Wednesday, December 9, 2009

Sembang kosong ada makna....

Sebenarnya hanya sembang kosong, tapi..

Suami: Dia baik, baik dengan saya, baik juga dengan awak.

Isteri: Awak ok ker? Tak kisah?> soalan dungu.

Suami: Taklah. (pernyataan ikhlas yang diulang). Kalu saya mati nanti pun, saya yakin dia yang akan ambil awak.

Isteri (terkejut, terhenti sekejap tangan nak colek lipstik ke bibir. Pandang si suami dari dalam cermin): Haa? uishhh awak niii..

Suami: Betul. Awak tahu ker hati dia?

Isteri: Awak? Awak tahu ker hati dia?

Suami: Saya tahu lah, sebab saya lelaki.

Dan isteri terus terdiam. Lagi dilayan, yang kosong tadi tu akan jadi borak berisi padat dan tak larat plak otak nak memikir nanti. Pause. Sama-sama kuar pergi kerja. Borak citer lain.


~... Aku dah dapat info ni > Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010, 19–28 Mac 2010, PWTC. Tapi tawaran promoter aku belum nampak lagi. Tahun 2009 (Mac lalu) aku terlupa dan terlewat apply. Sudahnya, dapat 4 hari saja, sebab jadual penuh...~




15 comments:

  1. Salam Azie...

    itu bukan sembang kosong tu... sembang ada makna tuuuu .... ;0

    Eh.. Azie terlibat dengan Pameran Buku ke??

    ReplyDelete
  2. Salam Kak CIK > yang ada makna tu sebelah suami atau sebelah isteri? hehehe..

    Pesta Buku tu tidak ler terlibat sepenuhnya. Tapi sudah 2 tahun berturut saya buat kerja part time jadi promoter di booth Creative Enterprise CESB. Besttttt... bestttt sangattttt... (sanggup amik cuti tanpa gaji tu.. elaun promoter pun tak leh cover, tapi saya nak jugak buat..)

    ReplyDelete
  3. Seeloknya tak yah lah dok pi borak hal2 lagu tu..nanti dok terngiang2 kat telinga je..
    Lagi pun lama2 ianya akan jadi spt bom jangka..
    elok berborak pekara ilmiah lain..

    ReplyDelete
  4. Kak Azie,

    Suami vic jangan harap nak keluarkan pernyataan
    Suami: Taklah. (pernyataan ikhlas yang diulang). Kalu saya mati nanti pun, saya yakin dia yang akan ambil awak.

    Dia lebih selalu cakap, "kalau awak kahwin lagi bila saya mati... tau la awak"
    hahahahhahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Bang LB > kadangkala topik perbualan menyimpang jauh tersasar dari tajuk asal.. tak plan pun.. So memang tak berniat ler kan?

    Lagipun pada saya, semakin panjang tempoh perkahwinan, semakin TELUS topik perbualan, dan semakin kita boleh menerima nada cakap samada leh dilayan atau kita yakin itu sekadar cakap di mulut..

    DIANA > itu tanda sayang tu.. Tapi kalu cakap soal mati, memang tersasar jauh dan agak keterlaluan gurauan tu...

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Suami akak pun ada gak dok buat lawak ni.Dia kata kalau dia mati dulu, mesti akak kawin lain. Tapi yg sebenarnya, lelaki ni saja nk duga kita.
    Sbb lelaki la yg akan kawin cepat2 bila isteri dh meninggal. (ada kawan dia yg buat mcm ni)Mana tahan hidup sorang2, tu yg suami akak kata.
    Org perempuan ni kalau dh kematian suami, payah nk kawin lain terutama yg ada pendapatan sendiri dan ada anak2 nk ditanggung dan anak2 dh besar. Contohnya kak ipar akak sendiri..abg akak dh meninggal lebih 9 tahun dan masa abg meninggal dia baru umur 36 tahun...

    ReplyDelete
  7. UMI SHANIZA > jodoh ni tak leh kita teka atau agak. Ada juga perempuan kahwin dulu dari lelaki (yg bercerai hidup), tapi tak sebanyak kaum lelaki..

    Hmmm... tentulah ada sebab kukuh bagi mereka, kan?

    ReplyDelete
  8. Kisah itu diceritakan kepada saya beberapa hari lalu... Tiada apa yang berlaku pun pada mereka..

    Moralnya: bukan semua ISU boleh cakap sembarangan, kan? walaupun kita TELUS dengan pasangan kita, sbb adakala kita tak leh jangka apa ada dalam kepala pasangan kita...hmmmm

    ReplyDelete
  9. nak tngu pesta buku kt PWTC jer....

    ReplyDelete
  10. Kalau setakat sembang menyakat tak apa jangan sampai simpan dalam hati takut meletup.

    Nanti boleh jumpa kat pesta buku,kak zai tak pernah miss.

    ReplyDelete
  11. EELOBOR > insyaAllah ada rezeki awak dan saya, bleh jumpa.

    ZAITUN > Kak ZAI, adat suami isteri suka menyakat. Gurau-gurau bawa bahagia kata orang..

    insyaAllah... kita ronda sama-sama nanti...

    ReplyDelete
  12. Sembang... sembang ada makna tuuu...

    p/s: Apply awal kali ni. Tepon Shila (bukan Iwan lagi). Tanya mau promoter ke tak. Mesti dia mau punye!

    ReplyDelete
  13. Thanks BRO... Kalu depa tak mau, I nak pi apply kat tempat lain lah...cewahhhh...

    ReplyDelete
  14. salam kak azie, tak mo komen pasal dialog tu, takut salah komen, lain lak jadinya, hehe...

    pesta buku, kalau jd (tak jd pun tak per) bagitau yek....

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails