Friday, October 8, 2010

CHINTA yang Tidak Lagi Mahu Berchenta...

Pernah tonton siri CHINTA setiap petang 6.30 di TV3? Pelakun utama Fasha Sandha. Hero macam ramai tapi si ADI PUTRA lum muncul lagi sehingga semalam.

Kisahnya berkisar moral, akhlak yang runtuh, dendam yang membara sehingga membawa kepada rentetan keruntuhan moral yang lain, juga kepada kemusnahan hidup insan lain juga.

Siri ni best kerana pelakun ramai yang hebat. Pertama, ada Azhar Sulaiman (watak jahat yang tergamak menjual maruah adik kandungnya sendiri kerana duit), tapi sudah dimatikan wataknya kerana ditembak (scene ni aku terlepas).



Walaupun aku memang tak berapa minat Fasha Sandha sebagai seorang artis, tapi aku akui yang dia memang seorang pelakun yang baik, berkarakter dan cara dia berlakun hebat. So tak terkejut bila dia selalu dapat tawaran berlakun pun. (Lupakan sebentar kisah sensasi tentang peribadinya)






Dalam siri ini dia menjadi gadis bernama CHINTA yang teraniaya kerana abang kandung dan kekasihnya (kawan baik CHINTA sendiri) yang menjualnya pada orang kaya demi kerana duit. Setelah 2 kali dirogol, (yang kedua kalinya oleh kekasih sendiri kerana marah) CHINTA tidak lagi merasa aman berada di bawah bumbung yang sama dengan ayahnya yang tidak mempercayainya dan keluarga kawan baiknya menokoktambah luka parah sebuah fitnah. Mujur si emak yang memahami dirinya.

Membawa diri ke bandar menjadi model sekaligus mengubat hati dengan caranya sendiri. Dia tidak lagi percaya lelaki, malah dia amat marah dengan takdir dirinya, sehingga ada dialog (yang telah di“toooot” tapi dari miming leh tau apa dia sebut):
“Dia dendam, dia marah. Marah kepada Tuhan”.

juga dialog dari mulut CHINTA sendiri:
“Dulu aku pakai tudung jugak, tapi macam-macam benda buruk jadi pada aku”.
“Jangan marahkan saya. Marahlah pada Tuhan.”

Agak berani dialog sebegitu tetapi itulah hakikatnya bila seorang yang telah teraniaya, sudah bosan menjadi baik lalu membawa diri sebagai seorang yang berani melawan, berani membalas dendam demi harga diri dan maruahnya yang telah diambil tanpa rela. Malah kerana seorang CHINTA, 3 lelaki yang ada kaitan dengannya mati sekaligus dalam sehari. Sorang mati dilanggar, sorang mati dipanah petir (takbur sangat) dan sorang yang melanggar tadi mati tembak kepala sendirik...!

Sebuah siri drama yang best. Hari ni Jumaat, takda. Kena tunggu Senin nanti. Dan dalam siri ini, juga ada Natasha Hudson yang sungguh jelita dan Fasha Sandha nampak sangat cantik walaupun berperanan sebagai pendendam yang makan dalam...!




~....sehingga hari ini SERI BULAN masih belum dapat melepaskan dendam untuk melemaskan perahu HISYAM di malam hari, kerana takut denai gelap disuluh orang...~




19 comments:

  1. uihhhh..saya pon duk layan cerita chinta nih! syok pulak.. hahah :D tapi banyak dialog yang dia "silent"kan kan?? sensitif isu kot.. :)

    ReplyDelete
  2. adi putra buat stail cemtu nampak hensem sgt! GB tak sempat nonton....sampai rumah biasanya 9 lebih. GB tgk review cik azie je lah ye? :)

    ReplyDelete
  3. tak berkesempatan tengok laggi :(

    ReplyDelete
  4. ADa kawan dah cerita tentang drama ni kat kantin sekolah... tapi masih belum sempat menonton...

    sebabnya....
    1. leka dengan laptop.
    2. anak asyik tengok katun
    3. tak minat Fasha sanda...
    4. tak ingat pun..tahu-tahu terlepas waktu...

    ReplyDelete
  5. salam...

    walaupun amy x bape suka fasha sandha but cite nie best gak tapi layan kejap je coz lebih suka tengok cinta kirana hehehe....

    ReplyDelete
  6. salam kenal tuan rumah..
    anak2 layan citer melayu kat tv dlm bilik
    hubby layan astro...saya...teramat jarang tgk tv..kalau tgk pun,berita ja...
    saya boleh hidup tanpa tv hehe..

    ReplyDelete
  7. Azie
    I follow gak. Tak kira siapa main asalkan lakunannya bagus.

    ReplyDelete
  8. setakat nie, belum ada penghayatan kearah cam gitu

    ReplyDelete
  9. JIJI FIFY > Ya, mesej cerita dia best. Kisah moral dan keberanian tak bertempat.



    GB > Ai minat tau ADI PUTRA.... :)

    ReplyDelete
  10. EJA > Nanti bila sempat dapat lah tengok.



    ROSLAINI > I sendiri memang tak minat Fasha Sandha (but not fair boikot drama lakunan dia semata itu), tapi drama ni bermesej berat. Ok la jugak.

    ReplyDelete
  11. AMY SYAQUENA > Yup, siri Cinta Kirana pun waktu yang sama gak. Citer tu pun best tu.



    KAMSIAH > Salam. Terimakasih.
    Saya pun pilih program. Layan jer tv sebab nak release tension.

    ReplyDelete
  12. SOM > Pandai depa berlakun. Kat luar buat kita benci, dalam drama kita suka. Begitu juga sebaliknya....



    EELOBOR > Ada juga drama Melayu yang boring dan annoying..

    ReplyDelete
  13. salam..

    best cete ni..

    ReplyDelete
  14. Masa tgk drama ni sepintas lalu (masa tu Fasha kena pukul ngan mak dia, bila mak dia nampak gambar dia dengan lelaki tua) terus tukar canel lain. Walaupun dgr org kata citer ni bagus tapi tak suka dengan cik pasha tu jadi boikot tengok. Macam tu juga magazine kegemaran, kalau letak muka depan si pasha, konfem vic tak beli bulan tu.

    ReplyDelete
  15. Salam azie...Ramai pelakon yang lawa2,berbakat pula tu tapi kak Zai jarang tengok drama tv,sebab tu tak tahu apa2 cerita.


    Kak Zai
    mamasya.blogspot.com

    Guna account anak sebab blog tak boleh sign in.

    ReplyDelete
  16. kadang2, walaupun lakonan, walaupun skrip, ia tetap diambil kira. Baik lah depa berhati2 dgn skrip masing2, kan?

    ReplyDelete
  17. SEKAMAR RINDU > salam. Ya. Best jugak kan.



    VIC > Kak Azie pun tak minat Fasha, tapi jalan cerita boleh tahan, watak dia pun menjadi. Layan jerrrr

    ReplyDelete
  18. KAK ZAI > salam. Sekali sekala ada juga drama yang seronok dilayan.



    FAATIP > Setuju... Ada line yang mengganggu sensitiviti...

    ReplyDelete
  19. hajiii aminnn

    alllllllll- fatihahhhhh



    090-0000000000

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails