Wednesday, October 6, 2010

Syawal: Ini Memang Entri yang Termasuk dalam Zon Tunda...

Betul-betul tertunda, belum abih lagi bayaq upah tunda.

Majlis Raya di sana sini. Tahun ini tidak banyak yang sempat dihadiri. Terimakasih kepada yang mengundang. Tahun depan undang ler lagi. Tak rugi, sebab AA memang makan banyakkkk....

Sabtu 2 Okt:
Majlis Membaca Pusat Sumber & Majlis Raya di Sri Sabah, anjuran Jalinan Kasih untuk anak-anak yatim sekitar Bandar Tun Razak dan Ceras.

Kerana Sabtu adalah hari bekerja, so selepas kerja di hari Jumaat aku hadir dan pada sebelah malamnya juga hadir membantu apa yang patut. Ramai sukarelawan dari Institut Profesional Baitulmal yang hadir (kira-kira 50 orang) membantu cucuk sate, menganyam ketupat, mengupas bawang, memotong daging, memasang khemah, merebus air dan segala macam kerja. Mereka jugalah yang menjadi urusetia utama program dan semua team work mereka kelihatan bersungguh-sungguh.
*No pic kerana semua yang aku snap berada dalam hp orang lain.

Aku sekadar melihat, membuat kerja yang ringan sahaja. Masa ni teringat, dolu-dolu kalu ada program, semua kerja nak kena buat, sekarang dah relax skit sebab ramai yang membantu.

Ahad 3 Okt:
Hadir di majlis perkahwinan SUE di PJ. Ramai juga berjumpa dengan para sahabat KLfm walaupun ada yang tak kenal aku lagi. (Ya.. aku sudah semakin tua.)


Aku makan sikit saja, kerana ada 2 lagi majlis selepas itu. Lagipun menu tu aku dah biasa makan, sebab katerernya adalah katering dari taman aku (dan aku yang rekmen utk SUE).





Hadir di majlis raya di rumah Hj ISMAIL (dari AnakPerlis.com) di Ulu Klang. Walau agak terlewat kerana jem teruk, dan masa undangan semakin di hujung, masih ada kawan-kawan dari AP.com yang masih tinggal menanti.


Me & AINA




Agak eksklusif gambar ni. Siapa lelaki itu?


Cisss! Geng Kumboi yang terlebih umoq...!

Dapatlah rasa secebis dua daging kambing golek yang disebutkan ada 3 ekor. Ramai sungguh tetamu yang datang sehinggakan tuan rumah terpaksa masak menu tambahan kerana katering yang menguruskan makan, sudah wrap. Terimakasih. Makan sedap, rumah cantik, tuan rumah mesra.


Menjelang 6 petang singgah pula di rumah SHIRA di Riviera Apartment, Ampang.

Me & FARHAKESUMA

Makan lagi. My TOKLAKI terpaksa juga mendaki tangga dengan kaki yang masih sakit dan bengkak (sejak jatuh ritu, pinggang ok tapi kaki semakin parah).

Terimakasih pada semua yang mengundang, dan maaf pada mana-mana yang menjemput tapi tak kesampaian. DJ MKay pun menjemput ke “Rumah Terbuka REDSTAR aka Konon Saya Tuan Rumah” pun tak tersampai walaupun tak ler jauh sangat, cuma di belakang Hospital Pantai Medical Cheras saja. Sori yaaa...


Juga undangan dari our client PPZ Wilayah yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, Isnin 4 Okt. Makan tengahari. Tapi bila my Bos dah jumpa dengan ramai kenalan, kami duduk makan-makan sambil sembang dekat 3 jam.

Ada sate jugak, cuma kambing golek takda. Cari menu yang lain dari yang lain. Nasi langsung takmo.

*Sehingga hari ini aku tetap belum pandai menganyam ketupat...



18 comments:

  1. Azie selalu ke Riviera tu.. ke rumah Shira tu lah, ya? :)

    ReplyDelete
  2. makan sakan nie...ana pun sepanjang weekend bln raya ni lum masak lg kat umah.

    ReplyDelete
  3. salam..

    meriahnye..rata2 orang dok cakap makan3x..hehehe..


    jemput ke sinar raudah..
    http://sinarraudah.blogspot.com/2010/10/di-tindih-makhluk-halus-semasa-tido.html

    ReplyDelete
  4. KAKCIK > Ya Kak Cik. SHIRA tu dulu Kerani Tetap Yayasan, sekarang ni work from home. Juga sukarelawan sejak awal dulu. Kira kami ni memang rapat lah. Baru jer setahun dia dok situ, lepas kahwin ritu.


    ANA > Memang sakannn...

    ReplyDelete
  5. AMY SYAQUENA > Salam. Terimakasih. silaaa.. silaa.

    Nanti Kak Azie ziarah. Tq.

    ReplyDelete
  6. bila ditengok kat kawasan, macam dekat aje kita ni ek... ;)

    ReplyDelete
  7. jenuh open house kan?...makan la temanya...ehekssss

    ReplyDelete
  8. jenuh open house kan?...makan la temanya...ehekssss

    ReplyDelete
  9. Aslmkm.
    Baca aktiviti Azie ke rumah terbuka pun Kak G dah rasa letih kekenyangan. :)

    ReplyDelete
  10. memang padat, sendat & ketat kak azie punya jadual. nie belum jadi menteri lagi. tak tahu la mcm mana bila dh jd orang besau....

    ReplyDelete
  11. azie...
    padat sungguh jadual 3hb baru ni... macam YB lawat kawasan lah.... hihihihhiii..

    ReplyDelete
  12. Dah jadi VIP tu, pasal tu tak perlu tolong lagi. Hehehehehe.... Dah ramai orang yang lagi muda lagi kot kan? Sioknye beraya tak habis-habis lagi. Saya minggu ni dah takde pegi jamuan beraya lagi. Dari Minggu lepas pun dah takde juga.

    ReplyDelete
  13. MAKSU > amboiii... tang mana la duduk nyer tuh? Adakah kita berjiran ni?



    NAA > Open house + kenduri + meraikan = kenyangggg...!

    ReplyDelete
  14. Salam KAK G > sekali kuar rumah biar letih sekali. Pastu leh rehat dah.



    EELOBOR > Jadi orang besau? Dah besau dah nihh.. hehehehe Aminnnnn... kalu leh jadi menteri. hahahaha

    ReplyDelete
  15. AKAK > Itulah yang padatnya. Kalu hari lain dah sibuk kerja. Melawat kengkawan yang lama tak jumpa...



    ZEZEBEL > Yaaaa.. VIP ler katakan. hahahahaha!

    ReplyDelete
  16. ATUK > AMIN, kim salam kat MAMA yer. Lama tak dengar khabar berita...



    NURAYUNNI > Salam kenal. Memang bestttttt...!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails