Boleh tak bercerita Nasi Lemak lagi? Nanti AKAK tu terliur lagi. Sian dia.
Tapi pagi tadi, agak awal TOKLAKIku berbunyi, “Lapar lak perut ni..” Uik? Malam tadi elok jer makan nasi berlaukkan Sambal Kerang yang aku masak. Bleh lapar awal?
So dalam perjalanan pi kerja aku tanya, nak sarapan sama ker? Sebab, jarang kami bersarapan sama. Aku sarapan sendiri, either makan di foodcourt or tapau makan di pantry ofis. Ok. TOKLAKI nak makan roti canai. Aku bagi cadangan try roti canai kat gerai sorang BRO depan Pudu Plaza. Lama tul tak pi makan kat gerai BRO yang sorang ni. Sampai terlupa dah. Dan aku pun terlupa nak kisahkan Nasi Lemak BRO ni haritu.
Aku kenal BRO ni dah lama, sejak 1996 lagi. Masa tu ofis aku dekat situ jer. Nasi Lemak BRO ni sedap kerana sambalnya. Dan jujur, aku belajar buat sambal nasi lemak dari dia. No bad lah tapi sedap sambal dia lagi... Dia berniaga dari pagi mula kul 8 pagi hingga tengahari. So masa kerja di situ, kami kadang-kadang lunch dengan nasi lemak or roti canai. BRO ni hanya jual dua menu tu saja. Petang dia off (and Friday as well). Dari BRO tu masih bujang sampai anak dah ada 2 orang aku masih sekali sekala pi makan di situ, sometimes balik dari marketing di Pasar Pudu, singgah tapau untuk anak-anak. Pekerja dia 2 orang pompuan Indonesia pun setia dgn dia, dan masih kenal aku.
Aku dah berangan, nak makan nasi lemak dengan ayam goreng BRO ni yang sangat sedap. Tapi kerana kami agak awal (7.45 am), ayam pun lum goreng. Si buat roti canai pun lum turun (tapi bahan-bahan dah ready), so tak dapatlah TOKLAKIku nak makan roti canai dia. Last, kami order Nescafe kecik kongsi 2 orang dan aku tapau nasi lemak biasa (jangan tidak, kata orang).
Sayang sekali, kali ini aku rasa sambalnya sangat lain. Tak sesedap dulu. So, aku taknak rekmen pada sesapa yang suka nasi lemak. Kesian. Tapi, mungkin selera aku tak sama.
Well, ini ler gerainya. Betul-betul berhadapan dengan pintu masuk utama Pudu Plaza (area Pudu berhampiran Majestic). Aku selamber badak jer pegi snap tadi.
Lunch time? Aku tak plan nak makan sebab nasi lemak elok jer kenyang dan bleh tahan sampai petang. Tapi dek kerana bosan tahap GABAN, aku turun gak pegi tapau Kuew Teow Cantonese. And macam biasa, tapau makan sensorang kat pantry sambil layan Harian Metro.
~...Sapa punya kerja gamaknya yang jerut dan bunuh budak pompuan yang dijumpai dalam takungan banjir tuh... Sungguh biadap, kurang ajar dan lahanat...!~
salam kak azie...
ReplyDeletesy tak pernah cuba koay teow cantonese...wonder..tah cmne rasanya..hihi..ala jakun la pulak...
Selera hilang bila mentelaah berita yg lagu tu...
ReplyDeletemalang sekali..
SITI MURNI > Salam. Kak Azie baru saja selesai baca blog SITI dari mula sehingga latest entry. Best... And U know what, muka SITI ada iras pelakun Aida Aris. Ada sesapa pernah sebut gitu tak?
ReplyDelete*Sekarang sedang membaca blog Uncle Shahrir dari mula. Best nyer baca perjalanan seorang usahawan berjaya di Arab Saudi...
Bang LB > betul tu. Saya baca tajuk jer. Sambil makan selak berita ringan dulu. Pastu baru baca semula headlines...
ReplyDeletekak azie, ermmmmm apakata masa gathering kat FRIM tu nnt kak azie bawak nasi lemak... keh3 tapi saya tak dapat pergi laaa plak pasal kena duty pagi tu... huhuhuuuuu
ReplyDeleteSalam Azie. Saya cemburu dengar orang makan senang lenang je. Saya tengah berdiet tak makan nasi (tapi lain-lain boleh makan,kecuali nasi). Lepas kursus baharu ni, berat badan bertambah secara mendadak kerana makan percuma dan sedap-sedap pulak. So,langgar pantang. Pasal budak yang meninggalkan tu, saya suka sarankan setiap keluarga berwaspada dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya kita terhindar daripada musibah seperti itu.
ReplyDeleteiCE > bawak Nasi Lemak? uishhh... ada ker yang nak makan? hmmm good idea gak tu kan? Mudah dan ringkas, tapi kenyang.. I'll put under my serious consideration..
ReplyDeleteAwak datang ker nanti? Itu yang nak tau dulu....
MYBABAH > Malaysia ni makmur dgn makanan. Saya termasuk kategori “pandai makan” sbb saya suka mencuba pelbagai.. Selamat berdiet yerrr...
ReplyDeleteAminnnn.. samalah kita mendoakan..
kak azie, nasi lemak ni kalau shaz wajib amik seminggu sekali, kalau x amik rasanya pelik plak seminggu tu, kalau dah malas sgt nak kuar, pujuk umi shaz tlg masakkan, hehehe.
ReplyDeletepasal kes budak kene bunuh tu mmg sadis na sedih, mmg x berperikemanusiaan yg membunuh budak tu, so skrg kene jaga diri.
Laparlah pulak bila teringat nasi lemak..
ReplyDeleteKak Zai nak cuba koay teow cantonese tu jarang dengar selalu makan char koay teow.
ReplyDeleteSHAZRIENA > Nasi Lemak seminggu sekali yerr.. nanti try seminggu 4x lak..hahaha..
ReplyDeleteZUREEN > masa ZUREEN komen tu memang time makan tuhh..
ZAITUN > KAK ZAI, saya memang suka jenis kuey teow Chinese Style.. tapi paling suka Yee Mee Kungfu.
ReplyDeleteKak Zai kena cuba lerr.. jangan sampai jadi terror berkungfu, dah ler. Lari saya nanti... muahahaha..
azieazah,
ReplyDeleteakak dah tak makan nasi lemak lagi...
akak dah dapat idea, makan nasi biasa dan bawa lauk sendiwi...
Akak juga rasa pilu sangat bila baca kisah anak siapalah tu yg kena bunuh.. Hibanya.. tak tergamak nak baca...
Pembunuhnya mungkin orang yg sama bunuh nurin...
Semalam member ofis cakap pakcik dia makan roti canai sekali hadap 7 keping. Ya! TUJUH <7) keping!!!
ReplyDeleteIBU RAHMAH > ok good tu. Nanti kita sama-sama tengok berapa lama azam Akak tu boleh bertahan.. hehehe.. saja nak sakat nih..
ReplyDeletePembunuh tu memang kejam sadis, patut tembak kasi mamp**S! jerrr...
NAJWA > BRO, Pakcik kawan U tu spesis Badang ker kott... elehhh takat 7 keping apa nak heraaannn... Meh ajak dia lawan, mau?
salam, nasi lemak makan selalu boleh jemu, tp anak2 sy pernah sekali tu tiap2 hari minta sy masakkan nasi lemak, masuk hari ketiga ayahnya bising, esok masak lagi abang boikot, hehe...
ReplyDeletekak azie, kesian, anak siapa lah tu yek, harap cpt2 lah jumpa pembunuhnya
Salam..
ReplyDeleteSedapnya kuey teow... suka2.
Kes bunuh tu; semoga Allah memberikan balasan setimpal kepada pelakunya.
ROSNANIE > mana leh makan Nasi Lemak hari-hari. Yang baik dan berkhasiat pun kalu berlebihan akan jadi tak baik. Ibarat yg baik akan menjadi racun..
ReplyDeleteAbang nak boikot? Kita boikot dia balikk...hahahaha > gelak setan nihhh
Kes anak dijerut tu ada kisahnya di latest entri Sdr MAZIDUL..
SHANIZA > Salam. Kita serupaaaaaaa....! nyanyi sesama jommm...
Salam kak Azie..
ReplyDeleteAmboi tengok gambar Kue Teow Cantonese tu macam selak udang baru nampak mi... mesti sedap rasa air udangnya dah meresap dalam mi tu kan.. nyum..nyum... telan air liur je ler.. :-)
NIDA > Salam, sila masuk..
ReplyDeleteAmboii... basah rumah Kak Azie.. ada orang meleleh ayor lior tang tangga umah.. wuaaaa...
Kat New Zealand sana ada tak? kalu ada, nak pi try rasa..cewahhhh
salam kak azie, saya kena duty laaaa pada 25 & 26 dec ni... nampak gayanya tak dapat saya join gath 'FRIM' tu nanti... apa pon sampaikan salam saya kepada semua yang datang ke gath 'FRIM' tu ye
ReplyDeleteICE > wehhh ko sengaja jer bagi alasan kan? nak kene dia niii..
ReplyDeleteWokeh, insyaAllahhh...
huhuhuuuu bukan alasan tapi betul2 kena duty
ReplyDeleteWokeh ICE... ko can cool... hehehe...
ReplyDelete