Thursday, October 7, 2010

Jangan Bising! Sini ada cerita....

Salam pagi Khamis.

Jangan bising! Nak tampalkan kisah ini:

Kisah 4 Pengantin Baru
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk kawinkan anak-anak ini serentak.

Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak itu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “Nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya. 

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’. Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis ‘Besar, teguh dan peramah’.. Bahagialah Si Siti rupanya.

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir’ Bahagialah Si Seri rupanya... 

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis ‘KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’... Bahagialah Si Murni rupanya. 

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya ‘AIR ASIA’.


Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? ‘7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. TANPA HENTI’




*Tolong, jangan gelak kuat sangat...!




17 comments:

  1. azie..
    u memang jahattttttt...
    hhahahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
  2. Iklan power ...Kak Azie telah berjaya buat Zureen tersengih2 pagi ni..:)

    ReplyDelete
  3. Lagu Stacy berbunyi: Budak Jahat !! Budak Jahat!! he......

    ReplyDelete
  4. amboi kak azie...lawak laa...terharu bile bacenyee...

    ReplyDelete
  5. saya belum kawen. jadi...sgt tersipu2 membacanya..ngeeeee

    ReplyDelete
  6. aku dah gelak 2 tahun lalu...jadi xjadi larr nak gelak..:-)

    ReplyDelete
  7. EN FADZIL > Memang tempelan ini sudah duduk dalam email box saya lebih dari 2 tahun....!

    ReplyDelete
  8. terbahak-bahak saya gelak kat opis ni....*apa punya anak dara! hahaha...haruuu! dah la nama sama pulak tu.....aduhaiii!!

    ReplyDelete
  9. bacalah berapa kali pun...cerita ni tetap lucu

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails