Wednesday, October 3, 2012

Blog guna bahasa sms: Reject...!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Thalatha
02-10-2012

Selongkar almari sendiri atas nama Operasi Mengemas Sedunia.

Terjumpa kain dalam plastik ini:

Siap tanda, Azie KL

Terlupa, rupanya kain batik ini aku beli masa ke Bandung haritu. So, melaram kali pertama. ‘Pecah dara’ kata orang.


Macam biasa, kaler PURPLE. Tapi macam tak begitu menyerlah.  Dah siap jahit ‘kelim papan mesin’. Nampak teguh. Takut si pemakai yang ganas ni jer yang akan mengoyakkan kain itu macam kain batik yang lain. MyBONDA kata, ‘bont•• tajam’. hehehehe!


******


Aku berbesar hati bila ada pengomen baru di mana-mana entri. Seboleh mungkin, akan cuba visit balik, then senaraikan di list.

Tapi hari ini aku terpaksa reject satu blog, yang 90% text dalam entrinya guna bahasa sms. Terlalu ringkas, sampai aku kena ‘mengeja’ apa yang dia tulis sebenarnya. Samada dia nak teruskan begitu, terpulang.

Ohhh... Sori Berlori.
Aku tak kompromi dengan Bahasa SMS...!



*Thanks KAKCIK SEROJA, tutorial tentang ruang komen. 
Jika ruang komen di sini tidak appear, sila refresh PC anda.




~...mengajar sesuatu yang bukan bidangnya, mendidik seseorang yang bukan anak muridnya, membimbing seseorang yang bukan di bawah tanggungjawabnya tentulah suatu beban yang membawa hasil ribu riban, tetapi kerana yang diajar adalah SERI BULAN, HISYAM rela tidak berbayar, tidak berupah asal sahaja subjeknya adalah cara-cara memperbaiki bahasa agar surat di bawah tempurung tidak dihurung nyamuk lagi...~


 




66 comments:

  1. Memang cantik kain tu kak
    sya pun masih ada saki baki kain batik masih dlm plastik dlm kotak pindah randah dari terengganu ke langkawi langkawi ke selangor
    dan ada kain batik dari 2 negeri tu masij tidak berpakai sbb sya tak mesra batik asyiklah terlondeh hahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie pun mudo-mudo dulu tak rajin gak kain batik. Siang hari selesa slack jer. Tapi kalu dah malam, harus lah kain batik, kan? kan? Ahaks!

      Delete
  2. kalau entri guno bahaso nogori kompromi tak kak? ngeeeee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih boleh diterima sebab dieja penuh. SMS tu sendiri : Sistem Pesanan Ringkas. Takkan tulis blog, main pesan pesan jer?

      Delete
  3. Kakcik ada beberapa helai kain batik yang belum berjahit sejak dibeli beberapa tahun lalu. Sesuai untuk buat tutup jenazah! (ternyata telah digunakan beberapa helai untuk menutup jenazah bapa kakcik dulu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya kata, tiap rumah wajib ada kain batik lepas. Untuk tujuan itu lah...

      Delete
  4. saya tak pakai kain batik pun, tak reti, huhu..alamak kak azie garang la, takmo bahasa sms..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang sekarang ramai yang dah tak minat nak berkain batik kat rumah.
      Kalu nak kene reject, sila lah buat entri guna bahasa SMS... hehehe

      Delete
  5. cantik la kain batik tu...corak dan warna pun cantik
    mesti kualiti dia pun baik kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie tak pandai pilih corak. Lebih nak tengok warna saja.
      Kualiti biasa saja. RP20,000 kira-kira RM7 duit kita. Kalu nak banding, jauh lebih baik lagi batik Kelantan dan Terengganu.

      Delete
  6. baru terfikir nk bt blog guna tulisan sms..

    hehehe

    ReplyDelete
  7. Memang pening kepala baca tapi nak tegoq pun rasa serba salah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu I dah pernah tegur dalam satu entri khas. Lama tak jumpa camtu, tup tup ada juga. So, this time kena tegas dengan pendirian.

      Delete
  8. Azie...

    Bagi I gelak dulu.. Hahahah...

    Kalau anak I, bila kain batik asik koyak jerk.. Katanya b****t berduri.. Ekekeke..

    Bahasa SMS yang kronik ni dia sesame dia je yang faham (anak2 muda).. Mcm kita ni, naik juling mata nak Cuba baca Dan paham.. Last2 delete.. Malas layan.. Eheh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kronik tu la yang saya sebut 90% tu. Kalu sikit-sikit masih la kita faham. Ni teruk benor sampai letih nak memaham. Memang tak leh nak layan langsung.

      Delete
  9. Salam Azie,

    Berkain batik masa mandi ajer..kalau malam bottomless..batik standby tepi katil untuk ke bilik air...hahahahahahaha
    Huishhh..aperlahh..merapek meraban nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa memang meraban dah Auntie ni. Lebih kurang saya ler jugok.

      Delete
  10. assalam Azie..acik pemakai kain batik tegar..he he..sehari kalau waktu kerja..2 helai ..kalau hari cuti mau 4 helai..tiapkali mandi..lepas masak..lepas kemas..salin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh kalu gitu Acik kena ada stok kain batik yang banyak ler ya? Kalu hari ujan kain batik tak kering? hehehe

      Delete
  11. Bila surat cinta dibawah tempurung tidak di hurung nyamuk tapi di hurung ulat cinta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak niii... text itu yang dinampaknya. hehehee Ulat cinta pun ada eh?

      Delete
  12. I memang susah nak baca tulisan sms ni...agaknya dah tak remaja dah kot..hahaa
    Memang patut di reject je kan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ler kita, kan? So patut la reject kan?

      Delete
  13. saya ada sorang teman fb yg bahasa smsnya power giler sampai tak reti nak baca..tapi kat rumah ni ramai translater..patut le BM tak boleh score!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konon nak jimat nak mudah. Tapi bila orang tak faham lagi susah, nanti faham lain. Kesan jangka panjang, BM failed!

      Delete
  14. saya tak pandai nak baca bahasa yg ringkas2 ni.. kelain jadi nya .. anak pesan lain abah beli lain hehe bahasa sms punya pasal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi parah. Sms beli benda lain, bawak balik benda lain. Dahhhh jadi gaduh.

      Delete
  15. alahai kain batik, kalo dlm lemari sy tu siap berbungkus lg pon ada, tu pon hadiah punya...maklumlah ada org tak reti nk pakai...leceh katanya sedari zaman ank dara lagi ...huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kutuk isteri. Takpa simpan jer. Biasanya orang pompuan time tak leh elak kena gak guna kain batik adalah time masa dalam pantang!

      Delete
  16. As salam Kak Azie,

    Rahsia saya, mmg tak reti berkain batik smp ke harini...hehehe.... hari2 pakai skirt takpun pakai seluar track/short je kat umah...kehkehkeh... Saya pun xsuka gak blog penulis bahasa SMS ni...pening lah...

    ReplyDelete
  17. sy seboleh2nya cuba elakkan guna bahasa sms masa tulis blog walaupun trkdg trlepas jugak.....ttp kalau dh 90% tu mmg dah kritikal...boleh menyusahkan kita utk memahaminya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya blogger yang guna bahasa sms ni, tidak bekerja terlibat dengan bidang bahasa atau yg melibatkan buku.

      Kalu para cikgu yang menulis guna bahasa sms, lagi parah. Malu.

      Delete
  18. tu kira ok jugak akak nak mengeja..
    kalau ai.. confirm tekan butang X tu.. tak lalu nak baca, berpinau mata.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak lalu nak baca, tapi lalu plak nak komplen kat blog sendiri. Hehehhee

      Delete
  19. Err,saya pakai bahasa sms ke? Ade sesetengah tu saya ringkaskan aje. Tp xla semua. Saya pun x suka baca bahasa sms. Puas saya nk memahamnya. Kain batik? Suka gak pakainya,terutama nk berurut coz saya ni kdg2 sakit pinggang klu dtg senggugut teruk sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah terbiasa, memang susah nak ubah. Tapi kenalah usah lebih sikit untuk improve.

      Delete
  20. betul tu kak, tulis bahasa sms ni mmg saya tersgt la tak faham. cam tu gak anak2 sedara saya kalo hantar sms kat saya, ntah2 apa2 yg ditaipnya. bosan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bebudak remaja jer yang faham. Dalam hp ok lah, sebab depa nak jimat kredit, ringkas bleh tulis banyak.

      Delete
  21. Lawa kain tu,lembut warnanya, suka tengok.
    Saya pun tak suka baca bahasa sms, buang masa saja nak mengeja nak meneka apa perkataan yang sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tetap anggap menulis di blog, boleh melatih untuk berbahasa dengan lebih baik...

      Delete
  22. Assalamualaikum wbth sis...

    Perghhhhhhhhhhhhhhh....baru lagi tu..
    mesti bau kapur barus...ekekekekek...jgn marah sis gurau je di pagi yang tenang ini........

    Jikalu Ta ada tersalah taip harap di maafkan......almaklumlah TA blogger baru.......

    Happy blogging sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesilapan menaip adalah lumrah, tetapi mengamalkan bahasa sms sebagai bahasa di semua entri adalah suatu perkara yang saya tak boleh terima.

      Delete
  23. AA- Sokong 1000%. dan sokong lagi 1000% kalau gunakan Bahasa Melayu Penuh!

    ReplyDelete
  24. kalau buat kain kebaya pun shantek kan kain tuh. batik malaysia mmg takde tandingan :). klu short form yang masih boleh di fahami bonda takde hal pun...tapi kalau sampai bonda kna mgeja..adehh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Azie bleh mimpi jer lah bab pakai Kebaya ni. Hehehehe

      Delete
  25. pakai kain batik time pantang aje sbb tak reti duduk elok2 he..he.. sudahnya sarung seluar jgk.. bahasa sms, dapat sms pun pening nak baca bahasa sms.. inikan pulak dalam entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman Kak Azie, kena paksa ler pakai kain batik. Sebab duduk sopan. Kalu pakai suar panjang, kompom kena marah.

      Delete
  26. Kak Azie, saya adalah pengguna tegar kain batik, hehehehe. Banyak gunanya selain di guna sebagai kain. kadang2 boleh jadi selimut, boleh jadi kain towell kalau travel lupa bawak towell and boleh jadi sejadah temporary.

    Owh, saya harap bukan blog saya sebab kalau perkataan berganda tu memang saya pendekkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan berganda tetap diterima. Saya tak leh terima, yang tak ganda pun nak jadi 2,3 characters jer. So ringkas.

      Delete
  27. Cantiknya batik lepas tu. Purple lagi. Sweet gitu. Akak pun slow jugak membaca blog yang bahasa sms ni. Hehe. Dik, terima kasih doakan utk mak akak ya. Semoga doa para malaikat utk adik dimakbulkan Allah. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiiinnn... sama-sama Kak Aidah....

      Delete
  28. sy tk sk bc blg yg dtls dgn bhs sms jgk kak azie.


    ~bahahahahaha

    ReplyDelete
  29. naseb baek blog saya guna bahasa penuh hehehheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan. Bagus. Cuma ejaan masih lagi ejaan lama. “naseb baek” tu ejaan lama. Ikut Kamus Dewan, tu salah dah tu. hehehe

      Delete
  30. cantik kain batik tu purple kaler i like
    tapi saya tak pandai pakai kain batikk
    boleh tak kak azie buat toturial mcm mana pakai kain batik dgn kemas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai kain batik tak bleh dengan tutorial. Dia kena praktikal. Sejam RM20 hahahaa...!

      Delete
  31. Replies
    1. Buat la selalu. Tak lama lagi nak kene reject ler tu.. hehehe

      Delete
  32. hehehe....saya kadangkala pun campur aduk gak. tapi jarang sangat guna bahasa sms, kekadang tuh terguna gak perkataan singkatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa sms sangatlah menyusahkan orang. Lama-lama orang malas nak layan, then langsung tak mo layan lagi. Sapa rugi?

      Delete
  33. Cantik cun melecun je saya tengok kain batik purple tu...warna tak striking tapi sweet gitu!

    Sama la...bahasa sms memang memeningkan kepala pembaca...keterlaluan singkatannya..sampai tak paham bijik butir...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kain batik yang cun melecun belum tentu menjamin pemakainya ikut cun melecun juga. Hehehehe

      Delete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen dan mengomel.... :) *Bila saya tak sempat reply, jangan marah ehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails