السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Senin
22-04-2013
Sebenarnya, saya masih ada beberapa cerita dan gambar tentang jalan-jalan ke Seoul yang sengaja saya lewatkan kerana mahu menulis catatan perjalanan yang lebih berinfo (jika boleh disebut info). Beberapa gambar masih tersimpan mengandungi cerita tersendiri yang saya kira menarik juga.
Sewaktu kami lunch di sebuah restoren Korean Muslim di Pulau Nami, kami dihidangkan dengan nasi yang unik. (semua order diuruskan oleh Zulaikha yang fasih berbahasa Korea). Sewaktu mula duduk benda pertama yang dihidang ialah sarung tangan getah yang berwarna oren. Hahhh? sarung tangan?
Sajian dinamakan Nasi Goncang. Nasi putih yang dihidang bersama kimchi di sebelah bawah dan telur mata. Ia disebut Nasi Goncang kerana untuk mula makan kita harus menggoncangkan dulu bekas makanan tu.
Sebelum digoncang saya buka tengok dulu apa isinya. Bekasnya adalah mangkuk bersegi dari aluminium yang panas. Sebab tu kena guna sarung tangan untuk menggoncangkannya. Dalam bahasa Korea disebut “bosirak” = Nasi Bekal.
Cara makan sebegini mengambil idea dari cara tentera Korea makan. Unik sekali. Cuma, bagi saya bila nasi sudah digoncang (dan bergaul) tak berapa best, sebab nasi basah bergaul kimchi. Apapun memang seronok mencuba sesuatu yang unik di negara orang, kan?
Ok cerita lain.
Kami singgah solat di musolla yang tersedia di tingkat atas bangunan restoren. Di sini (seperti juga di Jakarta & Bandung dulu) tempat sembahyang utk jemaah lelaki dan perempuan tidak diasingkan. Mengambil wuduk pun tempat yang sama. Pandai-pandailah nak cover aurat dan pergerakan agar tidak tersentuh. Alhamdulillah, mudah saja.
Kebanyakannya adalah orang kita dari Malaysia terutama pelajar-pelajar Malaysia yang datang berkumpulan dan sembahyang berjemaah bersama kumpulan masing-masing.
Hiasan dalam bangunan sebagai hiasan blog. Cewahhhh...!
~...HISYAM menyepi beberapa hari kerana demam rindu yang payah kebah sehingga Mak Utih resah anak kesayangan lama tidak menjengah tetapi SERI BULAN lebih lagi rasa terharu dalam malu yang paling terpilu kerana tidak tahu hendak mengutus kata atau untuk menulis surat di bawah tempurung lagi...~
Wah nasi goncang lagi, siap kena guna sarung tangan lagi, sedap tak kak
ReplyDeleteBoleh la tahan. Tapi lidah Melayu ni memang nak yang pedas, so bila kurang pedas (langsung tak pedas sebenarnya), kurang la teruja.
DeleteBab makan kalau jalan2 negara orang memang rasa macam time makan tu nak terbang balik Malaysia tetapi itulah masa kita nak try makanan tempat orang iya dak?
ReplyDeleteTu baru 3,4 hari ok la lagi. Kalu lama sikit, adehhh meraung la nak carik menu Melayu. Mujur kami ada bawak nasi himpit dan rendang daging.
Deletebukan selalu dapat cuba kan.. ;)
ReplyDeletebila ada peluang inilah masanya.. ;)
Betul tu. Kena la mencuba. Bila lagi ya dak?
DeleteNasi satu bekas aluminium tu utk berapa org makan? Kalau utk sorang tak habis rasanya.
ReplyDeleteMemang satu bekas untuk seorang. Lauk lempeng sayur tu sekeping besar kongsi berlima. Saya makan tak habis. Rasanya semua orang makan tak habis pun Bang...
Deletefuh..teringin la pulak nk ke sana..syoknya..dapat cuba macam2, pengalaman baru..
ReplyDeleteMemang la seronok, sebab benda sebegini takda di tempat kita.
Deleteassalamualaikum puan,
ReplyDeleteseronok membaca tulisan puan mengenai lawatan ke korea, saya berminat hendak ke sana. boleh tak saya dptkan maklumat mengenai pakej yg puan gunakan ini?. email saya ej.erma@gmail.com
terima kasih ya.
Nanti bila ada kesempatan saya akan email kembali. Apapun, boleh baca beberapa info di beberapa entri sebelum ini untuk maklumat awal. Thanks ya.
Deletekakkkkkkkkkkkkkkkk... jeles-jeles-jeles-jeles-jeles
ReplyDeletepedas x? cam menarik je makanan camtu. sy suka cuba makanan local kalau travel.
Memang kalu ke tempat orang, esp. negara orang seronok mencuba pelbagai perkara terutama makanan depa. Yang ini, tak pedas langsung!
Deleteunik...mengutip pengalaman ditempat org...memberi seribu kenangan yg tak mungkin dilupakan..
ReplyDeleteBetul Kamsiah. Kena la cuba, jika tidak mana la nak tahu beza dan indahnya.
Deleteunik dan menarik! =D
ReplyDeleteSebab tiada sebegitu di negara kita.
Deletememang unik nasinya..kena goncang dulu sebelum makan......
ReplyDeleteKalu mak-mak kita, marah dia kalu kita goncang makanan nih... hehehe
Deletecntik betul hiasan dlm bangunan ni yer...kalau goncang2 tu mau pening lepas mkn. hehehe
ReplyDeleteTak la pening. Goncang sekadar nak ‘menggaulkan’ nasi tu jer.
DeleteNaso goncang? Ade telur ke dlm tu kak? Ke butter? Kuning2 dlm tu....
ReplyDeleteYup. Yang kuning kuning tu telur mata kobau!
Deleteseronok nya dapat merasa pengalaman di negara korea ni..boleh jadi panduan bila ada rezki nk kesana nnti..
ReplyDeleteYang mana boleh dijadikan panduan, silakan. Rasanya tak berapa lengkap pun.
DeleteAzie, demam rindu yang tak kebah membawa knah kesini..wah, nasi goncang lagi..mesti yang makan tu pun dengan hati yang bergoncang sebab rindu yang tak kebah =)
ReplyDeleteTerimakasih rindu kat saya. Alahai... tingin nak jumpa Kak Nah in person.
DeleteNasi goncang ??? Hehe..best juga namanya tu.
ReplyDeleteJangan sampai goncang body sekalik. hahaha
Deleteorang tua2 kata, kalau makan nasi yang di goncang macam ni nanti kepala jadi pening...akak pening tak lepas makan nasi goncang :)
ReplyDeleteOrang tua tua marah, sebab tak baik goncang makanan. Dikata la nanti pening.
Deleteasslamaualaikum ... makanan korea banyak yg pedas bila tgk kat drama n movie nya . Rasanya la , antara makanan kita dgn makanan mrk , mana lebih pedas ya ?
ReplyDeleteAda juga yang pedas, tapi kebanyakannya tak pedas sangat.
DeleteNasi goncang tu, ada rasa pedas2 tak kak..? Macam menarikkk jer. Hubby saya mesti suka nasi macam tu.
ReplyDeleteHubby Chinese, kan? Tak terkejut la dia suka nasi macam tu. Soh dia cari kat restoren Korea di KL ni.
DeleteResipi kimchi pun tak tau ni.. hehehe
ReplyDeleteNasi tu mcm masam2 sikit kan? time sy mkn tu tengah lapar..laju jer masuk..hahaha. Yg pancake tu terbaek la..ada sotong lagi!!
ReplyDelete