Friday, April 12, 2013

Korea: borong batu...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat
12-04-2013


Hari kedua, Sabtu 10-04-2013. Kali ini kami dibawa oleh student Malaysia bernama Nawal pula (pun anak jati Kelantan, pelajar Engineering).

Sebelah pagi dalam cuaca yang mula mendung dan sejuk (ramalan cuaca di Korea sangat penting, dan selalunya tepat — mengatakan hari ini akan hujan sepanjang hari), kami bergerak ke Namdaemun. Pusat jualan brooch yang menjadi tumpuan para pelancung luar. Batu Korea memang popular di kalangan orang kita, kan?



Kerja merekabentuk hiasan dari batu ini menjadi satu kerja professional di sini. Walaupun lot kedai di sini kecil-kecil dan nampak sempit, tapi depa selesa jer. Duduk menilik batu, memasang hiasan sambil memasang gadget di sebelah (biasanya depa tengok tv). Makanan dihantar dari kedai-kedai makan sehingga ke tempat kerja depa. Depa boleh makan wpun tempat kerja yang sempit. Orang Korea memang rajin, sangat fokus dan berdisplin (cuma depa memang tak friendly dengan orang luar).






Kami ditunjukkan oleh Nawal satu lot yang biasa mereka bawa pelancung Malaysia memborong brooch. Jadi Auntie yang meniaga tu, boleh bercakap Melayu beberapa patah yang biasa such as, ‘terimakasih, cantik, beli, murah’. Jika ke sini, biasanya orang kita akan rekmen beberapa lot seperti Lot 163 ini. Bukan semua lot mahu menjual brooch secara runcit, sebab mereka berniaga secara wholesale. Supplier memang la begitu, kecuali kita mahu membeli sesuatu design itu sebanyak minima 5 set. Tentulah tidak, kan?


Salah seorang peniaga, yang sudi diajak bergambar. Kami beli juga dari dia. Brooch sekecil kuku ibu jari dijual bermula dengan harga 1,000 Won (lebih kurang 3 hengget) sehingga berpuluh ribu Won. Pilih saja la. Rambang mata.


Kawasan luar bangunan dengan suhu yang semakin menurun. (Dalam bangunan dan LRT & bas seluruhnya menggunakan heater, so kita akan rasa suam). Sepanjang jalan di sini juga berjualan. Paling banyak adalah pakaian. Kerana hari hujan, sukar untuk memilih dan menengok. Saya menahan diri posing tanpa sweater, padahal sejuk ya amat tuh...!


Nawal membawa kami lunch di restoren Korea yang lain pula. Kali ini kami mencuba Nasi + Sotong, nasi bersayur yang digemari Nawal bernama Bimbin Pap. Sedap juga la.



Dalam mangkuk bujur tu, Sotong yang dihidang bersama nasi putih. Yang seakan sushi tu ialah Kimbap. Ohh saya peminat sushi, tentulah rasa sangat suka! Lagipun memang sedap.


Kami juga beli untuk dibungkus sebagai bekal. Kerana selepas lunch, akan pergi ke suatu lokasi lain pula.


*Maafkan saya kerana sudah lama tidak berkesempatan BW. Bagi rakan blogger yang baru, berikan saya sedikit masa untuk respons atau membalas ziarah. Saya tersangkut dengan komitmen kerja dan beberapa meeting.





 ~...meniti hari kosong tanpa kelibat HISYAM seperti makan nasi tanpa kuah, lalu tekak rasa bagai tercekik angin lalu dan SERI BULAN ingin mengurut belakang teman sejati sambil bercerita tentang hidup berdua walaupun tidak mungkin akan ada pelamin bersanding....~




28 comments:

  1. tekun je dorang pasang manik kat brooch tu..
    ape rasa bibimbap tu ye..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi putih panas digaul dengan 2,3 jenis sayur. Ada rasa manis dan pedas sikit. Tak ler berapa sedap jika banding dgn nasi kita.

      Delete
  2. cantik-cantik brooch korea ni...
    jenuh nak pilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jenuh. Tapi duitnya pun jenuh juga. Heheheh

      Delete
  3. Replies
    1. Batu Korea jauh lebih bersinar dan kualiti lebih sikit dari batu di negara kita. Kilatnya lain, dan broochnya tahan lama.

      Delete
  4. saya pun ada satu koronsang dari korea..mmg sangat cantik buatan nya..

    sudu org korea ni memang panjang yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brooch Korea memang tahan lama. Buatannya teguh.

      Delete
  5. hadoiii batu2!!

    rambang mata akak Azie............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kak. Rambang sampai mabuk batu dibuatnya. Saya tak la beli sangat, tak mampu saya.

      Delete
  6. kelakar nama benda gulung2 tu hehehe kimbap macam babap je
    jenuh nak pilih, boleh rambang mata

    ReplyDelete
  7. Mesti Zaie memborong banyak batu-batu tu. Kakak yg cuma tengok pun tak kelip mata memanding. Bestnya... kakak tak pernah ke Korea tau.

    ReplyDelete
  8. Makanan korea tu ada di dubu-dubu midvalley..
    Kot2 lah dah rindu....

    ReplyDelete
  9. mesti shorga dpt singgah tmpt jual batu ni ...hihhihi

    ReplyDelete
  10. Orang korea macam geng2 yg kuning langsat jugak.. rajin dan berusaha, makchaq jumpa beberapa mak dan anak korea yang datang sini berdua, duduk setahun dua, semata2 nak bagi anak depa sekolah sini dan belajar bahasa Inggeris.

    Mesti silau mata tengok batu2 berkilauan... banyak ke borong..

    ReplyDelete
  11. bestnya mknan tu....tringin nak mkn....hehe....

    ReplyDelete
  12. Ooh, batu Korea memang terkenal di kalangan orang kita eh? Hehe saya ketinggalan bab batu2 ni. Cantik2 aksesori berbatu tu ha, mesti rambang mata tengok.

    ReplyDelete
  13. berpinar mata,tak tau mana nak pilih hehe

    ReplyDelete
  14. wow bestnye akak. mesti cantikkan semua brooch tu

    ReplyDelete
  15. saya bab2 brooch atau batu permata tak minat sangat, tp bila nampak gambar makanan... terus duk berangan2 nak gi cari makanan korea jugak la utk lunch esok kat jusco

    ReplyDelete
  16. wah best nye.... nak satuuuuu.....

    ReplyDelete
  17. assalamaualaikum ... terliur jer tgk mknan tuh . Apa yg saya tgk kat drama korea , mrk selalu mkn nasi bersama sup . sbb tu mrk tak minum air manis kot ...

    ReplyDelete
  18. AA PANDAI POSING!bATU brooch sana sgt lawakan? bersinar2.

    ReplyDelete
  19. AA,
    Aunty pun baru balik bercuti di KorSel. Kami di sana antara 5 hingga 12 April yang lalu tetapi ikut travel agen.

    ReplyDelete
  20. Bambin Pap? Nampak pun cam sedap je.

    ReplyDelete
  21. hohoho gila rambang mata! mau berpinar nengoknya!

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails