Rasanya agak terlambat untuk aku menulis tentang Bulan Oktober: Bulan Mengenang P.Ramlee, seniman Agung yang bergelar Tan Sri. Sepanjang bulan Oktober, banyak cara dan usaha yg dilakukan dan terus berlangsung, bagi mengenang kembali seniman agung tersebut. Banyak yang kita lihat, samada thru filem, lagu-lagunya, konsert (malam ini di Astro, kan?), juga pameran...etc etc.
Dari sekecil anak, apatah lagi yang lahir di zaman beliau, cukup kenal dengan dia yang satu ini. Samada menyukai lakunannya yang berkesan dari lakunan pertama Penarek Beca (ada watak Azizah tauuu...), sehingga ke Do Re Mi yang lawak (paling best bila layan gerak tari dan putar pelit PAK MAUN yang kemaruk ndak pegi Pesta Muda Mudi...!
Dari sekecil anak, apatah lagi yang lahir di zaman beliau, cukup kenal dengan dia yang satu ini. Samada menyukai lakunannya yang berkesan dari lakunan pertama Penarek Beca (ada watak Azizah tauuu...), sehingga ke Do Re Mi yang lawak (paling best bila layan gerak tari dan putar pelit PAK MAUN yang kemaruk ndak pegi Pesta Muda Mudi...!
kelakar tak hengat semasa screen test utk menjadi Seniman Bujang Lapok sampai kena halau “nampak pintu besar itu tidak? dengan perintah aku, get outtt!”..
dan menangis bersama ketika dihina dan dipinggirkan serta dipisahkan dengan isteri dan anak sendiri oleh Ibu Mertuaku tetapi kemudian merayu “Maafkan mak Kasiiimmmmm!”
dan menangis bersama ketika dihina dan dipinggirkan serta dipisahkan dengan isteri dan anak sendiri oleh Ibu Mertuaku tetapi kemudian merayu “Maafkan mak Kasiiimmmmm!”
tapi, rasa nak golek juga macam Sarimah bila dengar lagu dia di radio “...andai dinda pergi, dakuuuu teman tiadaaaa....” dari filem yang sama,
juga teringat-ingat dialognya semasa berkompromi dengan ayah mertua sendiri, “Ayahanda marah takkkk?” thru Tiga Abdul,
terbuai dengan irama saksofonnya melalui filem Ibu...
..dan teringin nak buat remos macam dia bila tonton Masam-Masam Manis...
hmm... mungkin nak jadi sesetia cintanya terhadap Engku Zaleha, masa tengok Antara Dua Darjat...
hmm... mungkin nak jadi sesetia cintanya terhadap Engku Zaleha, masa tengok Antara Dua Darjat...
kemudian tak ingat berapa kali terguling gelak bila siri Bujang Lapok, siri Labu Labi yang mimpi tak abih-abih, siri Do Re Mi...
bila selalu diputar tidak pernah jemu walau sedikit, dan aku selalu bercerita balik dengan anak-anak, siapa pelakun itu, sekarang dia yang mana (ada yang terkejut tengok Mariani dalam Tiga Abdul dan Labu Labi bila banding Mariani hari ini...)
Pasti ramai masih ingat filem-filem P.Ramlee ada trade mark muzik tersendiri samada semasa suspens sedih, atau pun semasa lucu. Masih ingat irama khas masa Labu Labi kena denda ketuk ketampi? (Aku pernah rakam buat ring tone...), dan banyak filem beliau menggunakan irama itu berkali-kali.
Itu belum lagi kalu dia cakap merapu marahkan “orang sebelah”, macam dia sorang jer sekolah German. Hehehehehe.
Oktober, KRU sekali membanggakan kita apabila membuat usaha album P. RAMLEE… DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI yang menggabungkan begitu ramai penyanyi hebat, memberikan nafas baru kepada lagu-lagu allahyarham Tan Sri.
Aku sangat terkesan kerana dua perkara besar; iaitu nama KRU dan P. RAMLEE itu sendiri, serta beberapa perkara lain iaitu ramai penyanyi hebat bergabung dalam album ini.
Yang paling aku suka tentulah lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti itu, yang dinyanyikan oleh (antaranya) ada Ning Baizura, Ella, Sahir, KRU sendiri, Stacy, Jacklyn Victor, Aizat, Hujan, Dayang Nurfaizah...mmm lagi sapa? Tapi memang best lagu yang sedia best ini. Tabikkkk...!
Selain itu aku juga suka gaya dan suara Azlan & The Typewriter. Suara dia sangat berbeza...!
Lain-lain adalah:
P. RAMLEE… DIMANAKAN KU CARI GANTI: SATU INDIEPRETASI
Azlan & The Typewriter [feat AG & Co] • Jeritan Batin Ku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
One Buck Short • Pok Pok Bujang Lapok – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
Sevencollar T-Shirt • Jangan Tinggal Daku – dari filem Ibu Mertuaku (1962)
Monoloque • Tiada Kata Scantik Bahasa – dari filem Anakku Sazali (1956)
Yuna • Gelora Jiwa – dari filem Anjuran Nasib (1952)
Couple • Menche Che Bujang Lapok – dari filem Seniman Bujang Lapok (1961)
Bittersweet • Getaran Jiwa – dari filem Antara Dua Darjat (1960)
They Will Kill Us All • Sepanjang Riwayatku – dari filem Sesudah Subuh (1967)
Awanband • Malam Bulan Dipagar Bintang – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
Subculture • Bunyi Gitar – dari filem Tiga Abdul (1964)
Hujan • Tunggu Sekejap – dari filem Sarjan Hassan (1955)
Meet Uncle Hussain • Ya Habibi Ali Baba – dari filem Ali Baba Bujang Lapok (1961) *
Kugiran D’Tepi Pantai • Nujum Pa’ Blalang – dari filem Nujum Pa’ Blalang (1959)
Pesawat • Ai Ai Twist – dari filem Masam Masam Manis (1965)
Pop Shuvit • Aci Aci Buka Pintu – dari filem Nasib Labu Labi (1963)
The Ramlees (A supergroup of sort featuring Yuna, Liyana Fizi [of Estrella fame], Amirah [of the band TILU] and a special guest) • Itulah Sayang – dari filem Anakku Sazali (1956)
Grey Sky Morning • Malam Pesta Muda Mudi – dari filem Nasib Do Re Mi (1966)
Altimet • Maafkan Kami – dari filem Pendekar Bujang Lapok (1959)
Ada banyak, terlalu banyak sebenarnya lagu-lagunya yang hebat dan tidak jemu di dengar. Selain di atas, aku juga suka lagu Senjakala (pernah dinyanyi semula oleh Shidee), mendayu jerrrrr....
Sedikit info:
P RAMLEE atau nama sebenar, Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada pagi Aidilfitri pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 44 tahun pada 29 Mei 1973 kerana sakit jantung, dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Pernah berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris (isteri pertama) 1950, kemudian dengan Norizan Mohd Noor (kedua) 1955 dan Saloma pada tahun 1961. Mempunyai ramai anak angkat yang dijaganya tetapi anak kandung hanya dua - Mohd Nasir dan Arfan hasil perkahwinan dengan Junaidah. Manakala anak angkat dan anak tiri adalah Sazali, Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak norizan), Armali (anak kepada Saloma dengan AR Tompel), Betty, Zakiah, Sabaruddin dan Dian.
~...tanpa lagu, pincanglah irama, tanpa jari lentik pandai petik gitar, boleh putus tali, andai begitu, jawablah tanya ku ini, adakah sama juga keadaannya antara SERI BULAN dan HISYAM...~
salam azie..dari sekecil anak2 sehingga yg tua bangka semuanya minat P.Ramlee..bukan saja filem2nya tetapi lagu2nya yg evergreen..susah nak cari seniman sebegini sekarang kan..all rounder..hebat dari segi lakunan,nyanyian dsbnya.
ReplyDeletesalam kak azie
ReplyDeletewah..rindu sama kakak...
ayu kan memang minat semua cerita dan filem yang ada kaitan dengan arwah...
umai pun sedang belajar sebut P.RAMLEE..
kesian juga dia minat cerita arwah..tapi agak tak reti sebut nama arwah dengan jelas...
kak, ada dengar 1 lagu...??? yang ada kaitan dengan cerita p.ramlee (ali baba bujang lapok)..tapi diubahsuaikan ikut melodi penyanyi?....adeh...rosak sungguh...geram..tutup radio..hahaha
saya yang lahir selepas zaman kematian seniman agung nie pun memang minat giler ngn lakonan2 Tan Sri P.Ramlee. kesempatan bercuti ke penang itu ari saya mencuri masa melawat ke tapak rumah arwah di lahirkan. 2 kali pergi baru dapat masuk. pustaka peringatan di dalan dedap, setapak dah banyak kali pergi. bagi pendapat peribadi, x de mana2 lagi yang boleh lawan seniman agung ini
ReplyDeleteMcm dh lama x nampak...hi3
ReplyDeletemohdandmeriam > Makcik, saya setuju. Kehebatan Tan Sri P. Ramlee memang sukar ditandingi.
ReplyDeleteAYU > rindu juga pada AYU..
ReplyDeleteBegitulah ada ketika bila kita cuba mengubah sesuatu, kadang2 menjadi lebh baik, kadang2 lebih menjahanamkan. Malang sekali.
EELOBOR > Wahh beruntung berpeluang melawat sendiri tempat2 warisan Tan Sri P. Ramlee.
CT > Ya, nanti Kak Azie akan kembali melawat CT..
ReplyDelete"Jangaaan tinggal daaaaku..."
ReplyDelete:D
CKLAH > "Bunyi gitarrrrr... irama twist!"
ReplyDeletecewahhhhh.... :D
Salam Kak ... ada dengar lagu YUNA tribute to P.Ramlee tu tak. Saya suka banget lagu tu ... Cerita paling saya suka, banyak kut ... Seniman Bujang Lapok, Madu Tiga, Ibu Mertuaku, Masam masam Manis ... anak saya yang lahir zaman ni pun, suka giler kat P.Ramlee :)
ReplyDeleteACIK MLMW > Sama gak, kami satu rumah boleh lepak ramai2 layan filem P.Ramlee, gelak sesama.
ReplyDeleteLagu YUNA nynayi tu ada gak dengar, pepagi radio, Saleh Yaacob ada pasang.
Tapi tetap suka bila Azlan Typewriter tu nyanyi. Besttt...!
Salam Kak Azie,
ReplyDeletesaya suka cerita 'enam jahanam'.
Jarang main kat tv..
AZRINA > Ya, filem Enam Jahanam, kisah penjahat yg bunuh isteri P.Ramlee (lakunan Noor Azizah), semasa dia sedang siap nak ambil gambar.
ReplyDeleteJahat dia Osman Botak dan Hussein Abu Hassan (rasa nya la). Siap ada burung kakak tua lak tu.
Dah jarang tayang, kan?
"Oh nonaku AZIZAH.."
ReplyDeleteteringin nak nonton kembali teater P Ramlee
ACU > Ermmm... tak ingat lagu itu dari filem mana, tapi filem Penarek Beca, heroin memang Azizah (lakunan Saadiah).
ReplyDeletelagih elok u all sedekahhhhh
ReplyDeleteal - fatihahhhh buat allahyarhammmmmmmmm p.ramlee