Sunday, October 31, 2010

Piala Malaysia 2010: Akhirnya..!

Tahniah...!

Akhirnya Piala Malaysia 2010 menjadi milik Red Warriors. Selain kerana bermain cemerlang (ini dari penilaian aku), walaupun tak tengok, sudah tentu semangat juang yang tinggi mendorong untuk mereka merebut kembali kekalahan tahun lepas dari juara bertahan hobin Negeri Sembilan.

Dengan keputusan 2-1, menjadikan kemenangan pertama dalam sejarah Piala Malaysia sejak 1921-2010.

Dan, akhirnya juga, hari ini Ahad, seluruh Kelantan mendapat cuti umum.


*Dari berita TV sekejap tadi, rupanya N9 yang score dulu ek, penalti di minit ke-14.


**Aku tak tengok, tidur seawal 9 malam tadi. Dalam rumah langsung tak tune bola malam tadi (sebab yang lelaki takda di rumah). Sms kepada kawan baik SERI BULAN supaya smskan keputusannya lewat tengah malam (tapi hampehhh...!). Result ini aku tengok dalam web berita.




13 comments:

  1. azie..
    kami pulak mula2 dengar melalui radio kedudukan gol..
    sampai rumah adik terus terpaku nengok bola... bila tengok ramai-ramai.. bessstttttt....

    ReplyDelete
  2. salam azie..makcik tengah seronok ni sebab tak kalut didapur menyediakan breakfast marissa..boleh singgah rumah azie pagi2 ni sebab cuti..yahooo cuti.

    ReplyDelete
  3. Salam Azie..

    kakcik tengok 'gitu-gitu' je... Sambil tukar saluran sini sana.. sudahnya TV tengok kakcik! :)

    ReplyDelete
  4. Kelate cuti arini...
    kelantang tu bila ganu yg sebut..
    ekekekek

    ReplyDelete
  5. AKAK > mesti riuh rendah tu kan?


    MERIAM > Makcik. Meh.. meh singgah.

    ReplyDelete
  6. Salam KAKCIK > Belum bertolak ke Alor Star?


    VIC > Tak sengaja tertaip g lak kat ujung, dah betulkan dah. hehehehe. Jeles jer tengok depa dapat cuti, dah jadi 3 hari berturut tu kan?

    ReplyDelete
  7. salam kak
    sy tgk juga, tp selang seli dgn CSI Ny dan Grey's Anatomy... hehehe....

    ReplyDelete
  8. yeay cuti...tukang seronok wpun x dok kelantan.

    ReplyDelete
  9. Kak Zai tengok masa makan kat PJ,riuh rendah dibuatnya.
    kak Zai dah pindah rumah baru,jemputlah ke
    mamasya2.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. wah cantiknya gambar....seorang pahlawan berlatarbelakang warna merah

    ReplyDelete
  11. Salam ROSNANIE > ingatkan anak jati Kelantan tak lepas peluang.


    ANA > Sama-samalah kita seronok.

    ReplyDelete
  12. Salam Kak ZAITUN > Nanti saya jengah dan edit semula kat list.


    EELOBOR > Tu pic Red Warrior anime, lambang gagah dan perkasa si merah.

    ReplyDelete
  13. kawan aku cakap nasib menang,kalau tidak............. *aku tak pasti ayat seterusnya ^.^

    tahniah kpd pasukan kelate deh.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails