Friday, December 4, 2009

New Moon...

Lama betul dah aku tak tengok wayang. Kali akhir bila, ntah.. lupa dahh.

Sekali sekala teringin gak nak pi layan, tapi ada jer aktiviti lain. Bila teringin nak pi sebab tengok promo filem-filem best, tak sempat and takdak geng.

Filem 2012, aku dah tengok, kat DVD (which is aku yakin itu pirate punya).

Yang aku teruja nak tengok sebab sekarang ni demam Stephenie Meyer's series > Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn.

Seluruh dunia terutama remaja menggilai Robert Pattinson “Edward” vampire ‘hensem tak bleh blah’. Try nak guna gak ayat budak-budak sekarang..


ALONG dan IKA dah baca semua siri novel tu, dan dah tengok filem Twilight. IKA tak sabar nak tuggu SPM dia habis, pastu terus nak pi tengok New Moon (dia obsess sangat ler si Robert Pattinson tuh). Last paper dia pada 16hb, Lukisan Kejuruteraan. Bengang skit arrr kan? Orang lain last day 10hb, pastu dah leh lompat tinggi.. Tu pun dia dah plan macam-macam.

Aku tak berkesempatan langsung nak baca novel-novel tu, filem Twilight tu pun tengok DVD jerr.

Twilight mengisahkan seorang gadis, Isabella Swan yang baru tinggal bersama ayahnya, setelah ibunya berkahwin dengan jejaka lain. Di sana dia ditemukan dengan sebuah keluarga Cullen yang agak pelik dari segi tingkah lakunya serta hidup berkelompok sesama mereka, tidak gemar bergaul. Dia tertarik dengan tingkah laku ganjil Edward Cullen yang akhirnya membawa penemuan bahawa keluarga Cullen sebenarnya adalah golongan pontianak (Vampire).

Hmmmm nak ajak sapa ek pi tengok wayang? Mana sesuai? KLCC? PV, tempat paberet anak-anak aku gathering? Times Square — ni jemu gak la, sebab hari-hari tengok dari tingkap ofis. MidVall? tempat ni aku taknak, sbb nanti sesat. Aku dah penah sesat sbb jarang main area situ. hehehehe. Nanti, sudahnyer, tunggu DVD jugak ler kottt...



Sekuel citer ni menjadi fenomena, melebihi rating filem Harry Porter kabarnya. Yang bangga, kedua-dua filem ni diadaptasi dari novel tulisan penulis wanita. Terus jadi jutawan.

Ni yang buat aku pun bersemangat nak siapkan novel nih.. uishhhhh. Ayat standard, huh!


*~...episod akhir drama Nur Kasih pun aku missed, sbb dalam perjalanan ke utara malam tu... tak sabar nak tunggu DVD dia. Kat mana ada jual, please, let me know...~



27 comments:

  1. Tak pernah tengok movie atau baca satu pun novel dari siri ni. Perasan juga ada a dew friends yang obses sangat dengan cerita ni. Hero pun pernah keluar paper, konon Hero paling digilai. Ntah, besh sgt ke? Teringin la nak tgk skali.

    ReplyDelete
  2. DIANA > bergantung kepada selera. Kak Azie tak pernah la obsess mana filem. Mana yang seronok dan sesuai dan ada masa, layan jugak..

    tapi rasanya Meyers Series ni memang lain dari yang lain. Sebab dulu2 kalu citer hantu, or drakula mesti muka huduh, tapi kali ni, vampire hensemmmmm.....:D

    ReplyDelete
  3. kita takpernah jejak lagi panggung wayang.teringin gak tapi tak de org nak temankan huhuhu..

    untuk DVD Nur kasih..layari www.tv3.com.my/nurkasih

    20% diskaun kalau order on9

    ReplyDelete
  4. Akak, anak-anak saya pun teruja nak tengok New Moon... asyik ler duk bising kat telinga mak dia. Tapi mak dia buat derk jer. Masa tengok Twillight tu, saya pun terjatuh cinta dengan pontianak tu, masa keluar panggung tu mak dia lak lebih lebih kata 'BEST NYER, MAK NAK JADI BELLA LEH?"

    Sungguh statement tak malu ....tapi dia orang kata New Moon punya Werewolf lagi hot dari pontianak. Hahahahaha ....

    ReplyDelete
  5. KAKZIE > thanks info.. Sekarang ni pun TV3 dok tayang tiap siri tu petang2 lepas maghrib, tapi tu pun selalu missed gak. Tengok lompat-lompat jer..

    Dengar citer, drama tu nak difilemkan. Gitulah dunia filem kita, pantang laku skit, buat filem, tapi pastu hampehhh.. ntah apa-apa. Dah banyak jadi. Even dari novel pun jarang yang best.. Bisnes jer yang lebih..

    ReplyDelete
  6. ACIK >> elok gak bawak anak2 pi menonton bersama, jadi geng.

    hahaha yang hot tu sebab pontianak ni adalah pontianak lelaki yang macho lagi hensem..!

    ReplyDelete
  7. Pergi ziarah pameran Alaf21 tu..kot2 ada buku yg berkenan..

    ReplyDelete
  8. BANG LB > saya pernah gak ler sekali dua pergi Alaf21 tu.. (sbb dah jadi ahli sejak dolu kala), tp sbb jauh, tak terpergi selalu ler..

    Nak kira berkenan, banyak ler berkenan (as I commented in ROSNANIE’s blog), takda tempat nak simpan banyak sangat dah novel...

    ReplyDelete
  9. hero hensem..patut ramai minat..mata blue

    ReplyDelete
  10. Salam ziarah n salam perkenalan

    Cuti sekolah ni anak kak zai pun sibuk nak tengok wayang.Kalau ajak mama dia kena tapis filem, hehehe

    Sudilah singgah keblog kak zai.

    mamasya.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. ZEQZEQ... kalu bukan mata blue pun hensem jugak, kan? ni nak ler tanya, BRO mata kaler aper? biru juga ker..

    ReplyDelete
  12. Salam kenal Kak ZAI > terimakasih banyak sudi menziarah...

    ReplyDelete
  13. cmner nk layan citer² gitu ek? x reti nk menjiwai la. wife suka tgk....eelobor cumo mengomen jer lebih. hehehe

    ReplyDelete
  14. EELOBOR > tak ramai lelaki suka filem mcm ni, biasanya remaja perempuan jer suka..

    kalu wife suka, temankan lah dia.. belikan popcorn, belikan air, belikan tiket.. mesti dia suka. Minggu lain awak lak ajak dia tengok filem yang awak suka..soh dia lak bayar.heehheeh

    win win situation...

    ReplyDelete
  15. filem ini sesuai utnuk remaja,
    tak nak jadi remaja balik oo..letih daa

    ReplyDelete
  16. ZEQZEQ > masa remaja dulu memang takda peluang tengok wayang ker? atau takdak awek nak ajak awok?

    hehehehe... sekarang awok pong masih remaja lagi, kan?

    ReplyDelete
  17. salam..
    Tak dak panggung wayang dh di Perlis ni. Panggung dah jd dewan kuliah UNIMAP...
    Tu sbb tak minat dh tengok wayang (alasan ni)
    Sebenarnya akak ni boring tengok cite omputih, balik2 kiss.. n kadang2 tak sesuai utk tontonan family.
    Jadi, tengok cite katun je dgn anak2...hi..hi..

    ReplyDelete
  18. Salam Umi SHA > filem omputeh, macam tu la... dah budaya. Kita jer ler nak kene pilih-pilih. Yup, kartun pun besttt..

    hmmm minggu lepas saya pi Perlis 3 hari, lupa nak habaq, idak bleh gak dating. Sempat gak la saya pi pekena Nasik Ganja tang merket tuh...

    ReplyDelete
  19. Wa minat Kristen Stewart. Muka dia dan body dia macam Nani... awek lama yang wa sayang banget... eheks...

    ReplyDelete
  20. salam kak azie, sori lama tak singgah. Hari tu ada jgk tgk sequel die, tp tak tbuka hati nak tgk.

    tgk wayang? rasanya since kawin thn 1998 dulu lum pernah lagi jejak panggung, anak2 dh berapa kali ajak, ye la kt sekolah member2 asyik cite tgk wayang, diaorang tak pernah pun. Anak2 skrg, sume advance. Bila dah tak terlayan bagi ler alasan kt budak2 tu, ibu dulu dah masuk universiti baru tgk wayang, kecik2 mcm korang mana pernah, sudahnye muncung ler diaorang

    ReplyDelete
  21. KHAYALKHAYAL > BRO, 2,3 hari ni ada filem (ulangan) Panic Room kat channel 701. Budak pompuan yang jadi anak Jodie Foster tu ler Kristen Stewart. Masa tu dia kecik lagi, umur pun dalam 10-12 tahun jer..

    sekarang dah tak comot, sebab tu U pun minat...hahahah...

    ReplyDelete
  22. alamak...td lyn citer twilight, best jgk rupanya. hehehehe

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. ROS > anak2 sekarang sudah tidak boleh dipisah lagi dgn segala macam jenis hiburan atau gadget. Terpulang nak pilih, tapi jika setakat kuar menonton wayang dgn kawan2, Kak Azie memang tak sekat, cuma hadkan pada citer2 yang sesuai saja. Kita pun leh tahu filem apa sedang ditayang, sbb ada promo. Sekadar 4,5 bulan sekali, tak salah

    EELOBOR > alaaaa pi tengok wayang tak ajak kitaorang..hehehe

    ReplyDelete
  26. salam... citer psl new moon ni sepatotnya pagi semalam da tgok kat sunway pyramid... tapi bila jejakkan kaki je kat sana terus terlupa tujuan asal pasal saya sekeluarga membusykan diri bershopping sakan... dari jam 11 pagi hingga laa jam 8 mlm... ni laaa yang dikatakan shop till u drop but im still standing... walaupun tak tgok wayang tapi saya beli buku new moon ni di popular bookshop sebelum balik sekadar untuk tidak menghampakan wifey yang teruja dgn vampire2 ensem dlm citer tu... muahahahahahaaaa

    ReplyDelete
  27. ICE > pertama sekali saya nak gelak sbb baca ayat "shopping till U drop".. sbb ayat tu anak dara saya pernah translate bulat-bulat (dalam percubaan pertama dia nak tulis blog in BM), so dia taip "membeli belah sampai saya jatuh"..hahahaha...!

    Amiiikkkk... wife pun dah jatuh chenta kat Edward the Vampire...ahaks!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails