Wednesday, October 6, 2010

Memang Betul, Kita Hanya Merancang...

Antara sebab utama AA tidak berupaya update blog adalah kerana USB Modem ada masalah. Tapi masalah rupanya bermula dari budak-budak dalam rumah. Anak-anak Tarzan yang tangan tak reti diam.

So, kerana USB tu dibeli masih dalam warranty (mujur resit masih ada tersimpan) dan tarikh mati adalah 21 Okt ini, aku pun pergi ke Service Centre petang semalam dalam renyai ujan dan jalan jem teramat. Kerana pergi selepas waktu kerja, technician pun dah pakat balik semua, hampa la jugok. Mujurlah ada sorang mamat tu tolong tengok sekejap, dan masalah settle.

Kerana sekarang balik awal 1 jam setengah dari time dolu-dolu aku sempat gathering raya (gathering mendernya, kami berdua jer) dengan kawan lama yang sungguh lama tak jumpa. Makan kat McD jer sebab malas nak cari kedai sedap dalam BB Plaza. Kebetulan ZU KT masih berada di KL kerana taklimat kerja, dapatlah lepak sekejap.

Dalam borak, baru teringat tentang majlis kahwin adik MIMIE AP.com yang akan berlangsung 10-10-10 nanti. Aku memang tak sempat nak pegi nanti sebab susah nak cuti dan kerja pun banyak wpun sungguh besar hasrat nak ke sana. Keciknya dunia, rupanya bakal pengantin ni adalah anak buah ZU juga. (ZU ada lebih 20 orang di bawah kendaliannya dan beratus-ratus orang di jabatan yang sama).

Ada perancangan lain yang rasanya tidak mampu aku penuhi. Perhimpunan Raya Blogger yang bakal berlangsung pada 09-10 pun tak mungkin dapat disertai kerana itu adalah hari bekerja aku.

Dalam pada itu, tidak lupa aku nak ucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan PMR buat semua anak-anak blogger. Moga tenang menjawab dan dapat keputusan yang cemerlang nanti. Anak aku pun ada, tapi tak tau nak cerita macamana keadaannya. Berharap yang terbaik sajalah.


Selingan:

Tengok, pegang dan try tapi tak beli pun lagi. (pic semalam tengahari)

Sejak kerja di tempat baru ni, aku terpaksa tukar gaya kasut kerja aku. Mesti cari yang simple dan mudah dibuka kerana setiap department (2 floor) tak boleh pakai kasut, kecuali Ground Floor. Agak leceh nak buka kasut kuar masuk, so setiap orang ada Selipar Jepun untuk kegunaan harian. Kasut pakai time mari dan balik jer. Kerana kebanyakan kasut aku bertali segala bagai, wuaaaaa kena beli yang simple like Sandal.


~...bermain Baling Selipar masa kecil sungguh meriah walau berkali-kali kepala terkena selipar tapak keras, tapi kerana yang mengejar dan dikejar adalah HISYAM yang pura-pura kalah kerana nak memberi menang percuma pada SERI BULAN dengan harapan memenangi hatinya sekali...~



14 comments:

  1. opis ana yang dulu bukak kasut...skrg dh tak. mcm tak praktikal utk customer/client yg ada katanyer.

    ReplyDelete
  2. kak, beli je sandal cam dok pakai dalam bilik tu.. ada power puff girl, mickey mouse, doraemon.. huhu.. soheh cute je tengok...

    ReplyDelete
  3. salam azie..eh lecehlah kalau kena tanggal kasut kan..nampaknya azie kena beli selipar jepunlah agar mudah tanggal dan pakai nanti..

    ReplyDelete
  4. AA

    saya cukup tak suka kalau masuk pejabat kena bukak kasut, saya rasa macam bukan pejabat bila satu-satu pejabat berselerak dengan kasut diluar dan di dalam nya ada yang berkaki ayam dan ada yang berstokin dan ada yang kaki berbau.
    Pada saya pejabat biarlah betul2 dalam suasana pejabat dan perlu ada formalitinya

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. ANA > Tempat kerja Kak Azie tak berurusan dgn client directly. Kami communicate thru email dan phone jer.


    EJA > Ya, dalam bilik kerja, Kak Azie pakai seliper yang ada shape Doraemon! hahahaha memang cute. Warna biru.

    ReplyDelete
  8. MERIAM > Ya makcik. Saya beli seliper macam Seliper Jamban. hehehehe. Yang harga cuma RM3.99 sahaja.



    AZMIROY > Jika pejabat yang perlukan ramai orang awam berurusan atau pelanggan masuk, tak sesuailah. Tapi kami tidak berurusan terus dengan orang ramai. Malah takda orang pun tahu pun kami di tingkat atas nih.

    ReplyDelete
  9. salam kak azie..

    ayukan ari2 blogging asyik ingat kak...hairan gak kak dok senyap jer..rupanya ada problem USB

    kak, bab sandel tu kan...cantik banget..pink gitu...paberat umai...semua nak pink...hehehhehehe

    harap-harap jamuan terbuka blogger dapat berjalan dengan baik tanpa kehadiran kita-kita.....hehehe

    ReplyDelete
  10. Kakcik pulak pakai kasut cuma dalam pejabat.. pergi dan balik kerja pakai selipo! hehehe...

    ReplyDelete
  11. AYU > gitulah. Kalu benda buatan manusia, mesti ada masa akan rosak juga.

    Pic sandal tu from Google. Yang Kak Azie beli serupa juga, tapi warna PURPLE.


    KAKCIK > hahahaha.. memang kelakar. Terbalik kot.

    ReplyDelete
  12. selipar pink tu cantik... siap ada loceng lagi~!

    ReplyDelete
  13. kat opis acu pun sama
    kasut hanya di pakai ketika datang & balik keja je

    ReplyDelete
  14. VIC > nanti tiap kali jalan jer ada bunyik.. hehehe sampai ke toilet berbunyik. hahahaha



    ACU > mesti dalam keta banyak kasut tuh.. hehehe

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails