Sunday, June 24, 2012

i-THINK...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 
Sabtu
23-06-2012



Program Karnival i-THINK Accelerator berlangsung sepagi tadi di skulah CHAK. Aku pergi juga sebab parents memang dijemput selain dari 25 buah pelajar sekolah rendah di seluruh Hulu Langat juga dijemput memeriahkan karnival. 

Suka CHAK dapat datang karnival ni sebab bukan saja dapat goodie bag (yang ditukar dengan kupon) sebab dalam goodie bag tu ada jam tangan comel. Jam tangan pelbagai warna tu memang sangat comel sebab talinya dari plastik bermagnet.


  

 

 

 Pentas cabutan nombor bertuah. Ada pelajar dapat Samsung Galaxy Tab tadi. Juga ada yang dapat I-pad dan Blender jenama Philips. Selain itu ada banyak lagi hadiah elektrik bertimbun di atas pentas, cuma aku malas nak tunggu lama di situ. Panas. 

Hadiah utama adalah kereta kaler merah cuma aku tak tengok dari dekat keta apa. Nampak macam Proton Persona. Ntah sapa ler yang bertuah dapat, sebab bila matahari dah tercacak panas, aku dah ajak CHAK balik.


 
Clown yang ada 3 orang membagi-bagi belon.


Copy paste kata-kata PM yang tercetak pada kupon karnival:
“i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.”





 

3 comments:

  1. alahaiiii bestnya dpt galaxy tab tu

    ReplyDelete
  2. hadiah lumayan gak tu....tab & I-pad!!!! :-)

    ReplyDelete
  3. meriahnya......... hadiah pun best²

    kalo zaman dulu tupperware tu :P

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails