Saturday, December 5, 2009

Ku Jawab Soalanmu...

Aku guna tajuk yang sama dengan entri terkini V.I.C. Diana, sebab dia pun masukkan aku sebagai orang yang kena tag. Wuaaaaa.... apapun thanks Diana.

Rasa dah lama aku tak kena tag macam ni, seronok gak sekali sekala..

Soalan pun menarik untuk dijawab. Layan jerrr...

1. Adakah anda rasa anda Hot ?
Jika nak perasan, bleh jer aku jawab YES, tapi terpulang orang yang melihat. Bagi aku kalu dah berjalan kat tengah padang jam 12 tengahari, tanpa payung, matahari terpacak, memang ler HOT. hehehehe!

2. Upload gambar kegemaran anda....


Tak pernah ler fikir fasal gambar kegemaran, sbb aku suka banyak gambar, tak kira apa bentuk. Pemandangan, laut, sunset ker, keluarga ker, candid ker.. semua aku suka sebab ada jer makna dan kenangan tersendiri. Tapi aku upload yang ini, bukan yang paling gemar, tapi antaranya lerr...

3. Story behind the picture....
Rumah BONDA. Rumah dan laman leluhurku. Yang sering kurindui, zaman kanak-kanak dan zaman remaja. Yang penuh kedamaian dan ketenangan. Dengan hijau bendang di belakang (kini kelapa sawit), dengan pokok di sekeliling. Dulu ada pokok cermai besar, dan aku tak takut pun panjat tinggi-tinggi (macam jantan). Juga ada pokok belimbing, lagi la tak takut panjat, sebab rendah. Duduk berjuntai kaki atas dahan sambil makan buah. Ada reban itik di tepi parit dan rutin kutip telur itik tiap pagi dan kutip telur ayam tiap petang. Wuaaaaa kenangan...!

4. Bila kali terakhir makan Pizza ??
Tak ingat.. hmmm sebab tak minat sangat pizza walaupun belakang ofis aku ada PizzaHutt dan Domino's. Tiap hari nampak, tapi bagi aku makan pizza ni best dengan geng atau bawa family. Kali akhir rasanya, masa kat program di YPN sebelum puasa dulu. Ada orang belanja.

5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Masa taip entri ni, dengar lagu dari TV sebab rumah aku takda radio. Dah lama rosak dan malas nak beli sbb memang takda masa nak dengar. Well, lagu yang aku dengar adalah dari group cheerleaders yang sorak game NBA Basketball di channel 812 ESPN.

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
Tak buat apa lagi la... Nak teruskan semak email, ronda blog mana yang ada update. Hajat nak tidor petang, tapi macam tak sempat jerrrr... (dah kul 5.00 kottttt...)

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??
Azizah > ahli keluarga panggil nama ni, macam nama penuh jerrr. Kawan pejabat pun panggil nama ni.

Kak Azie @ Azie Azah > sejak Form 6, sebab ramai nama serupa nama aku. Pastu aku gunakan nama tu sebagai nick dalam mana-mana group. Sejak tu, ramai kengkawan siber panggil aku juga dengan nama Kak AA.

Azah > yang ini cuma hubby dan keluarga mertua jer panggil dengan nama ni..

8. Tag lagi 6 orang
SB, CALUK, Kak CIK SEROJA, BEB, ACIK (My Life My World), Rosnanie.
*Kalu tak nak sambung or jawab tag ini, tak kisah. Small matter, tapi kalu sudi jawab, lagi bestttt...

9. Siapakah orang no. 1 pada anda?
Seorang kawan, yang bermula di alam maya kemudian menjadi sahabat paling SERASI dan SEJIWA pernah aku ada. Serius..! Dia muncul seperti watak HISYAM dalam novel kegemaranku SAGA karya Al-Taha.

10. Kata sesuatu mengenai orang no. 5
ACIK seorang ibu yang penyayang dan sangat tabah mengharungi liku kehidupan.

11. Bagaimana pula orang no. 4
Dia seorang pendorongku yang sangat kritis, tak mudah mengalah dan putus asa untuk melatih aku menjadi seorang yang kebal dan kental bila berada di alam siber. Terimakasih BEB...!

12. Pesanan kepada orang no. 6
ROS, andai kita tak berpeluang berjumpa waktu Blogger Gathering di FRIM nanti, jangan putus sahabat tauuu....




16 comments:

  1. huhuhu.. Azie...

    kakcik dah jawab TAG ini taw... NJ yang bagi.. :)

    ReplyDelete
  2. Salam..
    ooo..main tag2 ehh?
    Mai Perlis tak habag pun...taw2 dh pekena nasik ganja. Sedap ke? Tak penah try takut kena tangkap (ganja)..hi..hi..

    ReplyDelete
  3. Kak CIK > abaikan jemputan Azie ni.. Kak Cik cuti lagi ker?

    Salam Umi Sha > pi Perlih minggu lepas, hadiri majlis kahwin kawan di Santan. Pastu join plak undangan Makan Nasi Ganja yang dibuat oleh geng2 Perlis KL. Time tu cuti raya, ramai yg balik, tu yg seronok gathering tuh...

    ReplyDelete
  4. Wah.... dah jawab tag. Kak azie memang pantas, bombastik, fantastik la....

    Rumah bonda kak azie buat saya rindu plak suasana kampung......
    duduk bandar ni mudah sgt stress... jam... pc... kerja ofis yang bertimbun...aduyai..

    Rasa nak balik kg kerja noreh getah. Tak le pening sgt!

    ReplyDelete
  5. salam kak azie, kalau saya nak jawab, mungkin bukan sekarang, akak pun tahu ssy tgh 'bz' skrg, hehehe....

    akak jgn risau, tak jumpa di gathering, ada lagi masa lain, panjang umur, ada jodoh, jumpa la kita ... insya Allah tak putus sahabat selagi mana akak sudi bersahabat dgn saya

    ReplyDelete
  6. DIANA > Kak Azie sempat baca semalam, pastu terus draf.. thanks DIANA..

    ROS > habihkanlah novel-novel tu dulu.. jangan nangis sampai bengkak mata dah ler yerr (itu Kak Azie ler tuh) hahaha..

    ReplyDelete
  7. ECHAH > jenoh tunggu lagu Endostan, tak kuar-kuar... asik2 ler lagu dangdut, tak koser akuuuu....

    ReplyDelete
  8. tag2 ni ct banyak x buat dari kawan2 coz nya ct memang malas nak buat huhuhuhu. ada gak terima satu tag macam ni...tak tau ler bila rajin nya nak buat hehehe.

    ReplyDelete
  9. N3 yg panjang..
    tapi syok baca..
    persahabatan alam maya ni lagu tulah..
    ada rezeki berjumpa..

    ReplyDelete
  10. CT > ada masa seronok gak layan (hargai kengkawan).. Ada kala saya pun tak sempat jawab, pastu terus terlupa..

    Abg LB > entri panjang? rasanya saya pernah tulis lagi panjang dari ini...

    ReplyDelete
  11. Kak Azie adalah bekas isteri Arwah Abg Din yang menetap di Kampung Indah Banting. Hanya itu nama Azie dalam hidup saya. Kalau Mazie tu banyak termasuk emak AC Mizal saya panggil Yong Mazie.

    Seronoknya masih ada rumah pusaka, abg dlm proses nak bina semula dari kerangka yang tinggal. Rumah kampung jauh di dalam hutan di kelilingi dusun buahan!.

    Pernah dengar Kota Bharu Perak?. Sekolah di Perak tak tahu kat mana amatlah memalukan!. Kota Bharu Perak itulah kampung saya.

    ReplyDelete
  12. Bang DIN.. sama lak nama...

    Nama saya dipilih oleh arwah ayah sbb dia ikut nama pelakun Noor Azizah..

    Kota Bharu di Perak, pernah dengar, tapi tak pernah lak sampai...

    ReplyDelete
  13. salam Kak Azie....wah,bila tgk pic umah akak tu,teringin plak nak rasa dok kat kampung.mesti best kan??apapun,bab tag mengetag ni mmg best kalau dilayan....hehehe...

    ReplyDelete
  14. AYU > Salam. Kita ni orang kampung, memang jiwa kampung. Tu yang suker jer suasana kampung..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails