Monday, October 11, 2010

Jumpa Mata Air? Chill laaarrrr....!

Malam tadi aku sekeluarga hadir di majlis raya “Majlis Penutup Aidilfitri 2010” anjuran komuniti penduduk di kawasan perumahan aku.

Ini merupakan majlis Fasa Kedua, majlis pertama (Fasa Pertama) telah dibuat pada malam Jumaat lalu di dataran lain, tapi agak jauh dari rumah aku. Kerana ramainya penduduk, majlis diadakan 2 peringkat.

Majlis malam tadi meriah dan sungguh happening! Khemah merah-putih yang cantik, meja penuh dengan tetamu. Makanan pun banyak. Ada Nasi Hujan Panas lengkap dengan lauk-pauknya, ada Laksa, ada Mee Rebus, ada Char Kuey Teow (goreng di situ), ada Cucur Udang, ada Ketupat Lemang Rendang, Kuih-Muih, ada pula yang buat Roti Canai, Air Sirap, Air Bandung dan yang paling terangkat adalah Cendol...! (sempat ambil semangkuk jer, sbb cepat habis)

Perhhh makan puas. Pastu duduk-duduk borak dengan jiran-jiran, kenalan setaman. Tetamu VIP adalah Dato’ Mat Aris — tak ingat apa jawatan dia sekarang (dulu memang Wakil Rakyat). Gitulah bila aku tidak ambil pot pasal politik. Malah wajah dia pun aku tak kenal, sehingga terpaksa tanya orang, siapa VIP tu.. hehehehe.

Dalam borak-borak semalam, seorang “kakak” yang aku kenal lama juga, menyingkap kisah lama, kerana kami sama-sama orang lama yang tinggal di sini. Pendekata kami antara penduduk terawal, sejak lebih 20 tahun dulu.

Sempat juga dia mengusik, “dulu masa awak anak dara duduk sini, sapa tak kenal awak. Tapi tak sangka, berkawan dengan orang lain bagai nak rak, tup-tup kahwin dengan orang lain.” Hahahahahaha! Tergolak bosa den..!

Dia tak tau “wanita” yang menyebabkan aku tak jadi kahwin dengan “mata air” pertama aku tu pun ada kat majlis yang sama. Kat meja sebelah jerrr..

...and seperti biasanya bila tertembung dalam mana-mana majlis/program di taman, dia mesti pandang aku semacam, jeling macam nak telan.

...and seperti biasanya juga, aku tetap selamba senyum manis semanis-manisnya pada dia, membuktikan aku sedikit pun tidak rasa tergugat atau ingin menggugat dia. “Chill laaarrrr...!” bak kata anak-anak aku.

Hikhikhikhik! sekali sekala tersenyum sendiri, sudah lebih 20 tahun, tidakkah dia boleh melupakan sesuatu yang hanya berlangsung selama 2 tahun antara aku dan suaminya, dulu?



~...betapa hebat dan bagus pun mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup SERI BULAN, tiada siapa dapat dibandingkan dengan kerendahan budi, kemuliaan hati dan kenakalan jati seorang lelaki bernama HISYAM...~


32 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... kakcik pun pernah mengundang bekas teman wanita Abg Mus ke rumah kami dan naik kereta bersama kami... apa ada hal, kan? :)

    ReplyDelete
  3. kak, dia takut bayang2 sendri ka??
    :P

    ReplyDelete
  4. hahhahaha.. dia cemburu tu kak Azie. Almaklumlah kak azie kan mama hot yang maintain vogue the vassss..

    atau mungkin juga laki dia tidur masih menyebut nama kak azie dalam mimpi... itu yg dia "panasss".

    hahahaha

    ReplyDelete
  5. eheksss...dia ada masalah kurang yakin pada diri....20 tahun still xleh lupa..hebat tue...

    ReplyDelete
  6. Dah tua-tua dah, tak elok gaduh-gaduh kan? Barang yang lepas jangan lagi dikenang. Hehehehehe....

    ReplyDelete
  7. Akak lagi cun dari dia ler tu, hat tu yang rasa tergugat tuh ... hehehehe

    ReplyDelete
  8. apa la..kisah lama kan, lupa je la. buat muka selamba je azie, buat mcm xder apa2 berlaku...

    ReplyDelete
  9. alamak! kisah lalu jgn dibuka ;)

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Jodoh itu ketentuan Allah, dah tentu ada hikmahnya dengan apa yang jadi...apalah nak jeling dan bakar hati sendiri macam tu.

    opsssss: betul kot laki dia ngigau jerit2 nama akak vok kita ni hu hu hu -------? pstttt: citer panas ni ;)

    ReplyDelete
  11. hahahaaaaa!!!!
    masih ingat entry 'rival' saya hari tu??
    rasa menang tak anda??!!
    :)
    .
    .

    ReplyDelete
  12. wahwahwahhhhh ...
    jelingannya!!!!!!!

    ReplyDelete
  13. Hee..
    biarkan..tak perlu dirisaukan apa2 pun...
    biasalah orang pompuan...hee
    maybe ex-b/frenz Azie pernah memuji Azie depan dia kot ..haaa

    ReplyDelete
  14. salam azie..hehe..jealous sebab azie lebih cun dan tajam jelingan dari dia..apa pun makcik respect azie sebab selamba je bila berjumpa..dia sepatutnya malu pada diri sendiri sebab dah 20 tahun ..agaknya dia bimbang sebab dia yg rampas ex b/f you dulu tak..

    ReplyDelete
  15. alahaiiii...jeles2 manje gituuu.. ;D

    ReplyDelete
  16. azie..
    dari jelingannya....
    kadang2 jelingan bawa bahagia..
    kadang2 jelingan pun boleh bagi tak keruan kita jadinya...
    kenapa u tak jeling dia balik...??

    ReplyDelete
  17. rampas balik apasalhnya..

    jadi MADU

    ReplyDelete
  18. jelingan maut tu...takuttt...
    sabar ye kak azie...

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Azie cayang..

    Apa khabar?????? Rindunya Nida kat akak...hehe

    Cute sesangat gambar mata kat bawah tu... menawan dan memukau..hehe

    ReplyDelete
  20. mana menghilang nie kak???
    bz ke???

    ReplyDelete
  21. salam kak azie,
    lama nyer sonyap.. sihat?

    selalunya hari2 ada citer baru, ni lama bebeno sonyap..

    ReplyDelete
  22. oooo asalamualikum... errr tak berjawap akak aku sorang ni...dah bersawang dah

    ReplyDelete
  23. Aik punya besaq kabel ramai ahli yahoo terbesar di Malaysia? Blog satu pun tak tejaga. Saman rm300k je,belum i saman sejuta..uhuk

    ReplyDelete
  24. Aik tak meniaga ke?
    Pstt*jiran saya nama isham juga, kena tangkap kerana kaitan pendpost halam,akaun may bank ,siasatan oleh ssm ,bn,skm..senyap gak,jaminan..sdang diuruskan

    ReplyDelete
  25. Salam Kak ... Akak sihat ker? Apasal lama tak bersiaran nih o-o rindu dah nak baca post baru akak. Harap akak sihat sentiasa. AMIN

    ReplyDelete
  26. Salam Kak Azie,

    Mana pergi ni kak...

    Senyap aje.

    Sihat walafiatlah hendaknya.

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails