SERI BULAN berhari raya bersama keluarga seperti biasa.
Tetapi tetap merasa tidak lengkap.
Kerana HISYAM tidak pernah diberi peluang meraikannya bersama. Sungguh duka!
Begitulah bila diri tidak menjadi Menantu Pilihan, segalanya terasa bersalahan.
Menggesek biola bersama lagu kegemaran pun tidak sama memetik piano mahal hadiah ulangtahun perkahwinan, yang kadang panas, kadang hangat, tetapi yang banyaknya dingin beku!
Majlis Hari Raya berderet sepanjang minggu, sungguh besar hasrat SERI BULAN menembak satu tarikh bertembung HISYAM dalam senarai panjang jemputan. Boleh juga jeling-jeling pandang-pandang...!
Tetapi tetap merasa tidak lengkap.
Kerana HISYAM tidak pernah diberi peluang meraikannya bersama. Sungguh duka!
Begitulah bila diri tidak menjadi Menantu Pilihan, segalanya terasa bersalahan.
Menggesek biola bersama lagu kegemaran pun tidak sama memetik piano mahal hadiah ulangtahun perkahwinan, yang kadang panas, kadang hangat, tetapi yang banyaknya dingin beku!
Majlis Hari Raya berderet sepanjang minggu, sungguh besar hasrat SERI BULAN menembak satu tarikh bertembung HISYAM dalam senarai panjang jemputan. Boleh juga jeling-jeling pandang-pandang...!
*****
Jika minggu lalu kisah Mak Mertua "hampeh" nama MAK KASMAH, malam ini Mak Mertua yang baik hati lagi budiman nama MAK MUR. (Cerita macam best, tapi bila ada Minah Bulu Mata Pelesu tuh, minat pun agak melesu jugok..!)
Wuaaaaaaaaaaaaaa! Aku teringat, lagi rindu bukan kepalang pada Kuih Makmur yang sungguh lain dari yang lain, buatan tangan My BONDA, sejak kecil hingga zaman anak dara. Dan aku tidak lagi makan Kuih Makmur lain sejak itu, hingga hari ini. Sungguh! Bayangkan berapa tahun aku tidak makan Kuih Makmur lagi kerana berpuluh tahun juga BONDA sudah tak larat nak buat tu semua.
~...bila JALIL membuat onar menaruh fitnah membeban benak seluruh warga Kampung Separuh Desa, kenapa HISYAM memikul beban kisah menceroboh SERI BULAN ikut tingkap? U better buzz off!...~
acu pun suka kuih makmur...sekarang nie susah nak cari kuih makmur yang sedap.. :(
ReplyDeletehmm..betul..susah nak cari kuih makmur yg sedap. yang ditempah raya baru ni makmur pandan pun rasa nya...tak sedap! huhu...
ReplyDeleteCerita Mak Mur tu bagus...tapi betullah kata Azie...tengok make up menantu diva Mak Mur (bak kata Mak Nunga) memang rasa sumbang betul. Siapalah make up artisnya tu....
ReplyDeletesuker gak kuih makmur...nyum..nyum..
ReplyDeletemoga hidup HISYAM dan bulan MAK MUR seperti kueh tersebut
ReplyDeletesalam azie..kesian kepada mereka yg bukan menantu pilihan semua dibuat tak kena..
ReplyDeletesyukurnya kita tak begitu..menjadi menantu pilihan kan..makcik ingin menjadi mertua yg disenangi anak menantu..insyaallah..
Salam Kak Azie;
ReplyDeleteTahun ni dapat makan makmur sebekas saja...
kita regular customer pun...tahun2 harga naik.. tahun depan xnak oda dah..
Citer Mak Mur tu boleh tahan gak.. Selalu Fauziah Nawi bawak watak sedih aje ..
Betul cakap Kak CK Lah tu.. make-up si Rozita tu over benau..
kueh makmur...tiap tahun mak buka mulut nak buat tp masing2 buat do no je sbb tk sempat nak buat...
ReplyDeletep/s bukan kata bulu mata pelsu je..ada ke dok dapur rambut mengerbang mcm pontianak..tak masuk akal tol...dah tu make up mcm opera cina...huh!
kita berkahwin bukan saja dgn anaknya je..
ReplyDeletesemua sekali..kan
so buatlah dgn keredhaan depa semua..tak payah dok susah2 dikemudian hari..
Kuih Makmur ni sedap..tapi dah semakin jarang dibuat orang..
ReplyDeleteSemoga tahun depan cerita sedih ini bertukar gembira. Amin.
ReplyDeletesalam kak azie,
ReplyDeletetak tengok la citer kuih mak mur tu sebab tak suka nengok si %^^&* tuh .. hihi... tapi kuih makmur memang sedap.. kat umah ada sebekas, siap sorok dalam kabinet tuh, sebab nak ngap sorang2..
tahun ni takde kuih makmor. hm...nak buat la raya haji ni. sedap la pulak rasanya...nyum...
ReplyDeletedilarang ketawa/bersin/batuk semasa makan..
ReplyDeletekalau makan kuih tu... jangan bercakap nanti HISYAM marah
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletemohon izin follow blog puan..
oh..! nama ex-bf saya pun HISHAM kak.. puan mama tidak begitu menyukainya.. sgt complicated kisah saya..
ReplyDeleteAzie
ReplyDeleteApa kata you cari resipi makmur istimewa hak cipta terpelihara BONDA? Next raya, boleh kitorang oder tapi I sker inti kurma (bukan brand Yusoff Tayub pun takpe, har3).
beb...aku pun pandai buat makmur bah.
ReplyDeleteisi kacang aku ganti dgn kurma :)
nak rasa?kena mai sini time raya ja hehe :p
Tgk gambar kuih makmur tu teringat kuih batang buruk.... dulu mak selalu beli kat Muar... skang ni nak dapat batang buruk sedap macam kat kampung... memang tak jumpa.
ReplyDeleteACU > Kuih Makmur yang sedap bergantung pada gebu dan intinya. kan?
ReplyDeleteSITI > Mesti cari di kampung-kampung, baru leh dapat yang asli kot.
CKLAH > Bukan dalam drama tu jer dia make up gitu. Semua lakunan dia, memang tak tinggai Bulu Mata Pelesu dia. hehehe
ReplyDeleteANA > Makan kena tutup mulut NA, nanti menyembur! hikhikhik!
BRUTALSOLO > Aminnnnnnnnn.....
ReplyDeleteMAKCIK > Aminnn.. Adakala kita menjangka yang baik-baik, tetapi tak terduga yang kurang baik pun jadi habuan kita gak.
.
AZRINA > Kuih Makmur yang sedap bergantung pada gebu dek minyak sapinya.
ReplyDeleteIDALARA > hikhikhik! Agak melampau ayat “opera” tuh.
.
BANG LANABULU > Begitulah kehendak kita bang. Tetapi bukan semua orang bertuah sebegitu.
ReplyDeleteZUREEN > REEN buatlah, pastu buat bisnes. Hehehe
.
ZEZEBEL > Aminnnn. Best kan bila sepanjang masa gembira...
ReplyDeleteAANAS > Salam. Ramai gak yang macam awak, bila tak suka dgn pelakun tertentu, abih drama tu pun diboikot sekali. Adusss!
.
GB > Ahaaa buat banyak-banyak skit...
ReplyDeleteDRSINGA > Bercakap pun tak leh gak kot. hehehehe
.
AZMIROY > HISYAM tiada kaitan dengan Kuih Makmur. Dia suka kuih lain. :)
ReplyDeleteSEKAMAR RINDU > Salam. Sila sila... Terimakasihhhh!
.
FARAH-IZZATY > Oh ya? Yang complicated tu la yang seronok untuk dikenang, kan?
ReplyDeleteSOM > Agak berat cadangan tu. Apapun, resipi My BONDA memang berintikan Kacang Tanah + Kurma + Halwa Kundur. Uishhhh bila lah I ada masa nak belajar tuh? > tanya pada diri sendirik.
ECHAH > Amboiiii... Hang la mai balik beraya dgn aku di Parit Buntar...
ReplyDeleteVIC > Batang Buruk pun sedap dan time makan jangan bercakap nanti menyembur...!