Friday, May 20, 2011

YUS Raja Lawak: “Ada aku kesah?”

Salam.
20-05-2011
Hari yang sama, tapi malam.



Kerana siang tadi lagi aku sudah rasa sedikit tertekan (sedikit saja), tapi mood untuk menulis yang bernilai dan bermesej takda malam ini (takda orang kesah pun...).

Okeh...

berehat sebentar bersama-sama coklat ini:

Coklat buat sendiri, oleh seorang kawan lama. Pic tertunda.


Pasni nak layan Maharaja Lawak, episod seterusnya, live di Astro 132.



~...HISYAM, maafkan SERI BULAN kerana ada waktu-waktunya dia berlagak seperti seorang anak kucing yang tidak cukup biskut Tiger...!~











Bila Aku Melihat Perubahan itu Perlu...

Salam JumAAt
20-05-2011


Yesterday, ada meeting khas untuk department aku. Pengumuman mengenai keputusan yang agak mengejut, tapi tidak dapat dielak.

Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, department aku (satu lantai yang dpanggil studio), akan dipindahkan ke cawangan lain yang tidak jauh dari tempat sekarang (cawangan ini memang sudah lama wujud tetapi tidak ramai staf di sana).

Segala urusan sudah bermula, dan tempat baru sudah mula diubahsuai dan kami harus menyelesaikan segala urusan pindah selewat-lewat awal bulan depan.

Aku menerima seperti lumrahnya kita menerima perubahan-perubahan kecil dalam kehidupan. Dan aku anggap ini suatu perubahan yang kecil sahaja. Mungkin sebagai orang yang belum begitu lama, komen dan pendapat aku tidak memberikan sebarang kesan pun.

Melihat wajah-wajah lain yang turut terlibat, ketara masih ada yang tidak puas hati. Adatlah manusia, bergelar staf pula. Tentulah keselesaan dan keadaan selama ini begitu sayang hendak dilepaskan dan untuk menyerap suasana baru tentulah mengambil masa.



Sejujurnya, aku tidak kisah pun. Kerana aku melihat mungkin dengan cara ini ada beberapa perubahan lain akan menyusul, e.g.:

1. Kami mungkin tidak berhadapan dengan CINDY LAUPAR si Tanggang Leste lagi.
2. Staf yang selama ini bebas tengok DVD di pc sehari suntuk sudah tiada privacy lagi kerana manager/bos akan berada satu floor dengan studio nanti.
3. Staf yang selalu berFB berblogging semasa kerja pun pasti akan meminimunkan masa untuk itu — btw, sekali sekala aku pun terlepas juga.
4. Aku berharap kualiti kerja setiap orang (termasuk diri aku sendiri lah) akan bertambah baik bila berada satu floor dengan pihak management.

Cuma,
aku sempat pula terfikir untuk mencari tempat baru, sekiranya ada peluang. Why not? Bukanlah yang sekarang tidak bagus, tetapi environment sekarang memaksa aku untuk hanya menggunakan sebelah mata dan sebelah telinga. Sampai bila?

Adakala perubahan memang perlu, di kala kita merasa keadaan sekarang sudah terlalu lali dan kita berada dalam zon selesa sehingga lupa untuk mempertingkatkan kualiti diri.


~...menyetujui hasrat HISYAM berbakti di Kampung Separuh Desa, sebenarnya memberikan suatu perubahan yang begitu besar kepada SERI BULAN sendiri kerana dia harus meninggalkan segala rutinnya yang gemar berkuda dan berlumba kereta, dan harus belajar menongkah sungai dan membelat ikan...~








Thursday, May 19, 2011

Emosi: Aku Rasa Bodoh Bila Aku...

Salam
19-05-2011


Aku tak suka, bila:
aku cuba nak memberikan suatu cadangan dan kaedah, tapi disalahertikan konon aku menyakiti hati orang. Itu jauh dari niat aku.

Aku tak suka, bila:
orang yang konon aku kenal lama, aku cuba memahami keadaan diri dia, sebaliknya mengambil kesempatan untuk diberikan simpati dan kasihan sehingga dia tidak dilihat bersalah pun.

Aku tak suka, bila:
aku terpaksa memendam rasa tidak puas hati dan tidak berupaya untuk melepaskan rasa ketidakpuasan hati itu secara matang kerana harus pula menjaga hati orang lain. Seksa!

Aku tak suka, bila:
aku cuba untuk menjaga suasana profesional dalam urusan rasmi kerja tetapi diterima seperti aku pula yang tidak profesional.

Aku sedih, bila:
aku terpaksa menyimpan rasa kecewa dan duka kerana keadaan seperti itu akan pasti berlarutan dan orang itu tidak tahu dan tidak sedar pun dia sebenarnya diperhatikan tetapi tidak dapat ditegur kelakuannya.

Aku geram, bila:
aku sendiri pula kini yang merasa ketidakpuasan hati itu!

Bodohnya aku!

Macamana aku nak buang rasa bengang itu kalu aku harus melihat setiap hari?
Sedangkan aku yakin orang lain faham, pendekatan kita tidak sama, cara kita berbeza.

Bodohnya aku!


~...SERI BULAN juga merasa suatu kebodohan bila dia harus pula menjadi insan kepercayaan kepada anak dara Pak Imam untuk memikat HISYAM yang baik budi...~





Apa? dah Khamis Malam JumAAt?

Salam
19-05-2011
Khamis.


Haa? Dah Khamis?

so, malam JumAAt la kan? kan?

Hmmm... dah tua-tua ni, dah tak fikir nak repair apa lagi dah.

Repair ni jerrrr...


Selagi boleh pakai, kata orang.

Jangan sampai nanti: “apa pun tak boleh! apa pun tak boleh! apa pun tak boleh!”


~...HISYAM menyorok dalam kebun getah ketika melihat kelibat anak dara Pak Imam datang berlenggok mengajak dating, dan SERI BULAN sanggup menjadi si tukang auta...~










Wednesday, May 18, 2011

NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...

Salam
18-05-2011


Esok pasti ramai para peminat filem tanahair berpusu-pusu nak jadi orang terawal menonton filem yang menjadi fenomena dulu. Semasa ditayangkan sebagai siri drama setiap petang, amboiiii.. sambutan!

Aku sering terlepas beberapa episod tetapi apabila diulang tayang sepanjang sahur di bulan Ramadhan tahun lalu, nampaknya semua episod berjaya ditonton.

Memang teringin juga nak tengok, teruja nak lihat kesudahan kisah kasihsayang abang kepada adik, kasihsayang keluarga yang begitu teguh, juga cinta sejati antara Nor dan Adam, dan juga bagaimana Aidil membina keluarganya...

Tapi untuk ke panggung tidak termasuk dalam agenda di diari. Haruslah langgan di Astro First saja nanti.

Nur Kasih The Movie diterbitkan bersama Grand Brilliance, Film Scape Sdn Bhd, dan Juita Viden Sdn Bhd.

Bakal bersaing sambutan dengan filem Pirates of the Carribean...

Sesiapa yang bakal menonton esok di hari pertama tayangan, sila kongsi pendapat masing-masing yaaa...

*Tadi siang di stesen radio “panas” ada segmen khas yang memberi ruang pendengar memberikan pendapat apa yang mereka suka dari filem tersebut.

Kelakar bila ada yang sebut, Adam sangat hot and seksi. Ada pula yang sebut, “mak saya suruh saya cari isteri macam Nor Aminah.”

Lagi sorang wanita pula kata, “I tak minat 4x4, tapi tengok jer keta yang Adam guna tu, terus I jadi minat pada 4X4!”

Malah yang mengaku bersaudara dengan krew drama tu pun ada. Malah ada seorang caller pompuan bagitau, dia sanggup pergi ke Tg Karang, semata-mata nak tengok rumah kampung Adam. Sampai 2x dia pergi dan ambik gambar rumah itu!

Penangan betul...!

**di TV3 sekarang, ditayang segmen khas mengenai Nur Kasih, juga ditayang sesi tour filem ini dan juga beberapa bisnes yang mengikut filem ini terutama sekali Tudung Nur Kasih by Ariani.

Harap-harap filem ini berjaya mendapat kutipan besar dan luar biasa!

SELINGAN:

Cenderahati dari salah seorang my manager yang baru balik dari percutian ke Langkawi. Thanks.

Tapi kesian, sampai saja rumah kira-kira jam 5 pagi dari bercuti, rumah dia kena pecah. Semua cash dan barang kemas lesap. Dia juga lupa pasang lampu di porch, so gelap beberapa hari. Rumah dimasuki ikut tingkap.

Peringatan juga buat kita, kalu nak pergi bercuti ke mana-mana, pastikan jiran diberitahu, lampu porch terpasang atau jika boleh, set alarm untuk lampu dalam rumah yang boleh menyala mengikut masa yang kita set.


~...anak dara Pak Imam sudah meroyan macam orang gila talak bila HISYAM tidak menyambut cinta melulunya, lalu SERI BULAN sekali lagi menjadi mangsa tohmahan di kedai kopi Bonah Janda sehingga dia terasa bau kopi pun seperti mengejeknya...~









Kenapa Ada Blog yang Terpaksa Dibuang dari Senarai...

Salam
18-05-2011
Rabu moga tidak sendu.





Kenapa ada blog yang terpaksa aku keluarkan? SORI BERLORI.

Kalu nak ikutkan, memang panjang sekali senarai di blog lists sebelah tu. Setiap group semuanya lebih dari 30 sehingga terpaksa tambah satu group lagi. (Setiap nama group tidak membawa sebarang maksud atau “pengkelasan”, sekadar nama semata)

Ada lebih 100 blog (setiap group tidak boleh lebih 40) dan tidak semua dapat dijelajah kerana masa. Ini keadaan biasa.

Yang tidak biasanya ialah, bila ada blog yang saaaaaaangat slow untuk dibuka. Dah ramai dah yang tulis tentang perkara ini. Kali ini aku pula nak tulis. Pendapat peribody seorang AA:

1. Slow kerana header begitu “berat” dan besar.
2. Banyak sangat bling-bling sebagai background laman rumah.
3. Ada lagu-lagu dan video yang harus ditunggu “loading” sebelum screen penuh dapat dilihat.
4. Bila klik ruang komen, pop-up window widget pun ikut sama.
5. Accessories lain.

Keempat-empat tu yang selalu sangat, dan TIDAK pernah menjadi masalah kepada aku pun. Aku buka juga baca, tapi adakala bila internet slow, ditambah kesabaran yang melibang-libu, ada juga yang terpaksa ditinggalkan.


ISU LAIN, ada blog yang terpaksa dibuang terus dari senarai:

1. Bila menulis tentang peribadi orang lain malah ada satu blogger menulis secara perli tentang kehidupan aku dalam bentuk penghinaan. Aku tahu la dia lebih hebat dan kaya. Aku tahu, ramai orang tahu. Semua orang tahu. Hanya orang tak mahu sebut, jadi sebab itulah agaknya dia sebut sendiri.
2. Bila dah lebih 3 bulan tak update, aku terpaksa buang, kerana mungkin blogger tu dah ada blog baru.

Dua sebab tu jer setakat ini. Yang lain, walaupun jarang update, aku tidak akan buang dari senarai tanpa sebab kukuh.

Yang pasti, mereka pernah menjadi teman blogger, pernah masuk mengomen (and vice-versa...), pernah menulis sesuatu yang menarik dan bermanfaat dan pernah memberikan suasana baik sesama blogger.

Untuk kekal berada di atas, rajin-rajinlah update. Jangan jadi macam aku, yang menulis ikut mood.



Betul. Setuju. Sebab komen tak sampai pun 30. Terimakasih ANYSS...

Malam tadi semak Nuffnang (jenoh jugak sebab password lupa, lama tak buka), rupanya aku dah diberikan taraf ini:



Terimakasih...!




Sarapan untuk hari ini.




~...sejak menjadi pemastutin tidak tetap di Kampung Separuh Desa, SERI BULAN tidak lagi kekok untuk mandi berkemban di sungai juga tidak lagi segan berkain batik bersimpuh sila malangnya HISYAM yang tidak betah kerana memegang kuku kambing seperti masih seperti memegang kayu hoki...~


















Tuesday, May 17, 2011

Statistiknya Setinggi Bulan di Awan?

Salam
17-05-2011
Hari bercuti.

Seronoknya sebab aku tidak terlibat apa-apa program luar so masa melepak kat rumah, guling-guling depan tv dengan bebudak, jadi bebudak dan masak-makan-makan... and yang paling best tentulah dapat tidor petang!

Takda keja lalu buat-buat ada keja.

Barulah aku tahu cemana nak dapat result ini:

Orang lain dah lama tahu dan pandai, AA baru jumpa.



Ohh rupanya entri tentang novel Puteri Lindungan Bulan tu yang paling tinggi grafnya.


~...bila terluka dan terhiris kerana melihat anak dara Pak Imam terhegeh hendak berdating dengan HISYAM di bawah sinaran bulan, SERI BULAN pasti melayan getar hati sendiri di buaian tebing Sungai Menghijau Lumut yang keruh seperti hatinya...~








Betul-betul Beracun...!

Salam
17-05-2011
Masa: 12.52 am, selepas balik dari mesorat penting.


Rentetan dari kisah ulasan drama SANGGUL BERACUN di entri sebelum ini, AA jawab komen-komen anda di entri ini yaaa.. Terimakasih semua.


Kakcik said...
Mahal tak nak langgan pakej Mustika tu? :)
May 16, 2011 6:57 PM
KAKCIK, saya tak ingat berapa. Saya langgan masa Mustika baru dilancar, RM12 kot...


http://aniesandyou.blogspot.com said...
xde astro so xdpt la nk tgk

Aksi-aksi terlarang @ Kuala Lumpur International Book Fair 2011
May 16, 2011 7:11 PM
Takpa, mungkin ada ulangan di saluran yang lain.


azwandengkil said...
Antara drama Melayu yg boleh saya layan.. Two thumbs up.
May 16, 2011 7:46 PM
Sama la kita...


eelobor said...
huhuhu, saya dah tak yah nonton selepas membaca kat sini
May 16, 2011 8:26 PM
Awak selalu macam tu... heheheh


~najwa~ said...
adoii..mcm mana leh terlepas drama ni semalam..aishh~ kepenatan semalam, smpai terlupa nk tgk.
May 16, 2011 9:11 PM
Semasa membuat entri ini, semasa sedang menanti ulangan drama ini. Jam 1.00 sekejap lagi ada lagi ulangannya.


sarah-najwan said...
tgk promo je..
tapi saya xle tgk sb xlanggan citra..
harap2 ada ulangan kat ria nati..
EF mmg primadona..saya suak lakonannya dan dirinya sndri dgn anak aleesya itu..suka tgk dorang..
May 16, 2011 9:17 PM
Sebab itu dia digelar ratu filem.


Citarasa Rinduan said...
yes.....
walau ayu tak ada masa nak tonton, walau ayu ada langgan saluran mustika..
walau kak Aa dah syer ttg drama tu panjang jela....

ayu rasa....ayu kena tonton juga.
sebab,..
kak AA buatkan ayu meronta2 nak tonton drama hebat tu..
May 16, 2011 9:54 PM
Kalu ada masa, sekejap lagi ada ulangan. Boleh tengok dan berpuas hati mengikut penilaian sendiri.


MAMASYAZA♥ said...
saya pun semlm tergedik gak nak tgk mentor, sedangkan sebelum ni tak penah tgk pun, terus lupa pasal sanggul beracun tu, harap ada le ulangan nanti
May 16, 2011 10:28 PM
Kak Azie tengah dok tunggu ulangan la ni.


mungelily said...
mcm best jer...
dah tgk gazet citer tuh..tp xsempat tgk...huhuhu
ruginyer...
xper astro bnyak klai ulangan...hahha ;p
May 16, 2011 10:47 PM
Bukan macam lagi, memang best pun!!


ejaescobart said...
dok tengok promo je.. tak berani nak layan sengsorang...
nanti la ajak en suami tengok sama..
*pst.. kak, seram tak?
May 16, 2011 10:56 PM
Tak seram pun.


ckLah said...
Alamak, dah terlepas. Selalu tengok promonya, tapi bila tiba tarikh siaran...tak ingat. ckLah macam tulah...
Bersiri ke tak ni Azie? Ada ulangan agaknya ye...
May 16, 2011 11:36 PM
CKLAH, ia tidak bersiri. Ini telemovie. Ulangan sekejap lagi, jam 1.00.




*OK, AA nak tengok drama itu SEKALI LAGI.


~...saat bersama HISYAM sering menjadi saat terindah buat SERI BULAN tetapi HISYAM tidak pernah meluah kata walaupun perbuatan langsung tidak terarah, kata tidak termadah, ayat tidak terluah...~












Monday, May 16, 2011

Sanggul Beracun: Syabas SABRI YUNUS!

Salam
16-05-2011
Sekali lagi AA nak buat ulasan drama. So entri ini akan menjadi sangat panjang. Sila boring....



Kira-kira seminggu lamanya, aku terlihat ada promo tentang drama ini. Kemudian terbaca pula di Harian Metro tentang kisah penuh mengenai dramatik ini.

SANGGUL BERACUN — melihat beberapa scene yang ditayang pun sudah cukup menarik hati untuk menonton sepenuhnya. Ditayang malam tadi di Saluran 131 Astro Citra (langgan Mustika).

Lakunan hebat ERRA FAZIRA (wajah Astro, kontrak), yang jarang muncul di drama, tapi sungguh berwatak dan berbeza sekali dengan yang pernah beliau lakunkan. Walaupun aku bukan peminat setia dia, tapi aku tetap nak puji lakunan dia.

Drama yang skrip oleh Sabri Yunus, arahan juga oleh Sabri Yunus, aku perasan beberapa orang pelakun mungkin rakan beliau dari Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) contohnya Bohari Ibrahim. Lama pelakun teater ini tidak muncul di tv.



Kisah bermula seorang wanita jelita; Siti Aminah yang baru berkahwin dan sedang merancang untuk membunuh suaminya pada malam pertama selepas bernikah, dengan menitis beberapa titik racun (bisa kala jengking) dari botol kecil yang disorok di dalam sanggul cantiknya. Kenapa?

Drama ini banyak menggunakan teknik flashback, dan segala rahsia tersingkap melalui perceritaan semula oleh Siti Aminah kepada suaminya.


Kisah ini adalah kisah benar dan berlaku semasa zaman Malayan Union dulu, sebelum Tanah Melayu merdeka. Siti Aminah, seorang gadis yang dilahirkan buruk dan sering menjadi hinaan dan kutukan orang-orang kampung.


Kerana tidak tahan dengan keadaan itu, ayah Siti Aminah bersetuju mengahwinkannya dengan kawannya sendiri (Pak Syed? lupa plak nama watak) yang sering membela Siti Aminah.



Tapi pembelaan dan perkahwinan itu bermotif jahat, semata-mata hendak merampas harta dan tanah milik keluarga Siti Aminah, sehingga akhirnya dia membunuh ayah mertuanya sendiri.


Siti Aminah dihalau keluar dari kampung oleh suaminya (lakunan sendiri oleh Sabri Yunus) yang mengugut menuduh Siti Aminah membunuh ayah sendiri, lalu Siti Aminah keluar dengan dibekalkan sebotol kecil racun milik suaminya yang digunakan untuk membunuh ayahnya, membawa diri sehingga ke dalam hutan.


Disapa tiba-tiba oleh seorang “pakcik” dan ditawarkan pertolongan, sehingga terpedaya secara ajaib, menjadi cantik. “Pakcik syaitan” itu memberikan kegembiraan dan kehidupan baru buat Siti Aminah tetapi harus mengikut syaratnya. Untuk kekal cantik dia harus membunuh suaminya sehingga 100 orang dan setiap perkahwinan tidak boleh melebihi 3 bulan.

Perkahwinan pertama Siti Aminah sungguh bahagia dan dia hampir terlupa tentang janjinya sehingga hari terakhir. Dengan terpaksa, tiada pilihan, tanpa rela dia akhirnya meracun suaminya.

Bermula pertama kali, Siti Aminah tidak lagi kekok untuk membunuh suami-suaminya yang seterusnya sehingga akhirnya dia tidak sedar, seorang pemuda (anak suami pertamanya) mengekori dan mengetahui rahsianya (ayahnya sempat bercerita sebelum mati, kerana ada penawar bertahan).

Berpakat dengan seorang pemuda bernama Hassan (lakunan Namron), mereka menunggu sehingga perkahwinan ke 99 Siti Aminah, dan Hassan merancang untuk menjadi suami Siti Aminah yang ke-100.

Usaha Siti Aminah gagal untuk membunuh Hassan kerana kopi beracun sudah ditukar, dan Siti Aminah terminum kopi racunnya sendiri. Hassan sendiri ingin membalas dendam kerana Siti Aminah pernah membunuh abangnya.



Malam pernikahan mereka merungkai segala kisah trajis dan keberanian Siti Aminah menjadi pembunuh. Hassan akhirnya bersimpati dengan nasib Siti Aminah dan menyesal meracun isterinya.


Anak bekas suaminya yang berdendam muncul untuk membunuh Siti Aminah dengan tangannya sendiri. Hassan menghalang walaupun mereka pernah berpakat begitu.


Hassan ditikam di hadapan isterinya dan mereka mati bersama-sama seiring dengan azan Suboh.


Tidak pasti sejauh mana kebenaran cerita ini (berdasarkan kisah benar), tetapi drama ini mengingatkan pada filem Perjanjian Syaitan yang pernah dilakunkan oleh Azean Irdawati pada tahun 80-an dulu.

Apa jua amalan kurafat memang tidak akan selamanya hidup senang. Kelak pasti memakan diri sendiri. Begitulah juga dengan Siti Aminah, akhirnya dia sendiri menyesali perbuatannya, namun sudah terlewat untuk dia berpatah balik.

Kehidupan lampau mendesak dia untuk menjadi seorang pembunuh secara halus walaupun dia menjadi seorang yang begitu cantik jelita sehingga ramai sekali pemuda yang tergoda dan teruja hendak menjadi suaminya.

Btw, di kehidupan sebenar, masa ERRA anak dara dulu, tanpa sanggul pun dia tetap menjadi idaman ramai jejaka untuk menjadi suaminya, kan? kan?

Sungguh padat drama ini, berhenti untuk iklan hanya 2 kali sahaja itupun tak sampai 2 minit. Bangun pi minum pun tak sempat habis segelas, dah sambung balik.

Susah nak dapat peluang menonton drama-drama sebegini, bertema berat tetapi plotnya tidak meleret, maksud jelas, lakunan hebat walaupun pelakun tidak ramai, dan latarbelakang zaman sebelum merdeka itu sungguh memikat hati.

Syabas kepada pengarah dan penulis skrip drama ini, Sdr SABRI YUNUS...!

Rasa nak tonton lagi sekali!

Gara-gara ndak sangat tengok drama ni, aku terpaksa “potong line” My TOKLAKI yang tetiba nak layan Mentor TV3 malam tadi. Padahal selama ni tak heran pun, pastu bleh plak tanya, “kenapa semua peserta nyanyi malam ni?”

Aku jawab, “Dah separuh akhir tu, tinggal 4 orang jer, so semua nyanyi malam ni.” Heeeeeeeeeee...!

Bila drama start, semua orang masuk tidor. Baguih, aku layan drama sensorang!











Guru: Jangan Sekali-Kali Menyimpan Prasangka...

Salam.
16-05-2011
Monday yang tidak lagi blues!


Selamat Hari Guru. 16 Mei Hari Guru seluruh Malaysia, kan? Ramai sedia maklum, dan ramai juga yang tidak menafikan tentang besarnya jasa golongan bergelar guru.

Walaupun rasanya profesion ini berubah mengikut masa, semakin maju dengan pelbagai cara dan pendekatan, tetapi golongan ini sangat berjasa. Sentiasa. Mendidik mengajar dari mengenal huruf dan segala ilmu yang selayaknya mengikut peringkat umur.

Dan, walaupun semakin kerap juga kita mendengar/membaca pelbagai kes kepincangan yang melibatkan golongan ini, anggap saja itu kes terpencil dan bukan mewakili golongan ini seluruhnya.

Aku bersekolah rendah di kampung. Kemudian naik sekolah menengah di pekan. Bersekolah di beberapa sekolah sehingga STPM.

Sepanjang tempoh itu terlalu ramai guru yang mengajar aku, termasuk guru kelas tambahan dan guru mengaji.



Malah semasa sekolah rendah pun, arwah Abang Ngah pernah mengajar aku di kelas tambahan sebelah petang. Kemudian kakak aku KAK YANG pun pernah menjadi guru kelas tambahan juga. Kat kampung, kelas-kelas tambahan memang popular dan belia yang berkebolehan akan menjadi tenaga pengajar.

Dalam keluarga aku: My Abang Sulung, sebaik tamat belajar di UM pun keluar menjadi guru. Wife dia pun mengajar juga. (kini kedua-dua mereka merupakan Pengetua di sekolah yang terkenal di KL).

Seorang lagi kakak aku pun mengajar juga. Suami pun guru juga. Pendekata, profession perguruan ni bukan perkara asing. Tapi kenapa aku tak jadi guru, malah rela mengaku aku tak suka jadi guru? Arwah AYAH pernah gak suruh aku masuk maktab, malah aku pernah juga hadir peperiksaan untuk jadi guru (exam di SM Convent Bukit Nenas). Mungkin ketidaksungguhan dan ketidakrelaan itu aku tidak berjaya pun.

Mengajar bukan jiwa aku. Aku merasa aku cukup garang untuk menjadi guru, dan mungkin juga aku tidak cukup sabar.

Tapi bila dah kerja, aku selalu pula mengajar. Pelik sungguh. Pernah handle 3 sessi kelas training untuk staf junior (apprentice) selama 3 bulan, bersambung dengan kelas khas mengajar software InDesign pula kemudiannya. Boleh jer... Tak garang pun. Pandai jer buat bahan mengajar, pandai pun buat soalan-soalan quiz dan exam. Semua buat sendiri, takda sapa tolong pun sebab masa tu aku perasan staf lain mengelak nak buat kerja extra. Aku sorang jer yang terpilih utk handle kursus tu. Boleh pulak aku buat dengan jayanya. (Sapa lagi nak puji kalu bukan diri sendiri?)

Tapi untuk menjadi guru sepenuhnya, tetap bukan jiwa aku. Jangan dipaksa, nanti aku jadi guru pompuan paling popular kerana hari-hari sepak budak, hari-hari ada kes mak bapak mai serang di sekolah, hari-hari aku kena mengadap Gubesau (guru besar) nak bagi jawapan tunjuk sebab..... dan mungkin lebih glamour, masuk sokabor sebab tumbuk budak!

Ramai sekali guru yang terlibat dalam memberikan ilmu dan membijakkan seorang aku (yang kadang-kadang tak ler bijak mana pun...) dan aku memuji diri sendiri, aku bukan pelajar nakal sebab aku jarangggggg sangat kena denda. Aku suka sekolah.

Zaman 80-an, sekolah adalah satu cabang hiburan tau... Nak pegi mana lagi selain rumah? So sekolah tempat paling best, sebab ada kawan-kawan. Jadi aku pelajar baik dan takda masalah. Cuma masalahnya, tak berapa pandai. (cuma, sekali lagi nak puji diri sendiri: Pernah naik pentas 3 tahun berturut sebab terbaik English seluruh tingkatan 1–3).

Aku minat sastera, cikgu yang ajar adalah Cikgu Ahmad Osman. Dah berumur gak tapi sangat best dan sporting. Hasilnya aku skor A1 dalam Sastera masa SPM. Tu kalu sekarang kira A+ laaa...

Banyak betul kisah masa sekolah dan guru, kan?

Aku sayang semua guru aku.

Aku sentiasa hargai mereka.

Moga mereka terus cemerlang dan sejahtera walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai guru.

Guru, anda memang hebat!



~...ketika mula mengajar di sekolah beratap nipah bertiang buluh di pinggir baruh Kampung Separuh Desa, tidak tertahan rasa hati SERI BULAN untuk menahan hidung bila ada pelajar cilik yang terbuang air besar di kerusi kayu yang diketam kasar, lalu HISYAM sekali lagi menjadi penyelamat jiwa...~











Sunday, May 15, 2011

Santai Ahad: Ada Janji Yang Hendak Dituntut...

Salam
15-05-2011
Ahad, yang santai



Seronok, kan hari minggu = hari cuti = hari berehat = hari makan-makan, lepak tidor siang.

Tapi bukan semua tu dapat dibuat pun. Mana yang sempat jer.

Malam tadi, IKA request buat Bihun Sup yang mesti ada Cili Kicap. So bersungguhlah aku buat malam tadi. Pujian setakat Kelas Kedua sahaja. Sup macam tak cukup umph! So, no pic.

Aku teringin nak ulang makan Bihun Sup yang ini:


Makan kat foodcourt area PWTC masa bertugas Pesta Buku tempohari. Makan sensorang penuh nikmat sambil baca suratkabar!

Selamat bersantai everyone!

Aku kena hadir di pejabat rasmi di Kajang pagi ini. Ada kerja luar. Kerja luar bermakna makan kat luar (agaknya). Tapi aku harus juga tuntut kerana ada janji yang “terlepas” dibuat di sini:

So, aku nak tuntut janji itu! AWAK jangan cuba nak lari ya..


*semasa aku menolong menyelesaikan satu tugasan seorang kawan (untuk tender besar yang berjaya direbut).

Tahniah!



~...musim mempelam sudah tiba, sentiasa membuatkan kecur liur seorang SERI BULAN dan dengan ini HISYAM sedia tahu dia bakal menjadi pemanjat pokok tanpa gaji demi rasa cinta kasih sejati kepada seorang sahabat setia...









“SALIH YAAKOB tu minum kopi apa?”

Salam
14-05-2011
Sabtu yang membuat jiwa jadi separuh-separuh...


Tetap kerja juga walaupun hati tidak pernah suka, jiwa tidak pernah ria. Cuba meresap dan menelan rutin sebegini. Separuh berjaya tapi kena juga usaha supaya lali.

Kadang-kadang bukan ada projek urgent pun, dan seolah-olah terasa “buang karan” sebab kena on segala bagai. Biasanya, hari Sabtu aku gunakan untuk jadi cleaner, kemas workstation, vacuum bilik, dan apa-apa yang suka-hati-toknenek-maktiri-sepupu aku nak buat je lah.

Sarapan pagi yang tidak pernah ada menu spesel, semuanya ikut mood. Tapi air tidak pernah berubah. Selain Nescafe, berselang air ini:

hahahahahaha...! Berkesan tauuuu....!


Agaknya DJ/pelakun/pelawak SALIH YAAKOB tu minum air apa, ubat apa, jamu apa? Semalam semasa baca kat Metro, sempat juga kami sembang-sembang isu dia berhasrat kahwin lagi untuk melengkapkan kuota poligami 4 isteri.

Terkejut juga kawan aku, bila aku sebut, “Salih dah pun kahwin 4 kali, sebab dia pernah juga bercerai sebelum ini.” Tapi aku tidak pasti isteri yang mana yang bercerai itu. Betul, kan?


Jangan-jangan para isteri yang harus memastikan jamu apa yang paling baik, demi berada dalam keadaan paling “mantop” di antara isteri-isteri yang ada. Hikhikhikhik!


So, bila ada segelintir lelaki yang konon sangat takjub dan obses dengan “kebolehan” Salih itu, aku sekadar nak sebut: dia manusia biasa juga, tetap ada kelemahan. Kelebihan dia mungkin kerana kebijaksanaan mengendalikan isteri-isterinya dengan baik walaupun beberapa kepincangan tidak didedah. Mana ada manusia sempurna bila bercakap tentang perkongsian rumahtangga?

Lihat pada gambar yang keluar bersama 3 orang isterinya, kita boleh nilai sendiri (esp. kalu lihat pic isteri ke-3). Tapi, kita hanya orang luar yang boleh sekadar melihat. Beruntunglah mereka diberikan jiwa yang kuat dan sabar bila mengalami perkongsian dan bermadu.

Lelaki di luar sana.... Anda berani?

Ibubapa di luar sana.... Sanggup melepaskan anak gadis anda yang cantik jelita, yang masih di IPTA, baru berumur 24 tahun, menjadi isteri ke-4 kepada seorang selebriti?

Sejujurnya, sebagai ibu... Aku tidak rela (kecuali dengan takdirNYA). Biarlah kita memilih jalan yang lebih baik (bukanlah Salih itu tidak baik), memilih orang yang lebih sesuai, memilih lelaki yang lebih berpadanan, memilih mengikut kesesuaian diri anak kita...

Soalnya, pilihan tetap di tangan kita, kan?



~...kerana pilihan jugalah, HISYAM masih diberi ruang untuk menimbangtara kembali rasa hatinya terhadap anak dara Pak Imam sedangkan sebelum itu ruangan luas di hatinya hanya ingin diisi dengan SERI BULAN sejak dulu dan jika boleh selama-lamanya...~








Saturday, May 14, 2011

Ramai Blogger Kehilangan Entri, semalam...

Salam
14-05-2011
01:03 am




Nampak gaya, entri terkini sebelum ini, bertajuk “Kad Walimatulurus yang Comel...” tidak jugak muncul kembali, setelah hilang atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Petang semalam, memang ada error sebegini:


Tapi malam dah ok sekejap, kemudian siang kembali tergantung, sehingga tengah malam.

Tidak tahu, samada entri yang ini pun akan hilang juga.

Mujur entri yang sebelum ini tidak penting, hanya cerita yang tidak pernah istimewa.

So, buat masa ini, tunggu dan lihat...


**TERKINI: Entri yang “hilang” sudah muncul kembali tapi semua komen lesap!









Thursday, May 12, 2011

Kad Walimatulurus yang Comel lagi Cute!

Salam
12-05-2011.
Petang tadi ujan, kan?



Hari Khamis yang tiada beza seperti hari-hari lain. Tapi menjelang petang, meredup dan gelap. Hujan sedikit, tidak lebat tapi meleret. Alhamdulillah, sekurang-kurang suhu menurun. Cuma jika dapat lebat sedikit, bolehlah terangkan sikit alam yang berjerubu sejak 4,5 hari ini.

Rumah dah bising balik ni. Selama ni bising juga (sora Mak Tarzan), tapi kali ini meriah lain skit. Sebab si AMOI dah balik. Dia sepatutnya balik hari Selasa (last paper), tapi tak sempatlah. Rabu, dia dan kawan-kawan berjimba di Genting.


Aku dah tak tahu nak boh kat mana lagi barang budak-budak ni. Mujur IKA tak angkut semua barang dia. Kalu idak, ada yang kena lempar atas bumbung lak...

1 Jun, AMOI akan start internship dia sehingga November. Kemudian akan sambung lagi satu semester, sebelum menamatkan pengajian.

Lagi 2 minggu depan minggu terakhir persekolahan kan? Kemudian cuti penggal kedua. Kena ada plan lagi ni.

Si OMAK ni kena fikir lebih keras lagi, apa nak masak kalu dah ramai-ramai ni. Habislah... takkan lah sampai nak kena selongkar buku resepi lama-lama kot.

***

Semalam terima kad kahwin comel ini dari My Anak Menakan yang akan bernikah.

Cute, kan? Comel sangattttt... I like.



Simple itu kadang-kadang menarik. Seni itu tidak terhad kepada orang-orang yang kelihatan seperti artis sahaja. (Sebab bakal mempelai ni, sorang doktor, sorang engineer, agak kontras jika dilihat pada kad)


~...ketika anak dara Pak Imam bagai tidak sabar untuk menjadi isteri HISYAM, SERI BULAN bagai tidak sabar menunggu hari kenduri tapi malang sekali bila menjelang mampir, HISYAM bagai kebuntuan memberi jawapan sehingga akhirnya SERI BULAN kembali pasti dia tidak akan ada pengganti...~








Depan Mata Terjadi, Ku Jadikan Entri...

Salam
11-05-2011
Petang, cuaca agak redup tapi berjerubu.



Terimakasih, komen dalam entri terdahulu. Rasanya tidak perlulah AA menjawab segalanya, kerana AA yakin semua yang menulis itu faham dan mengerti bahawa AA menghargainya.

Nak berkongsi sedikit apa yang aku nampak petang tadi.

Sebuah kereta berhenti mengejut di belakang 2,3 kereta yang berhenti di lampu isyarat, merah. Bunyi brek yang mengejut seperti kemalangan, boleh buat semua orang menoleh.

Dalam kereta hijau gelap, seorang lelaki (pemandu) sedang dipukul-pukul oleh seorang wanita yang duduk di sebelahnya. Gaduh! Kemudian seorang lelaki muda belasan tahun pula bangun dari belakang menerpa ke depan dan turut memukul si pemandu. Terdengar jerit-jerit, tidak jelas kerana tingkap tertutup.

Mujur kereta tidak banyak dan beberapa kereta di belakang memotong bila lampu hijau. Pergelutan berlaku beberapa minit. Kemudian wanita itu keluar, muka merah padam. Membuka pintu belakang dan mengambil sesuatu dari tangan lelaki di belakang. Rupanya kunci kereta. Mujur dia mengambil keputusan untuk memandu menggantikan lelaki itu. Jika tidak, mungkin dalam keadaan marah, lelaki itu memandu tidak menggunakan otak nanti, tapi mengikut perasaan.

Apapun masalah mereka, sepatutnya di selesaikan jauh dari jalan raya. Berderau juga mendengar bunyi brek mengejut dan bergelut di tengah jalan macam tu.

Teringat, pagi tadi di radio stesen “hot”, topik tabiat pasangan. Seorang lelaki menelefon dia dan pasangannya sama-sama baran. Jika salah seorang melihat wanita cantik/lelaki hensem, pasti menerima tumbukan.

Si suami akan tumbuk isteri di paha jika isteri tertengok jejaka hensem di pasaraya atau mana-mana, manakala isteri akan tumbuk belakang kepala suami jika tertengok pemandu wanita di sebelah kereta. Malah hentak ke cermin kereta. Pelik sungguh jika berperangai sebegitu. Macam tu punya orang pun ada eh?

Sempat pula kami bercakap tentang isu itu. Soalnya, setakat melihat wanita/lelaki lain yang bukan milik kita, yang kita tak kenal, boleh jadi isu? Tengok saja, bukan nak usik nak ambil atau nak buat apa pun.

Sepatah kata My TOKLAKI, “Tengok jelah, dah ada mata.” Betul juga tu.

Kalu setiap kali, si suami terpandang wanita di keta sebelah pastu kena tumbuk, setahun lagi harus berlekuk belakang kepala laki dia tuh. Lantak dia, bukan orang lain, laki dia jugak.

Macam-macam!

***

Selamat jalan dan hati-hati di jalan raya buat kawan blogger aku yang datang dari JB tapi terpaksa bergegas kembali kerana ada tugasan. Datang KL kerana ada mesyuarat penting.

Tidak tercapai plan kami untuk berjumpa dan tidak tertunai hasrat dia nak mengambil buku yang dikirim tempohari.

Takpa, ini nyonya akan simpan untuk seminggu lagi. No hal, sehari singgit, kan? kan? hahahahaha...


Tayang gambar semalam, dapat 60++ ketul...


Dinner lepas. Abaikan pembakar aku yang dah uzur, maklum beli di zaman tok kaduk dulu. Pembakar tu dah berusia 14 tahun, percaya tak?....




~...sudah lama tidak memegang stereng, kekok sekali HISYAM bila harus menjadi pemandu kepada SERI BULAN yang bagai mamai ingin mencari Tapai di bandar lalu HISYAM berasa sudah tiba masa dia harus memiliki lesen mendayung sampan pula...~









LinkWithin

Related Posts with Thumbnails