Selamat Ulangtahun Kelahiran,
kawan, adik, pernah menjadi sahabat sekejap.....
Semoga kehidupanmu lebih bahagia dan sejahtera. Murah rezeki dan menjadi semakin pemurah dari sebelumnya.
Bukankah sifat pemurah mu itulah yang membuatkan kau semakin popular dan semakin ramai yang teringin menjadi kawanmu? Kerana baik hatimu itulah yang menjadikan namamu sentiasa tersenarai di atas bila jemputan majlis.
Dan wajahmu sering menjadi ikutan dan tak kurang para lelaki yang ingin menjadikan kau kawan (selebihnya ntahlah..) walaupun kau sudah pun bersuami?
Dan beberapa gelaran yang indah-indah lagi bagus sudah kau miliki menguatkan lagi teguhnya namamu meniti di bibir ramai orang, sekian jumlah kenalan..
Syabas. Aku turut gembira. Turut rasa bangga dengan beberapa kejayaan yang kau raih. Memang kau cantik dan menawan. Sungguh cantik. Lalu gelaran-gelaran itu memang berhak kau miliki — hingga akhirnya baru aku sedar yang aku tidak seganding lagi menjadi kawanmu...
Maaf, kerana aku tiada hadiah untuk diberikan buatmu, malah tak pernah pun aku memberikanmu apa-apa sebelum ini, kerana kau pernah kata, kau sudah miliki segalanya, dan kaulah biasanya yang sering memberikan aku macam-macam, sama seperti kau sering memberikan begitu banyak kepada ramai orang, walaupun ada antara mereka tidak pernah pun kau temui. Aku sungguh kagum dengan sifat pemurahmu itu.. Kagum kerana aku tidak mungkin dapat melakukan begitu sampai bila-bila pun.
Selamat Ulangtahun Kelahiran, semoga hidupmu penuh kegembiraan dan kejayaan.
Ikhlas penuh kasih...
bagai ada sendu yang tersirat di sebalik yang tersurat....
ReplyDeleteKak CIK... tak banyak mana pun isi surat tu..hehehehe
ReplyDeleteIbarat pipit dan enggang...
ReplyDeleteenggang terbang tinggi,
kadang2 pipit tak termampu nak terbang bersama..
Bila dua2 jejak kaki ke bumi...
Enggang saja yang jadi sebutan..
pipit dibiar sepi...
Tapi lambat laun orang mula sedar..
enggang hanya gah kerana rupa...
Apakan daya pipit.... rupa juga dipandang manusia...
DIANA > begitulah rencah kehidupan...
ReplyDeleteadakala kita tidak sedar kita tidak begitu bagus untuk orang lain..
adakala pula orang merasa kita ini terlalu bagus untuk mereka..
Sekadar perkongsian pengalaman, dan sedikit luahan perasaan...
kekadang ucapan itu lebih bermakna drpd hadiah2 mahal. sbb ucapan menandakan kita ingat padanya, hadiah? belum tentu ikhlas:)
ReplyDeleteSHAZRIENA > bukankah zaman sekarang hadiah tu melambangkan budi baik dan martabat?
ReplyDelete