Saturday, December 12, 2009

Kerja Luar bleh Makan Luar?

Hari ni aku kerja. Ya, kerja. Kerja luar pejabat, sbb tempat keja aku memang tak keja hari Sabtu (and Ahad of course..). Bukan baru, dah lama aku terlibat kerja-kerja luar ni. Yang pasti memang seronok. Sebab dapat jumpa ramai orang dan dapat makan luar.. Ops! Makan kat luar ok..

Dapat kawan baru, kenalan baru, lihat tempat baru, budaya kerja dan pelbagai ragam orang. Kalu asyik kerja ofis jer, mesti boring punyalah... (itu aku..) Sebab aku dah dok kat situ dah lebih 7 tahun (sebelum tu kat Pudu 6 tahun). Dan aku pun bukannya mesra sangat dengan kawan-kawan pejabat, lebih formal kepada urusan kerja saja.

Jadi bila aku mula terlibat kerja-kerja luar (yang tak bergaji pun sebenarnya), tetap juga aku seronok dan teruja. Bila berkonsep santai, aku bleh bawa keluarga, especially anak-anak kecik aku sekali.

Okey, got to go. Hari ni ke Kem Paya Indah, Dengkil untuk urusan program penuh esok hari..

Chaooooooooooooooooo....!!


*~...aku tak janji untuk dapat sama-sama join Gathering Bloggers di FRIM nanti. Semoga gathering tu akan menjadi sejarah dan kenangan manis buat semua. I can't promise, tapi aku cuba ler nanti...~
(Kalu aku datang dan dok jer tepi sungai (without nametag of course) intai jer dari jauh, bleh tak...? Saya pemalu tauu... Ahaks! ayat tak bleh blah...hahahahaha!



18 comments:

  1. kerja luar untuk kepuasan diri@keseronokkan bila bila berkonsepkan santai kan? bukan gaji yg di harapkan cuma mgkn berbentuk ganjaran yang setimpal. ganjaran dalam pelbagai bentuk. keseronokkan salah satu ganjaran. janji happy dgn setiap apa yg kita lakukan

    ReplyDelete
  2. intai dari jauh??? isk2...meh la kita bergembira kat sana sekali kak azie....kena buang perasaan malu tu...hehe

    ReplyDelete
  3. Mula2 lah intai..nanti mesti joint tu..caya lah

    ReplyDelete
  4. intai? jgn sampai kene intai plak kak..ahahaha..

    ReplyDelete
  5. kakcik pun rasa nak intai dari jauh..sbb, kebetulan ofismet buat majlis kawen anak dia pun kat FRIM tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Ooo..best tu main intai2. Jaga2 jgn sampai tergolek masuk sungai!
    Kerja di luar ni boleh lapang minda dan luas mata memandang...tenang fikiran.

    ReplyDelete
  7. wahhh... nak kena cubit kak azie ni. Kata nak ketawa tak hingat dunia hari tu. Jadi macam mana ni???

    ReplyDelete
  8. EELOBOR >> sebab dah lebih 3 tahun saya terlibat dgn kerja-kerja luar tanpa gaji tanpa paksaan (sukarelawan), saya pun terus terlupa tentang ganjaran.. langsung tak terfikir pun...

    AZRUL >> wahhh penganjur kita ni dah mula risau tuuu.. Yang benornya, tarikh tu macam ada kerja lain.. Kalu sempat pegi, mungkin tak sempat masak apa-apa. Ada sesapa bleh belanja Kak Azie air sirap? Air sungai tak nak aaarrrr...

    ReplyDelete
  9. Seronoknya buat kerja2 luar,kak Zai suka tapi sekarang dah tak larat.

    ReplyDelete
  10. Bang LB >> ahaaa tu mesti ada pengalaman tu, kan? ahaaa... saya nak try buat lahh..

    UDEAN > Kak Azie suka nak panggil UDIN jer, U remind me to someone..hehehe..
    Berani ker nak intai Kak Azie ni? ahaaa biasa buat yerrrrrrr...

    ReplyDelete
  11. KAK CIK > ahaaa dah ada geng pun.. Tapi Azie takut ler Kak Cikk...nanti kita mengintai, ulat bulu plak yang intai kita... "gatel..!" kata Sudin..


    SHANIZA > betul tu, saya sendiri dapat rasai perbezaan dulu dan sekarang. Bila saya terlibat dengan kerja-kerja luar, saya menjadi lebih berkeyakinan dan sentiasa belajar perkara baru..
    Errmmmm tergolek masuk sungai? itu yang besttt tuuu..

    ReplyDelete
  12. DIANA > elehhh cubit dia jer dia nak kira? Kak Azie punya cubit ni? hahahaha...kang ada yg nangis golek2 tang tepi sungai lebam kene cubit.. (dok bayang...)

    ReplyDelete
  13. Salam Azie. Kerja "free lunch" macam Azie syok. Tak terikat kerja routine yang amat membosankan di pejabat. Tentang perjumpaan para bloggers, satu hari nanti saya patut joint. Saya blogger baharu. Semalam baru genap 2 bulan aktif sebagai blogger. Masih mentah...

    ReplyDelete
  14. MYBABAH > freelancher...heheh..
    bukan, saya bukan kerja freelancher. Saya kerja tetap di syarikat swasta, tapi kerana saya cuma kerja 5 hari seminggu, saya ada hujung minggu yg lapang. Dan bila saya ada ramai kawan2 yg sama2 suka berbuat kerja amal, saya pun join dan lama2 saya sudah lebih 3 tahun bersama organisasi tersebut...

    Saya buat kerana prinsip ini > untuk membantu diri saya, saya mesti membantu orang lain dulu.

    Dan saya buat dengan suka dan rela = sukarelawan....

    *Saya pun blogger baru juga...

    ReplyDelete
  15. erkk Paparazi di mana2 dunia bukan besar sgt ,
    bawak kamera besar2 dok dlm air
    makan luar serta minum luar sekali :(gelak jujur)

    ReplyDelete
  16. ZEQZEQ > alaaa..saya bukan selebriti, jadi paparazzi tak mungkin berminat nak zoom saya. Sehingga hari ni saya masih bebas berjalan ke mana saja, pakai selipar Jepun, beli burger tepi jalan dan air jambu batu di gerai depan bus stop..

    okeh aperrr...

    ReplyDelete
  17. salam... wah wah wah...bukan main sume seronok main intai2... takper ler kak azie, intai pun intai ler, tp kakcik pun nak intai jgk? jgn kakcik, karang tumbuh ketumbit naya... hehehe...

    Kak azie, makan kt luar ok lg, 'makan luar' tu yg bahaya....

    ReplyDelete
  18. ros,
    makan luar tak nak minum cendol ok gak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails