Saturday, December 19, 2009

Bestnya Melepak...

Memang best melepak kan?

Dulu-dulu masa sekolah, masa masih dok dengan BONDA dan Arwah AYAH, jangan harap ler nak melepak. Nak sebut perkataan tu pun takut. Fobia semacam. Sebab melepak ni digambarkan sebagai membuang masa, buat keja tak berfaedah.

Kalu di kampung-kampung tu ibarat melahu di kedai kopi, order secawan duduk 3,4 jam. Kalu kita kat bandar ni, serupa dok kat kompleks-kompleks, dengan geng 4,5 orang, duduk-duduk tengok orang lalu lalang, kalu berani skit, usha awek siul-siul. Kena jumpa awek yang sekepala, layannnn... Pastu kita yang melihat, rasa menyampah habis, siap plak bleh kata, "anak sapalah tuu.."

Sapa kata salah melepak? Ada juga melepak yang menyeronokkan. Jumpa kawan 3,4 orang, duduk kat kedai mamak, bercerita pasal hal masing-masing, atau bercerita pasal minat, pasal bola mungkin (Tahniah..bola Malaysia menang emas Sea Games).

Yang salah dilihat melepak adalah kepada anak-anak muda yang masih bersekolah bila berada dalam keadaan yang kita tengok sakit mata. Annoying. Ketawa-ketawa, usik orang lalu lalang, pastu merokok macam terror sangat cari duit, kena lak yang campur dengan pompuan, siap peluk-peluk lagi, ada lak tu siap buat vandalisme lagi.... (risau weyyy... aku pun ada anak dara)

Masa Form 6 aku 2 tahun dok dengan abang aku. Pernah gak ler melepak ni. Lepas jer latihan sukan or lepas kelas tambahan petang, kami lepak kat satu restoren kecik ramai-ramai. Makan ABC dan Kuey Teow Goreng yang sedap. Bukan mampu sangat pun, kadang2 kongsi. Tu yang seronok. Duduk dalam 1 jam, pastu terus balik. Pandai jugak.. (depa ler.. aku tak ler berapa pandai..)

Bila bz kerja dan berkeluarga, aku melepak dengan kawan-kawan yang sama macam aku jer. Yang aku kira matang dan sudah pasti ada perkara yang diborakkan. Kadang2 sebulan sekali or 2 bulan sekali. Makan-makan pada hari istimewa kawan, celebrate besday or anniversary... Seronokkkk...sbb bleh gelak besar-besar...! hahahaha



Ada orang suka melepak kat kebun mini dia di belakang rumah...
Ada orang suka melepak sensorang depan akurium tengok ikan berenang dengan damai..
Ada orang suka melepak depan tv sambil tengok bola makan kuaci sampai bersepah rumah...
Ada orang suka lepak kedai mamak dengan geng sambil bercerita pasal job fotografi...
Ada orang suka melepak kat kafe yang bleh dapat wifi free (bukan wife free)...
Aku melepak dengan TOKLAKIku sekali sekala bila tingin nak makan roti canai malam hari...


~...Cuti 3 hari, aku MELEPAK Tanpa Kepak jer kat rumah dengan anak-anak. Layan kerenah masing-masing nak makan apa. Layan tv sampai mata jadi kecik...~

*Dan pagi ni, aku masak Nasi Lemak...! yesss... paling sedap. Ever! hahahaha..


20 comments:

  1. nasi lemak lg???? arini saya nak melepak kat pavillion dgn mem & kids sambil usha2 apa2 yang patut... keh3

    ReplyDelete
  2. ehm betul skrg ni lepak ngan kengkawan jelah, sambil bincang pelajaran ceewah tp selalunya tersasar:)
    cuti skrg ni melepask sambil belajar memamasak ngan mak:d mcm kak azie dah anak dara ok la lepak ngan mereka, sbb leh tahu perkembangan semasa mereka:)

    ReplyDelete
  3. Ni apa lepak-lepak ni? Hah! Eheks...

    ReplyDelete
  4. Fuyoooo ... lagi sedap kalau saya ikut makan bersama nasi lemak tu. Tapi tak ada kepak lah nak sampai sana. Muahahahaha.

    ReplyDelete
  5. Sesekali melepak bersama hubby rasanya seronok juga kan..(Dah lama tak melepak2 ni..)

    ReplyDelete
  6. iCE > wahh best tu melepak kat Pavilion.. sejujurnya, Kak Azie tak pernah lagi masuk situ, wpun dari ofis kalu jalan kaki pun just tak sampai 10 minit...

    SHAZRIENA > memang elok cuti semester ni dok melepak bermanja2 di rumah.. Belajar masak? hmmm anak dara Kak Azie, belajar masak air jer dulu..hahahaha

    ReplyDelete
  7. KHAYAL > relax arrrr pakcikkk...macam tak biasa lepak dolu-dolu? hahaha...

    ACIK > Meh lerr...Nasi Lemak biasa jer. Sambal, telur rebus dengan kacang goreng. Itu jer dah buat budak2 ni makan bertambah...(mak dia perasan konon masak sedap, pdhal budak2 tu tengah laparrr...)

    ReplyDelete
  8. ZUREEN > sekali sekala melepak tentu syok kan. Dulu2 rajin gak saya pi melepak dgn hubby malam2 minggu, pekena roti canai dan teh tarik. Tapi kene tunggu anak2 tido dulu. Tapi bila dah tuo bangko ni, malas dah. Lagipun anak2 dah pandai tido lewat. Kadang2 kita yg tido dulu... hehehe...

    ReplyDelete
  9. Salam..
    Lepak yg paling best ialah dpt dok ramai2 pas tu ngata kat org, kutuk sapa yg lalu lalang, hisap rokok tak peduli org, kalau dpt 'anak ayam' boleh cuit sikit sorang.
    Gamak2 sapa yg suka buat mcm tu? Tentulah sahabat syaitan!

    p/s suka lepak depan laptop baca berita seantero dunia @ update blog

    ReplyDelete
  10. SHANIZA > betul tu kak. Ada macam2 jenis sahabat syaitan ni...

    hmmm lepak depan laptop pun leh gak release tension... baca komen pun leh senyum sensorang...:)

    ReplyDelete
  11. Kalau dulu2 rajin juga kak Zai lepak dengan hubby tapi dah tua ni malaslah tak manis pula bila orang tengok.

    ReplyDelete
  12. Vic suka lepak kat shopping complex... tak dapat beli... cuci mata pun jadi la.. kadang2 tiap2 malam dalam seminggu straight lepak shopping complex. Tatau la kenapa. Yg peliknya... aktiviti kalau dibuat seorang pun (sbb takde sapa nak teman)... jalan jugak tu!

    ReplyDelete
  13. KAK ZAI > saya sekali sekala ada jugak ler melepak dgn hubby kat area rumah. So far tak terfikir lak pasal manis tak manis, sbb dgn suami, kan?

    DIANA > lepak kat complex sensorang memang best. Kak Azie selalu buat, time lunch. Merewang tengok mana ada sale.. berangan nak beli, tapi bila ada duit, haram tak pegi pun tempat tu... hahahaha...

    ReplyDelete
  14. salam kak azie...singgah sini...selalu baca komen kak dkt blog bro maz..:-) salam kenal...

    ReplyDelete
  15. SITI MURNI > Salam kenal juga... Terimakasih menyinggah..

    ReplyDelete
  16. assalammualaikum azie

    melepak kat rumah pun best

    ReplyDelete
  17. Hello Azieazah, sayasuka tengok yourthese gambars. Nothing like having good friends and relatives enjoy makan together.
    You have a great week, best regards, Lee.

    ReplyDelete
  18. KL CITIZEN > Cikgu, mentang-mentang cuti sekolah yerrrr....

    UNCLE LEE > Hello Uncle. Kawan2 saya pun sama mcm saya, sibuk dgn kerja dan family. Lalu kami adakan 2,3 "lepakking port". So bila ada special day or ada kawan yg baik hati pemurah nak belanja, kami berkumpul di port... hehehehe.. best wehhhh

    ReplyDelete
  19. salam kak azie, saya paling suke melepak kat rumah jer, senang, tak yah bersiap, pastu tak yah keluar duit beli minum, cuma bila sekali sekala sedara datang, bila dah jamu kat rumah, bw diaorang ronda2, pastu boleh ler lepak2 kt kedai, sembang2.

    p/s sy memang jenis suka duk rumah, ni sebab rumah alam maya, rajin ler mnjenguk, hehehe

    ReplyDelete
  20. ROSNANIE > Kak Azie bila hari cuti memang suka melepak kat rumah jer. Layan anak2. Dan kadang2 jadi budak kecik jugak...

    Sekali sekala bila kengkawan ajak gather, tu yg lepak kat luar tu..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails