Wednesday, November 23, 2011

WW: Gelandangan, Bahagiakah Mereka?

Assalamualaikum
23-11-2011
Rabu: entri bisu






~...atas usaha dan cadangan Pak Utih, rumah yang hampir rebah di sebelah darat milik warga daif Kampung Separuh Desa berjaya ditegak-pulih, SERI BULAN mengulum senyum sendiri melihat HISYAM begitu kekok dalam gotong-royong sekampung, kerana dia tidak kenal mana tiang seri, mana jendul pintu, mana lawang dan mana satu rusuk dapur...~






Tuesday, November 22, 2011

My Love Sudah Sampai...

Assalamualaikum
Thalatha
22-11-2011

Akhirnya, bungkusan dari Terengganu yang dinanti sudah selamat diterima kelmarin. Terimakasih HAZNIZA.

Semuanya bermula dari entri ini: Novel: My Love Playgirl di Carta Nomot Satu...!


Novel yang dicari, tiba di pintu rumah.


Belum start baca lagi, sebab sedang hadap novel lain dulu.

Bukan Puteri Lindungan Bulan.

Pinjam tukar suka sama suka dengan KAKCIK SEROJA.

Dulu masa keja di booth CESB, dok pulun promote novel nih sakan-sakan. Tapi sendiri pun tak beli. Sebab aku borong buku lain dulu.

Novel ini memang antara best seller, karya hebat LIANA AFIERA MALIK. Ramai peminat novel tahu pasal novel ini. Diulang cetak berkali-kali dan setiap tahun ada saja permintaan.


***

Cerita lain: Perkembangan terkini (dari penulis yang memang dah kembang).
Sila puji sehingga kembang lagi.

Isu perpindahan ke cawangan tempat kerja ditangguhkan.

Mencik lah bila buat keputusan tapi ubah berkali-kali tanpa sebab kukuh.
Tak professional lah camtuh.

Mujur masa dia kerah soh pindah, takda orang datang malam-malam bom pejabat dia. Hahahaha!



~...hari tu kan, masa SERI BULAN terlupa menutup meja makan dengan tudung saji lalu ikan goreng dicuri kucing, HISYAM balik kelaparan dan keberangan, lalu dia berazam hendak melempar batik kesayangan SERI BULAN di becak laman tetapi hujan pula tidak turun-turun...~







Mereka yang Kukenali (9): ALIA memang suka makan ICE-krim...

Assalamualaikum
Thalatha
22-11-2011


Selamat ulangtahun kelahiran:



buat My Anak Dara, NUR ALIA KHALIDAH hari ini: 22-11-2011. Ke 13. Dia yang lahir pada bulan paling ujung dalam family, selepas IKA 17 Nov.



Tak banyak gambar ALIA aku ada, sebab dia memang tak suka bergambar. Kalu hala kamera jer, dia mesti lari.

Dia anak aku nomot 5. CHAK nomot 6. Ya, total 6 orang anak kengkawan.

Dia pun lebihkurang IKA gak. Diam jer, unpredictable.

******

Tak sangka sama lak besday dia dengan pakcik yang sorang nih.
Ntah ke berapa? Ke 44 ker? ke 55? hak hak hak!



Ini pic profile di blog dia: ICE KINGDOM, tapi blog tu private.

Dah lama dia tak masuk melompat di sini, tapi kat FB selalu ada.

Selamat Ulangtahun juga to ICE. Nanti gathering blogger, datang lagi yaaa!

All the best, semoga terus cemerlang!


~...SERI BULAN tahu bulan memang tidak bersinar di musim mendung, tetapi HISYAM terus menanti sinarnya untuk mengeringkan kain pelikat petak hijau ungu...~








Mesorat di Bangi...

Assalamualaikum
Thalatha
22-11-2011


Ramai sedia maklum, Ahad lalu AA menyertai blogger KAKCIK SEROJA, ACU, AKUZLE dan WANI ke rumah blogger Dato’ LF bagi berbincang tentang rancangan Gathering Blogger (KITA) yang bakal diadakan pada 18 Disember, insyaAllah.

Segala maklumat dan cerita lanjut, sila ke blog KAKCIK SEROJA dari masa ke semasa untuk perkembangan program.


AKUZLE yang datang sekeluarga, termasuk ibunya dari Kelantan, kebetulan berada di KL.
Motif snap Tart Nenas?


Akak Datin ni macam pendiam, tapi dia mesra. Senyum jerrrr.... Terimakasih ya! Rendang Ayam marbeles!




Belum masanya nak pakai apron!


Lokasi luar yang bakal menjadi tempat kita bertemu kelak.


Bahagian luar rumah. Sebelah kiri ada tempat mengambil wuduk dan juga tandas. Selesa!






Mesyuarat berlangsung dalam bilik surau merangkap bilik seminar yang lengkap. Sedikit gambaran bagi rakan-rakan.


Pengerusi mesyuarat “bidan terjun”.


Sambung makan minum selepas selesai berbincang.


Hujan lebat kan, Dato’?


Ada sesapa nak taja BBQ? Tempat bakar ada. Bawa arang, AA boleh tolong kipas!


Air pancut ni sungguh mengasyikkan. Rasa nak tadah kepala. Hehehehe!


Taktau berapa kotak eskrim yang kuar petang tuh.



Blogger WANI @ Ibu Muda. Pada hari kejadian nanti, beliau akan memulakan tugas hari pertama sebagai DJ HOTfm di Kelantan. So dia tak dapat hadir bersama nanti. Apapun tahniah dan all the best WANI!


*Pic last ni: kredit to blogger tuan rumah, Dato’ LF.


~...apalah erti sebuah pertemuan jika 90% ruang masa dipenuhi balah dan airmata yang basah, sedang yang 10% itu gurau tanpa pisau, tapi HISYAM memang pandai membuat senda membawa bahagia yang penuh renda di hati SERI BULAN...~





Dating Santai bersama Tart Nenas_04...

Assalamualaikum
Selasa
22-11-2011


Pagi Sabtuday lalu, seorang kenalan lama yang tinggal sepelaung dari taman aku, datang jumpa. Walaupun tinggal dekat, tempat kerja aku pun dekat dengan rumah dia, kami tak pernah jumpa di area sini. Jumpa dalam mesyuarat rasmi jer.

Kali ini urusan Tart Nenas.

Orang memberi kita menerima.

Tak sangka dapat cenderahati yang best ni.



Key chain Mickey Mouse.

Dia baru balik dari Hong Kong. Thanks atas ingatan. I like!

Blog beliau ada banyak info dan nasihat berguna yang berbeza dari lain orang. Sebagai seorang kenalan biasa, juga boleh dianggap adik, aku sangat respek Kakak ni. Dia dan suami sering ke mana-mana bersama, sangat serasi dan sejiwa.

*Kakak Sharifah Hamidah.



~...sudah lama surat tidak dihantar di bawah tempurung, ampaian bagai reput condong ke barat tetapi HISYAM yakin SERI BULAN mengerti, tanpa surat pun rasa kasih itu tidak mungkin condong ke timur atau selatan Tenggara...~








Monday, November 21, 2011

Kita Menang...! So dramatic!

Tahniah!

Alhamdulillah, KITA menang lagi!



Cara kita menang pun sangat manis sekali.

Dramatik...! Sama-sama kuat, macam sama kasar.


Bila penalti FAKRI tu sedikit mendebarkan, sebab tak masuk!

Our hero is KHAIRUL FAHMI dan Kapten!

Yeahhhh....!





Sunday, November 20, 2011

Serba Tak Kena...

Assalamualaikum
Ahad
20-11-2011



Semalam tengok ini dalam Harian Metro.





Dua hari berturut kisah ini, di samping kisah-kisah tentangnya begitu banyak di blog-blog para ibubapa yang turut menerima sumbangan tersebut.

Kekadang, baca pun muak.

Birokrasi tu politik kah?

Aku tak faham, dan tak mahu faham lah.



~...ketika seluruh warga Kampung Separuh Desa begitu terharu ketika Pak Imam pitam, HISYAM yang menjadi penyelamat kecemasan tetapi bila SERI BULAN tumbang, tidak berani dia datang menyumbang...~









Ke Pasar Sebelum ke Bangi...

Assalamualaikum
Ahad
20-11-2011



Hmmm... baru perasan tarikh tu cantik!

Pagi minggu, rutin Ahad memang ke pasar basah. Stok kena lebih lagi la sebab cuti skulah ni agenda utama bebudak tentulah makan, makan dan makan!

Keli yang “wajib beli”.


Tapi aku tak berani nak beli Keli Africa sebesor ini.

Kerana MyTOKLAKI ikut masuk dalam (kadang-kadang dia jadi “jaga parking” saja), so aku beli la benda yang berat-berat, such as Kerang 2 kilo, Sengkuang 2 biji yang besor... hehehe Keli pun 2 kilo... ayam lagi. Amikkkk..!

Plan hari ini simple. Walaupun yang siang-basuh ikan ayam pun aku sorang jer. Kasar tangan mak youuuu...! (selama ni?) hahahahaha!

Kari Kerang. *nic koleksi pic lama, bukan hari ini punya.


Rebus Telur Masin, rebus Petai (gara-gara tergoda dek gambar oleh blogger FA_ATIP), goreng keli. Cukuplah tuh. Si bujang ada acara kompang di rumah orang kahwin. IKA dah sampai ke skulah dia semalam.

Aku tak lunch di rumah, sebab jap lagi nak pegi ber-mini-gathering di rumah blogger Dato’ LF di Bangi. CHAK dan ALIA usung sama.

Kami mesorat dan pakat-pakat dulu untuk acara Gathering Blogger pada 18 Disember nanti. Sapa yang berdekatan, dan sempat ayuhlah.. kita berpakat apa yang patut.



~...setiap kali ada pakatan untuk menjodohkan HISYAM dengan anak dara Kampung Separuh Desa, SERI BULAN sering dijadikan tempat rujukan dan pengarah komplot, tanpa sedar SERI BULAN juga yang bakal menjadi sipemecah konspirasi lalu HISYAM terselamat dalam lega yang amat...~










Kerja Tanpa Cabaran: Macam Minum Tanpa Cawan...

Assalamualaikum
Sabtuday
19-11-2011


Hari ini memang hari bekerja. Sekerat hari. Tapi sebenarnya tidak banyak makna, di mata kasar seorang Kerani Karat.

Aku dah pernah tulis, tentang ura-ura hendak memindahkan sebahagian department ke cawangan lain di lokasi berhampiran. Kemudian kisah perpindahan tu tersenyap 2,3 bulan tanpa perkembangan. Dan aku rasa, ok juga tak jadi pindahkan orang tuh.

Jumaat lalu, meeting sekali lagi. Dan kali ini memang betul, aku terlibat dalam rancangan untuk memindahkan sebahagian staf ke lokasi lain. Dalam mesyuarat terbaru itu, banyak perkara yang diperbincangkan termasuk usaha pihak atasan untuk segera memindahkan kami selewat-lewatnya hujung November atau hari pertama Disember.

Aku mengambil kesempatan untuk mencadangkan Sabtuday di‘off’kan ketika pihak management sibuk bercakap tentang jimat itu ini, nak cut cost, margin profit, sales... bla bla bla... bleh blah!

Tapi usaha dan cadangan aku adalah gagal. Dan kegagalan itu adalah ulangan dan sambungan dari cadangan staf lama yang terdahulu. Usaha yang pernah. Dan pernah gagal. Kali ini gagal lagi.

Saranan aku, offkan Sabtuday, dan 5 hari lain ditambahkan working hours, hmmm.. mungkin sehingga 5.30? Aku dah pernah buat usulan begitu di tempat lama. Berjaya. Kerana ada rasionalnya. Nak jimat, kan? Win-Win situation....!

I do not know, cemana la Bos aku yang sorang (bertiga sebenarnya) tidak melihat maksud aku. Okeh. Takpa.

Top Gun Nomot Satu kata, selepas berada di branch nanti, terpulang kami menentukan budaya kerja. “I just want to see what you can help her (merujuk Bos wanita itu).”

Adakah kami benar-benar dapat menentukan corak kami sendiri tanpa dikawal oleh pihak ibu pejabat? We’ll see.

Aku tidak lah berapa yakin. Kerana aku sendiri tidaklah begitu teruja untuk pindah. Soal lokasi sebenarnya jatuh nomot 2, yang penting adalah budaya kerja...

Aku sudah biasa kerja dengan workflow yang tersusun, skop kerja lebih luas... dan penuh tekanan.

Jujur, di sini tekanan hampir tiada, kalu ada pun cuma sekitar 10–20%. Dan tanpa tekanan, skill tidak tercabar sama sekali. Dan aku rasa tak puas! Kerana bekerja dalam zon yang terlalu selesa adalah tidak selamat sebenarnya. Yang lebih penting, rasa macam ZOMBI...!


Ada orang kehendak tinggi macam “mountain” tapi usaha macam buih gas, bila kena angin, buih hilang, gas tak rasa...


Buat masa ini, tak leh fikir apa-apa. Sehingga semalam bercakap dengan seorang kawan pun aku boleh tersilap menyebut nama tempat baru. Tidak tahu samada hendak meneruskan atau mencari sesuatu yang baru, memulakan semula... Malas nak fikir dulu.

Bila dapat meluahkan pada seorang “buddy” yang sangat memahami cara kerja aku, rasa legaaa sangat!

Buat masa ini, ikut aliran yang ada, sambil cuba memperbaiki (improve) apa yang terdaya tanpa perlu mengenepikan pendapat atau kehendak mutlak seorang majikan.

Seorang aku, tidak akan puas bekerja tanpa cabaran. Seorang aku tidak mudah mengalah pada sesuatu cabaran tetapi dalam masa yang sama sangat cuba menjaga kepentingan orang lain agar tidak tercabar. Kesannya tidak kita duga. Ada orang tidak pandai mengawal keadaan sehingga mengheret kita ke dalam kemelut kerjaya yang tidak professional.

Tidak faham?

Tidak mengapa. Yang penting, aku merasa sangat lega.




~...setiap kali ada rencana yang dirancang penuh teliti, HISYAM tahu hanya SERI BULAN yang paling dipercayainya, lalu apabila ada komplot cuba mensabotaj acara Malam Aneka Ragam di sekolah atap rembia, HISYAM mengeluh panik sedang SERI BULAN yang berpeluh cantik...~










Friday, November 18, 2011

HACKS: Hanya Aku Cinta Kau Sorang...!

Assalamualaikum
18-11-2011
Jumaat


Tahu pasal akronim?

acronym |ˈakrəˌnim| noun a word formed from the initial letters of other words.

Ada orang sebut itu short form. Terpulang tapi akronim ni perkataan ringkas mudah untuk kita menjelaskan perkataan atau ayat panjang.

Aku berada di bidang penulisan/buat buku/publishing (sama ler tuh), bertahun-tahun, maka terdedah dengan akronim ni dalam banyak urusan. Samada mesej dari client, atau arahan dari orang lain.

Akronim yang aku maksudkan di sini bukannya perkataan ringkas yang stand for nama-nama khas seperti UKM kerrr... BBC ker, AIDS ker. Bukan tu.

Biasa kita baca ini:

ASAP = as soon as possible

OMG = kadang menyampah bila orang guna akronim nih. Ni akronim baru sejak orang pandai chat dalam dunia siber. Ikut orang puteh!

LOL = laughing out loud, or laugh out loud.

Sebenarnya, sejak aku sekolah lagi, dah pernah tahu pasal akronim nih. Tapi cara kita masa tu banyak yang mengarut.

Sorang kawan sebut, depa pun tahu pasal akronim ROTHMANS (jenama rokok) dan ada maknanya yang remaja dulu bagi. Tapi dia lupa. Aku memang tak tahu pun. Sapa tahu?

Rasanya ramai remaja tahu pasal reka ayat di sebalik perkataan nih. Aku dulu budak baik (baik lah sangattt...!) sebab tu tak tau sangat. Tapi kalu kengkawan lelaki aku, memandai jer reka makna perkataan tu kepada maksud yang lucah! Cehhhh! gua malu wooooo...! (malu ler sangat...!) hahahahaha

Tapi aku tak lupa pasal ini:


Hanya Aku Cinta Kau Sorang!


so sweet!


Masih ingat antara iklan di tv tentang HACKS nih? Pelakon filem NOOR AZIZAH dikejar kerana ndakkan gula-gula nih.

cewahhhh!

Paling best tentulah akronim ni: AA for Azie Azah bukan Bateri AA..!

apa akronim yang anda tahu? Share please...

*update: siaran langsung Maharaja Lawak Mega tadi, JALIL HAMID pun main akronim HACKS dan DUNHILL gak! Wahhh tak sangka pada kebetulan ini!




~...HISYAM sering menerima banyak ucapan kasih rindu dari ramai anak dara Kampung Separuh Desa tetapi sebelum berhijrah ke situ lagi, SERI BULAN sudah pernah menyebutnya tanpa gula tanpa madu tanpa pemanis kerana bagi HISYAM, makna SB itu sendiri sangat unik yang hanya mereka sahaja yang tahu...~









Give and Take Sesama Kita...

Assalamualaikum
Salam JumAAt
18-11-2011


Masa mula membuka blog kepada umum, aku kagum tengok betapa ramai blogger yang dapat komen banyak...dan senarai blog begitu banyak yang tersenarai dalam list depa.

Sekarang ni, aku sendiri dah ada lebih 200± blog tersenarai di sebelah kanan tuh.

SORI BERLORI, bukan semua dapat dibuka-tengok, bukan semua termampu nak baca dan komen setiap updating.

Kadang-kadang pula, macam ada technical error bila ada blog yang update, tapi tak naik ke atas.

Tapi aku tetap mencuba nak jengah semua wpun mungkin 2,3 entri sebelum akan terlepas.

Terimakasih. Sebab masih ada masa ke laman saya.

Give and take sesama kita adalah sokongan yang positif.

*pernah terima mesej ini? “Kalu tak kerana ada orang sms bagitau pasal entri tuh, jangan harap saya nak masuk baca blog AA tuh!”

Boomerang tuh tetap setia berpusing tau..!




~...HISYAM sudah merancang percutian panjang yang lebih jauh kali ini, dan Mak Utih mula gelisah kelak kerinduan, tetapi SERI BULAN cuba melatih diri melalikan hati akan kehilangan dan mengkaliskan perasaan akan kekosongan ruang jiwa tanpa lelaki itu sepanjang dua bulan nanti...~








Thursday, November 17, 2011

“Aku ingat kau ni kampung sangat...!”

Assalamualaikum
Khamis malam JemAAt
17-11-2011


Cinta Kontrak, novel by Nurul Ain Syuhada. Memang penulis baru kot. Maaf aku baru kenal nama ni.



Hasil karya, not bad. Kelakar jugak. Pun guna watak utama “aku” tetapi sedikit bercelaru dan aku keliru sebab ramai sangat jadi “aku” dalam novel tu. Sampai perasaan pun takleh feeling.

Ada beberapa dialog yang aku suka. Sangat suka:

“…aku ingat kau ni kampung sangat.”

“Orang kampung tu bukan berdosa kalau dia orang tinggal di kampung pun. Apa yang peliknya dengan kekampungan? Orang kampung la yang banyak etika, adab, adat, budaya. Tak macam orang Bandar. Kejar duniawi.Kalau kat kampung, tenang ajer nak beribadat.”

“Je t’aime,” = I love U
“Moi aussi.” = I love U too.

“Estoy enamorado de ti.” = aku mencintaimu.
“Yo tambien.” = aku juga.

Romantik. Tapi seorang aku kurang merasainya. Kenapa? Ntah, mungkin selera aku tak sama atau mungkin expectation aku tinggi sangat kot.

Banyak sangat dah baca kisah orang kampung, gadis bertemu lelaki jutawan, (sekurang-kurang anak hartawan), hensem kacak baik budi, romantis... pendek kata cemerlang dan sempurna.

Seorang aku, susah nak lupa watak hero yang baik dalam diam, macam watak JAD dalam novel Fauziah Ashari tuh... (Bisik-Bisik Gelora). Tengok drama Cinta Ellisa tu ada watak ARIL (by Johan ‘Botak’ JUVANA), lebihkurang begitulah juga watak JAD. Jahat macam kejam tapi di satu sudut diri mereka, sebenarnya mereka sangat baik hati. Tetap ada kebaikan walaupun tidak diserlahkan.

Bila terlalu ‘perfect’ susah pula akal nak terima. Macam takda kelemahan langsung pulak.

Uishhhh... aku pandai jer komplen novel orang. Tapi semua ulasan tu dibuat setelah aku BACA novel tersebut. Tiada yang ulasan sembarangan teka.

Kalu one day aku tetiba berjaya hasilkan novel sendiri, hati kena kuat ler bila kena kritik, kan? kan?



~...idea gila untuk menikah kontrak sudah pernah disebut oleh seorang anak dara Kampung Spearuh Desa, tetapi HISYAM hanya mampu tersengih malu kerana setiap usulan pasti harus mendapat kelulusan si SERI BULAN...~








17-11-1992: Sembilan Belas Tahun...

Assalamualaikum
17-11-2011
Khamis malam JemAAt...


17 November. Ulangtahun Kelahiran ke-19 IKA, My 2nd Anak Dara. Dia lahir kat kampung. Parit Buntar Hospital. So IC dia ada 08 kat tengah. Lahir hujung tahun.




Hujung minggu dah nak kena balik Sri Iskandar. Skulah dah nak bukak.

Dalam ramai anak aku, dia yang paling terer English. Sejak skulah SAB, memang itulah bahasa dia hari-hari. AMOI pun sama skulah dulu, tapi ada kala tergelincir gak. Still tak leh lawan IKA.

She’s unpredictable. Masa skulah rendah, tak pernah cikgu letak dia dalam grup harapan walaupun dia potential student. UPSR (rini result kan?) dia pun cikgu tak letak dalam harapan 5A. Tapi sapa sangka, kawan rapat dia yang sentiasa Top, tak dapat pun 5A dan IKA yang score! Cikgu yang sorang suka perlekeh dia tu, patut aku tengok muka dia. Tapi aku tak pi amik result masa tu.

PMR dia not bad. Kalah 1 mata dengan AMOI. 7A. Frust gak masa tu sebab tak dapat pi MRSM.

SPM pun kalah gak. 6A.

As dia selalu said, “Mana IKA leh lawan Along.”

IKA sangat kreatif. Dia minat seni. Almost like me. Dia pernah buat skrip drama Inggeris kat skulah dia, dan dia sendiri direct for the competition. Juri ada ZAIBO masa tu. Drama dia dapat 2nd place. No bad huh?

She loves music. Dia tau banyak lagu. Budak sekarang. Dia minat Korea films. Crazy semua movie Korea. Laptop dia penuh movie Korea.

Belajar kat Sri Iskandar pun mati-mati nak juga ID tu walaupun kena interbiu dan gagal 2 kali. 3rd try baru lepas. Lewat 1 semester banding kawan-kawan lain. Takpa, no biggie.

Skang dah nak masuk semester 3 minggu depan.

Dia kata, “nanti kerja buat Interior Design, gaji besar duit banyak!”

Ye lah tuuuu....

MAK jadi tukang kira duit eh? hahahahaha

Semua yang terbaik buat anak-anak.

Aminnnn....



~...semasa wayang pacak mula tegak di padang sekolah atap rembia, SERI BULAN paling teruja kerana dia tahu HISYAM pasti datang mengajak sambil duduk bersila di tikar mengkuang, mengunyah kacang rebus bekalan Mak Utih tapi selalunya cerita ditayang, fikiran yang melayang...~







LinkWithin

Related Posts with Thumbnails