Sunday, July 15, 2012

Jakarta oh Jakarta: sehingga tak terkata....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad
15-07-2012



Jakarta hari pertama, 6 Julai.


Perjalanan dari Bandung ke Jakarta kira-kira 3 jam. Lebuhraya di sana tak lah secanggih Malaysia. Tapi kerana jalan tidak jem, selesa la juga.

Bila masuk sahaja kota Jakarta, adehhh jem merata. Tak sanggup rasanya. Di sini jelas ketara, semua pemandu di sini sangat-sangatlah cekap memandu. Depa ikut rapat di belakang, tapi tak langgar pun. Malah harus pula beralah dengan kenderaan kecil seperti motor (speda) dan juga bajai (macam tut-tut di Bangkok tu).


Laluan khas untuk bas pengangkutan awam adalah di tengah-tengah pembahagi jalanraya dengan bas menurunkan penumpang di tempat khas, sebelah kanan.

Kami tiba di kota Jakarta menjelang tengahari. Makan time! Atas usul Mas Sudin juga, kami dibawa ke restoren Ayam Presto.



Dari apa yang aku faham melalui maklumat di dinding restoren, ayam dimasak secara tekanan kuat, kemudian ayam itu digoreng atau dibakar. Ayam goreng itu boleh dimakan bersama tulang sekali. Betul, memang tulangnya lembut macam tulang ikan sardin tin...!




Servis cepat juga. Menu pun sedap sebab dihidang panas-panas. Kami memilih Ayam Goreng. Ada side order; Gado-Gado yang pedas tapi sedap juga.



Tak sah menu mereka tanpa keropok. Daun ulam itu adalah daun selasih. Nasi tu nampak macam skit tapi aku makan separuh pun dah kenyang. Sebab beras Indonesia memang sedap, rasa macam pulut. Lembut dan enak. Betul. Teh itu adalah teh kosong tawar. Macam Chinese Tea di kebanyakan restosen di negara kita. Cuaca di Jakarta memang panas, jadi air sebegini paling sesuai untuk mengelak sakit tekak. Kos 6 orang makan RP173,800.

Selepas makan, kami mencari hotel kami terlebih dahulu. Alia Hotel di Jalan Matraman. Check in sahaja tapi tak masuk pun. Hanya aku dan ketua grup sahaja naik melihat bilik. Kami menuju ke Tanah Abang. Kerana aku sudah pernah ke sini dulu, jem yang teruk itu sudah aku jangkakan dari awal. 


Untuk sampai ke bangunan ini pun, rasanya dekat sejam kami sangkut. Mengeluh pun tak guna. Dah begitu keadaannya.

Perkara pertama sebelum shopping, cari mushola dulu. Dalam blok B. Surau di sini, tidak berasingan dengan lelaki.  Semua orang bebas masuk dan solat bersama. Kita yang tak biasa, kenalah berhati-hati takut bersentuhan. Agak tidak selesa bila kawasan menutup aurat bercampur dengan lelaki.


Pemandangan dalam kompleks Tanah Abang tidak berbeza dengan bazar lain seperti Pasar Baru. Setiap lantai menjual produk tertentu dan tidak bercampur-campur. Means, jika nak cari baju wanita, satu floor itu hanya jual baju wanita, tidak mungkin dapat cari kasut or kain batik.

Kerana kami tiba agak kelewatan petang, tidak banyak masa untuk menjelajah semua.  Tak sampai 2 jam pun. Tanah Abang ditutup jam 5 petang. Kami keluar ketika banyak kedai sudah ditutup dan pintu besar pun dah tutup sebelah.

Untuk menanti van kembali menjemput pun kami terpaksa berdiri dalam kesesakan di hadapan kompleks Tanah Abang yang padat dengan orang berjualan, juga jalan raya yang jem tahap Gaban! Lengkap dengan bising kereta, jeritan peniaga kecil dan hon kereta. Adehhh...!





Mas Sudin yang konon hendak mencari parking pun rupanya berpusing sampai 2 jam. Katanya, ini biasa. Polis trafik pun macam tak boleh buat apa-apa.

Jadi, nasihat aku bagi yang hendak ke Jakarta, jika tiada apa yang hendak dicari tak perlulah nak ke Tanah Abang ni. Baik shopping di tempat lain saja. Jem di sini, susah nak cakap. Dahsyat!

Mengubat lelah terus balik ke hotel.




~...sudah pandai cemburukah sekarang duhai HISYAM, bila mendapat khabar dari jaringan siber Kampung Separuh Desa bahawa SERI BULAN menerima banyak undangan main seremban dari teman baru...~



 

5 comments:

  1. Salam sejahtera AA'
    Jalan2 cari pengalaman!
    Hilang selera nak ke Jakartalah baca cerita ni...

    ReplyDelete
  2. MAMA JU:
    Jika nak betul-betul shopping, Bandung pun dah sesuai sangat dah. Lagipun Bandung lebih murah, kurang jem dan cuaca sangat nyaman. Langsung tak berpeluh.

    Barang2 di Jakarta tu pun banyak datang dari Bandung juga.

    ReplyDelete
  3. As salam Kak AA,

    Seronok banget ni...Idak kangen sama mas hisham kah...ehem...hehee :))

    Trafik di Indonesia seperti di sini... Orgnye kurang berdisiplin dan kelam kabut tak tentu arah...bwk keta laju2 xtau kejar ape...sigh*

    Byk shopping ke kak? :)

    ReplyDelete
  4. Saya suka makanan kat sini
    saya suka budi bahasa tutur kata..halus dan sopan
    saya suka jalan raya , walaupun kecil tak lebar tetapi berkualiti, tak ada lopak dan berombak rindu.

    yang tak berapa nak suka - sentiasa dikerumuni oleh penjual. Nak nikmati suasana dan udara Tangkuban Perahu pun diasak-asak.

    ReplyDelete
  5. sabtu dan ahad lepas suami saya ke jakarta..katanya bandar yang macet.sibuk dan setiap ceruk ada orang.sgt tak sesuai utk percutian keluarga yang bawak budak kecik.kalau bandung okey kot ;)so far saya x penah sampai ke tanah indonesia lagi.tapi nasi padang katanya enak sekali

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails