Tuesday, December 8, 2009

Berbaik semula? Ermmmm.....

Semalam, rajin lak sorang kawan aku tu berYM dengan aku. Memang jarang ler ada peluang macam ni. Walaupun cuma sekejap, tapi topik yang kami bualkan memang menarik perhatian aku. Kisah kawan-kawan ler jugak.

Kadangkala kita tak sedar pun ada orang tak suka berkawan dengan kita, walaupun depan kita dia bereaksi selamba dan nampak mesra. Aku mana ler nak perasan semua tu, jarang jumpa pun.

Sorang kawan lak, nak hint story yang sorang kawan nak berbaik semula. Berbaik? Tiada istilah berbaik semula bagi aku, kerana aku tak pernah pun memusuhi sesiapa. Belum ada lagi seumur hidup aku (rasanya la..). Kita kena tahu beza antara kawan biasa jer, kawan demi urusan rasmi, atau kawan mesra bila jumpa tapi tak rapat langsung. Yang akhir tu, aku ada ramai. Mesra tapi tak rapat langsung. Sebab aku tak suka ada follow up. Jarang aku terima sms dari kawan-kawan tanpa urusan. Kecuali musim raya, ucapan tertentu. Selebihnya memang takda.

Aku bukan macam budak-budak sekolah yang makan apa pun nak citer, buat apa sekarang pun nak sms bagitau.. No. Its not me.

Soal berbaik semula tu, bagi aku lebih kepada menjilat ludahnya sendiri. Bukankah dulu dia kata aku tak layak jadi kawan dia? Bukankah dia pernah kata, aku layak bawah tapak kaki dia? Aku sedar diri, lalu memaafkan dia seikhlas ikhlasnya. Kerana apa aku boleh maafkan dia? Kerana aku sayangkan dia. Dia seperti adikku. 5 tahun menjadi kawan bukan pendek masa. Tapi sampai suatu tahap, kita harus sedar ada orang lain boleh menjadi kawannya yang lebih baik berbanding kita. Aku terima keadaan tu. Dah lama lupa pun, tanpa dendam tanpa kesumat. Malah sebab aku paksa diri melupakan, dah lama aku tak pernah ingat lagi nama dia (sehinggalah malam tadi).

Sekali-sekala datang gak fikiran jahat aku, “aku sendiri boleh dapat kawan lain lebih ramai lebih baik dari dia...”

Terimakasih andai ada niat untuk “berbaik” kembali. Tapi kena pastikan dulu hati sendiri, ikhlas ker? Atau adakah kerana desakan pihak lain? Atau kerana ada kepentingan di pihak aku yang ingin direbut? uishhhh...


~...Sebenarnya budak 2 orang inilah kawan baik aku sejak mereka sudah pandai berkongsi banyak perkara dengan aku....~









17 comments:

  1. Salam azieazah...
    dtg jenguk ni sbb azie tanya nak komen kat umah kak tu kan...sila la..x de halangan..kita jadi sahabat dialam maya...akak x pilih kawan asal org sudi akak 1000 kali sudi..sila2 la ye..

    ReplyDelete
  2. salam kak azie, ragam orang macam2 kan, kita bukannya boleh puaskan hati semua orang. Prinsip saya mudah, berkawan biar beribu, berkasih biarlah satu. Sy pn pernah tulis dlm entry sy pasal sahabat. Dn sekarang saya sgt bahagia berkawan dgn sahabat2 maya, wpn tidak kenal ttp saling memahami. Insya Allah belum sekali berkecil hati

    tks kak azie sudi jd sahabat

    p/s gambar 2 kawan baik tu, adik eh?

    ReplyDelete
  3. eelobor pn masih sedang bljr cara² & adat² utk berkawan biar lebih rapat, kekal & paling penting utk menjaga hati seseorang apabila berbicara. kekadang mulut ini jgk laser, tp dgn syarat org itu jgk jnis boleh menerima, kira konsep "give & take" la.

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Kemaafan dendam yg terindah..

    Kehangatan mentari ku rasakan
    Tak sehangat api perbalahan
    Ku ketuk pintu hati
    Senyap dan sunyi
    Tiada jawapan yang ku perolehi

    Dinginnya malam itu bagai salju
    Tidak sedingin perasaanmu
    Kau sengaja membina dinding pemisah
    Di antara kita tak lagi bersemuka

    ( korus 1 )
    Kekasih ku... ku rasakan perlu
    Menitip surat buat tatapan mu
    Sekali ini aku rela merendah diri beralah
    Agar perhubungan terjalin semula

    ( korus 2 )
    Kekasih ku... tak mungkin ku tahu
    Apa tersirat dihati kecil mu
    Andainya aku yang bersalah
    Maafkan saja...

    Kemaafan dendam yang terindah...

    Kehangatan mentari dingin salju
    Bertukar ganti hari ke hari
    Aku masih di sini
    Sabar menanti
    Terbuka kembali hatimu yang terkunci...

    ( ulang korus 1, 2 )
    Kemaafan... kemaafan dendam yang terindah...

    p/s org buat baik, kita balas baik... biasa
    org buat jahat, kita balas jahat...biasa
    org buat baik, kita balas jahat... biasa
    org buat jahat, kita balas baik..luar biasa

    * jadilah yg luar biasa...

    ReplyDelete
  5. Kak Zai cukup takut berkawan dengan orang hipokrit,depan kita punyala baik.Memang susah nak puaskan hati semua orang tapi bagi kak Zai kalau berkawan harus ada sifat jujur,ikhlas dan terima kawan tu seadanya.

    ReplyDelete
  6. NJ > terimakasih atas kesudian..hehehe bila tengok umur, saya lagi tua arrr.. Kena panggey saya Kak Azie..

    ROSNANIE > terimakasih gak. No hal ler tuh, soal kecil jer. Soal perangai kawan2 ni, kita dah lali dah kebal..

    apa? adik? ko buat lawak aaarrr ROS.. yang mata sepet tuh ALONG, yang mata besar tu IKA. Anak sulung dan anak no 2 Kak Azie tuhhh...

    ReplyDelete
  7. EELOBOR > yang baik dijadikan teladan... kalu boleh ikut, ikut berdasarkan kesesuaian diri.. kalu tak mampu ikut, jangan paksa diri nak sama rentak dengan orang lain...

    tak rugi pun kalu kita merendah diri..

    SHANIZA > terimakasih lirik lagu tu, saya suka juga. Lagu AISHAH tu..
    benar, buat baik berbalas baik, buat jahat pun kita balas baik.. Kadang2 kita tak sempat balas, orang lain dah balas dulu..hehehe
    itu kan hukum KARMA..?

    ReplyDelete
  8. ZAITUN > Setuju dengan Kak Zai. Kadang2 bila berdepan dgn orang yg hipokrit ni, buat tak pot jer. Bukan rugi pun..

    ReplyDelete
  9. Madu di tangan kananmu
    Racun di tangan kirimu
    Aku tak tau yang mana
    Akan kau berikan padaku


    Dangdut jom!

    ReplyDelete
  10. BRO NAJWA > alaaa tak tau pun suker dangdut! I ingat U suka menari jawa... kan dulu dok rajin berlatih Poco-Poco? hahahaha...

    ReplyDelete
  11. SUKA PENYATAAN INI
    Kadangkala kita tak sedar pun ada orang tak suka berkawan dengan kita, walaupun depan kita dia bereaksi selamba dan nampak mesra.
    TAMBAH IKIT,BLAKANG KITA KUTUK KAU2..BILA JUMPA SELAMBER GELAK BSAR2 MCM TAK PERNAH BUAT SALAH..HIPOKRIT...

    ReplyDelete
  12. KAKZIE > itu Hipokrit tahap Gaban tuhhh... buat bodo jerrrr... tak rugi pun takdak kawan macam orang gitu..

    ReplyDelete
  13. Kak Azie,
    Sebab tu ada pepatah mengatakan..
    kawan yang sejati bukanlah kawan yang membenarkan setiap kata-kata kita...
    Tapi kawan yang berani berkata benar.

    Saya pernah ada kawan...
    kalau sy pilih baju untuk diri sy..
    family saya akan kata...
    "baju tu nampak sangat padan dengan kamu"
    tapi bila tanya kawan saya...
    dia cakap "baju ni tak berapa cantik la dengan kau. Nampak gemuk". Siapa kita lebih percaya? emak kita atau dia?

    Saya pernah dikhianati sahabat baik saya sendiri. Tatkala saya tau pemegang rahsia terbesar saya tu cuba menikam belakang saya pada suami saya sendiri, saya terduduk tak terkata apa. Sejak tu.... saya dah lupakan perkataan sahabat sejati.

    ReplyDelete
  14. salam pn. azah... pada saya laa kita kena selalu bersangka baik pada semua orang tak kira laa kawan atau pun bukan... kalo ada yang dok mengata/mengutuk kat belakang tu, buat bodoh je pasal kalo lagi dilayan makin menjadi nanti... kalo rasa2 dah menyampah tahap gaban kat orang tu, buat2 laaa orang tu tak wujud walaupun dia dok terpacak kat depan mata... hak3 ni laa yang saya buat & sekurang-kurangnye saya tak sakit hati lagi.

    ReplyDelete
  15. DIANA > pengalaman akan mengajar kita untuk lebih bijak menilai. Tidak rugi rasanya bila sekali atau berkali-kali kita terkena dek kawan sendiri. Pengalaman nan mahal...

    ICE > Setuju bab bersangka baik. Lebih baik lak jika kita mampu tak amik pot apa orang kata di belakang kita, selagi kita tak rasa terjejas atau terkesan apa-apa, berkajang pun cerita, takkan mengubah pendirian dan kehidupan kita, kan?

    ReplyDelete
  16. CALUK > kau tu bukan saja kawan baik aku, tapi musuh ketat aku jugak.. hahaha bleh gitu?

    Bukan ker kau yang dok rajin kutuk aku weyyy? Ahaks!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails