Monday, April 1, 2013

Komen lama yang saya jumpa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
01-04-2013


Ada sekali sekala saya jadi rajin semak komen-komen terdahulu yang saya terlepas pandang. Memang pun saya selalu terlepas... terlepas baca, terlepas pandang dan terlepas komen.

Beberapa entri lama memang masih ada komen-komen yang saya belum sempat baca, so bila ada masa saya semak setakat mana yang mampu.

Terutama, entri-entri berkaitan sesuatu info tentang seseorang atau sesuatu pihak yang memang tidak  pernah saya kenali. Contohnya:

Saya pernah makan di Restoren Asam Pedas di Bandar Baru Bangi. Entri saya: Asam Pedas ada Lempeng Kelapa Pisang? bertarikh 15-11-2012.



Rupanya ada komen dari ‘orang Asam Pedas’ itu sendiri. Komen pada 30-03-2013, Sabtu lepas. Saya harap mereka mengambil serius kritikan saya tentang kari yang cair dan Roti Jala yang failed itu.

Contoh seterusnya:
Saya pergi menonton Festival Gamelan di UKM, dan entri saya bertarikh 14-11-2012 bertajuk  Festival Gamelan UKM: Wakaka Crew diiring gamelan...!

Ada komen dari pihak yang terlibat secara langsung dengan festival tersebut. Komen pada Januari lalu 26hb.


Saya harap mereka akan terus maju jaya dalam memartabatkan tradisi dan budaya Melayu yang indah itu.

Entri saya yang berlabel novel sebenarnya paling banyak menerima komen sentiasa ada yang baru dari masa ke semasa. Ini biasa kerana, apabila sesuatu tajuk diiklan atau tersenarai promosi di FB, beberapa tajuk yang saya review akan menerima komen baru. Rasanya depa Google dan jumpa entri tertentu.

Contoh, novelis Nora Fuad (di novel guna nama Nora Isma) sendiri pernah memberikan komen pada entri novelnya yang saya tulis dengan tajuk: Di sebalik Purnama Merindu: Syabas Nora Isma... bertarikh 23-03-2012.



Komen beliau sebulan selepas entri.

Novelis Ramlah Rashid sendiri pernah memberikan komen beliau untuk entri yang bertajuk: Biarkan Indah Berlalu: Ramlah Rashid... bertarikh 25-05-2012.



Komen beliau 2 bulan selepas itu.

Sebab itu, untuk menulis tentang sesuatu info berkaitan seseorang or sesuatu pihak, kena berjaga dan biarlah kritikan membina. Andai salah terima kita akan dianggap mengecam mereka atau cuba menjatuhkan bisnes mereka. Bukan semua orang boleh terima kritikan sebagai membina. Kita bukan tulis blog untuk cari ‘pasal’ or cari gaduh.

Saya lebih suka menulis sesuatu info yang telus dengan cara berhemah supaya setiap pihak yang terlibat mendapat sesuatu yang saya (sebagai orang luar or pengguna) cuba sampaikan. Demi kebaikan. Tak terima, takpa. Pun bukan menjadi masalah pada saya. Not a big deal, huh?




 ~...SERI BULAN tahu berbalah tiada faedah apabila yang hendak dihujah sudah didengar bagai bernanah oleh si HISYAM lalu segala seranah baik tidak payah, kelak ada hati yang luka berdarah, bakal ada pipi yang lembab basah kerana hati sudah tidak pandai hendak mengalah lalu menyerah kalah adalah jalan yang tidak lagi salah...~....~




39 comments:

  1. Terus terang lagi bagus kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang takut terus terang kita tu, makan diri kita balik. hehehe

      Delete
  2. ya....memberi komen membina..mengkritik dgn berhemah...bkn menghina,bukan menutup periuk nasi org..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang tidak kita kenali pun, takda sebab kita nak ganggu periuk nasi sesapa. Kena mula dengan positif.

      Delete
  3. satu nasihat yang sangat berguna ... saya pernah kena belasah kerana satu entri lama. saya pun dah lupa sebenarnya. bukan seorang tapi berbondong-bondong mereka dari IPT yang menjadi contoh entri tersebut membelasah saya dengan bahasa yang cukup kesat, kebudak-budakan termasuk carutan. saya cuma menjadikan institusi mereka sebagai contoh kerana kebetulan xtvt IPT tersebut keluar gambarnya dalam surat khabar dan bukan saya tujukan secara terus kepada mereka. saya panas hati lalu saya delete kesemua komen mereka.

    * saya tak tahu sistem blogspot beroperasi hingga tetiba entri itu menjadi perhatian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh agak sedih dan kesal saya membaca apa yang terjadi kepada Pakngah. Begitulah, bukan semua orang boleh memahami jelas tulisan kita. Ramai masih keliru dan menerima dengan cara yang salah. Sabar je lah.

      Delete
  4. ulasan dalam entri dan komen yang jujur dari hati selalu mendapat perhatian..teruskan , kak Azie terbaik !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih. Kak Azie bukan mencari ulasan terbaik, tetapi mengulas secara jujur, dalam masa yang sama cuba untuk tidak mengecewakan pihak yang dikritik. Kena bertolenrasi, kerana setiap mereka sentiasa berhak diberi peluang untuk menjadi lebih baik.

      Delete
  5. ulasaan yg jujur dan membina amat penting dan mendapat perhatian yang ikhlas....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin saya belum menerima perhatian yang silap atau respons yang bertentangan. Bimbang juga jika ada yang salahfaham dengan tulisan kita...

      Delete
  6. koman dan kritikan yg membina..

    ReplyDelete
  7. Saya pun kadang2 kena berfikir dengan tenat untuk membuat ulasan dalam blog. Seronok bila dihargai dan bila mengetahui entry kita tu mendatangkan hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak menduga akan ada respons sebegitu dari pihak tertentu itu. Cuma setidak-tidaknya perhatian itu akan memberikan faedah kepada mereka sendiri. Itu yang utama.

      Delete
  8. especially kalau buat review restoran kan...nak komplen lebih pasal makanan pun takut-takut. sebaiknya guna bahasa yang sedap dibaca. kritikan pun kena berlapik..kita bukan tau sapa yang baca entry kita..it could be anybody..

    tq kak azie for the entry..ingat-mengingati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, review pasal restoren dan makanan lah yang paling senang dan seronok untuk dikriktik dan diulas. Cuma jaga bahasa. Makanan adalah yang paling dekat dengan diri kita, sebab setiap orang akan makan... setiap hari setiap masa.

      Jika nak saman tapi kerana silap mereka sendiri, sebenarnya itu lebih akan memburukkan keadaan mereka sendiri.

      Delete
  9. Makchaq tak reti mengulas..
    menulih pun tak berapa nak reti nak mengulas macam mana.. he he

    Tapi makchaq suka bila azie buat review.... ramai jugak blogger lain yg pandai tulih & review pasai makan2, travel etc yg makchaq suka baca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu jadi pengulas hebat pun Makchaq. Tulis ikut kata hati, tulis dengan bahasa yang paling mudah. Macam biasa kita menulis sehari-hari di blog.

      Delete
  10. teguran membina ni bagus...berlapik sikit dia beza dengan kutukan atau sindiran kan..buat review macam ni lagi bagus..banyak info boleh dapat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Review saya bertujuan berkongsi apa yang saya alami, baca, makan atau lihat. Supaya orang lain memahami dan tidak semestinya sama dengan penerimaan orang lain. Mungkin mata orang lain melihat dari sudut yang lain pula. Saling memberitahu, mungkin orang lain akan juga turut tersedar sesuatu dari ulasan kita...

      Delete
  11. Saya pun pernah terima komen dari empunya premis, mujur review saya takde guna perkataan kasar.
    Skrg dunia teknologi pantas, buruk baik mudah tersebar..semua pihak kena buat dan berusaha yg terbaik. Kita sbg blogger kena tulis/melaporkan yg sebenar dr pndgn sendiri, asal saja dgn ayat yg sopan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, bagi orang berniaga, yang mengendalikan perkhidmatan atau seumpamanya, mereka sentiasa sedar blog (teknologi) sentiasa menjadi saingan mereka kerana baik buruk produk mreka sentiasa diperhatikan, dan kemudian diperkatakan orang pula.

      Delete
  12. Komen yang membina, kalau tegur pun dgn cara berhemah. Lama jugak tu baru perasan ek? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang, bila lihat senarai komen (sebab nak semak spam pun iya juga), baru terperasan banyak komen-komen mereka tu.

      Delete
  13. Wah hebatnya AA dpt maklumbalas dr org2 sepatutnya. Ada terbaca sebuah restoran menyaman blogger kalau tak silap kerana dituduh menjatuhkan namanya.
    kalau dah teruk tu nak salahkan org pulakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak la rasa hebat, tapi saya rasa dihargai. Sekurang-kurang mereka sedar, orang keliling (terutama penulis blog) ada di mana-mana... dan akan menulis bila-bila masa saja.

      Delete
  14. glemer blog kak azie ni...byk retis dtg baca...hehe

    ReplyDelete
  15. Kadang2 mereka perlukan kritikan untuk depa lebih maju dan improve...kan? Good job kak aa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harap begitulah. Penulis blog juga boleh menyumbang sebuah kritikan membina untuk mereka yang terlibat lebih maju dan berdaya saing...

      Delete
  16. menulis dari hari mmg terkesan pada org.. tapi biarlah dengan ayat yg tak menyakitkan hati.. baru lah mudah org nak terima teguran kita kan.. Chaiyok kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu tak bertujuan untuk mengkritik pun, kita tetap tak boleh menulis dengan cara menyakitkan hati sesiapa.

      Then, kita bukan bertujuan untuk berlawan atau untuk menang sesuatu.

      Delete
  17. dengan komen kelemahan dapat diperbaiki...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita harap mereka menerimanya dengan positif dan kelemahan dapat diperbaiki...

      Delete
  18. sedia terima kritikan kerana tanpa kritikan seseorang tidak akan berjaya...jadikan setiap kritikan sebagai kata2 semangat..sentiasa positifkan minda...

    ReplyDelete
  19. Ada sorang dua penulis novel adalah kawan-kawan Kak Azie sejak dulu... ada yang kemudian menjadi kawan selepas menjadi pembaca karya mereka. Depa pun macam kita juga... humble.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum ... bila mengkritik , kita perlu jujur / telus . Pihak yg dikritik pula perlulah berfikiran terbuka . Kritikan tu sebenarnya dapat mengubah sesuatu tu jadi lebih baik ...

    ReplyDelete
  21. kritikan..walaupun kritikan tu tak sedap didengar tapi bagi saya kita think positive..mungkin gaya bahasa salah tu yang boleh jadi kes saman menyaman.manusia ni pun macam2 ragam.kita menulis pasal benda lain pun kadang2 ada yang terasa hati..kesimpulannya pandai2 la fikir baik buruk

    ReplyDelete

Salam.
Terimakasih sudi mengomen...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails