dalam beg plastik, tak nampak. Dalam keta baru buka makan. Sedapppp...!

Terimakasih KAK ZAINON. Semoga terus menjadi pembaca dan penyokong Azie yaaa...!




~...ketika Pak Utih mengarah HISYAM harus ikut menjadi pengiring berburu, SERI BULAN bagai ingin menawar diri menjadi orang kiri, tetapi Mak Utih terlebih dahulu menjeling geram kerana tanpa SERI BULAN, dia bagai makan ikan goreng tidak bergaram...~






Friday, November 11, 2011

11-11-11: Bila Blogger Bergerak Solo...

Assalamualaikum
JemAAt
11-11-11
...hujan pagi ini


Tarikh cantik, hari pun baik. My Anak Menakan HUDA FIONA bernikah pagi ini, insyaAllah. Aku dah apply cuti, suppose balik kampung malam tadi lepas kerja, tapi 2,3 hari lepas tu kensel cuti. Kebetulan kerja tengah banyak dan esok ada program penting yang aku kena hadir dan jaga banyak benda. Apapun selamat menempuh gerbang pernikahan. Welcome to the club!

Pernah tak korang terkena bila ditanya, “cik abang tak ikut?”. Dolu-dolu I pernah 2,3 kali kengkawan tanya camtuh. Sebab MyTOKLAKI “tak sior” nak ngikut aku ke mana-mana jika urusan tu bukan urusan keluarga. Jarang dia nak ikut. Sementelah aku memang agak berdikari orangnya (cewahhhhh....), aku pun tak kisah gerak sensorang. Naik bas turun bas, naik LRT ke mana nak pegi. Pergi trip luar kawasan pun adakala sensorang jer ikut geng.

Bukan dia tak concern atau tak suka, tapi ada kala masa dia dengan masa aku tak selari. Lalu itu tidak pernah menjadi isu sesama kami. We trust each other! (ohh really??) hahahahaha! We have our own reason.

Aku terbaca sorang blogger, buat entri dia ditanya “awak jandakah?” sebab selalu bergerak ke mana-mana dengan anak jer, suami tak pernah kelih. Kesian juga dia. Ramai sangat orang busy body di keliling kita.

Adakala kita sendiri pun tak sedar, perlakuan kita menimbulkan tandatanya dan syak orang, kan?

Aku mengaku selalu bergerak solo. Dalam hal ini, kita bercakap dalam konteks blogger. MyTOKLAKI tak pernah, belum pernah muncul dalam mana-mana pertemuan blogger. Dia tak kisah pun aku nak pergi (asal dia dimaklumkan) sebab dulu lagi, bab gathering dengan kengkawan ni adalah perkara biasa sejak aku ada ramai kawan dunia siber. Walaupun jarang ada gathering, tapi ramai kawan yang menjadi kawan kami. MyTOKLAKI kenal sebahagian besar mereka walaupun dia bukan kaki sembang. Banyak diam saja kalu dia join. Bini dia jer yang ramah terlebih...! Selebihnya, dia dah malas nak ikut.

Kita pun bukan muda lagi nak berkawan cara orang muda, kan? Orang yang dah berkeluarga, cara berkawan tidak sama dan tempat juga tidak sama macam orang muda. Korang faham la...

Apapun, pada aku dalam mana-mana komuniti siber yang kita sertai tak perlulah nak sibuk sangat sampai nak tanya “ko janda ker?”. Agak melampau soalan peribadi itu. Memadai menerima kengkawan kita seadanya. Simpan persepsi atau sangkaan kita (melalui bacaan jer pun) untuk sendiri, kemudian lupakan saja. Berborak hal yang tidak menyentuh peribadi. Sekadar tanya pasal anak, pasal minat dan hobi atau tanya tentang cara masak... atau tanya cemana nak cari follower. Ahaks!

Bertahun aku join 2,3 komuniti siber, jarang aku jumpa orang yang busy body ni. Jarang. Cuma yang tak best bila orang bercakap di belakang pastu benda terpusing bak boomerang patah balik ke telinga kita semula.

Kematangan akan menyerlahkan diri kita yang sebenar. Pengalaman lalu membuatkan kita lebih berhati-hati. Jika kita sendiri tidak suka disoal dengan soalan maut, jangan sesekali mencari pasal menanya orang soalan sebegitu.



Memang berdua lebih baik, walaupun warna tidak sekata, rupa tidak setara dan darjat tidak sekasta, tetapi mensyukuri seadanya diri dia lebih baik dari berpura menyinta tetapi kemudian rindukan orang lain macam burung hantu!


*Seorang aku hanya gementar gabra-gelabah bila ditanya, “Mana HISYAM dan SERI BULAN?” Memang takda jawapan!



~...kerana janji mulut lebih kuat auranya berbanding janji di kertas, ke mana sahaja HISYAM hendak bermastautin dia pasti inginkan SERI BULAN ikut sebagai penyeri, lalu walaupun Teratak Nyatuh cukup indah, suatu hari nanti dia pasti diangkut jua ke Bandar Tenggara....~








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails