Saturday, October 9, 2010

Rumah PENA: “Memerdekakan Sejarah”, NATRAHlah yang Membangkitkan Beribu Kita...

*Entri ini mungkin akan menjadi panjang, dan mungkin tidak ramai yang akan faham, atau juga mungkin ada yang tidak langsung faham. Tidak mengapa, aku mengerti.
**Catatan ini adalah peribadi aku semata-mata, tidak mewakili mana-mana, sekiranya ada fakta yang tidak benar, maaf itu adalah tidak disengajakan.

Seperti biasanya rutin Malam Baca Puisi PENA yang jatuh setiap Jumaat pertama setiap bulan berlangsung lagi. Kerana Jumaat pertama adalah minggu lepas masih suasana beraya, maka Malam Baca Puisi ditunda ke malam tadi.

Seperti biasanya juga, beberapa penggiat sastera dijemput khas dan ramai juga peminat seni sastera yang hadir memeriahkan program dan memberi sokongan, termasuklah aku yang kalu boleh setiap bulan nak pegi tengok.

Lama sungguh aku tidak pergi, sudah 2,3 kali program aku terlepas. Program terakhir sebelum puasa, aku sepatutnya ikut bersajak tetapi tak ingat kerana apa aku tak hadir.

Bersekali untuk release tension semalam aku hadir juga bersama My TOKLAKI (yg seperti biasa duduk di belakang saja) walaupun si kembar aku yang di Putrajaya tidak dapat join, juga blogger AA yang lagi seorang itu (klik SINI utk blognya) kerana sidang kesnya berlarutan hingga ke senja.

Ramai juga wajah-wajah biasa yang aku temui, dari ahli Rumah PENA sendiri, Presidennya, Setiausaha Agungnya, wartawan, penulis dan penggiat sastera yang, biasanya wajah memang aku kenal, nama memang aku tahu tapi teramat jarang kami berbual, cukup sekadar tegur sapa. (Yang sebenarnya aku malu lagi segan nak duduk sekali, cukup sekadar menonton dari jauh).

Dengan tetamu khas Datin Fatini Yaacob, pelajar-pelajar dari UPSI (yang ini saat akhir tidak hadir) dan Persatuan Guru-Guru Indonesia.

Seronok betul menghayati puisi-puisi yang bernada pelbagai. Ada yang sinikal, penuh prasa menyindir, yang bergurau yang berterus terang...

Ayahanda Dr Ahmad Razali selaku pengacara awal sementara menanti pengacara tetap Ayahanda Dr Ibrahim Ghafar yang lewat kerana jem, membacakan 5 puisi dari Antologi Cafe by Lotfi. SM ZAKIR membaca puisi: Taman Jasmin dan sebuah sajak bernada politik bertajuk Liberal.

Sdr Salman al-Faroukhi dengan puisi Akhirat Destinasi Sebenarnya Manusia. Bergegar suaranya lantang dan sungguh terpaku mendengar bait yang menyebut betapa manusia semakin lupakan Tuhan, lupakan Akhirat.

Lotfi juga membacakan beberapa puisi dari Antologi Cafenya yang banyak berbau sinikal tentang arena politik negara masakini.

Antara yang sempat aku rakamkan adalah puisi dari Ayahanda Dr Ibrahim:
...kemunafikan intelektual
mengilmiahkan pembohongan menjadi sangka
mentafsir merdeka mungkir akar dan pangkal
segala kata sekadar menjadi
tidak lagi benar demi kebenarannya...

Sdr Salleh Rahmat dijemput memberikan sedikit ucapan ekoran dari pemilihannya sebagai Presiden PENA yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung PENA minggu lalu. Ya, pimpinan baru yang berharap dapat lebih memarakkan sastera tanahair khasnya di PENA sendiri.

Wak Ismas Saring juga dijemput (lama tul tak jumpa Wak ni...) dan membacakan puisi yang kelakar walaupun sinis, bertajuk Pantun Rayau Raya.

Lain-lain lagi adalah Sdr Arif Ahmad, salah seorang pengajar di UPSI, Dato’ Dr Prof Mansur Abdullah (seorang bekas Dekan IPTA) dengan puisi Bila Bendera Menginjak Bendera. Sdr Daeng Ramli Akil (pensyarah dari Kuantan) dengan puisi makrifat Aku Tiga dan juga membacakan puisi Natrah dalam versinya yang tersendiri — prolog, monolog dan epilog.

Acara kemuncak pastilah mendengar sendiri dari Datin Fatini Yaacob tentang tulisannya mengenai “NATRAH: Cinta, Rusuhan & Airmata”.


Ya ada banyak cerita dan liputan tentang buku ini, tentang kajian ini dan segala jenis medium membincangkan tentang buku ini dan juga teaternya. Tetapi yang aku tulis ini adalah dari kacamata aku, dari rakaman aku sendiri. (Yang disebut oleh Ayahanda Dr Ibrahim sebagai “memerdekakan sejarah”)



NATRAH adalah kebangkitan besar rakyat Melayu, mempertahankan agama. Puluhan ribu yang merusuh dan hadir semasa perbicaraan NATRAH. Perpaduan menjadi sungguh kukuh dan kuat ketika itu. Menurut Datin Fatini, takdir ini sungguh cantik untuk Melayu.



Ada banyak kisah tentang NATRAH ini ditulis dan anda boleh baca sendiri, juga boleh beli buku tersebut secara online di SINI:


Terakhir sekali, Datin Fatini menyanyikan lagu khas tentang NATRAH yang liriknya dihasilkannya bersama penyanyi puisi Sdr Ahmad Ramli. (Penyanyi puisi ini aku kenali namanya sudah lama, dan pernah menjadi fenomena kepada kami Sahabat KLfm bilamana DJ bersuara emas Tuan Haji Manan Selamat (kini penerbit) menjadikan beberapa lagu puisi sebagai “wajib pasang” beberapa tahun dulu. Ada yang masih ingat?

Kerana Sdr Ahmad Ramli tidak dapat hadir, Datin Fatini menyanyikan lagu tersebut bersama anak-anak beliau. Menurutnya, 2 rangkap pertama “disedihkan” lagi oleh Sdr Ahmad Ramli. Dan, ya benar... memang sedih rangkap itu bersama melodinya yang mendayu dan membuai perasaan.



Terpaku, kagum dan terkedu kami di kerusi masing-masing dan aku sempat rakamkan lagu tersebut thru video hanfon.


Cintamu Natrah
Duka tidak tertahan
tangis tidak terhenti
resah tidak menjanjikan
bahgia nan abadi

Sinar di hujung mimpi
mentari terus menyepi
mengharap suatu yang tak pasti
terhimpunlah pasrah dihati

Aduhai Natrah, kau menyedarkan kami
Aduhai Natrah, kau satukan jiwa kami
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
tapi dirimu terpenjara
Aduhai Natrah, bangkitkan beribu kami
sedang kami bebas merdeka
Moga yang ada kini
tak diulit mimpi lagi
Moga yang ada kini
tidak lagi menyepi

Kini kau telah pergi
tidak akan kembali lagi
derita dan lara cintamu
memahat kenangan sedih.

Puisi: Fatini & Ahmad
Lagu: Ahmad Ramli

Selesai sesi Datin Fatini aku terus bergerak pulang walaupun program belum selesai sebab dah lewat masa. Ada Ijamala (ya, lama kita tak jumpa), ada Nadzmi, juga ada Wak Khalid Salleh (tak sempat dengar dia bersajak).


Besttttt....! Terbaekkkk...! Tidak rugi aku hadir malam tadi dan....sungguh release tension!





23 comments:

  1. akak suka puisi ya? saya suka org yg sukakan puisi walau diri sendiri tak berapa pandai nak berpuisi. :)

    ReplyDelete
  2. i tak pandai puisi.
    cayalah orang yang terror berpuitis.
    rasa jiwa depa halussss gitu.
    i pandai merapu je.
    namun sesekali `berpuitis' jugak!
    berpuisi cara sendiri. :D

    whateber it is, seronok kalau dapat release tension kan?

    ReplyDelete
  3. Kisah Natrah....punya sejarah lebih dari yang tercatat...

    Masa cklah sekolah dulu, sampai berebut2 Dewan Masyrakat di Perpustakaan sekolah sebab nak ikuti cerita Natrah ni...

    ReplyDelete
  4. GB > Suka jugak laar..



    FA > Sama lah kita. Tak pandai jugak. Release tension cara sendiri.

    ReplyDelete
  5. VIC > Tidak juga. Teater Natrah dah selesai kan?



    CKLAH > Betul. Ada banyak lagi kisah catatan sejarah sebalik Tragedi Natrah. Alangkah best kalu ada filem tentangnya.

    ReplyDelete
  6. salam azie...kite nak beli buku mmg minat kat natrah ni...masa kite kecik2 dulu mak selalu crita ttg natrah ...

    ReplyDelete
  7. suka semangat org kita zaman natrah dulu...tapi skrggg.. :(

    ReplyDelete
  8. CUTE OVEN (oven bakar kek ker petang nih?)
    Salam. Ya, citer Natrah ni memang best.


    ANA > Semangat yang sungguh cantik.

    ReplyDelete
  9. ANA > Entri "signanture" tu adalah tidak sengaja, terklik. Sori, Kak Azie delete entri tu sekali dgn komen ANA. :)

    ReplyDelete
  10. kak azie

    sungguh ayu gemar entry ini,,,dapat kenal rapat dengan pemuisi..

    masa dizaman remaja ayu selalu join sajak...bukan gemar sahaja..malah sebati..

    lama-lama ianya menjadi air dalam darah..pergi bak air....agaknya, kerana mood yang selalu sibuk, membuatkan ayu hilang puisi,,

    oh syahdunya..

    ReplyDelete
  11. terbayang keseronokan azie semasa di sana, tak pernah berpeluang begitu....

    membacanya pun best

    ReplyDelete
  12. laaa.. tak tau pun dia tu datin.. huhuhu.. kerap jugak dok jumpak kat rumah cousin eja di gombak 2 tahun lepas.. dia berborak selamber je.. very down to earth.. tak nampak cam datin2 dalam drama melayu tu.. huhuhu....

    ReplyDelete
  13. dari dulu nak tau kesah natrah ni..jumpa pulak buku nya thk

    ReplyDelete
  14. iya ke dah habis. Sebabnya masa nak booking tiket Tun Mahathir the musical nampak "Natrah" dalam column coming soon. Agaknya Istana budaya tak update ke laman web?

    ReplyDelete
  15. Salam,
    Saya baca Natrah masa Datin tulis dalam Dewan Masyarakat dulu tu. Dah beli juga buku Natrah ni, tapi dah setahun dok atas meja sampai sekarang tak sempat nak baca hu huhu sadiskan hidup ni ;)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum AzieAzah.
    Satu perkongsian yang meresap ke dalam jiwa. Seronok kalau dapat mendengar nama-nama agung melafazkan bait-bait puisi yang indah.

    Sungguh terkesan dengan bait-bait liri puisi Natrah.

    Natrah dalam kenangan. Sejarah yang dimerdekakan.

    TQ

    ReplyDelete
  17. salam...

    Amy datang bertandang di malam hari sambil nak serahkan awards, jemput ambil awards di sinar raudah ye...

    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/best-friend-awards.html

    ReplyDelete
  18. Aslmkm Azie.
    Hmmm, Azie masih terus ikut aktif dalam dunia seni ini kerana minat la kiranya.
    Bagus la kalau masih dapat merasa keberkesanannya.
    Puisi memang boleh mendamaikan fikiran & jiwa.
    Tapi Kak G dah lama terpisah sejak selepas HSC. Lamer tu! :)
    Sejak tu dah pandai mencari
    ketenangan alternatif. :)

    PS: Ehhh dah past 2am!

    ReplyDelete
  19. AA > Tabik pada orang seni walaupun pada saya mereka ini tersendiri dan pelik tapi mereka inilah antara pejuang dan pembela budaya dan bangsa

    ReplyDelete
  20. AA > Tabik pada orang seni walaupun pada saya mereka ini tersendiri dan pelik tapi mereka inilah antara pejuang dan pembela budaya dan bangsa

    ReplyDelete
  21. hajiii aminnn

    wuntuk worang sulah meninggal masuk lalam kuburrrrr dahulu

    sama-sama sedekahkan alllllllll-fatihahhhhh <

    ReplyDelete
  22. hajiii aminnn

    ALAMAKKKKKKKK ALAMAKK ada lagih

    hak hak hak hak hak

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails