Thursday, June 7, 2012

Kadang-kadang bengang, kan?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis
07-06-2012


Kita berusaha untuk menjadi terbaik or lebih baik dari sebelumnya, samada sebagai apa pun waima sebagai ahli masyarakat sahaja.

Sebagai manusia biasa yang dah tentu-tentu ada perasaan, bila banyak perancangan tidak menjadi atau usaha kita tidak dihargai, kita rasa frust, kan?

Semalam aku terima arahan untuk buat satu kerja penting. Penting untuk semua pihak bukan sahaja pengurusan, tapi juga penting untuk diri aku sendiri. Cuma, aku rasa aku dah jadi macam tak ikhlas plak nak terima tugasan tu.

Sedar, bukan aku tak sedar. Malah masih ingat lagi, itulah tugasan aku beberapa bulan dulu. Sakan juga aku bagi komitmen, sehingga ada banyak perkara yang aku korbankan waktu tu. Ada sapa yang tahu ker? Tak kisah lah.

Kemudian, aku menerima arahan untuk melepaskan tugasan itu secara mendadak. Atas sebab yang tiada langsung berkaitan kualiti atau cara bekerja aku. Menyimpang dari apa yang disebut professional. Tapi atas sebab-sebab yang menjurus rasa emosi dan rasa perasan kuasa orang yang berkuasa.

Begitulah, bila ada pihak yang merasa dia hebat dan berkuasa, pastu didorong pula oleh ego dan perasan bagus, unsur-unsur profesional dalam bekerja sudah jatuh di aras bawah. Malah dah tak menjadi isu langsung. Sedih kan? Bila isu gosip dan adu mengadu sudah diubah suai menjadi sebuah fitnah korporat, yang menjadi mangsa adalah orang-orang yang sedang berusaha dan bersungguh untuk bekerja. Berusaha untuk menjadi ahli pasukan yang bekerjasama dan cuba membuat yang terbaik.

Sebab tu, jangan berharap tinggi bila kita baru nak kenal seseorang.

Dulu aku sendiri selalu pesan pada diri, “jangan terlalu awal nak menduga suasana”, tapi apa yang terjadi suasana itu terlalu cepat berubah dan begitu mendadak sekali gelombangnya.

Hari ni, aku diperlukan semula untuk melakukan tugasan yang sama tapi dalam arahan yang berbeza. Yang sama ialah, urusan itu tidak langsung berbeza.

Bukan menuduh soal kepentingan, tetapi tipulah kalu aku tak terasa. Aku terasa nak padan padan jer muka orang yang pernah hina hasil kerja aku dulu, rasa nak tempelak jer pihak yang pernah pandang remeh usaha dan kegigihan aku untuk mereka dulu.... tapi apalah daya. Aku ni selalu mudah lemah dan cair bila yang memujuk adalah orang yang begitu pandai memujuk.! Huh...!

 
Layan Cup Bon Red Bean, bagi mengurang rasa gemuruh takut bergeruh...




~...begitu jauh mereka merantau bersama, begitu banyak pengalaman masam-kelat saling berkeliling bersama, SERI BULAN tetap ingin menyimpan kata dalam jiwa: antara rakan – sahabat – kawan – buddy, HISYAM sebenarnya menjadi lebih dari itu, mungkin lebih dari apa yang disebut “simbiosis”...~

10 comments:

  1. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete
  2. letih kan bila usaha kita tak dihargai..bila orang lain buat tak sebaik kita buat baru terhegeh2 nak beli jiwa..menyampah!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Dunia memang begitu;
    orang yang amalkan pilih kasih, selalu akan kata dia tak pilih kasih.
    Orang yang tak berapa kerja kuat, akan kata orang lain yang kerja tak kuat.
    Orang yang berhati keruh sentiasa fikir hati orang lain tak pernah bersih.
    Balik2, orang lain yang tak kena semuanya, tapi...AYAQ itu memang menggugat iman!

    ReplyDelete
  4. kalau saya pujuk akak cair tak? :D

    ReplyDelete
  5. bila dh ada kuasa mcm tu lah kak :(

    ReplyDelete
  6. membaca keluhan Azie mengimbau kenangan lalu...politik pejabat yang menyakitkan...baik duk rumah melayan kerenah anak2

    ReplyDelete
  7. Mmg sakit hatiiii...nk meroyan pun ada jugak..

    ReplyDelete
  8. TUL TU....politik pejabat sgt menyakitkan
    http://mysweetielovely.blogspot.com/

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails