Wednesday, March 2, 2011

Ilmu Itu Cahaya, Ia Tidak Akan Turun ke Hati yang Gelap!

Salam.
02-03-2011.



*Entri tertunda.

Mengikut apa yang ditulis di surat yang dibawa balik CHAK (semua murid dapat surat pemberitahuan), acara bermula jam 9.00 pagi dan bakal berakhir jam 11 pagi.

Tapi ketika aku tiba, 8.40pm, penceramah khas lagi istimewa yang dijemput sudah berada di atas pentas, menyediakan diri dan beberapa peralatan (slide, projector...etc., etc.)

Ceramah khas yang dianjurkan oleh sekolah CHAK bekerjasama dengan DUN Kawasan Cempaka, membawakan sebuah tajuk “IbuBapa [1Malaysia] Sebagai Motivator”. Modul disediakan sendiri oleh CEO Excell Training & Consultancy (M) Sdn Bhd, yg berpusat di Bandar Baru Bangi. (tahu ker siapa?)

Tajuk begitu menarik dan tidak hairan ramai sekali para ibubapa yang hadir. Aku hadir lebih awal kerana ingin merebut tempat di hadapan (ini memang dah menjadi habit), kerana sejak dulu aku sentiasa berpendapat, jika duduk di hadapan, ilmu itu kita dapat dulu. Jika duduk di belakang mungkin ada yang akan terlepas dengar. TOKLAKI lebih suka duduk di belakang, dan rata-rata aku rasa ramai para bapa suka duduk di belakang!

Memang best! Memang seronok.! Tak mengantuk langsung kerana penceramah istimewa ini memang bijak melantunkan ilmu, dengan suara yang jelas, gurauan yang membuakkan gelak tawa yang spontan. Malah rajin juga buat survey di kalangan hadirin, e.g. “angkat tangan sapa yang sempat siapkan sarapan di rumah sebelum datang dengar ceramah ini.” (Ya, yang ini AA bangga dapat angkat tangan sama).

Semasa pendaftaran, semua hadirin menerima nota-nota (termasuk salinan beberapa doa khas).

Beberapa tajuk dibincangkan bersama seperti: Anjakan Paradigma Ibu Bapa Terbilang, Cara Mencuci Hati, Petua Untuk Ibu Bapa Menjadi Motivator, Tahap Pendidikan Anak-anak, Rutin Fitrah... (ikut Fitrah untuk Cemerlang).



Sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas, dan rupanya ceramah berakhir kira-kira jam 1.10 tengahari. Walaupun semasa dijadualkan bermula jam 9, Dato’ F bermula tepat mengikut jadual kerana itu memang menjadi prinsipnya, tetapi bila dia menyebut yang kami akan berakhir jam 3 petang, aku menyangka itu adalah gurauan. Rupanya kami memang berakhir lewat.

Apapun sungguh puas mendengar ceramah, celoteh dan perkongsian ilmu dari Dato’ F yang begitu bersahaja, disulami gurauan dan contoh yang begitu dekat dengan kehidupan kita sendiri. Sungguh rugi jika tidak hadir ke majlis ilmu sebegini jika berkesempatan datang.

Antara yang dipesan Dato’ F: segala yang ingin kita lakukan, elok dilakukan di kanan. Keluar/masuk rumah baca Bismillah. Keluar dengan kaki kanan, masuk dengan kaki kiri.

Sebaik-baik sarapan adalah dengan makan pisang. Malah diajar juga (siap demonstrasi) cara-cara buang air besar/kecil yang betul — bab ini memang mengundang gelak tawa yang tidak tertahankan lagi!

Malah untuk mencuci hati disarankan supaya tidak lalai dalam solat dan doa, berzikir dan istighfar, membaca Quran, meminta dan memberi maaf, muhasabah dan refleksi diri...

Bersedekah, cuci pinggan dan tandas, menjaga makan minum, berkawan dengan ulama dan orang susah juga antara cara mencuci hati.



Yang juga menarik adalah bagaimana mengendalikan anak-anak mengikut peringkat umur mereka serta 20 petua (ada lebih lagi yang tidak tersebut...) bagaimana ibubapa untuk menjadi motivator yang baik setidak-tidak untuk anak-anak sendiri.

“Anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana” INI TERBUKTI.

“Anak tidak belajar daripada apa yang ibubapa cakap, tetapi mereka belajar dari apa yang ibubapa lakukan.”

“Jangan risau jika anak tidak mendengar cakap kita, risaulah yang anak sentiasa lihat perbuatan kita.”


Yang baik datang daripada ALLAH, yang buruk silap kita sendiri. Oleh itu, elakkan sabotaj diri sendiri.

Bagi AA, kita mungkin tidak berupaya melakukan semuanya, tetapi sekurang-kurangnya kita terus berusaha memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan kita...

*sekadar berpesan-pesan dan memanjangkan serba-sedikit ilmu yang diperolehi.
Penceramah: Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah.


~...ketika JALAL bernekad menggesa ibunya meminang SERI BULAN dan ditolak mentah dia mencabar HISYAM untuk merebut wanita itu tanpa syarat...~








13 comments:

  1. Dato' Fadzilah Kamsah ni sentiasa ceria kan? tak penah jemu dgr talk dia. :D

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana Azie sudi berkongsi tips dan petua dari Dato' Dr FK itu. :)

    ReplyDelete
  3. Baca entry ni pun dah dapat info yang bagus... walaupun tak dgr ceramah dato'F..

    salam perkenalan..

    ReplyDelete
  4. Dato Dr. Fadzilah kalau bagi ceramah memang tak boring...buat kita rasa nak gelakkkk je. Yang penting, ilmu yang kita dapat kan..?
    Sempat lagi kak azie bagi tips..bagus tuu..kongsi2kan dan selamat beramal...hehe....

    ReplyDelete
  5. untungnya dapat ikuti ceramah dari Dato F.... belum pernah berkesempatan dengar secara live.

    Samalah kita, mesti nak duduk depan dan bawa buku catitan...tulis point penting....pesan guru saya

    kertas, pensil, buku..tulisan2 kita tu akan menjadi bukti di akhirat bahawa kita berada dlm majlis ilmu

    ReplyDelete
  6. sangat suka dengan tajuk entri ni & dengan isi entri juga :D
    nak jadikan tajuk entri ni sebagai ingatan pada diri sendiri & students saya

    ReplyDelete
  7. Jadinya apa yang kita buat, anak-anak akan ikutlah ye. Kena tunjukkan perbuatan yang elok pada alonglah lepas ini supaya dia belajar lakukan perkara-perkara yang baik. Terima kasih kak azie.

    ReplyDelete
  8. bestnye kak azie dpt dgr ceramah camni..dpt dgr pagi2 dlm radio pun dah cukup buat rasa diri bermotivasi..apa lagi kalau depan2..

    thanks for sharing..byk info yg bagus dlm entry ni :)

    ReplyDelete
  9. bestnye dgr ceraman live dr Dato’ Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah..naz pernah baca buku dia dan tgk tv je..ape pun..perkongsian yg bermanfaat.Tq kak AA

    ReplyDelete
  10. salam...
    beteri kena selalu cas....baru terang cahayanya

    ReplyDelete
  11. bicara santai yang sentiasa menarik perhatian. walaupun kereta kena langgar belakang dengan drebarnya tetapi di sebabkan sikapnya, sejukkk je hati...tak jadi nak marah seorang mak cik nie...(kisah lama).

    thank k.azie coz berkongsi...

    ReplyDelete
  12. bertuahnya parent budak2 tu.. (termasuk kak Azie le..) bukan senang nak dengar ceramah cenggini..




    *alangkah baiknya kalau pihak sekolah eja pun mampu panggil Dato' F bagi ceramah....

    ReplyDelete
  13. mesti best kan?? pernah dengar pasal kem-kem motivasi dr DATO F ni.. tp..bile tgk yuran nye..er..termengkelan orang ni dibuatnya.. huh.. jeleznye kt AA... hehehe..

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails