Monday, December 21, 2009

Thank youuuuu....!

Aku rasa bertuah. Ada keluarga besar. Ada ramai saudara mara.

Juga ada ramai kenalan. Walaupun sebahagian besar mereka tidak pernah aku temui (kerana aku selalu terfikir yang orang pun tak terfikir nak jumpa aku).

Tetapi semua kawan-kawan aku orang baik. Baik-baik belaka. Baik hati. Pemurah. Peramah. Malah tidak lokek mendoakan yang baik-baik untuk aku. Tidak lokek berkongsi info dan pelbagai peristiwa.

2,3 hari lepas aku menerima cenderahati berhuruf “AA” dari kawan blogger IXORA_ROXI. Sebenarnya kami berkawan dah lama. Dah bertahun-tahun pun. Pastu sama-sama jadi blogger.


Cantik sangat hp chain yg dibuat sendiri oleh anak daranya yang baru berusia 12 tahun. Kreatif..

Pastu, aku terima hadiah Krismas maya dari teman blogger UNCLE LEE yang menetap di Toronto, Canada, bersama text ini:

To my gorgeous friend, Che Azieazah,....


Shoes by Valentino.
Hello Che Azieazah, here's a present for you. Looks nice when you wear your sarong batik. Happy Holidays.


Macam tahu plak dia, aku memang minat kasut. Hehehe. Pertama kali dulu jengah blog dia, aku tertarik kerana ada banyakkkk... banyakkk sekali gambar-gambar yang menarik, unik dan cantik. Tak terfikir aku bleh jumpa gambar sebegitu di tempat lain, means di web mana pun. Walaupun letih baca entri (sebab tiada yang pendek) tapi aku tetap suka blog dia. Thanks UNCLE LEE..

Tetapi, ketahuilah... bukan hadiah yang menjadi ukuran atau jaminan perhubungan. TIDAK sama sekali. Semua kawan ~ kenalan ~ sahabat yang aku kenali, sangat baik. Sentiasa baik dengan aku. Dan aku menghargai semua.. SEMUA yang mengenali aku, menjadi sahabat aku, kenalan maya aku. Yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan (walau hanya secebis doa). Terimakasih.. (walau hampir semuanya tidak pernah aku temui secara realiti..)

Semoga tahun mendatang, lebih mengukuhkan silaturahim...


*~Sabtu lalu, aku berpeluang tonton drama “Kerana Lidahnya”. Bagus mesejnya. Mengenepikan segala kata cerita di belakang kita, walaupun tidak mustahil akan sampai jua ke telinga, lebih baik dari menyimpannya di dalam kepala. Lebih baik untuk jalan menonong saja ke depan. Anggap saja yang bercerita itu belum pandai menilai antara fitnah dan bebel. Berbaik sangka pun bukan rugi apa-apa...~



18 comments:

  1. Betul..

    tiada ruginya berbaik sangka dari meyesakkan fikiran dan jiwa dengan bersangka buruk sesama kita... :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya hadiah... jeles I...
    Betul tu kak azie..
    bukan hadiah jadi pengukur persahabatan dan keikhlasan...
    Tp kalau dah tak ikhlas...
    10 sen pun berkira.
    heheheh

    ReplyDelete
  3. Salam. Insya-Allah, selepas ini akan bertambah kawan-kawan yang baik-baik seperti itu. Resepi utamanya ikhlas (jujur). Apa yang saya alami, kawan biasa-biasa memang ramai. Yang istimewa ada dua tiga kerat je. Semuanya kena jaga dengan baik dan lebihkan "treatment" kepada yang istimewa.

    ReplyDelete
  4. Kak CIK > sejak sekian lama, saya belajar sedikit demi sedikit untuk tidak peduli tentang desas desus, cerita ceriti, buah mulut or sebagainya...

    Hati jadi tenang. Otak tak semak.. Yang penting happy...!

    DIANA > apa nak jeles... Berkawan baik itu lebih seronok sebenarnya. Tapi harus diingat, menerima hadiah (dan adakala perlulah membalasnya) TIDAK dapat dielakkan bila kita berkawan ni. Bila orang terlalu baik hati pemurah, kita lak yang jadi serba salah...

    ReplyDelete
  5. MYBABAH.. insyaAllah..
    Ramai kawan memang seronok. Pelbagai peringkat. Bleh tahu pelbagai perkara yang tidak pernah kita tempuhi..

    Saya seronok ada kawan yang kelakar, suka buat lawak. Juga ada kawan yg lebih dewasa bleh panggil kakak or abang.. yg buat saya jadi segan hormat.. dan bila saya terlalai mereka ni akan menegur saya...

    ReplyDelete
  6. sy tak tengok drama tu..rasa menyesal pulak. tertido sbb keletihan sgt. rasanya banyak iktibar dr drama tu....

    ReplyDelete
  7. Tahniah sbb terima hadiah tu..hee
    Kasut tu bila nak pakai..
    Tumit tinggi tu...
    heee..

    ReplyDelete
  8. SITI MURNI > sebenarnya drama tu biasa saja. Isu jiran yang “kepohci”. Tapi mesej yang berbuat baik dibalas baik... begitulah juga balasan kepada orang yg berniat tak baik pada jiran..

    Yang best kerana ada isu lain iaitu isu mualaf.. yang digambarkan lebih Islam dari yg asal Islam...

    ReplyDelete
  9. LB > tinggi benor ler kasut tuh. Lagipun kain sarong saya semua dah lanyak buat pakai tidor.. Mana ada yang lawa nak pakai dgn kasut seindah tu..

    Lagipun saya takut terpelecok plak nanti... Kang baru betul ada nangka tergolek...hahahaha..

    ReplyDelete
  10. Salam..
    Buat baik...orang balas baik.
    Cantik kasut tu tp ada bahayanya kasut tumit tinggi ni..kalau jatuh, maluuuuuu.

    ReplyDelete
  11. Cantik kasut tu.

    Kak zai dapat rasakan Azie seorang yang humble walaupun kita tak pernah bersua.Terima kasih sudi jadikan kak Zai sahabat di alam maya.

    ReplyDelete
  12. SHANIZA > setuju dgn Akak..
    Saya pernah baca, tumit tinggi ni kalu kerap pakai, bleh kene sakit tulang belakang..

    Saya ada 2,3 pasang jer, itupun pakai bila ada keperluan. Pi ofis pun kadang2 belasah pakai seliper Jepun.. sbb skang musim ujan.. hehehehe..

    ReplyDelete
  13. azie,
    kadang2 teman lebih bermakna daripada saudara sendiri... banyak berkawan dan elakkan bermusuh.. sebab dgn satu musuh sahaja, hidup kita boleh porak peranda.

    ReplyDelete
  14. Bila dapat ramai kawan memang seronok rasanya(walaupun tak pernah bertemu muka..)

    ReplyDelete
  15. IBU RAHMAH > betul tu. Ada ketikanya teman tu lebih rapat dgn kita berbanding saudara sedarah daging..
    Bermusuh hanya menyesakkan kepala, meletihkan fikiran jerr..
    Hidup Mesti Mau Ceria..!
    Ayat Mesti Mau Power..!

    ZUREEN > Saya pun seronok berkawan dgn ZUREEN.. ramai kawan, best kan? Meriah gitu...

    ReplyDelete
  16. ZAITUN > Saya pun suka berkawan dgn Kak ZAI. Bagi saya, berkawan dgn orang yg lebih dewasa dan matang, bleh belajar banyak perkara... Dan boleh minta pandangan serta tunjukajar..

    Lagipun saya ni potpet potpet.. Suka layan orang tua.. ops! bercoleteh aaarrr...

    ReplyDelete
  17. CALUK > kalu katak idup aku lebih rela pilih ko... hehehe... tapi kalu ko baik hati lagi pemurah, carikan aku FM gambor Katak Ijau yerrrr...

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails