Saturday, October 30, 2010

Piala Malaysia 2010: Red Warriors Terus Menjadi Tumpuan...

Baca tajuk semula, apakah tumpuan yang sebenarnya?

Masih ingat? 7 November 2009, kerana sudah ketinggalan 0-3 kepada Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil, beberapa orang penyokong Kelantan telah bertindak membakar kain rentang dan kerusi stadium kemudian melempar dengan botol air pula kepada orang yang sedang berusaha nak padamkan api tersebut.


Dalam kejadian yang hampir menyerupai “rusuhan” itu (bolehkah dipanggil rusuhan??), seorang wartawan cedera di leher terkena mercun. Akhlak yang dibawa dari negeri yang digelar sebagai serambi Mekah?

Sungguh IRONIK sekali... Sungguh IRONIK sekali...

Tapi itu tahun lepas. Ini yang tahun ini, dan kata Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, “Dua perkara yang kita mahukan, pertama kita mahu menang dan kedua, jangan ada keganasan. Walaupun mengganas di padang bola ia akan memalukan negeri Kelantan. Kita tidak mahu perkara itu berlaku.”

“Saya mahu penyokong Kelantan pergi dengan semangat kesukanan, suasana dan akhlak kena jaga. Nak sorak, soraklah tapi jangan sampai lempar botol. Itu budaya orang Eropah, mereka tidak ada akhlak,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.


Seorang aku tak begitu minat bola, dan jujur juga aku nak tulis, anak-anak aku gila bola tapi lebih kepada bola antarabangsa. Bola tempatan? Cuma TOKLAKI jer lah yang rajin layan.

Piala Malaysia kali ini, lebih seronok nak tengok persediaan, kemeriahan, tengok orang berebut beli tiket (yang mahal nak sama rega aku makan Nasi Campur utk seminggu), juga pelbagai pihak yang meramal itu ini. Judi ada takkk??

Semoga permainan akan lebih baik kualiti, lebih bersih -- bukan bersih baju, sebab KL dah 2 hari ujan lebat -- semoga lebih cemerlang dan tiada sebarang kejadian MEMALUKAN berlaku, yang kelak disebut orang bertahun-tahun...

Errmmmm... sepatah kata IKA, “Mana-mana yang menang pun, sama jer, sebab players ramai bukan jati dari negeri tu pun.”

Lagi satu Dato' Nik Aziz kata, “Cuti tak boleh beri sebab dah cuti untuk pilihan raya (Galas) pada 4 November. Kerajaan negeri dah beri cuti peristiwa untuk pilihan raya, jadi kita tak boleh beri cuti untuk bola kali ini.”


*Kalu dapat berniaga Air Cincau dengan Burger, best tuh. Makcik Kayo! Makcik Kayo!




19 comments:

  1. sehingga kini aku tak pernah izinkan anak-anak gi tengok bola live kat stadium,bukan apa ramai yg otak letak kat lutut bila pasukan yg disokong kalah.adedeh...bikin malu jek.

    serambi mekah?sabo ajelah :p

    ReplyDelete
  2. salam..

    di malaysia ini, di manakah atau di negeri manakah yang begitu komited sekali menyokong bola sepak?..selangor ke? Kuala Lumpur ke? Perlis kah? Kedah kah?..

    dalam liga Piala Malaysia, di negri manakah yang stadium nya yg sentisa penuh? pasukan manakah yang mewarnai kemeriahan bola sepak negara kita? Kuala Lumpur kah? Sabah kah? ..

    setiap kutipan tiket bola sepak, negeri manakah yang menyumbang kan kepada FAM, ( kantung FAM?) Selangor kah?..semuanya tak...melainkan Kelatan,

    dalam dunia bola sepak, kadang2 kita tidak perlulah mengagungkan bola sepak luar..jati diri dan menyokong pasukan sendiri perlu diutamakan..

    soal, mercun dan baling botol..itu adalah isu keselamatan, pihak berkuasa yang perlu ambil tidakan, di pintu2 masuk lakukan pemeriksaaan yg betul supaya tidak terlepas,

    pergaduhan baling objek ke padang, bukan Kelantan saja, malah negeri2 lain pun sama, contohnya di Suku Akhir Negeri Sembilan lwn Perlis pun berlaku, ( batu bata lagi, kalau terkena boleh kojol terus) tapi tak ada tindakan apa2 pun diambil.)

    Saya akui penonton kelantan memang fanatik, tapi tindikan segelintir provok dengan membaling botol2 air terlebih dahulu, membuatkan penyokong pihak lawan bertindak dengan tindakan yg serupa.. bertepuk sebelah tanagn tak berbunyi..

    memang betul, tindakan rusuhan amat memalukan, namun pihak keselamatan perlu memastikan benda2 mcm ni tidak berulang..ketatkan kawalan di pintu masuk..

    ReplyDelete
  3. @@ menujuk sumbangan kepada FAM yang paling banyak...

    ReplyDelete
  4. ECHAH > Anak2 aku sorang pun belum ada yg pernah masuk stadium tengok bola. Aku pernah sekali, ikut TOKLAKI, maso muduo-mudo dulu..

    ReplyDelete
  5. SEKAMAR RINDU > Salam. Terimakasih Sdra (rasanya anda lelaki).

    Agak sukar saya nak jawab ulasan/komen Sdra, tapi saya suka. Terimakasih.

    Dalam game apa pun, saya tahu memang soal balah, kata mengata tidak dapat dielak, malah kekerasan berlaku hampir di semua tempat perlawanan (dlm pelbagai bentuk).

    Susah gak nak pertikai kerja polis/FRU.

    Soal fanatik/obsess yang paling menonjol adalah Kelantan -- statement ini saya tak tahu, sbb saya tak buat kajian masa taip entri, tp saya yakin ada betulnya.

    Gitulah, bila ada unsur politik dibawa sama.

    ReplyDelete
  6. ni ulasan tak adil..heheheh:-p

    ReplyDelete
  7. JMR > ulasan yang mana satu?
    Yang Kak Azie punya atau yang lain2 tu?

    Kalu yg Kak Azie tulis di atas adalah 90% tentang Red Warriors. Tak sentuh pun N9. Tapi honestly, Kak Azie tak tau nak sokong mana, sbb nampak mcm sama kuat.

    Selebihnya hanya fakta sahaja yang Kak Azie tulis tu, (dan statement MB tu copy dari berita).
    Memang nampak tak adil, sbb tulis entri satu pasukan, jer kan?

    hehehehehehe

    ReplyDelete
  8. acu rasa DJ Epoi mesti berniaga malam esok...

    ReplyDelete
  9. ACU > DJ Epoi? Wahhh rajin tul Bro kita yang sorang tu kan? Macam2 keja dia buat...

    ReplyDelete
  10. salam akak,

    tanah arab kat sana pun ada jugak orang buat maksiat & kejahatan. usah di label pada serambi mekah di sebabkan segelintir penyokong yang kepala hotak di lutut itu. bukan senang nak kawal perangai 80,000 orang penonton. anak2 kat rumah 10 orang pun mak bapak dah pening kepala nak kontrol. ada yang bapak imam kat masjid, tapi anak perangai macam puaka. ada yang mak ustazah mengajar anak orang lain, tapi anak sendiri kat rumah tunggang langgang. apapun kelakuan segelintir tidak menggambarkan keseluruhan orang2 kelantan.

    apapun, tahniah kepada kedua2 pasukan kerana jika dah sampai ke peringkat akhir adalah pasukan yang terbaik. semoga bermainlah dengan penuh semangat kesukanan. kita cuma boleh berharap & berdoa dan bukan semua doa TGNA di makbulkan.

    nota: EPL sana pun ramai pemain beli sana jual sini....hihihihi

    ReplyDelete
  11. saya terpaksa menyokong sekamar merindu. Apa yang saya dpt lihat komen2 atau ulasan hanya berdasarkan laporan media yang berat sebelah. Adakah setiap komen di ikuti dari awal musim hingga ke perlawanan final? laporan di tv & akhbar banyak yang tidak memaparkan apa yang sebenar. jika nak bukti, saya boleh tunjukkan, tapi kita di sini bukan untuk berdebat cuma untuk penjelasan. adakah semua tahu situasi yang sebenar? atau hanya dengar cakap2 orang jer. selalu sangat di label orang kelantan jahat & teruk. itu dah macam provokasi.

    soal keadilan sendiri di pihak FAM juga boleh di pertikaikan jika melibatkan team kelantan. mahu fakta? jika sudah tahu tak payah saya nak tulis. jika belum tahu, harap dapat buat kajian sebelum mengulas sesuatu isu kan?

    maaf kak azie, saya bukan emosional sebab sya tgk ramai org salah faham & selalu melabel orang kelantan begitu begini. semangat kenegerian & kenegaraan itu bagus, cuma biarlah bertempat. secara peribadi saya juga mengutuk tindakan segelintir2 penyokong yang tidak bertamadun itu. sedih dan malu kerana ia seoalah2 mewakili semua. tapi kenapa hanya pada kelantan. penyokong negeri lain tidak ganas? kenapa FAM lambat bertindak menjatuhkan hukuman setiap kali berlaku kepada pasukan lain. tindakan berat sebelah punca segelintir yang tidak bertamadun tadi semakin membuak perasaannya.

    ReplyDelete
  12. Jom Azie... Azie buat puding, kakcik tolong jual (kita jual sama2lah).. :)

    ReplyDelete
  13. lagi satu klu ada umah kat galas...sewa semlm leh rm8000 sebuah rumah..tapi semenggah la sikit umah tu, banglo ker...wah, kaya dlm satu mlm!

    ReplyDelete
  14. azie...
    air cincau dan burger...
    nyum..nyum...
    (tengah puasa.. semuanya sedappp...)

    ReplyDelete
  15. berbanding dengan wife aku..dia lebih minat tgk bola dari aku...aku kurang sikit bola ni...tapi kalau ragbi atau hoki..ok..
    Pada aku...malam ini pasti akan hiruk pikuk stadium dan pasti ada yg tak diingini perlaku..kalau sorang dua bolehlah kita kawal...kalau dah ramai...FRU pun pening kepala...yg pasti pihak berwajib kena mengetatkan lagi kawalan...

    ReplyDelete
  16. EELOBOR > Yang disebut berat sebelah itulah yang sangat dikesalkan.

    Dah nama pun perlawanan, pasti ada menang kalah. Adat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran, dan yg ganas itu tidak berulang lagi.

    Maaf juga andai tulisan Kak Azie tentang isu ini agak tersasar.

    ReplyDelete
  17. KAKCIK > Pandaiiiii... Nanti kalu tak laku, kita sama-sama juga makan. hahahaha.


    ANA > Jenuh nak menggalas tuh. :)

    ReplyDelete
  18. AKAK > Ohh.. Selamat Berbuka Puasa nanti.



    BLACK CANARY > Dalam hampir semua bentuk perlawanan, pasti ada kontroversi dan berbeza kemeriahannya.

    ReplyDelete
  19. cube meminati bola sepak tempatan... tp x dpt... cube menghafal atau cukupla mengingati nama2 players bola sepak tp mmg x mampu jgk.. cuma kenal, zainal abidin, amri yahya, khalid jamlus, dan si kembar dr n9.. itu sahaja la yg mampu di ingati... tp kalau tanye berkaitan MU insyaAllah boleh la kot nak jwb...
    tp benar rasanya rakyat malaysia sudah makin hilang adab melihat bola. biarpun bagus ada semangat kenegaraan tp rasanye x bertempat. hehe. so kepada penyokong kelantan.. jaga attitude... jgn terlalu obses:d

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails