Rabu
16-11-2011
...tiada wordless
Sejak minggu lalu lagi, aku dah baca di FB kenalan blogger yang juga seorang novelis PUTERI IMANEISYA, melaporkan tentang carta novel-novel yang laris di pasaran keluaran Buku Prima.
Mula-mula carta ni yang aku nampak:
Dengan komen-komen yang berikut:
Kemudian minggu terbaru, carta tu dah berubah:
Nak beli....!
Senin semalam tak sempat masuk kedai buku.
Siang Selasa, merayau cari. Memang tak kelih langsung. Kat shelf “best seller” pun takda. Pergi Costumer Service Counter, tanya. Semak dalam sistem, ada 1 lagi copy. So staf dia pegi carikan untuk aku. Malangnya, tak jumpa-jumpa pun. Kecewa gak la.
Malam, write something about it di wall novelis tersebut, SITI NUR DHUHA. Dia rekmen ada pembaca nak jual novel tu dengan harga diskaun. So aku cepat-cepat booking. Harga asal RM25.90, tapi dia offer hanya RM25 termasuk harga pos. Ok lah tuh. Tak sabar tunggu buku tu sampai dari Terengganu.
Minggu ini, baca novel ini:
Hasil karya Kamsiah Abu lagi. Beli kerana nama penulis itu sendiri. Terpikat sejak baca novel beliau bertajuk Menggamit Syurga Firdaus. Ulasan dah buat di blog. ENTRI SINI. Boleh tahan juga ceritanya, cuma lebih memilih yang pertama tu.
Juga baca novel ini:
Pertama kali beli hasil karya dia. Selalu nampak nama novelis ni masa di booth CESB dulu. SORI BERLORI, aku baca tak habis pun.
~...bila renungan bertukar rasa ada mata macam pedih kena asap, ada lidah macam rasa termakan julap, ada tekak rasa perit bak tertelan peria tapi yang itu lebih baik dari melihat HISYAM mengenyit mata sebelah bila wayang pacak ada scene suap makan, lalu SERI BULAN rasa nak baling seliper terompah...~
~...bila renungan bertukar rasa ada mata macam pedih kena asap, ada lidah macam rasa termakan julap, ada tekak rasa perit bak tertelan peria tapi yang itu lebih baik dari melihat HISYAM mengenyit mata sebelah bila wayang pacak ada scene suap makan, lalu SERI BULAN rasa nak baling seliper terompah...~
ASLM AA
ReplyDeleteMama beli buku tu kat karangkraf, tu pun dgr Sri Diah..memang kelakar, tapi tak habis lagi..sabar...
Kebanyakannya bertemakan CINTA. :)
ReplyDeleteBest ye ...nak jugak baca ni...
ReplyDeleteNak baca juga, tapi bila ntah.. majalah yang ada pun, deeja dah 'kongsi'..
ReplyDeletetema cinta..
ReplyDelete...satu jer x der kat situ..cinta's territory.. heee
sebab ia hanyalah blog..blog saya..
sy kagum dgn org yg suka baca novel.. mcm akak AA nih, sebab selalunya kalau sy bace mesti separuh jalan.. ;I
dah lama tak baca novel. last masa dah btl2 sarat hari tu sbb tak boleh tido. hehe.
ReplyDeletesy suka norhayati berahim, anis ayuni.
nmpk cm best je my love is playgirl tu
ReplyDeletesaya dulu pun pantang jumpa novel, mesti beli tapi sekrg ni novel yg suka tgk sy tdo...slalu separuh jalan ja baca...hehehehe
ReplyDeletesaya kadang cemburu dengan kak azie, ada masa untuk hobi tersendiri...
ReplyDeleteada nampak buku tu kat kedai buku di LArkin..tengok cover pun dah best!
ReplyDeleterugi tak beli masa tu
acik ada 4 buah buku syamimi ni..sedap pulak ceritanya..
ReplyDeleteMAMA JU:
ReplyDeleteSaya pun ada banyak koleksi Karangkraf. Tidak pernah menghampakan.
KAKCIK:
Benar. Ada yang cinta sesama insan. Tapi saya suka bila mereka cinta kerana sedar cinta itu anugerah ALLAH, dan setiap perlakuan mereka mengikut landasan yang betul.
AIN NORAINI:
ReplyDeleteBest pada pandangan Kak Azie la. Orang lain mungkin selera berbeza.
CHE MID:
Saya jarang baca novel kat rumah, sebab kalut dengan kerja rumah dan blogging. Baca time lunch di ofis dan time free.
FATIN MRAZ:
Kak Azie ni gila membaca sejak dari zaman sekolah lagi. Tu yang macam kemaruk saja.
GC:
ReplyDeleteKak Azie memang sentiasa standby satu novel dlm beg utk bersalin. Baca semasa di hospital. Dah memang hobi.
KHAIRIN:
Harap harap memang best lah!
MAMASYAZA:
Agaknya kerana kesibukan dgn lain komitment, menyebabkan tumpuan kepada novel berkurang.
JUNAINA:
ReplyDeleteDah minat, nak buat cemana. hehehehe
MAKDARA:
Takpa, nanti Pesta Buku mesti ada banyak jual.
ACIK ERNA:
Betul tu. Setahu saya novel beliau memang best. Ada banyak yang laris. Agaknya saya tak biasa dengan cara tulisan dia, tu yang rasa berbeza.
eeeeeeeee geramnyaaaaaaa...banyaknya novel. saya suka membaca ni. ada gak novel yg dibeli tak baca lagi nih huhuhuhu
ReplyDeletewow..pencinta novel upenya....
ReplyDeleteZUWAIDAH:
ReplyDeleteWahhh dia sedang menggeram. hehehe
QASEHNYA RANIA:
Salam kenal. Terimakasih
Kak Azie minat membaca sejak sekolah lagi.
sy baru habis bace novel ni.
ReplyDeletebes gila kan